Monday, September 10, 2012

Malaysia pandang serius tindakan kedutaan Jerman salur dana kepada Suaram




9 September 2012
KUALA LUMPUR - Wisma Putra menegaskan kepada Duta Besar Jerman Dr Guenther Georg Gruber bahawa Malaysia memandang berat isu sumbangan dana kedutaan itu kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang berkait langsung dengan badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram).  
  
Pada pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Datuk Husni Zai Yaacob, Jumaat lepas, duta itu juga diberitahu Malaysia sangat kecewa apabila mengetahui kedutaan tersebut terlibat dalam sumbangan dana kepada Suaram.
  
"Wisma Putra telah menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia merasa kurang senang dengan tindakan Kedutaan Besar Jerman itu kerana boleh disalah tafsir dan dilihat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia," kata Wisma Putra dalam kenyataan, di sini hari ini.
  
Menurut kenyataan itu, perwakilan asing seharusnya peka terhadap sensitiviti negara tuan rumah dan cara hubungan baik dapat dijalin serta dikekalkan, selain mereka tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti yang menunjukkan kecenderungan mereka terhadap sesetengah isu, yang mempunyai implikasi ke atas situasi domestik Malaysia.
  
Kenyataan itu juga menyatakan pada pertemuan tersebut Gruber menjelaskan Kedutaan Besar Jerman mempunyai polisi untuk tidak menyumbang dana secara terus kepada mana-mana organisasi atau institusi.

Gruber berkata sumbangan dana hanya dibuat berdasarkan kepada projek yang berkait rapat dengan nilai-nilai Jerman termasuk isu berkaitan hak asasi manusia.
  
Katanya dana sedemikian turut disumbang kepada agensi kerajaan, univesiti dan projek berkaitan tanggungjawab sosial korporat.
  
Kata Gruber, dalam kes itu, sumbangan yang dimaksudkan diguna untuk penganjuran bengkel di Kuala Lumpur pada November 2010 yang dihadiri 21 NGO.
  
Kedutaan Jerman di sini menjadi tumpuan minggu lepas, setelah mengaku menyalurkan dana kepada Suaram, sebuah NGO hak asasi manusia. - Bernama

Kisah Abil-Fauziah: Pembaca beri sokongan moral



WARTAWAN SINAR HARIAN
10 September 2012
Abil-Fauziah
Abil sentiasa menemani Fauziah.
Abil-Fauziah
Abil bersama isterinya Fauziah yang masih sihat.
Abil-Fauziah
Akrab dengan al-Quran menjadikan Abil seorang yang tabah.
SHAH ALAM - Pengorbanan Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai "cinta murni sebenar."

Ada pembaca yang menyifatkan sukar untuk mencari suami sedemikian buat masa sekarang.

Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Abil Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerjaselepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu.

Noraini Amran, dari Universiti Malaya, pembaca terawal menurunkan komen menerusi portal Sinar Harian Online berkata: "Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

Dia juga menulis, terdapat kes-kes seumpama tetapi tidak mendapat perhatian.

"Maaflah dulu... ada juga saya pernah jumpa..tapi tak masuk surat khabar," katanya lagi.

Razman Rashid pula menulis, "sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH."

DzulsharifDzul Sharif dari Bangi juga rasa sayu hati mendengar cerita Abil Fikri.

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah," katanya.

Kisah Abil juga menerima perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat .

Katanya, "semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."

"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini," kata beliau.

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini," kata beliau.

Abdul Hakim dari Universiti Teknologi Malaysia memberi sokongan dengan menulis "semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

Roslan Mamat dari Kuala Terengganu dengan berkata, "syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri," katanya.

