Sunday, June 23, 2013

Memang benar barang-barang di dalam kedai runcit orang Islam kebanyakkannya adalah barangan yang dibuat oleh pembuat cina.

Memang benar barang-barang di dalam kedai runcit orang Islam kebanyakkannya adalah barangan yang dibuat oleh pembuat cina. 

Sekurang-kuranggnya bila kita berbelanja di kedai runcit orang Islam, setiap sen duit kita akan mengalir kepada orang islam terlebih dahulu disamping sektor peruncitan orang Islam akan naik mengembang sekaligus akan membantutkan peruncitan orang cina.

Apabila sektor peruncitan orang Islam mengembang, maka akan lebih ramai lagi orang Islam akan melibatkan dalam perniagaan peruncitan ini dan sedikit demi sedikit akan terokai kepada pemborongan pula.

Saya senaraikan produk orang Islam yang patut kita sokong beli dan senarai produk yg membantu CINA DAP yang wajib kita boikot atau jadikan ia pilihan terakhir:

MARI KITA MULAKAN BELI BARANGAN SYARIKAT ORANG ISLAM YANG TIDAK MEMBANTU DAP SEPERTI DI BAWAH:

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary) 2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA) 4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA) 6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA) 8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA) 10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA) 12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas 14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah 16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi 18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi 20. Sos Lada Hitam Sufi / Bumi Hijau
21. Sos Cili/Tomato Sufi / Bumi Hijau 22. Kicap Masin/Manis Sufi / Jalen
23. Tepung Goreng Sufi 24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap SufI 26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel 28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara / Cempaka 30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina 32. Syampoo D'herbs
33. Mydin 34. MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung


SEKARANG JUGA KITA BOIKOT BARANGAN PUAK YANG BANTU DAP SEPERTI DI BAWAH


1.Tepung Gandum Cap Sauh 2. Sri Murni Minyak Masak
3. Sri Murni Nugget 4. Marina Nugget
5. Marina Tuna 6. Aminah Hassan Sos Cili
7. Aminah Hassan Sos Tomato 8. Aminah Hassan Bihun
9. Roti Massimo 10. PowerRoot Ali Cafe
11. PowerRoot Oligo Cereal 12. PowerRoot 9SPOT ISOTONIK
13. Malta 14. NutriMalt
15. Teh Cap Masjid 16. Teh Guru Cap Masjid
17. Pau Ahmad 18. Old Town White Coffee
19. Pasaraya EconSave 20. Pasaraya KK mart
21. Pasaraya 99 SpeedMart 22. Minyak Knife
23. Minyak Buruh 24. Minyak Naturel
25. Minyak Daisy 26. Drinho ALL DRINKS
27. Isomax Isotonic 28. HomeSoy
29. Farm Crows Butter
 

Tubuh hancur dihempap besi 6 tan



Tubuh hancur dihempap objek besi 6 tan
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk dibedah siasat.
Chan Kok Thiun
Chan Kok Thiun
IPOH - Seorang pekerja kilang besi maut dalam keadaan mengerikan selepas tubuhnya hancur dihempap bongkah besi seberat enam tan dipercayai sebuah mesin yang diangkat oleh mangsa menggunakan trak angkat susun dalam kejadian di sebuah kilang di Kanthan Baru, Chemor, pagi semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi dan mangsa, Chan Kok Thiun, 41 dari Taman Chemor Mesra difahamkan sedang melakukan kerja pemindahan objek berkenaan sebelum turun dari trak angkat susun yang dipandunya untuk melihat kedudukan objek berkenaan.

Mangsa juga dikatakan mahir menggunakan trak angkat susun, namun objek berkenaan secara tiba-tiba jatuh dan menghempap badannya.

Dalam kejadian itu, hanya tangan kiri mangsa dapat dilihat selepas tubuhnya dihempap objek terbabit dan rakan-rakan yang berada berhampiran hanya dapat melihat keadaan mangsa yang maut serta merta di tempat kejadian serta tidak mampu membantu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sewaktu kejadian mangsa dipercayai sedang melakukan kerja pemindahan objek besi bersama rakannya.

“Bagaimanapun, objek itu jatuh dan menghempapnya sewaktu mangsa sedang memeriksa kedudukan objek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, tiada unsur jenayah ditemui dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mangsa cedera parah di seluruh bahagian badan akibat impak objek berat yang menimpanya.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah,” katanya

6 tahun tak tidur malam


6 tahun tak tidur malam
Aisyah menunjukkan kaki kanan ibunya yang tidak dapat diluruskan di rumahnya di Kampung Gong Duek semalam.
BESUT - Satu keluarga di sini merayu simpati mana-mana pakar perubatan tradisional dan moden membantu ibu mereka yang menghadapi masalah tidak tidur sepanjang malam sejak enam tahun lalu.

Aisyah Ab Rahman, 65, berkata, ibunya Aminah Ab Kadir, 90, langsung tidak dapat tidur pada waktu malam hingga ke siang hari dan tambah menyedihkan, sepanjang malam dia asyik menangis dan menjerit.

Menurutnya, pada waktu siang pula Aminah hanya terlelap untuk tempoh beberapa minit sahaja, itupun dengan syarat ada orang menemaninya.

