Sunday, July 20, 2014

Usaha bawa keluar mangsa mungkin berminggu-minggu


  • MH17

PERDANA Menteri Australia, Tony Abbott mengingatkan waris penumpang warganegara itu, mereka mungkin terpaksa menunggu berminggu-minggu sebelum mayat ahli keluarga mereka yang terlibat nahas MH17 boleh dibawa pulang.

Memetik Sydney Morning Herald, Abbott berkata, walaupun usaha membawa keluar mayat sedang dijalankan namun ia mungkin mengambil masa.

"Bagaimanapun saya mesti mengingatkan ini mungkin mengambil masa berminggu-minggu dan bukannya beberapa hari akan datang," ujarnya.

Pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lepas.

Operasi membawa keluar mangsa yang terkorban menjadi sukar apabila lokasi nahas dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.

Menurut Malaysia Airlines, 27 daripada 298 penumpang yang berada dalam pesawat malang itu ialah warganegara Australia.

Abbott pada sidang media sama mendesak Rusia memberikan kerjasama dalam membantu siasatan kes ini dan mengingatkan negara itu agar tidak cuci tangan.

BAPAK SEGALA PENGGANAS

Kumpulan bersenjata halang pemerhati


  • Pasukan pemerhati berada di lokasi nahas MH17. - Foto ihsan Twitter Daniel SandfordPasukan pemerhati berada di lokasi nahas MH17. - Foto ihsan Twitter Daniel Sandford

GRABOVE - UKRAINE. Pasukan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang pertama tiba di lokasi MH17 terhempas dilaporkan berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas ekoran larangan dari puak pemisah pro-Rusia, lapor NBC News.

Pasukan tersebut hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal dan ketika mereka mahu menjalankan tugas-tugas khusus, mereka dihalau.

“Kami menjangkakan akses penuh, itu cara kerja kami. Malangnya tugas ini menjadi amat sukar.

“Apabila tiba di lokasi, kami berdepan dengan anggota bersenjata yang bertindak kurang sopan dan tidak profesional. Malah ada di antaranya kelihatan sedikit mabuk,” kata jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw kepada pemberita.

Menurutnya lagi, pasukannya hanya dibenarkan berada di lokasi selama 75 minit sahaja. Malah katanya, mayat juga dilarang untuk disentuh.

Tragedi MH17: Rusia 'buat bodoh'?


  • Putin dan Obama saling tuding jari sejak kelmarin. - Foto EPAPutin dan Obama saling tuding jari sejak kelmarin. - Foto EPA

KETIKA negara dunia heboh dengan nahas MH17 di Ukraine, Rusia hanya berdiam diri dan kurang mengeluarkan kenyataan.

Menerusi media, seluruh negara antarabangsa dilihat bersimpati dengan nasib Malaysia termasuk Amerika Syarikat yang menawarkan diri untuk membantu siasatan.

Namun, kekecohan tragedi itu tidak sedikit pun mengganggu Rusia yang merupakan suspek utama dalam punca nahas yang dipercayai dilakukan kumpulan pro-Russia seperti digembar-gemburkan media.

Presiden Rusia, Vladimir Putin seolah-olah melihat kejadian itu sebagai perkara kecil apatah lagi yang menjadi mangsa adalah pesawat milik negara kecil bernama Malaysia.

Kenyataan itu boleh disokong apabila Presiden itu semalam lebih menumpukan perhatiannya kepada konflik di Gaza. 

Kelmarin, beliau bersetuju dengan Presiden Iran, Hassan Rohani untuk berbincang cara mengakhiri konflik di Gaza yang sebelum ini beliau sekadar menjadi pemerhati.

Tuntutan itu dilakukan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan akan melakukan serangan darat dan mengaku tugasan itu tidak boleh dilakukan berseorangan terutamanya untuk berhadapan dengan Hamas.

Putin dalam dilema

Kini, Putin dalam dilema sama ada meneruskan sokongan terhadap kumpulan pemberontak pro-Rusia atau berhadapan kemarahan negara antarabangsa dan sekatan ekonomi.

Dua minggu sebelum nasib malang menimpa MH17, Putin bertindak memindahkan semula tenteranya termasuk kereta kebal dan peluru berpandu dari sempadan negara itu.

Beliau juga menjauhkan diri dari kumpulan itu sejak Ukraine memilih Presiden baharu, Petro Poroshenko.