Faizal Ismail, yang memperkenalkan dirinya seorang guru berkata, "ini baru betul cinta..."
Sokongan moral turut diberikan oleh pembaca bernama  Zol Kharnai.
Katanya, "semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu."
"Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma.
"Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik," kata beliau lagi.
Pembaca bernama Noripz Aries Mazwan dari San Francisco pula menulis, "semua orang mahukan suami sebegini..."
Di sebalik sokongan moral, seorang pembaca, yang menggunakan nama Mat Top berkata, "Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah."
"Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja," katanya.
Shaikh Mohamed Noordin menulis, "inilah yang dikatakan 'suami masali''."
"Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini," kata beliau.
Beberapa pembaca mendoakan agar isteri Abil Fikri cepat sembuh.
John Labu berkata, "suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh."
"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya," katanya lagi.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil menerusi talian 016-2634258.

Suami berhenti kerja jaga isteri koma



RAZIATUL HANUM A RAJAK @ ATAN
9 September 2012
Suami berhenti kerja jaga isteri koma
Abil bersama isterinya Fauziah yang koma.- Foto ihsan blog Abil
Suami berhenti kerja jaga isteri koma
Abil dan Fauziah saat meniti bahagia di hari perkahwinan mereka.
"DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung," kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.

Ketika dihubungi di Seremban hari ini, katanya, "saya pegang amanah."

"Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.

Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.

Cerita Abil, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.

"Apabila jantung berhenti mengepam oksigen ke otak lebih 30 minit, 93 peratus otak tidak berfungsi.

"Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa selepas tiga hari isteri saya akan sedar, namun sehingga hari kelima, dia masih belum sedar," katanya.

Bekas perunding kewangan dan speaker motivasi itu membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik dimaklumkan tentang keadaan isterinya itu.

"Selepas masuk hari kelima, dia (Fauziah) tidak sedarkan diri, doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf otaknya mengalami kerosakan.

"Pada detik itu juga, saya terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa teragak-agak," katanya lagi.

Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital, Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih dekat dengan keluarganya, Abil menjawab,  “saya tidak mahu melibatkan ramai orang dalam menjaga dia."

"Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa menjaga dia,” katanya lagi.

Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.

Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.

“Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.

“Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya,” kata Abil.

Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg.

Menurut Abil, dia menerima 'hadiah' daripada ALLAH ini kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.

Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.

“Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya boleh terima kaedah itu jika ada jaminan," ujarnya.

Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.

"Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan mengambil dia, saya redha," katanya.

Menurut Abil, jika berpeluang untuk bekerja semula, dia memilih kerjaya sebagai penceramah motivasi berbanding kerjaya lamanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil di talian 016-2634258.

Abil juga mengabadikan pengalamannya dalam bentuk tulisan di blog peribadinyahttp://abil4fauziah.blogspot.com/.

Bom tepi jalan, budak putus kaki


NARATHIWAT 9 Sept. - Seorang budak lelaki kehilangan kaki kirinya apabila sebutir bom meletup ketika dia sedang bermain dengan rakan-rakanya di daerah Rangae, di sini pagi ini.
Pegawai polis bertugas, Leftenan Sathiti Tongchan berkata, insiden itu berlaku pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan ketika Muhamad Safik Late, 9, bersama dua rakannya sedang melalu jalan Tanyongmas-Dusongyo di Bango Sate, daerah Rangae untuk membeli makanan ringan.
"Ketika itu, mangsa ternampak suatu objek tertanam di tepi jalan dan berhenti untuk melihatnya sebelum bom tersebut meletup," katanya.
Dua rakan mangsa, bagaimanapun tidak cedera. - AGENSI

Padah tiru video Gangnam Style

Video Lifeguard Style  undang kemarahan majikan penyelamat kolam renang di El Monte.
Video Lifeguard Style undang kemarahan
majikan penyelamat kolam renang di El Monte.
El Monte: Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset.

Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu. Diberi tajuk Lifeguard Style, video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.


Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.

Disifatkan tak senonoh

Ketua mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.
Pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.

Penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.
Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.

Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube.
Bagi muzik video asli pula, 129,650,081 sudah menonton aksi penyanyi Korea Selatan itu.

Nama sebenar Psy ialah Park Jae Sung. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.

Lagu Psy kalahkan Bieber

Sambutan hangat lagu itu dilaporkan lagu Baby yang disampaikan Justin Bieber dan lagu Rebecca Black, Friday.

