Wednesday, May 21, 2014

4 FOTO SEBAGAI BUKTI "SAMSENG MELAYU UMNO/BN" GANGGU KEMPEN CALON MELAYU DAP PRK PARLIMEN P076 TELUK INTAN.



Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, kata ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata samseng seramai lapan orang itu menghalakan ekzos motor kepada pasukan kempen DAP yang mahu menemui pengundi di kawasan itu.

“Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.

“Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut,” katanya.

Semalam Dyana turut menerima provokasi daripada seorang pemuda bermotosikal dengan membunyikan hon dan mempersoalkannya mewakili DAP.

Bagaimanapun, Dyana tidak menghiraukan pelakuan tersebut dan terus mengukirkan senyuman kepada penduduk setempat sambil memperkenalkan dirinya.

Zairil berkata semasa sesi bertemu pengundi petang ini, mereka turut ditemani ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.

Katanya, meskipun provokasi sedemikian dijalankan, namun Dyana dan pasukan kempennya berjaya menyelesaikan misi mereka menemui pengundi di kawasan tersebut.

“Mereka marah dan menjerit di depan muka kami mengatakan ‘ini kampung Melayu’.

“Kami dari Pakatan datang bersama ahli Parlimen PAS dan pemimpin PKR setempat. Kami pastikan keselamatan Dyana dan tidak membiarkan kumpulan berkenaan menghampirinya.

“Nasib baik tiada apa yang berlaku. Polis datang lambat. Samseng itu membuat kacau sehingga minyak motor mereka habis,” katanya.sumber

Kalau macai tak boleh nak pikir lagi baik taruk dalam lubang taik la..

PRK Teluk Intan : 2 ekoq samseng taik kucing UMNO halau Dyana & Kit Siang semasa berkempen [video]

21 May 2014.

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, kata ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata samseng seramai lapan orang itu menghalakan ekzos motor kepada pasukan kempen DAP yang mahu menemui pengundi di kawasan itu.
“Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.
“Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam Dyana turut menerima provokasi daripada seorang pemuda bermotosikal dengan membunyikan hon dan mempersoalkannya mewakili DAP.
Reaksi Dyana Sofya semasa sesi bertemu pengundi hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014. Reaksi Dyana Sofya semasa sesi bertemu pengundi hari ini.
Bagaimanapun, Dyana tidak menghiraukan pelakuan tersebut dan terus mengukirkan senyuman kepada penduduk setempat sambil memperkenalkan dirinya.
Zairil berkata semasa sesi bertemu pengundi petang ini, mereka turut ditemani ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.
Katanya, meskipun provokasi sedemikian dijalankan, namun Dyana dan pasukan kempennya berjaya menyelesaikan misi mereka menemui pengundi di kawasan tersebut.
“Mereka marah dan menjerit di depan muka kami mengatakan ‘ini kampung Melayu’.
“Kami dari Pakatan datang bersama ahli Parlimen PAS dan pemimpin PKR setempat. Kami pastikan keselamatan Dyana dan tidak membiarkan kumpulan berkenaan menghampirinya.
“Nasib baik tiada apa yang berlaku. Polis datang lambat. Samseng itu membuat kacau sehingga minyak motor mereka habis,” katanya. TMI
mimpi senja.

Apakah malangnya nasib rakyat...

Apakah malangnya nasib rakyat...tidak ada hari tanpa airmata, siang malam menderita, dimana janji Rakyat di Utamakan..adakah tinggal slogan semata..??
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meramalkan tarif elektrik akan naik lagi antara 24 hingga 39 peratus dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang..Perkara itu akan berlaku apabila harga gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik akan berdasarkan harga pasaran pada 2016....kata Presiden AWER S. Piarapakaran....
Dengan GST bakal dikuatkuasakan pada 15 April 2015, peningkatan sara hidup serta kos yang melonjak naik.. golongan rakyat marhean paling menerima kesannya...apa kah salah kita..?? kenapa rakyat sering menjadi korban rejim jahat ni...kita bukan penjenayah, bukan merompak hasil negara.. tapi kita adalah wajah sedih negara......
 