Tindak itu jelas menjadi perhatian dunia termasuk menerima padah sekatan ekonomi di timur Eropah.

Bagaimanapun, Ukraine menganggap tindak tanduk Putin sebagai menyerah kalah dan berusaha membersihkan aktiviti kumpulan pemberontak pro-Russia di Ukraine.

Namun, Putin licik, melalui Duta Rusia ke PBB, Vitaly Churkin beliau mempersoalkan tindakan pengawal trafik udara Ukraine membenarkan MH17 untuk terbang di ruang udara timur Ukraine.

Bekas Duta AS ke Moscow Stephen Sestanovich berkata, tingkah laku Putin sukar diramal.

 “Ini masalah dengan Putin. Pemikirannya sukar dibaca. Ada kalanya, beliau berhemah tetapi ada masanya beliau bertindak melulu.

“Putin tidak boleh mengarahkan Ukraine bertanggungjawab dalam serangan MH17 kerana beliau yang membekalkan senjata kepada pemberontak pro-Russia secara berterusan,” katanya.

'Wake-up call'

Kejadian menimpa Malaysia kini mendapat perhatian Presiden Barack Obama.

Semalam, beliau dengan lantang menyifatkan nasib yang menimpa Malaysia ini adalah satu wake up call untuk negara dunia.

Presiden itu mendakwa, insiden MH17 berlaku kurang 24 jam selepas AS mengumumkan gelombang ketiga sekatan ekonomi ke atas Rusia, dan AS menjadi pembekal senjata berat untuk Ukraine. Semua aset berkenaan dijangka tiba tidak lama lagi.

“Belanda adalah sekutu kuat kami di Eropah dan dalam pesawat berkenaan terdapat lebih 150 rakyat negara itu. Selain itu, kesemua penumpang di dalam pesawat malang tersebut adalah dari negara sekutu kami,” katanya.

Obama turut mengingatkan negara sekutunya di seluruh dunia bahawa tindakan Russia ini amat keterlaluan dan melampau.

“Kita perlu bertindak segera terhadap propaganda Russia,” katanya.

Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki bagaimanapun belum mendapat sebarang arahan untuk meningkatkan sekatan ekonomi terhadap Russia

“Belum ada kata putus dari Presiden tetapi sekatan itu perlu dilakukan segera mulai bulan ini. Ia penting untuk memberi tekanan kepada Rusia," katanya.

Hubungan dengan Belanda, Australia

Faktor lain menunjukkan Putin tidak mengendahkan insiden ini adalah dari aspek jumlah penumpang.

Paling ramai jumlah penumpang maut adalah dari Belanda dengan 193 dan Australia 27 penumpang.

Seperti diketahui, hubungan Rusia dan Belanda renggang sejak tahun lalu selepas pihak berkuasa Moscow menahan Kaunselor Russia, Dmitri Borodin angkara penderaan kanak-kanak dirumahnya di Holland.

Seminggu kemudian, kediaman diplomat Russia di Moscow dipecah masuk dan dua individu bertindak memukul diplomat berkenaan.

Perdana Menteri Belanda semalam, Mark Rutte mengambil langkah tunggu dan lihat.

“Saya hanya menanti keputusan siasatan dan masih terlalu awal untuk menuduh mana-mana pihak menembak pesawat itu,” katanya.

Insiden ini sedikit sebanyak terpalit hubungan antara Rusia dengan Australia.

Susulan insiden itu, Perdana Menteri, Tonny Abbott  memberi amaran kepada Rusia supaya tidak ‘mencuci tangan’ atau berdiam diri.

“Rusia harus bertanggungjawab dan bekerjasama dalam siasatan. Kami akan mencari siapakah dalang di sebalik kejadian ini,” katanya.

Apa juga yang berlaku, Malaysia adalah mangsa keadaan. Adakah disebabkan Malaysia mempunyai hubungan akrab dengan AS hingga menyebabkan Malaysia menjadi kambing hitam?

Pengganas halang siasatan, cuba hapus bukti


  • MH17

KUALA LUMPUR - Kerajaan Ukraine mendakwa kumpulan pengganas pro-Rusia menghalang pelancaran siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, Khamis lepas.

Menurut kiriman terbaru dalam portal rasmi kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua, kumpulan itu menghalang pasukan penyiasat dan pemantau antarabangsa daripada pergi ke  lokasi nahas.