Selain itu, Psy dan penerbit album Bieber, Scooter Braun, memeterai perjanjian untuk menghasilkan lagu bersama dengan Braun menyiarkan video pendek mengumumkan rancangan mereka bertujuan membolehkan artis Asia itu yang pertama dari Korea untuk mencatat rekod baru nyanyian di Amerika Syarikat.
Agensi

Naib Presiden Iraq kena hukum gantung

PIHAK keselamatan persendirian Iraq menyiasat bangkai bom kereta di luar bangunan konsular Perancis di Nassiriya, semalam.
PIHAK keselamatan persendirian Iraq menyiasat bangkai
bom kereta di luar bangunan konsular Perancis di Nassiriya, semalam.

Baghdad: Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dalam letupan bom dan serangan di 11 kota seluruh Iraq semalam termasuk satu bom kereta di luar bangunan konsular Perancis.

Memburukkan keadaan, mahkamah Iraq menghukum gantung Naib Presiden, Tareq al-Hashemi atas kesalahan membunuh. Hashemi menghadapi 150 tuduhan termasuk membunuh seorang brigadier jeneral dan peguam, tidak hadir ketika hakim mengumumkan keputusan.

Penyerang yang tidak diketahui identiti mereka menembak askar yang berkawal di pos tentera selain rekrut polis yang sedang berbaris memohon kerja.

Keganasan itu menyebabkan hampir 250 orang cedera.

Pemisah Sunnah dan al-Qaeda melancarkan beberapa serangan besar tahun ini dalam cubaan untuk meningkatkan ketegangan politik dan perkauman yang membawa negara itu hampir kepada perang saudara pada 2006-2007.

Serangan paling serius
Serangan paling serius berlaku tengah malam di Dujail, 50 kilometer ke utara Baghdad apabila lelaki bersenjata dan seorang pengebom memandu kereta serta menyerang sebuah pangkalan tentera membunuh 11 askar dan mencederakan tujuh lain, kata sumber polis.

Sebutir bom kereta meletup di luar bangunan konsular Perancis di bandar raya yang biasanya stabil, Sassiriya, 300 kilometer ke selatan Baghdad, mencederakan dua orang.

Bom kereta yang lain juga diletupkan di bandar raya terbabit membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain.

Lebih ramai yang terbunuh dalam beberapa letupan di seluruh negara di bandar Kirkuk, Samarra, Basra dan Tuz Khurmato.

Militan Islam dan al-Qaeda

Kerajaan Iraq masih berhadapan dengan militan Islam dan al-Qaeda, sembilan bulan selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara itu.

Sayap tempatan al-Qaeda Iraq, Islamic State of Iraq mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan besar membabitkan pasukan keselamatan dan kejiranan Syiah.

Tetapi, bekas ahli parti Baathist Saddam Hussein dan kumpulan Islam Sunnah lain juga menentang kerajaan.

Tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan Ahad.

Ketegangan di Iraq menimbulkan kebimbangan mengenai keganasan kembali merebak terutama ketika Iraq berhadapan dengan konflik yang meningkat di negara jiran, Syria.
Reuters/AFP

Kuswadinata makin stabil




         
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran popular, Kuswadinata yang terlantar sakit selepas menghidap penyakit kanser kalenjar masih mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sejak 5 September lalu.

Bintang filem Melayu seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu mengalami masalah kesihatan kritikal sejak penghujung Julai lalu sehingga perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.


Menurut isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, suaminya sempat menjamah kek hari jadi ke-74 kelmarin dan menunjukkan perkembangan kesihatan yang semakin stabil apabila boleh mengiring badan.

“Pada 29 Julai lalu, dia menerima rawatan selepas buah pinggang bengkak. Dia pernah menjalani pembedahan saluran darah pecah pada 2008 dan kesan pembedahan itu membuatkan buah pinggang kiri rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.