Rakyat juga yang tanggung

Bagi rejim UMNO.. langkah ni baik..contoh S'pore yang juga ada Panda dari China yang mampu menarik kedatangan pelancung ke negara ini...
eloo jib.. kalo nak tengok Panda.. dorang pegi kenegara China itu senri bukan ke M'sia... tapi isu yg utama kos penyelanggaraan yang amat tinggi..bakal ditanggung oleh rakyat....aku cadangkan kos ni dibayar oleh syarikat swasta yg menaja 'penginapan' dan penyelanggaraan kedua panda ini dari mengunakan duit pembayar cukai...

UMNO bukan Melayu punya lagi, UMNO dah di kuasai oleh Mamak. Sedar lah melayu2.

Umno gelabah apabila lebih banyak bukti menunjukkan kenyataan gahnya iaitu Umno adalah Melayu dan Melayu adalah Umno, hanyalah sekadar satu kenyataan dan tidak lebih daripada itu.
UMNO bukan Melayu punya lagi, UMNO dah di kuasai oleh Mamak.
Sedar lah melayu2.

Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir

Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir
"Saya tidak kisah apa parti beliau (Dyana), beliau muda, perempuan dan kita jarang lihat ia berlaku. Beritahu saya siapa yang sama tarafnya dalam BN?
"Adakah kita memilikinya, atau seseorang. Saya sokong perempuan muda," kata Marina kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, walaupun banyak calon muda wanita dalam arena politik, contohnya Nurul Izzah Anwar, kebanyakannya adalah daripada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya BN.
"Ya, tapi beliau (Nurul Izzah) daripada pembangkang, dan tidak semuda Dyana," katanya.
Walau pon dia anak tok det ... tapi pandangan cukup berbeda. Mana kan nak sama ... otai vs orang muda !! Cuma tok det yang sentiasa mudah lupa.
 

Lagi budaya samseng yang dibawa oleh UBN.

Calon DAP Teluk Intan Dyana dan pasukan kempennya dihalau dan diberi kata-kata kesat semasa berkempen di pasar petang tadi.
Lagi budaya samseng yang dibawa oleh UBN.
Parti Samseng.

Ibu Dyana jawab kekesalan Mahathir


  • Dyana SofyYammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.

SHAH ALAM - "Saya cuba didik anak saya sebagai Mukhriz tetapi apabila sudah besar dia jadi Marina," kata Yammy Samad, ibu Dyana Sofya Mohd Daud menjawab kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Yammy berkata, beliau mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir namun perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

Yammy berkata, Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta memilih suami bukan Melayu.

“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus berada dalam akidah Islam.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "InsyaAllah.

Mohamed Nabi Bux terkilan Pas tak sokong


  • Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul SatharMohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar

GEORGETOWN - Calon Bebas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar melahirkan rasa terkilan terhadap pemimpin Pas kerana tidak menyokong beliau dalam memperjuangkan hudud sebaliknya menyokong calon DAP.

Beliau yang mengaku masih anggota Pas turut melahirkan rasa sedih dan berasa dianaktirikan apabila jentera Pas membantu kempen calon DAP yang secara terang-terangan menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

"Macam di Bukit Gelugor, muslimat Pas sanggup ikut calon DAP (Ramkarpal Singh Deo) berkempen sampai azan maghrib pun mereka tidak hiraukan. Sedih saya tengok. Beberapa kali saya dok perhati," katanya kepada pemberita selepas berkempen di pasar malam Taman Tun Sardon di sini hari ini.

Beliau berkata sikap segelintir orang Islam sendiri yang menolak hudud menyebabkan masyarakat majmuk berasa ragu untuk menerima dan meningkatkan kefahaman pelaksanaan hukum itu.

