Showing posts with label kesal. Show all posts
Showing posts with label kesal. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Ibu anak Ronaldo kesal

RONALDO bersama anaknya.
RONALDO bersama anaknya.

LONDON: Ibu anak bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo semalam ialah pelajar Britain yang terdesak dan kini mahukan anaknya kembali.
Sehingga Ronaldo masih merahsiakan nama, usia dan kerakyatan ibu anaknya selepas wanita itu menyerahkan hak terhadap bayi itu sebagai balasan kepada bayaran sebanyak �10 juta (RM50 juta).

Wanita itu yang hamil selepas mengadakan seks dengan Ronaldo dilaporkan bersedia memulangkan wang itu dengan menegaskan, dia sudah berubah fikiran mengenai persetujuan itu.

Enam bulan selepas mengambil keputusan menyerahkan bayi itu kepada pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah, wanita itu kini bergitu tertekan.

Menurut beberapa rakannya, keadaan itu memaksanya menarik diri daripada pengajiannya.


Satu klausa dalam perjanjian yang ditandatanganinya dengan peguam Ronaldo tidak membenarkan dia memberitahu dia adalah ibu bayi yang kini dalam penjagaan keluarga pemain bola sepak itu, termasuk keluarganya.

Dia menghilangkan diri begitu saja apabila hamil. Sesudah melahirkan kandungannya, dia memberitahu orang ramai bahawa dia mendapat ‘durian runtuh’ secara tiba-tiba.

Apabila meminta untuk berjumpa dengan anaknya, Ronaldo dikatakan menempelaknya dan memberitahu, dia akan menimbang permintaannya, jika dia membayar semula sebahagian wang yang diterima sebelum ini.

Satu sumber yang rapat dengan wanita itu berkata: “Dia sentiasa menelefon Ronaldo pada lewat malam. Dia menangis sambil merayu kepada Ronaldo.

“Dia juga menelefon pemain itu selepas perlawanan bola sepak, untuk mengucapkan tahniah. Tetapi Ronaldo tidak mempedulikan, sebaliknya mempersendanya mengenai anak mereka.


“Dia merasakan dirinya seolah-solah sudah menjual ‘rohnya.’ Meskipun boleh hidup ala jutawan, tetapi dia tidak boleh menceritakan kepada rakan mahupun keluarganya mengenai apa yang terjadi. Ia menyebabkan dia keseorangan.


Seorang rakan Ronaldo berkata: “Bagi bintang bola sepak itu, apa yang terjadi adalah pilihan wanita itu dan dia yang memutuskan untuk menyerahkan anaknya.


“Ronaldo berkata, wanita itu sudah tidak mempunyai hak terhadap anaknya. Dia tidak akan dibenarkan menemui kanak-kanak itu.


“Tetapi Ronaldo masih melayani panggilan telefonnya kerana bimbang wanita itu akan cuba bertindak untuk membawa kes itu ke mahkamah.” Beberapa rakan berkata, penyerang Real Madrid itu menemui wanita itu di sebuah kelab malam di London dan mengadakan seks di sebuah hotel.


Dia pernah bergurau dengan berkata: “Saya hanya menghabiskan masa dengannya dalam keadaan berbogel.” - Agensi

myMetro | Ibu anak Ronaldo kesal

Sunday, April 18, 2010

Pemuda PAS kesal Najib bela APCO, Obama dan Blair tapi tekan Iran



Herman Samsudeen   
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia yang berdegil meneruskan penggunaan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding Kerajaan dan tunduk pada arahan Presiden Amerika, Barack Obama untuk memberikan tekanan kepada Iran.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa syarikat Petroliam Nasional Bhd telah diarahkan agar menamatkan penjualan gas kepada Iran sejak bulan lepas lagi sebagai tanda Malaysia menyokong tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya lantaran keengganan Iran menghentikan program nuklearnya.

Tindakan ini sekaligus menunjukan Malaysia telah diperbudakkan oleh Amerika yang jelas mempunyai senjata nuklear yang lebih banyak dari negara-negara lain.

Tindakan Malaysia ini juga menghina hubungan diplomatik dengan Iran yang sebelum ini telah mengistiharkan akan memajukan teknologi nuklearnya hanya untuk tujuan membekalkan tenaga bukannya untuk persenjataan. Hasrat Iran ini sebenarnya selari dengan kehendak Malaysia yang juga bercita-cita memajukan penyelidikan berkaitan nuklear untuk manfaat tenaga alternatif dimasa hadapan.

Najib telah memalukan Malaysia dikalangan dunia Islam pada hari ini kerana tidak mampu mengangkat muka untuk menentang dasar zalim Amerika ini semasa bertemu Obama baru-baru ini.

Rakyat juga kesal kerana Najib yang banyak dipengaruhi APCO menutup mata dengan rancangan mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Blair yang juga, ahli kumpulan pelobi Israel mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London, Darren Murphy. Dengan nasihat Murphy, Blair bersama Mantan presiden America. George W. Bush.telah memusnahkan negara Afghanistan pada tahun 2001 dan Iraq pada 2003. Sehingga ke hari ini mereka gagal menemui senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dikatakan sedang dibina oleh Saddam di Iraq.

Peranan APCO dalam peperangan ini tidak dinafikan kerana syarikat itu yang juga dimiliki oleh rangkaian pelabur Yahudi Pro-Israel cuba sedaya upaya mempengaruhi kerajaan-kerajaan besar untuk memusuhi negara umat Islam yang mempunyai potensi untuk memberikan bantuan kepada pejuang Palestine. Dendam mereka terhadap Saddam yang pernah mengancam untuk menyerang Israel dibalas dengan penjajahan besar-besaran hingga menyebabkan rakyat Iraq jadi pelarian dinegara sendiri.

APCO hingga ke hari ini kekal menjadi syarikat perunding kepada Kerajaan Britain dan Amerika, dan tekanan kepada Iran adalah dirancang selepas Iraq berjaya dimusnahkan. Peranan APCO di Malaysia bukan sahaja melibatkan program 1 Malaysia atau aktiviti Kementerian-kementeria tetapi, ia juga turut mempengaruhi dasar luar Malaysia yang selama ini dikatakan antara negara yang kuat menyokong Palestin.

Tetapi kini, APCO mengemudi Kerajaan Malaysia dan menjadikan Najib sebagai PUPPET untuk dipergunakan oleh pelobi-pelobi Israel yang duduk disekeliling Obama dan Gordon Brown sekarang. Sedikit demi sedikit ahli kumpulan pelobi Israel seperti Tony Balir dimasukan ke negara ini bagi menabur racun kebencian kepada negara-negara Islam seperti Iran disamping membina dasar yang lebih Liberal dan terbuka kepada negara-negara pro-Israel.

Oleh itu DPPWP tegas untuk mengajak rakyat bangkit mendesak Najib untuk menghentikan kontrak APCO dan menghalau syarikat itu serta merta. DPPWP juga mendesak agar Najib tidak sesekali diperbudakan oleh Amerika dan Petronas perlu dibenarkan untuk terus membekalkan gas kepada Iran.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan