Wednesday, May 13, 2015

Obama mungkin melawat Cuba - Rumah Putih



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Barack Obama. - Foto AFP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama belum bercadang untuk melawat Cuba dalam masa terdekat namun tidak menolak kemungkinan mengadakan kunjungan dalam tahun-tahun akan datang, demikian menurut Rumah Putih.
Ketika Presiden Perancis, Francois Hollande mendarat di Havana, jurucakap Obama, Josh Earnest memberitahu pemberita yang bertanya sama ada pemimpin AS itu akan menyusul ke Cuba selepas ini.
Earnest berkata: "Saya tidak menolak kemungkinan itu." - AFP

Wanita Ditikam 32 Kali Terima Kejutan Kedua


Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 5:23 PM

SEORANG wanita yang ditikam sebanyak 32 kali oleh bekas teman lelakinya sekali lagi menerima kejutan di atas padang besbol pada Isnin.
Jika sebelum ini dia melalui pengalaman ngeri tetapi kali ini Melissa Dohme, 22, dikejutkan dengan lamaran daripada Cameron Hill, 40.
Dalam kejadian pada 2012, Melissa ditikam sebanyak 32 kali di leher dan muka oleh Robert Lee Burton dan hampir maut.
Bagaimanapun wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya diselamatkan oleh Hill yang merupakan pasukan perubatan.
Selepas tiga tahun Melissa berkenalan dengan lelaki yang menyelamatkannya, dia akhirnya dilamar untuk hidup bersama dengan lelaki berkenaan.
Lamaran itu dibuat di atas padang besbol Tropicana sebelum perlawanan melibatkan Tampa Bay Rays menentang Yankees.
Kisah Melissa ketika cuba dibunuh turut mendapat perhatian orang ramai yang ngeri terhadap kejadian berkenaan.
Hill juga mendakwa wajah Melissa ketika ditemui di tempat kejadian adalah paling ngeri pernah dilihat sepanjang 17 tahun bertugas sebagai pasukan perubatan.

Enam Kenyataan Direkod Berhubung Kes Ugut Rogol - KPN


Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 12:09 PM
dari kiri) Sivamalar Genapathy, Maisara, Mohamad Asmadi dan Mohd Faizal.

PETALING JAYA: Polis telah merakamkan kenyataan enam saksi dalam kes Maisara Amira Mohamad Asmadi yang mendakwa dia diugut anggota polis yang mahu merogol dan memalukannya selepas ditahan berhubung perhimpunan Bantah GST pada 1 Mei lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes itu disiasat oleh polis Kuala Lumpur.

"Kami masih menunggu Maisara untuk bekerjasama," kata Khalid pada beliau akaun tweeter @ KBAB51.

Pada Selasa, Maisara, 21, memberitahu pada sidang media bahawa seorang anggota polis mengugut untuk merogol dan menyebarkan video tersebut ketika dia disoal siasat di balai Dang Wangi.