“Dia ditahan di wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 21 hari dan kemudian dibenarkan pulang pada Aidilfitri kelima. Ketika itu, dia kelihatan lemah dan selepas itu mengalami pendarahan akibat ulser pada 29 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rawatan luar biasa Mok Yam



Oleh Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
         
TUMPAT: Walaupun mengalami masalah pendengaran, seorang warga emas berusia 81 tahun di Kampung Bukit, di sini, menjadi buruan pesakit barah, jantung dan individu yang gagal memperoleh zuriat hingga pernah satu ketika kediamannya ‘diserbu’ sehingga 30 orang.

Mariam Isa atau lebih dikenali sebagai Mok Yam yang masih petah bercakap terkenal dengan kaedah rawatan meletak tapak tangan pada anggota badan bermasalah sambil membaca beberapa ayat al-Quran, bukan saja menerima pesakit dari negara ini, malah warga Singapura dan Brunei turut mendapatkan khidmatnya.
Bagaimanapun, warga emas itu mendakwa sebelum dianugerahkan kebolehan membantu merawat penyakit berkenaan 14 tahun lalu, dia terlebih dulu menerima musibah apabila mengalami masalah pendengaran selepas enggan merawat pesakit.

Katanya, musibah itu menimpanya selepas mendapat beberapa ayat al-Quran menerusi mimpi sebelum merujuk kepada arwah bapanya yang meminta dia memanfaatkan ayat al-Quran berkenaan untuk merawat orang sakit.


“Beberapa hari selepas menerima mimpi itu, ada seorang jiran mengalami sakit perut tetapi saya tidak mahu merawatnya. Keesokan harinya, tiba-tiba saya mengalami masalah pendengaran dan hanya boleh mendengar jika seseorang itu bercakap dengan kuat.

Kutuk sami sokong penghapusan etnik

PUTRAJAYA: Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dan Majlis Gerakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Asean menyelar tindakan sekumpulan sami Buddha yang mengadakan perarakan bagi menyokong usaha penghapusan dan pengusiran etnik Rohingya dari Arakan, Myanmar.

Setiausaha Ikiam, Mohd Shamsuddin Damin berkata, pihaknya dukacita dengan tindakan kumpulan sami terbabit kerana nyata mengganggu dan mempengaruhi proses siasatan dilakukan oleh suruhanjaya siasatan ditubuhkan kerajaan negara berkenaan.


Menurutnya, perarakan itu menunjukkan kumpulan terbabit tidak menghormati hak kemanusiaan dan hubungan baik dengan umat Islam.

“Kumpulan itu mahu umat Islam Rohingya dihapuskan dan diusir dari Arakan dan Myanmar. Jelas kumpulan itu menyeleweng daripada amalan ajaran Buddha. “Sepatutnya kumpulan sami Buddha terbabit menyeru kerajaan Myanmar mengintegrasikan penduduk Muslim Rohingya dengan seluruh rakyat. Mereka sewajarnya menjadi penggerak perdamaian, bukannya penghalang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.


Laporan baru-baru ini menyatakan ratusan sami Buddha di Myanmar mengadakan perarakan dengan membawa sepanduk berbunyi “Selamatkan tanah air kamu dengan menyokong presiden”. Mohd Shamsuddin berkata, dalam menyelesaikan isu berkenaan pihaknya turut menggesa NGO Buddha di Malaysia yang menikmati kesejahteraan dan kemewahan tampil membantu dengan cuba mempengaruhi kumpulan sami di negara berkenaan.

Nasha kekal

Nasharuddin Mat Isa
Nasharuddin Mat Isa

Mesyuarat Majlis Syura PAS tak bincang kedudukan bekas Timbalan Presiden

Kuala Lumpur: PAS mengekalkan bekas Timbalan Presiden parti, Nasharuddin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura PAS.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat Majlis Syura Pas yang dipengerusikan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din malam tadi tidak membincangkan kedudukan Nasharuddin. “Tak ada langsung dibincangkan dalam mesyuarat malam ini. Beliau masih ahli Majlis Syura,” katanya kepada media sejurus mesyuarat selesai di ibu pejabat PAS, di sini.

