Showing posts with label patung. Show all posts
Showing posts with label patung. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Patung Emas Terbesar

Malaysia dikenal sebagai negara dengan peradaban melayu yang kental dan dominan dengan peradaban islam. Selain bangsa melayu, di Malaysia juga terdapat banyak penduduk pendatang seperti India, Arab, dan Cina. Akulturasi budaya terlihat berjalan dengan baik di sana. Selain banyak peninggalan kebudayan islam, di sana juga terdapat peninggalan kebudayan hindu, salah satunya adalah kuil dan gua purba yang kini menjadi salah satu kawasan wisata yang populer di Malaysia. Komplek perpaduan gua purba dan kuil Hindu yang menakjubkan ini berada di kawasan komplek bukit kapur Gombak, sekitar 13km dari Kuala Lumpur. Ada tiga buah gua utama di sana, namun yang paling besar, paling megah dan paling populer adalah Gua Kuil yang merupakan tempat untuk memuja Dewa Murugan.
Kompleks kuil dan gua purba yang terkenal sebagai kawasan Gua Batu merupakan salah satu kuil Hindu yang paling populer yang berada di luar India. Untuk sampai di pelataran kuil dan bisa menikmati kemegahan gua dan ornamen kuilnya yang indah, Anda harus mendaki tangga setinggi hampir 100 meter yang terdiri dari 272 anak tangga.
Namun demikian, keindahan komplek Gua Batu ini tak hanya dimonopoli oleh gua-gua dengan kuil yang menakjubkan di atas sana. Di kaki bukit, di bagian pelataran gua, terdapat patung emas Dewa Murugan yang dengan gagah menyambut setiap wisatawan yang hendak mengunjunginya. Patung dewa agung setinggi 42,7 meter ini merupakan salah satu patung tertinggi dan paling mengesankan di dunia.
gua batu malaysia
Selain patung Dewa Murugan, Anda juga dapat melihat-lihat bangunan kuil yang dihiasi patung-patung dewa-dewi serta lukisan dan relief yang menceritakan kisah-kisah menakjubkan agama Hindu, seperti kisah Ramayana dan Dewa Murugan, sang dewa suci di daerah seperti India Selatan, Singapura, Malaysia dan Sri Lanka. Jika berminat untuk mempelajari secara lebih lebih lanjut tentang sejarah dan kisah Gua Batu ini, Anda dapat memanfaatkan fasilitas audio tour yang telah disediakan oleh pengelola tempat wisata.
Selain populer sebagai tempat ziarah bagi umat Hindu, Gua Batu juga populer sebagai tempat untuk climbing, dengan lebih dari 160 titik yang tersebar di seluruh daerah gua ditawarkan bagi peminatnya. Dalam hal ini Anda tidak perlu memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas karena sebagian besar tebing merupakan medan yang ramah pendakian.
Untuk menikmati pesona kuil dan gua suci di Malaysia ini, Anda dapat memanfaatkan kendaraan umum seperti bus atau taksi dari Kuala Lumpur, atau untuk pilihan yang lebih hemat dan sempurna, manfaatkan rute kereta api yang berangkat dari Central Station.duniaberbicara

Monday, November 8, 2010

Patung gajah resahkan penduduk



Oleh Mohamed Farid Noh 
mfarid@bharian.com.my
2010/11/08

PATUNG gajah gergasi atas sebuah bangunan di Jalan Rahmat menimbulkan kebimbangan orang ramai.
PATUNG gajah gergasi atas sebuah bangunan di Jalan Rahmat menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Binaan empat meter dikhuatiri tumbang hempap orang ramai 

BATU PAHAT: Pembinaan patung gajah bersaiz besar di sebuah bangunan di Jalan Rahmat di sini sejak beberapa bulan lalu, menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan yang setiap hari menggunakan jalan berkenaan, menyebabkan mereka mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.Patung gajah setinggi kira-kira empat meter yang dibina di tingkat paling atas bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabat serta sebuah restoran itu, dikhuatiri menyebabkan mala petaka jika ia terjatuh dan menghempap pejalan kaki serta pengguna jalan raya lain.
Ini kerana bangunan berkenaan terletak di jalan utama serta paling sibuk di daerah ini berikutan kewujudan banyak pusat kewangan utama selain jabatan kerajaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan pengguna, jika binaan gajah berkenaan tumbang ditiup ribut yang agak kerap melanda kebelakangan ini. 

Seorang suri rumah, Maimunah Sawal, 50, berkata penduduk hairan apabila pihak berkuasa meluluskan pembinaan patung berkenaan kerana ia jelas membahayakan penduduk serta pengguna jalan raya. 

“Tidak kira sekukuh mana pun patung itu disimen di atas bangunan itu, ia tetap membahayakan pengguna jalan raya kerana daerah ini dikenali dengan tiupan angin barat daya kuat yang datang dari arah Selat Melaka dan kami amat bimbang keselamatan terancam ketika menggunakan jalan berkenaan. 

“Apa akan terjadi kepada pejalan kaki atau kenderaan yang melalui jalan berkenaan jika struktur itu tumbang dan siapa mahu bertanggungjawab. Jadi, saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan meminta pemilik patung itu menurunkannya kerana ia jelas membahayakan keselamatan awam,” katanya baru-baru ini. 
Rakannya, Rohaimi Said, 42, berkata, kehadiran patung gajah itu bukan saja membahayakan pejalan kaki dan pengguna jalan raya di kawasan itu, malah boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. 

“Mungkin ada pemandu yang tiba-tiba memperlahankan kenderaan kerana ingin melihat patung itu dan ini boleh menyebabkan kesesakan, selain berlaku kemalangan. 

“Ia nampak remeh, tetapi pembinaan patung itu di kawasan berkenaan tidak kena pada tempatnya dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan,” katanya. 

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Salehuddin Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai pembinaan patung berkenaan dan sudah mengeluarkan notis kepada pemiliknya supaya ia diturunkan secepat mungkin. 

“MPBP tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk membina patung atau struktur besar itu dan selepas menerima aduan orang ramai mengenainya, kami melakukan siasatan. 

“Kami dapati, ia memang membahayakan keselamatan orang ramai dan bagi mengelak kejadian tidak diingini, kami sudah mengeluarkan notis kepada pemilik patung itu supaya diturunkan segera. 

“Pemilik patung gajah itu bersetuju berbuat demikian dan kini mereka menunggu kontraktor yang dilantik untuk melakukannya” katanya. 

Friday, June 18, 2010

Patung Nabi Isa disambar petir



http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/mumtaz/Yesus-penampakan-disambar-petir.jpg&h=235&w=355&zc=1
http://www.voa-islam.com/photos/mumtaz/Yesus-terbakar.jpg
Bandar Ohio terletak di Barat Daya, amerika.
Patung  Nabi Isa ini  telah dibina  sejak 2004 di depan Gereja Evangelical Solid Rock .
Petir itu menyambar pada hari Isnin, 14 Jun 2010, pada jam 11.15 malam.
Patung separuh  badan manusia setinggi  19 meter, lebar 12 meter .
Bahagian tubuh patung tersebut  dibina  dari bahan plastik dan bahan fiberglass.