Terdahulu Mohamed Nabi Bux, 63, menarik perhatian orang ramai apabila berceramah menggunakan pembesar suara dari dalam lori di pinggir pasar malam yang sibuk itu.

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor Ahad ini menyaksikan pertembungan empatpenjuru antara Mohamed Nabi Bux dan seorang lagi calon bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan Ramkarpal. - Bernama

40,000 tentera Rusia berundur


  • 40,000 tentera Rusia berundur  Puluhan ribu tentera Rusia didakwa telah berundur dari sempadan Ukraine.

MOSCOW - RUSIA . Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tentera mereka yang berada di sempadan Ukraine supaya kembali ke pangkalan masing-masing.

Semalam, agensi berita Interfax melaporkan kira-kira 40,000 askar telah bersedia untuk berundur.

Sementara itu, pengawal sempadan mengesahkan aktiviti ketenteraan Rusia di sempadan telah berkurangan, namun Amerika Syarikat dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) masih ragu-ragu dengan tindakan drastik Moscow tersebut.

"Kebanyakan tentera Rusia telah membuka khemah dan menyimpan bekalan senjata mereka," menurut satu laporan.

Difahamkan, tindakan positif itu dipercayai dapat meredakan ketegangan menjelang pilihan raya presiden di Kiev yang akan berlangsung pada Ahad ini, dipetik dari laporan AFP.

Hudud bukan agenda Umno


MOHAMED HANIPA MAIDIN | .
TULISAN ini bercadang untuk menjawab isu yang dibangkitkan dalam dua forum yang saya dijemput sebagai panelis iaitu forum di RTM dan forum anjuran MCA. Memandangkan kesuntukan masa dalam kedua-dua forum ada isu yang tidak sempat dijawab cuba dijawab di sini. Insya-Allah untuk kali ini saya jawab dulu hujah wakil Umno dalam forum di RTM .

Dalam forum di RTM, wakil Umno iaitu Adun Kok Lanas, YB Datuk Che Alwi menyatakan PAS tidak wajar meminta Umno membawa rang undang undang Kerajaan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hudud kerana hudud adalah agenda PAS dan bukannya agenda Umno. Mungkin kita berhak bertanya hudud ini agenda Islam atau agenda PAS atau Umno ?

Jika ia agenda Islam , mengapa Umno melabelkan ia adalah agenda PAS sebagaimana Umno pernah juga tuduh hudud di Kelantan adalah hudud PAS? Dan mengapa Umno tidak mahu menggunakan kuasanya di Parlimen membawa rang undang undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 ? Bukankah akta ini Umno yang gubal dan luluskan di parlimen dan bukankah akta ini menghalang hukuman hudud dan qisas dilaksanakan? Jadi mengapa Umno yang ada kuasa majoriti di parlimen enggan meminda akta ini bagi membolehkan bukan sahaja Kelantan, tapi semua mahkamah syariah di negara ini mempunyai kuasa untuk melaksanakan hudud dan qisas.

Keduanya, jika hudud bukan agenda Umno maka bagaimanakah PAS dan umat Islam boleh percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan menyokong parti yang mempunyai agenda hudud? Dan apakah jaminan parti yang tidak ada agenda hudud akan menyokong hasrat PAS jika sekiranya rang undang undang persendirian dibawa oleh PAS? Bagaimanakah kita boleh pastikan parti yang tidak ada agenda hudud ini tidak mempunyai agenda lain atau agenda tersembunyi dalam isu hudud ini?

Dengan rekod sejarah Umno yang tidak peduli rang undang undang persendirian yang PAS bawa di Parlimen bagi mewujudkan kesalahan irtidad dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 sehingga menyebabkan sehingga kini murtad bukan dikira satu kesalahan di Wilayah Persekutuan, adakah boleh kita percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan bersedia menyokong PAS jika rang undang undang persendirian di bawa oleh PAS?