"Kerajaan dimaklumkan kumpulan pengganas telah memindahkan sebanyak 38 mayat ke rumah mayat di Donetsk di mana 'pakar-pakar' berloghat Rusia mendakwa mereka berhasrat melakukan proses bedah siasat.

"Kumpulan pengganas juga sedang mencari lori kargo untuk membawa serpihan pesawat ke Rusia," menurut laman web itu.

Kerajaan Ukraine secara rasmi berkata: "Pengganas dengan sokongan Rusia cuba menghapuskan bukti jenayah antarabangsa ini.

"Kami menggesa komuniti antarabangsa untuk memaksa Rusia menarik balik pengganasnya daripada Ukraine dan membenarkan pakar Ukraine dan antarabangsa untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap tragedi ini.

Kerajaan Ukraine juga berkata, tidak ada pengampunan untuk penjenayah antarabangsa mahupun bagi mereka yang menyokong, melatih, membiayai dan membekalkan senjata kepada kumpulan itu.

"Kerajaan (Ukraine) menyediakan semula peralatan teknikal yang sewajar dan anggota untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan forensik serta apa juga kemudahan untuk menghantar jasad mangsa ke negara asal masing-masing.

"Bagaimanapun pada peringkat ini, kumpulan pengganas menghalang usaha ini daripada berlaku," menurut laman web itu.

Penerbangan MH17, dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal, ditembak jatuh dipercayai menggunakan sistem peluru berpandu permukaan ke udara, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kesemua penumpang dan anak kapal disahkan terkorban dalam nahas tersebut yang berlaku, kira-kira 50km dari sempadan Rusia.

Menurut laman web Pusat Media Krisis Ukraine, sebanyak 170 anggota pasukan mencari dan menyelamat Ukraine sedang menjalankan operasi di lokasi nahas di bawah muncung senjata kumpulan pengganas tersebut.

Semasa taklimat di pusat media di Kiev, kira-kira 400km dari lokasi nahas di daerah Sharkhtarsk, wilayah Donetsk, jurucakap Pusat Maklumat Majlis Keselamatan dan Pertahanan  Ukraine, Andriy Lysenko berkata operasi mencari dan menyelamat begitu rumit sekali dengan kehadiran pengganas bersenjata di kawasan berkenaan.

Lysenko berkata operasi mencari dan menyelamat itu meliputi kawasan seluas 25km persegi dengan kira-kira 18km persegi sudah diselesaikan dan pasukan penyelam telah memeriksa lebih dua kilometer takungan air di kawasan itu.

"Setakat pukul 7 pagi waktu Ukraine, 19 Julai, sebanyak 186 mayat telah ditemukan," katanya. - Bernama

Mati sebelum terhempas?


Moscow: Pemimpin pemberontak pro-Russia di timur Ukraine memberi pandangan pelik mengenai keadaan mangsa yang dikatakan mati sebelum pesawat MH17 terhempas.

Kenyataan pemimpin itu Igor Girkin, dipetik daripada laman web Russkaya Vesna yang pro kepada puak pemisah.
“Saya diberitahu oleh orang saya bahawa mayat mangsa sudah pucat dan ditambah bau busuk dan darah mengalir sudah tidak segar,” kata Girkin.

Dia juga mendakwa sejumlah besar serum darah dan ubat-ubatan ditemui dalam bangkai pesawat itu.


Pesawat MH17 ditembak pada Khamis, mengorbankan 298 penumpang ketika terbang di ketinggian 10,000 meter di timur Ukraine.






Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Diancam penyamun


Pasukan penyiasat tidak pasti berapa banyak barangan mangsa dicuri berikutan bagasi ditemui di tempat kejadian dibuka dan menunjukkan tanda diusik.

Antara barangan yang tidak disentuh di lokasi seluas hampir 16 kilometer (km) itu termasuk kotak makanan, patung mainan lembut, gambar keluarga dan pasport.
Sebaliknya, dompet dan kad kredit antara sasaran utama pencuri.

“Tidak satu pun dompet berisi wang atau telefon bimbit ditemui di tempat kejadian,” kata seorang wartawan di tempat kejadian.