Barack Obama Tipu Dunia Mengenai Pembunuhan Osama


Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 7:09 PM

SEORANG wartawan penyiasat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menipu seluruh dunia mengenai pembunuhan pemimpin utama al-Qaeda, Osama bin Laden.
Seymour Hersh mendakwa Obama menipu dunia mengenai pembunuhan Osama untuk memenangi populariti menjelang pilihan raya 2012.
Hersh juga menjelaskan kerajaan Amerika Syarikat telah membuat pembohongan, kenyataan salah serta pengkhianatan untuk menyembunyikan kebenaran.
Menurut artikel yang diterbitkan dalam 'London Review of Books', Hersh mendakwa tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika Syarikat.
Bangunan yang didakwa kediaman Osama ketika ditahan.
Wartawan tersebut juga mendakwa pentadbiran Obama telah berunding dengan kerajaan Pakistan yang berjaya menahan Osama bertahun-tahun sebelum ini.
Hersh juga menyatakan, tentera Pakistan telah diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.
Dalam karyanya, wartawan tersebut melabelkan kejadian tersebut sebagai pembunuhan dengan niat.
Laporan tersebut juga menerangkan, satu-satunya peluru yang dilepaskan adalah untuk membunuh Osama.
Penulis itu berpendapat Obama menyimpan kebenaran itu selama setahun sebelum pilihan raya 2012 untuk meningkatkan kempen dan memenangi pilihan raya tersebut.
Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai 'Pegawai kanan risikan yang telah bersara' digunakan oleh Hersh dalam artikelnya menerangkan, pihak White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama merupakan operasi yang penting.
"Kenapa perlu membunuh Osama?
"Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu.
"Pasukan SEAL sepatutnya sudah menjangkakan isu ini merupakan rekaan politik kerana ia merupakan isu menarik bagi ahli politik," kata bekas pegawai kanan itu.
Terdapat dakwaan yang menyatakan mayat Osama tidak dikebumikan di laut sebaliknya dihantar ke Afghanistan.
Dakwaan Hersh bagaimanapun telah dinafikan oleh jurucakap pihak White House.
Jurucakap Keselamatan Negara di White House, Ned Price, berkata terdapat banyak dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat dalam artikel tersebut.
"Seperti yang telah kami jelaskan, maklumat mengenai operasi ini disebar terhad kepada pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat sahaja.
"Presiden telah membuat keputusan awal untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana kerajaan lain termasuk Pakistan yang hanya mengetahui tentang operasi itu setelah serbuan itu dilakukan," kata Price.

Saya Orang Paling Dibenci Di Malaysia - Ahmad Maslan


Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 2:07 PM

KUALA LUMPUR:  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akan terus mempertahankan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) biarpun pelbagai kritikan dan gelaran dilemparkan kepadanya.

"Di laman media sosial, orang memanggil saya Ahmad Maslan 'bodoh' serta kenyataan menghina yang lain tetapi saya lakukan ini demi negara," kata Ahmad selepas merasmikan seminar di Taman Teknologi Malaysia Biotech Sdn Bhd.

Ahmad berkata, disebabkan GST beliau menerima pelbagai kecaman dan kini menganggap dirinya sebagai "orang yang paling dibenci" di Malaysia.

Beliau berkata ramai cerita "simpati" dan video muncul di media sosial dengan menyalahkan Kerajaan kerana melaksanakan GST.

"Saya akan terus berjuang untuk mengurangkan harga barangan dan seperti apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kami akan terus memberi penjelasan," katanya.

Pencarian Pesawat MH370 Di Lautan Hindi Bongkar Rahsia Lain


Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 3:55 PM

SYDNEY: Usaha mencari penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lautan Hindi telah membawa kepada penemuan sebuah kapal karam yang belum pernah diketahui, oleh itu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mencari pesawat MH370 akan membuat siasatan sekiranya kapal tersebut berada dalam zon carian mereka.
Pasukan pencarian yang diketuai oleh Australia menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat tersebut yang hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.
Menurut maklumat yang diterima mengenai operasi itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, terdapat pantulan cahaya kecil di dasar laut yang memerlukan pemeriksaan rapi.
Data dari sonar imbasan resolusi tinggi yang menggunakan kenderaan dalam air berautonomi mendedahkan objek tersebut mungkin hanya bersaiz seperti bola kriket yang berada kira-kira 3,900 meter(12,795 kaki) di bawah air.
Walaupun serpihan tersebut kelihatan seperti suatu benda buatan manusia, ia dilaporkan tidak mempunyai ciri-ciri seperti serpihan pesawat jadi pihak berkuasa terpaksa menggunakan kamera untuk melihat serpihan tersebut dengan lebih jelas.
Pengarah operasi pencarian MH370, Peter Foley berkata ia merupakan satu penemuan yang menarik tetapi ia bukanlah apa yang diingini.
Imej yang diterima menunjukkan sebuah sauh, dan beberapa objek lain yang dikatakan buatan manusia.
Foley juga menjelaskan, operasi ini tidak akan dihentikan kerana kehilangan pesawat tersebut masih lagi menjadi misteri.
"Jelas sekali, kami berasa kecewa kerana ia bukanlah serpihan kapal terbang tetapi kami sentiasa realistik tentang kemungkinan akan menjumpai sesuatu.
"Operasi ini menjadi bukti bahawa sistem, ahli pencarian, dan peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan ini juga menunjukkan kami akan menemui serpihan pesawat sekiranya ia berada di dalam kawasan carian," kata Foley.
Pencarian pesawat tersebut telah menjadi sesuatu yang kompleks dan Australia memberi tumpuan kepada kawasan terpencil di Selatan Lautan Hindi yang terletak jauh dari pantai barat yang meliputi 60,000 kilometer persegi (23.166 batu persegi).