“Sebelum ini saya bersama tiga beradik terpaksa bergilir-gilir selama dua minggu seorang menjaganya di rumah masing-masing, memandangkan keadaannya yang sedemikian.

“Namun sekarang kami telah sepakat bahawa setiap orang hanya akan menjaganya untuk tempoh seminggu seorang kerana kami semua tidak mampu lagi berjaga setiap malam sehingga siang untuk jangka masa dua minggu secara berterusan,” katanya yang kini tinggal empat beradik selepas dua beradik lain meninggal dunia.

Aisyah berkata, tempoh itu terpaksa dipendekkan kerana adik beradiknya yang berusia antara 52 hingga 70 tahun turut menghidapi masalah kesihatan, dan keadaan kesihatan semakin teruk apabila terpaksa berjaga setiap malam.

Katanya, setiap orang yang menjaga Aminah tidak dapat melelapkan mata khususnya bermula jam 12 malam hingga siang, kerana dia akan menangis dan merengek menyebabkan perlu sentiasa ada orang di sisinya.

Aisyah berkata, abangnya, Abdullah, 66, yang tinggal di Felda Kerteh, Kemaman meninggal dunia ketika memandu kereta pada Februari lalu selepas menjaga ibunya itu akibat tekanan darah tinggi.

“Mungkin ajalnya sudah ditentukan Tuhan namun masalah kesihatan arwah abang ketika itu semakin terjejas apabila terpaksa berjaga sepanjang malam. Oleh sebab itulah saya merayu sangat supaya sesiapa tampil untuk membantu mengatasi masalah ibu saya,” katanya.

Menurutnya, dia adik beradik akur dengan dugaan Tuhan dan sama sekali tidak mengabaikan ibunya, namun sekiranya masalah tidak dapat tidur ibunya mampu diatasi, mereka anak beranak mampu menarik nafas lega.

Mereka sekeluarga juga telah berusaha merawat Aminah dengan pelbagai kaedah tradisional dan moden, namun setakat ini tidak mampu menyelesaikan masalahnya.
Keadaan Aminah yang terlantar sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu semakin teruk apabila kaki kanannya di bahagian lutut turut membengkok.

“Saya harap sangat kalau ada mana-mana pihak yang ikhlas untuk membantu merawat ibu saya kerana kami tidak mampu lagi merawatnya,”  katanya.

Sementara itu tiga daripada empat adik beradik itu menetap di Gong Duek manakala seorang lagi tinggal di Kampung Saujana, Permaisuri, Setiu.

Sesiapa yang ingin membantu merawat Aminah boleh menghubungi anak bongsunya Halipah menerusi talian 013 9736293.

Kumpul duit sendiri turap jalan


Kumpul duit sendiri turap jalan
Zaleha dan Ahmad menunjukkan jalan yang diturap menggunakan wang sendiri.
ALOR SETAR - Empat keluarga di Kampung Alor Sekawan, dekat sini, bimbang keselamatan mereka terancam kerana terpaksa menggunakan jalan rosak, kecil dan tidak berturap setiap hari.

Penduduk, Zaleha Hussain, 57, berkata, penduduk terpaksa mengumpulkan wang sendiri semata-mata untuk menurap jalan berkenaan, malah sudah beberapa kali mereka perlu berbuat sedemikian untuk membeli tanah dan membayar upah orang.

Menurutnya, kali pertama, masing-masing menyumbangkan RM100 seorang dan yang terbaru mereka menyumbangkan RM250 supaya jalan dapat dibaiki.

“Ada juga individu yang baik hati menyumbang tanah kepada kami, bagaimanapun masalah jalan ini tetap tidak dapat diselesaikan.

“Kami terpaksa bersusah payah keluar ke jalan besar setiap hari. Malah, keadaan bertambah teruk apabila hujan lebat berikutan kenderaan tidak dapat bergerak disebabkan tanah menjadi lembap,” katanya kepada Sinar Harian.

Zaleha berkata, keadaan itu sudah berlarutan kira-kira 30 tahun sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat dan orang luar yang menggunakan jalan tersebut kerana dikhuatiri kenderaan terjunam ke dalam sawah.

“Bayangkan, mana-mana penduduk yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang sendiri, demi menggelakkan kenderaan tetamu mereka tergelincir ke sawah, namun kadang kala ia tetap terjadi,” katanya.

Sementara itu, Nor Hashimah Ismail, 44, berkata, penduduk boleh menggunakan tiga laluan berbeza untuk ke kampung terbabit, bagaimanapun semua jalan mengalami masalah sama kerana mengalami kerosakan dan ditumbuhi semak-samun yang mengganggu laluan.

Katanya, keadaan ini menyebabkan penduduk sering kemalangan akibat terjatuh ke dalam sawah berhampiran walaupun sudah biasa dengan persekitaran dan keadaan jalan berkenaan terutama pada waktu malam.

Permasalahan itu mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno cawangan Lubuk Lunas, Ahmad Isnizan Kassim, yang turut sama mengumpulkan wang untuk menurap sebahagian jalan terlibat demi meringankan beban dan membantu penduduk setempat.

Bagaimanapun, katanya, wang yang dikumpulkan tidak mencukupi bagi menampung semua jalan dan berharap pihak berkenaan dapat memberi perhatian serius.