Barangan yang ditemui juga belum disusun dan dikategorikan seperti diperuntukkan bagi prosedur siasatan tempat jenayah.
Foto
PENDUDUK tempatan melawat kawasan nahas yang tidak dikawal pasukan keselamatan.
Kawasan terbabit juga tidak diasingkan, menyebabkan sesiapa saja mampu memasuki kawasan itu yang dibimbangi boleh memudahkan lagi perbuatan pencuri yang berpura-pura membantu pasukan penyiasat.

Satelit Amerika Syarikat mengesahkan pesawat itu ditembak peluru berpandu yang dilancarkan dari darat, namun setakat ini pihak bertanggungjawab masih tidak dapat dikenal pasti, malah Ukraine dan Russia saling menyalahkan satu sama lain.
Seramai 298 orang, termasuk 15 anak kapal, terbunuh dalam kejadian itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Ukraine adakan mesyuarat pertama nahas


Kuala Lumpur: Kerajaan Ukraine semalam mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa siasatan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di bahagian timur negara itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Konsular, Kementerian Luar Ukraine, Andril Sybiga berkata semasa mesyuarat itu, tindakan dirangka untuk menyelaras kerja pelbagai agensi kerajaan terbabit dalam siasatan berkenaan.


Kerajaan Ukraine memilih Kharkiv, bandar raya kedua terbesar di bahagian timur laut negara itu, sebagai pangkalan untuk jawatankuasa itu.

“Siasatan ini akan merangkumi dimensi antarabangsa berikutan mangsa pesawat membabitkan rakyat asing,” kata Sybiga dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Ukraine di sini semalam.


Kenyataan itu menyebut, setakat ini 181 mayat ditemui. - BERNAMA

10 kilometer dari lokasi


Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut dengan sehelai kain ketika gambar berkenaan dirakam 10 kilometer dari lokasi kejadian. 
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa dilarikan ke Russia pada Jumaat. 

Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar itu dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya sudah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.
Foto
SISTEM pelancar peluru berpandu yang berjaya dirakam.

Dalam nahas udara pada Khamis lalu, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

MH17 sah ditembak


Katanya, ini bukan kali pertama pemberontak menembak jatuh pesawat di kawasan itu.
“Kejadian ini adalah satu tragedi global. Pesawat Asia dimusnahkan di ruang udara Eropah dengan penumpang yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara.

“Satu siasatan antarabangsa yang kredible perlu diadakan untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Foto
OBAMA. FOTO EPA

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, bukti temasuk imej satelit menunjukkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu SA-11 dari timur Ukraine.

Katanya, tiga peristiwa berkaitan dikesan iaitu apabila peluru berpandu itu dilancar, waktu ia terkena pesawat dan apabila pesawat terhempas.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.

Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat, 6.10 pagi (waktu Malaysia). - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

Curi kad kredit mangsa MH17


Pesawat MH17 terhempas bersama ratusan tubuh yang ‘berselerakan’di sebuah lapangan dikelilingi oleh berbagai harta benda milik mangsa termasuk buku kanak-kanak, permainan kad, selipar, surat dan piring hitam lama. 
Menurut seorang ahli politik Ukraine, beliau mendakwa perompak telah turun ke tempat kejadian, mencuri barang-barang berharga dari 298 penumpang dan anak kapal. 

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.
Foto
BARANGAN mangsa MH17 dipercayai dikeluarkan dari beg mangsa. FOTO EPA

“Pada masa ini, mereka juga mungkin cuba untuk menggunakan kad kredit yang dicuri di Ukraine atau Rusia.

“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” katanya ketika dihubungi. 

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - Agensi 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/19

Perintah berkurung di enam daerah



KAWASAN berwarna biru gelap merupakan lokasi yang terlibat dalam perintah berkurung membabitkan enam daerah di pantai timur Sabah hingga ke sempadan perairan Malaysia-Filipina yang berkuat kuasa semalam.