Ketika ditanya sekali lagi sama ada isu mengenai masalah Nasharuddin dibincangkan, beliau secara tegas menjawab: “Tak timbul sebarang masalah."

Nasharuddin yang ditanya mengenai kedudukannya ketika keluar daripada mesyuarat bersama Abdul Hadi, hanya berkata: “Saya ikut presiden (Abdul Hadi).”

Beliau sebelum ini menerima kecaman beberapa pihak dalam PAS berikutan kenyataannya sekembali dari Makkah baru-baru ini yang dianggap melanggar dasar parti.
Lebih menggusarkan banyak pihak dalam parti ialah apabila gambarnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pertemuan khas dengan beberapa ulama Arab Saudi di Makkah, disiarkan dalam media.

Ahli Parlimen Bachok itu juga meminta PAS mengkaji semula kedudukan parti dalam pakatan pembangkang selepas DAP secara konsisten menolak dasar parti untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud.

Kenyataan keras Nasharuddin itu dilihat bercanggah dengan pendirian parti dan ditentang pemimpin PAS, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terbuka menggesanya keluar parti.

Pada 25 Ogos, Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat yang dipengerusikan Abdul Hadi tidak membuat sebarang keputusan mengenai Nasharuddin, sebaliknya memutuskan kedudukan pemimpin itu akan ditentukan Majlis Syura PAS.

Mengenai sama ada Nasharuddin akan dicalonkan semula untuk pilihan raya umum akan datang, Abdul Hadi berkata, ia akan ditentukan kemudian.

“Majlis Syura hanya mengadakan mesyuarat biasa membincangkan mengenai calon pilihan raya bagi pastikan calon berwibawa sebelum diputuskan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, parti menerima banyak senarai calon berwibawa sehingga ada empat calon bagi satu kawasan.

Mesyuarat berlangsung kira-kira dua jam sehingga kira-kira jam 11 malam, tetapi Nik Abdul Aziz dilihat keluar daripada bilik mesyuarat pada jam 9.20 malam, selepas dikatakan memberi pandangannya mengenai isu Nasharuddin.

Semakin kuat ditentang Puak2 Setan semakin cekal DSAI.. RAKYAT TETAP BERSAMAMU —

Masa makin suntuk untuk Hj Najib Menteri Wanita Malaysia! Pakatan makin UTUH! Sakit kepala Najib beb! kih kih kih..

.Rakyat Sabah tidak lagi rela untuk dipermainkan UMNO/

"...rakyat Sabah tidak lagi rela untuk dipermainkan UMNO/ Barisan Nasional. cukuplah penderitaan kami, cukuplah kesengsaraan ini yang kamu berikan. akan datang, tiada lagi kami di bumi Sabah. akan tiada lagi ketirisan, tiada lagi keangkuhan dan tiada lagi sandiwara keegoanmu. ini kali lah... berabis kita...!" 

SENAWANG, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN, Bendera PAS diturunkan

Mana laporan kematian anak?




OMAR menunjukkan buku rekod kesihatan pemeriksaan isterinya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri melahirkan rasa kecewa kerana masih tidak mendapat laporan penuh mengenai punca sebenar kematian bayi mereka daripada pihak Hospital Ampang walaupun mereka telah berusaha untuk mendapatkannya sejak lebih lima bulan lalu.
Bapa bayi malang terbabit, Omar Zaid, 27, mendakwa, pihak pengurusan hospital itu seolah-olah mengambil sikap acuh tidak acuh berhubung permintaannya untuk mendapatkan laporan kematian anak keduanya, Cinta Nur Eman Omar yang meninggal dunia dua hari selepas dilahirkan pada 31 Mac lalu.
“Saya cuma dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa kematiannya berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru disebabkan bayi saya dilahirkan lewat tujuh hari daripada tarikh jangkaan.
“Doktor menjelaskan terdapat kemungkinan bayi kami termakan najis sendiri pada tempoh tersebut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.