Keluarga Beng Hock dapat RM600,000


Kuala Lumpur: Kes saman kecuaian yang dikemukakan keluarga mendiang Teoh Beng Hock terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 yang lain berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Rosnaini Saub merekodkan persetujuan selepas dimaklumkan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Kamal Azira Hassan ketika ditemui berkata, kerajaan (defendan) bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM600,000 kepada keluarga mendiang sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kes itu.
Menurutnya, penyelesaian mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 itu adalah berhubung tuntutan kecuaian dikemukakan plaintif terhadap defendan.
Bagi tuntutan menyebabkan ketakutan dan tekanan melampau kepada mendiang, Kamal Azira berkata, plaintif akan bersandar kepada keputusan Mahkamah Rayuan supaya polis menjalankan siasatan lanjut.
Pada 3 Oktober 2011, keluarga Teoh memfailkan saman itu dengan menamakan SPRM, kerajaan dan 12 yang lain termasuk pegawai dan anggota SPRM kerana mendakwa menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung.
Keluarga Teoh yang memfailkan saman itu adalah bapa mendiang, Teoh Leong Hwee, ibunya, Teng Shuw Hoi, tunang, Soh Cher Wei serta anak lelakinya, Teoh Er Jia.
Teoh, 30, adalah Setiausaha Politik kepada EXCO Kerajaan Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009, di lobi aras lima, Plaza Masalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50525#sthash.NE4fv5h7.dpuf

Azan buat mualaf tertarik dengan Islam

Azan buat mualaf tertarik dengan Islam
Muhammad Nabil Fikri sedang memberi penerangan kepada pelancong asing di Masjid Kapitan Keling, Georgetown sebelum ini.

KANGAR - Seorang jurutera sanggup melepaskan jawatannya untuk mendalami agama Islam selepas mendapat hidayah melalui azan yang didengarinya setiap hari.
Abu Thalib Choo Ah Boo, 39, berkata, semasa menjawat jawatan jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang, beliau sering bertanyakan kepada rakan-rakannya yang beragama Islam mengenai laungan azan.

“Setelah selalu mendengar azan, saya akan tanya kepada kawan apa maksud azan, kenapa perlu azan dan pelbagai soalan lagi yang saya lemparkan.

“Melalui jawapan yang saya peroleh dan buku-buku agama yang saya baca, akhirnya saya memeluk Islam pada 8 Februari 2008 walaupun ditentang oleh keluarga,” katanya pada program Perkampungan Sunnah 2015 di pekarangan Masjid Syed Alwi, di sini.

Anak bongsu daripada empat beradik ini berkata, setelah memeluk Islam, beliau aktif menjadi sukarelawan Persatuan Al-Islah sehingga beliau merasakan begitu serasi dengan kerjayanya sebagai sukarelawan.

Katanya, melalui persatuan itu jiwanya rasa lebih tenang selain dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam.

“Akhirnya saya nekad berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada kerja-kerja sukarelawan.

"Dalam masa sama, saya sering dijemput menjadi panel bagi program-program berbentuk dakwah dan keagamaan.

"Di situ saya sering berkongsi mengenai perjalanan hidup saya sebagai seorang mualaf yang berpegang kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Perlu berpegang kepada  Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Abu Thalib yang juga panel Bicara Mualaf di Perkampungan Sunnah berkata, hidayah yang diturunkan ALLAH kepada manusia melalui pelbagai cara dan beliau dipilih menerusi laungan azan.