KOTA KINABALU – Polis mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan pantai dan perairan membabitkan enam daerah di negeri ini melibatkan 22 titik di sempadan Sabah-Filipina berkuat kuasa semalam hingga 2 Ogos depan.
Perintah berkurung itu dilaksanakan dari pukul 6 petang hingga 6 pukul pagi melibatkan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengisytiharkan perintah tersebut berkata, langkah itu ini adalah bagi membendung kes-kes penculikan dan pencerobohan pengganas di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).
“Kawasan yang terlibat adalah seluas 121,272 batu persegi atau 194,035 kilometer bermula dari Tanjung Pundaras di Sandakan sehingga ke Jeti Tawau di Tawau.
Ia membabitkan kira-kira 20,000 nelayan, pelancong dan pengusaha resort.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz37y2wCIIn 
Hakcipta terpelihara 

Harap mayat Ariza sekeluarga ditemui



ARIZA (dua dari kanan) bersama suaminya, Tambi (kanan) dan empat orang anak mereka merupakan antara penumpang MH17 yang terkorban apabila pesawat itu terhempas di Ukraine Khamis lalu.


SEPANG – “Kami harap mayat Ariza, suami serta keempat-empat anak mereka dapat ditemui,”
Itulah harapan Noraini Mohd. Hol, 52, sepupu kepada Ariza Ghazalee, 46, salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di Ukraine lewat malam Khamis lalu.
Dengan nada sebak, beliau berkata, dia dan ahli keluarga terdekat di sini mahu melihat mayat Ariza sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa yang tinggal di Bintulu, Sarawak.
“Saya amat sayangkan dia dan keluarganya, dia amat rapat dengan saya meskipun dia jauh di Kazakstan bersama suami, Tambi Jiee, 49, dan anak-anaknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz37y2n3Ok8 
Hakcipta terpelihara 

Kumpulan pemisah lepaskan tembakan


ANGGOTA puak pemisah pro-Rusia melihat barangan milik penumpang MH17 yang terhempas di Grabovo, Ukraine semalam.


KIEV – Anggota-anggota kumpulan penyiasat dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) telah dihalang melakukan siasatan oleh anggota-anggota pemisah pro-Rusia di lokasi kejadian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas dipercayai ditembak dengan menggunakan peluru berpandu Buk.
Anggota-anggota kumpulan penyiasat itu dihalang daripada melakukan siasatan ketika mereka tiba buat kali pertama di kawasan lokasi nahas di Grabovo, timur Ukraine.
Kumpulan pemisah itu turut melepaskan tembakan amaran ketika 30 orang pegawai daripada kumpulan penyiasat tersebut tiba bagi melakukan siasatan.
Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan lokasi tersebut selepas berada selama 75 minit di lokasi tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz37y2b7z1X 
Hakcipta terpelihara 

Mayat jatuh ke dalam rumah penduduk



MAYAT salah seorang penumpang Penerbangan Malaysia (imej ditutup) jatuh ke dalam sebuah rumah di Raspinoye, lima kilometer dari lokasi nahas di Grabovo.


HRABOVE, Ukraine - Seorang penduduk tempatan Trinia Tipunova, 65, berkata, terdapat bunyi bising dan beberapa objek jatuh dari langit ketika pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) berkecai di udara pada Khamis lalu.
"Saya kemudian mendengar bunyi dentuman dan satu mayat wanita jatuh ke dalam bilik tidur saya. Bumbung rumah saya rosak (akibat mayat itu jatuh dari langit)," katanya.
Mayat wanita itu masih berada di dalam rumah dekat dengan katilnya.
"Mayat itu masih berada di situ kerana saya diberitahu pakar-pakar akan datang untuk mengangkatnya," kata Tipunova.
Ukraine menuduh Rusia semalam membantu anggota-anggota kumpulan pemisah memusnahkan bukti-bukti di lokasi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di timur negara ini.
Pesawat itu yang membawa 298 orang itu terhempas di wilayah Grabovo yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz37y24uHHk 
Hakcipta terpelihara 

Peluru berpandu Buk Rusia diseludup


IMEJ menunjukkan sebuah kenderaan (dalam bulatan) membawa pelancar peluru berpandu Buk di bandar Torez, di wilayah Donetsk, Ukraine.


