Friday, February 22, 2013

8 tentera Indonesia mati ditembak penyerang tidak dikenali




21 Februari 2013
JAKARTA -  Lapan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali yang dipercayai dari kumpulan pemisah, di pos keselamatan di dua tempat, di daerah kecil Puncak Jaya, Papua hari ini.

Polis Indonesia berkata seorang anggota tentera ditembak mati di kawasan Tingginambut, manakala tujuh yang lain mati ditembak di kawasan Sinak, dalam kejadian serangan pada pukul 9.30 pagi dan 10.30 pagi itu.

TNI dalam kenyataan media menyatakan bahawa serangan itu dipercayai dilakukan kumpulan Gerakan Sivil Bersenjata Papua.

Sementara itu Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto mengecam keras kejadian serangan itu.

"Ini berlaku ketika kerajaan sedang berusaha mencapai perdamaian di Papua, mempercepatkan pembangunan, memberikan keistimewaan untuk Papua tapi masih diganggu tindakan tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta masyarakat, khususnya tokoh pemimpin, tokoh adat seperti ketua suku dan tokoh agama agar bekerjasama dengan kerajaan untuk menciptakan keadaan yang kondusif dan tidak terprovokasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. - Bernama

7 terbunuh serangan lelaki bersenjata



7 terbunuh serangan lelaki bersenjata
Iskandar (kiri) mengarahkan kawalan ketat dilakukan di Papua, Indonesia.
JAYAPURA - Sekurang-kurangnya tujuh terkorban selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata di wilayah bergolak Papua, Indonesia.

Jurucakap tentera Iskandar Sitompul berkata, lelaki bersenjata tidak dikenali itu melepaskan tembakan ke arah kenderaan tentera di Nambut Tinggi pada jam 9.30 pagi waktu tempatan.

“Penyerang menggunakan senapang dan parang, membunuh tiga askar dan dua orang awam,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai individu yang sama melakukan serangan di pos tentera Khamis lalu.

“Kami percaya lelaki itu mempunyai kaitan dalam serangan dilakukan 20 lelaki di Nambut Tinggi, pergunungan Puncak Jaya,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan terbabit dikatakan sering menimbulkan kekacauan di kubu kuat pemisah sejak 40 tahun lalu.

Papua dimasukkan ke Indonesia pada 1969 selepas mendapat kemerdekaan daripada Belanda. - AFP

Pemberontak Sudan tawan lapangan terbang




22 Februari 2013
Pemberontak Sudan tawan lapangan terbang
Pemberontak Blue Nile mengisytiharkan berjaya menawan Lapangan Terbang Kurmuk bersempadan dengan Ethiopia, kelmarin
KHARTOUM - Pemberontak di sempadan Sudan yang digelar Blue Nile mengisytiharkan berjaya menawan lapangan terbang di wilayah luar bandar berhampiran sempadan Ethiopia selepas beberapa pertempuran bulan ini.

Jurucakap pemberontak Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan Utara (SPLM-Utara) Yasir Arman berkata, mereka hanya beberapa kilometer dari El Kurmuk, bandar utama di tenggara Blue Nile.

“Sekarang kami sedang berusaha untuk menawan bandar Kurmuk selepas berjaya mengawal landasan kapal terbang di bandar itu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap tentera Sudan, Al Sawarmi Khalid menafikan tentera telah kehilangan sebuah wilayah di negara itu.

“Tentera udara kami melancarkan setiap jam serangan ke atas Muffa, kira-kira 20 kilometer dari Kurmuk. Pemberontak belum lagi berjaya menawan lapangan terbang tersebut,” katanya.

Konflik di Blue Nile bermula September 2011, selepas beberapa bulan Sudan Selatan berada di bawah Perjanjian Keamanan 2005 untuk menamatkan perang saudara selepas dua juta penduduknya maut dalam pertempuran tersebut. - Reuters

BN menang BN senang... Rakyat??? Duk kat slogan rakyat didahulukan lah aje..

UMNO DAN ORANG MELAYU...ANTARA DUA DARJAT !!!!

Jangan mudah termakan pujuk rayu UMNO... Diorang tengah mengidam untuk mengaut kembali kekayaan Selangor....

Pandai urus wang rakyat... Bila duit tersimpan lebih bole la digunakan sewaktu krisis....

Lagi kebijaksanaan Pentadbiran Pakatan Rakyat....

Harapan baru rakyat Malaysia.. Pemimpin BN setakat pandai tabur janji dan duit... mana dapat duit??? Hutaaangggggg... Jika negara bangkrap diorang lari pegi oversea.... rakyat menderita..

Semua komponen dalam Pakatan rakyat telah bersetuju untuk mengamalkan konsep tatakelola yang baik, telus dan amanah...

Rakyat jimat cermat...Pemimpin BN boros..yang kena bayar rakyat jugakkkk...

Hasil balak Kelantan..Perbandingan zaman BN dan zaman PAS...

Kekayaan negara dikaut... Membazir jadi amalan.... Habis bila negara nak jadi kaya????

Walau bercuti pun..Rakyat tetap tanggung susah.

Bangkrap Selangor, Kaya BN....

Banyak duit..... Menabung dari kecil....

Sebab tu barang makin lama makin naik.. Nak tampung kos-kos sebegini...

Makan sahaja RM 600,000.... Makan sahaja..

Rakyat Hidup Susah, Pemimpin BN bersenang Lenang...

Bangang punya projek

KISAH SKANDAL LEMBU NFC MASIH BELUM REDA DALAM PEMIKIRAN RAKYAT DILUAR BANDAR!!!!

Friday, 22 February 2013


Nampaknya skandal lembu NFC yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Malaysia Shahrizat Jalil dan sekeluarga masih membara dan sukar untuk dilupakan begitu saja oleh rakyat.

Isu ini bakl menjadi beban dan liabiliti untuk Najib Razak dalam berdepan dengan rakyat sebaik saja parlimen dibubarkan.

Isu ini rupa-rupanya amat dekat dan tepahat kekal dalam jiwa rakyat terutamanya diluar bandar.

Mereka merasakan hak mereka telah dirampas dan dirembat secara zalim dan jahat oleh para pemimpin UMNO.

Sudah pasti kesannya ialah dipeti undi nanti.

Untuk kroni berjuta-juta

Double standard

53 maut letupan di Damsyik



SEBUAH kereta terbakar selepas letupan itu berlaku.


BEIRUT - Seramai 53 orang mati dan lebih 200 lagi cedera di tengah Damsyik, Syria semalam apabila sebuah bom kereta meletup di sebuah lebuh raya yang sibuk, menurut laporan televisyen di negara itu.
Lokasi letupan itu terletak berdekatan Parti Baath yang memerintah Syria dan berhampiran Kedutaan Rusia.
Menurut stesen televisyen tersebut, letupan itu dilakukan oleh golongan yang berjuang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad.
Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi menyatakan kebanyakan yang terbunuh ialah orang awam.
Ia menyatakan, lokasi letupan tersebut terletak 200 meter dari Kedutaan Rusia dan bangunan Parti Baath.
Agensi berita SANA menyatakan, antara mangsa letupan bom tersebut ialah kanak-kanak di sebuah sekolah berdekatan di Mazraa.
Penentangan penduduk terhadap rejim Bashar bermula pada Mac 2011.
Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran antara penduduk tempatan dengan askar-askar Syria.
Kumpulan penentang itu mahu Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalannya untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2LaZ8UXwS 
Hakcipta terpelihara