Che Alwi juga menyatakan rakyat perlu membezakan antara menolak hudud dan tidak melaksanakan hudud pada masa ini. Kata beliau, Umno tidak tolak hudud cuma Umno rasa buat masa ini ia tidak sesuai. Katanya juga Umno gunakan pendekatan penerapan nilai nilai Islam dan beransur-ansur sebab itu Umno buat bank islam, universiti Islam dan lain lain terlebih dahulu.

Kita agak pelik, jika Umno tidak tolak hudud mengapa Umno pula tidak terima hudud? Jika Umno kata tidak tolak hudud, Umno kena terlebih dahulu minta maaf kepada rakyat khususnya umat Islam secara terbuka kerana terlalu banyak kenyataan pemimpin Umno sebelum ini yang menghina hukum hudud. Malahan para pemimpin itu masih ada di negara ini. Jika perdana menteri sebelum ini dan yang terbaru ahli parlimen Umno dari Pulai menyatakanUmno tidak akan melaksanakan hudud di negeri yang Umno perintah bukankah ini juga menolak hudud meskipun tidak menyebut perkataan menolak? Jika tidak tolak mengapa tidak mahu laksana walaupun dah berkuasa 59 tahun?

Keduanya, sampai bila Umno benar-benar bersedia laksanakan hudud, sedangkan Umno sudah berkuasa 59 tahun iaitu sejak tahun 1955? Jika masa Umno ada dua pertiga kerusi di Parlimen pun Umno tidak bersedia bagaimana dalam keadaan Umno kini tidak ada kuasa dua pertiga di Parlimen? Jika Umno yang menguasai segala-galanya dan kuasa yang banyak masih tidak bersedia bagaimanakah PAS yang hanya ada sedikit kuasa boleh bersedia?

Ketiganya, mengapa tidak ada satu pun negeri yang Umno perintah, Umno gubal undang undang hudud? Keempatnya,  Umno kini berkuasa di Terengganu. Kenapa Umno tidak mahu laksanakan hudud di sana dalam keadaan PAS sudah tolong gubalkan Enakmen Hudud dan Qisas di negeri tersebut? Kelima, mengapa Umno tidak guna RTM atau Radio atau akhbar harian yang Umno kuasai menerangkan kebaikan hudud kepada rakyat selama ini? Adakah ini semuanya yang dimaksudkan bahawa hudud bukan agenda Umno?

Ya, Umno buat Bank Islam tapi yang peliknya Kelantan di bawah PAS yang simpan wang kerajaan dalam bank Islam. Negeri yang Umno perintah pun tidak semua wang kerajaan disimpan dalam bank Islam meskipun Umno berbangga dia buat bank Islam. Keduanya, Umno buat bank Islam bagi memastikan urusan muamalat di negara ini menepati syariah (syariah compaliant). Tetapi mengapa dalam urusan jinayat Umno tidak mahu pastikan ia juga syariah compliant? Kenapa Umno tidak mahu pastikan mahkamah syariah laksanakan undang undang yang bersifat syariah compliant?

Jika Umno tubuh bank Islam, mengapa Umno juga benarkan perniagaan dan pusat judi dan ambil cukai daripada wang judi?

Ya, Umno tubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan PAS akui perkara tersebut dan saya antara orang PAS yang belajar di situ. Di UIA saya diajar antara lain hukum syariah termasuk hudud wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Mengapa apabila saya keluar dari UIA saya lihat apa yang UIA ajar ingin dilaksanakan oleh PAS dan tidak mahu dilaksanakan oleh Umno? UIA ajar hudud sebahagian dari  agenda Islam mengapa di luar UIA, parti yang berbangga tubuhkan UIA menyatakan hudud bukan agenda kami (baca Umno)?

‘Saya bukan pengkhianat’


Teluk Intan: “Saya bukan pengkhianat Melayu...saya tak kisah apa orang kata,” kata calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak mengatakannya sebagai pengkhianat Melayu selepas membuat keputusan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mewakili DAP.