KIEV - Perkhidmatan Perisikan Ukraine menyiarkan satu klip audio kelmarin yang didakwa membayangkan sistem peluru berpandu Buk dari Rusia tiba di kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Rakaman tersebut dibuat sekitar pukul 1 pagi Khamis lalu.
Ia memaparkan perbualan seorang pegawai Rusia dengan militan pemisah Ukraine yang membincangkan penghantaran sistem peluru berpandu itu.
Akhbar Daily Mail turut menyiarkan gambar sistem pertahanan peluru berpandu Buk itu ditempatkan di bandar Torez, beberapa jam sebelum pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengancam untuk melaksanakan sekatan ekonomi lebih ketat ke atas Rusia.
Perkembangan itu berlaku ketika pasukan penyiasat antarabangsa berusaha untuk mengenal pasti dalang di sebalik serangan yang telah meragut semua 298 nyawa penumpang dan kru penerbangan MH17.
Lokasi pesawat itu terhempas itu terletak di Grabovo dalam wilayah Donetsk.
Terdahulu, satu perbualan yang dipintas agensi perisikan Ukraine mendapati satu sistem peluru berpandu Rusia diseludup masuk melintasi sempadan ke Ukraine beberapa jam sebelum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 80 mangsa yang terkorban itu adalah kanak-kanak.
Tragedi MH17 itu mendorong ramai pemimpin dunia untuk mendesak satu gencatan senjata serta-merta diadakan di timur Ukraine manakala Obama pula mengutuk keras pembunuhan penumpang dan kru yang tidak berdosa dalam serangan itu.
Walau bagaimanapun Obama tidak menyalahkan Rusia berhubung tragedi MH17,
Duta AS ke PBB, Samantha Power mendedahkan, kumpulan pemisah Ukraine yang disokong Rusia telah beberapa kali menembak pesawat di rantau berkenaan.
Power menyenaraikan sebuah pesawat pengangkut telah ditembak jatuh pada 13 Jun lalu diikuti sebuah helikopter 11 hari kemudian manakala sebuah lagi pesawat kargo ditembak oleh kumpulan pemisah Ukraine pada Isnin lepas.
Militan-militan pemisah turut menbedil sebuah jet sebelum tragedi Penerbangan MH17 ditembak jatuh Khamis lalu.
Pendedahan itu membayangkan bahawa pentadbiran AS cuba mengaitkan Rusia dengan tragedi tersebut manakala Obama turut mengesahkan bahawa pemberontak di Ukraine adalah lengkap bersenjata dan terlatih.
Dalam perkembangan berkaitan, masih tiada pengesahan berhubung penemuan kotak hitam pesawat Boeing 777-200 itu ketika pegawai-pegawai dari seluruh dunia menuntut mereka dibenarkan memasuki lokasi nahas MH17 seluas 14.4 kilometer itu.
Beberapa bendera putih buatan sendiri dipacak di lokasi tersebut untuk menandakan tempat mayat-mayat jatuh pada ketinggian 10,000 meter dari ruang udara pada hari sebelumnya.
"Terdapat bunyi deruan dan barang-barang di sekeliling saya bergegar," kata seorang penduduk tempatan berusia 65 tahun, Irina Tipunova.
"Selepas itu saya mendengar bunyi dentuman dan melihat mayat seorang wanita jatuh di dapur saya," tambahnya.
Beberapa lagi mangsa ditutup menggunakan beg plastik dan ditanda menggunakan batu.
Lebih 180 mayat ditemui dalam tempoh 24 jam selepas nahas itu berlaku. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz37y1pxO4D 
Hakcipta terpelihara 

Pancaroba

MH17 wreckageSoldier stands on plane wreckage in fieldTOPSHOTSmh17mh17Malaysia Flight MH17alexander borodaiThe Malaysia Airlines crash site.Ukraine PlaneMH17 crash siteWreckage of Malaysia Airlines flight MH17 in Donetsk regionRussian President Vladimir Putin, (centre), and members of his government observe a moment of silence mourning the victims (17 July 2014) Belongings of passengers on the site of the crash of the Malaysia Airlines jet (18 July 2014)Luggage and belongings are seen near the site of Thursday's Malaysia Airlines Boeing 777 plane crashRescuers near the site of the crash (18 July 2014) Members of the Ukrainian Emergency Ministry search for bodies near the site of Thursday's Malaysia Airlines Boeing 777 plane crash (18 July 2014)The wreckages of the Malaysia Airlines jet (18 July 2014)Malaysian Airlines Press ReleaseLucky passengers who escaped the ill-fated MH17On site at the MH17 crash scene. A pro-Russian separatist stands at the crash site of Malaysia Airlines flight MH17 before a visit by Organisation for Security and Cooperation in Europe (OSCE) monitors, near the settlement of Grabovo in the Donetsk region.Boeing 777 Malaysia Airlines MH17View image on TwitterBuk missileView image on Twitter