Menurutnya, tanggapan itu tidak menjejaskan dirinya, malah dia akan meneruskan perjuangan terutama meraih sokongan penduduk kawasan berkenaan.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, terpulang kepada orang ramai untuk mengatakan apa saja mengenai dirinya, namun yang penting dia tidak mengkhianati bangsanya.

“Saya tidak mengkhianati kaum Melayu...apa saja dakwaan (orang ramai) ia tak menjejaskan apa-apa.

“Saya bertanding bukan untuk ‘menjual’ Dyana Sofya, tetapi membawa suara parti,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini, semalam.

Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang itu diumumkan calon mewakili parti itu pada PRK itu manakala Barisan Nasional (BN) pula meletakkan Datuk Mah Siew Keong, 53, yang juga Presiden GERAKAN sebagai calon.

Menjawab soalan mengenai dia yang terpaksa menggunakan pengaruh Lim, Dyana Sofya tidak menafikannya, malah mengakui ia akan membantu dirinya pada PRK itu.

Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan dirinya sekadar ‘window dressing’ atau peragaan untuk DAP menarik pengundi, Dyana Sofya berkata, dia menghormati pendapat beliau.

Malah, dia turut mengagumi Dr Mahathir yang berjaya mendidik anak-anaknya hingga berjaya.

“Saya terima pendapat beliau serta menghormatinya sebagai pemimpin negara serta berjaya mendidik anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Dyana Sofya berkata, jika terpilih, isu pertama yang akan dibawa ialah kenaikan harga barang.

Malang berganda


Kali pertama berlaku ketika dia berusia 47 tahun dan Bosnia dilanda peperangan menyebabkan rumahnya di Topcic Polje musnah.

Di atas tanah miliknya Ramiz membina semula kediaman dan hidup baru sambil berharap keadaan menjadi lebih baik. Kini ketika berusia 65 tahun, dia kehilangan kedua-duanya tanah dan rumah apabila runtuhan tanah melanda kampungnya.
Walaupun Ramiz berjaya menemui kembali dokumen hak milik tanah itu, ia ternyata tidak membawa banyak makna. “Ini ternyata lebih teruk daripada zaman perang,” katanya.

Ketika kawasan itu serta Bosnia dilanda bencana, keluarga Ramiz terpaksa bergegas menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil barangan penting.

Keadaan itu menyebabkan Ramiz sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.
Foto
SEORANG lelaki membawa penyodok berbasikal merentasi kawasan yang musnah dilanda banjir dan tanah runtuh di Maglaj, Bosnia-Herzegovina, semalam.
Ramiz memang menerima bayaran pencen 215 euros (RM947) sebulan dan ia digunakan untuk menyara isteri, anak lelaki dan menantunya.

Mereka adalah sebahagian daripada 44 peratus penduduk Bosnia yang menganggur ketika ini.
Kata Ramiz, dia tidak tahu berapa banyak rumah musnah akibat tanah runtuh di kawasannya berkenaan dia akan terkejut jika 30 peratus daripada 1,430 penduduk di situ masih boleh menetap di Topcic Polje.

Lebih 2,000 kejadian tanah runtuh dilaporkan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini di Bosnia, Serbia dan Croatia ketika ketiga-tiga negara dilanda banjir terburuk dalam sejarah Eropah.

Sekurang-kurangnya 40 orang mati dalam banjir sejak lima hari lalu berpunca daripada hujan lebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menteri Luar Bosnia, Zlatko Lagumdzija menganggap tanah runtuh dan banjir yang berlaku sebagai yang terburuk setakat ini.

“Selepas peperangan berakhir, mereka kehilangan segala-galanya,” katanya. “Kini mereka tidak mempunyai apa-apa kecuali hutang bank untuk membina semula kediaman mereka,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/21