“Itu kisah sebelum saya memeluk Islam, namun setelah memeluk Islam cara menghargai Islam itu adalah lebih penting melalui amalan serta perintah yang disyariatkan.

“Disebabkan itu, kita perlu hidup berpegang kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah, tidak kisah sama ada kita keturunan Islam atau baharu memeluk Islam. Kepatuhan itu yang membezakan kita sebagai Muslim,” katanya.

Pada majlis Bicara Mualaf, turut dijemput seorang lagi panel iaitu Muhammad Gerald Chin Wye Heung untuk membicarakan ‘Mengapa Kami Memilih Manhaj Sunnah’.
Dalam masa sama, program itu turut dihadiri Adun Indera Kayangan Chan Ming Kai.

Pernah dipengaruhi rakan peluk Kristian

Sementara itu, bagi Eksekutif Dakwah Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Muhammad Nabil Fikri Suberi, 24, beliau mempunyai pengalaman hidup yang berbeza biarpun dilahirkan sebagai seorang Islam.

Katanya, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan dalam jurusan perakaunan, beliau leka dengan duniawi sehingga pernah dipengaruhi rakannya untuk memeluk Kristian.

“Dari situ saya mula membaca Bible  namun, hati saya tidak merasa puas dan terus cuba membaca beberapa lagi kitab berdasarkan kepercayaan Buddha dan Hindu.

“Selepas itu saya membaca al-Quran dan ternyata di dalam al-Quran, ALLAH  menyebut pelbagai kisah mengenai orang bukan Islam dan dari situlah saya terus mendalami agama Islam, di samping mendengar ceramah agama termasuk ceramah dari IPSI anjuran pihak universiti,” katanya ditemui di ruang pameran IPSI.

Jadi pendakwah kepada pelancong asing

Menurutnya, setelah tamat pengajian pada tahun lalu, beliau ditawarkan menjadi sebahagian dari kakitangan pertubuhan itu yang beroperasi di Pulau Pinang Januari lalu.

Katanya, menerusi program Awareness Through Mosque Tour (ATMT), beliau kini aktif berdakwah kepada pelancong asing di Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

“Setakat ini sudah tiga orang pelancong asing memeluk agama Islam hasil penerangan mengenai Islam. Walaupun penerangan saya itu lebih kepada sejarah masjid itu, namun secara perlahan-lahan saya akan selitkan mengenai agama.

“Apabila mereka tertarik dan mahu memeluk Islam, IPSI akan menguruskan prosedur kemasukan Islam itu dan butiran terperinci mengenai pelancong itu dimaklumkan kepada pertubuhan tersebut yang beroperasi di negara asal pelancong berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya,  biarpun beliau tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari, namun berasa amat bertuah apabila diberi hidayah untuk menjalani hidup sebagai seorang Muslim.
Pada program Perkampungan Sunnah 2015 anjuran Jabatan Mufti negeri Perlis itu, turut diadakan pelbagai aktiviti melibatkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan  berakhir malam kelmarin (Ahad).

'Siapa saya hingga disiasat bawah Akta Hasutan?'

Tan Sri Zainuddin Maidin
Tan Sri Zainuddin Maidin

SHAH ALAM – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang sebelum ini pernah mengumumkan untuk berhenti menulis tentang politik akui berbuat demikian kerana pernah disiasat di bawah Akta Hasutan pada Januari lalu.
Menurutnya, pendedahan yang dibuat bukan kerana mahu mencari publisiti namun susulan ramai yang bertanya kepadanya tujuan beliau kembali menulis selepas berehat hampir tiga bulan.

“Saya  membuat kenyataan rasmi ini ialah setelah saya yakin daripada pengalaman saya  sendiri bahawa apa pun anggapan buruk  terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi saya menganggap bahawa PDRM telah seberapa daya menjalankan tugas mereka dengan  profesional dan bukan di atas sentimen atau prejudis politik. Mereka bukanlah barua Umno seperti yang dituduh oleh seorang yang  takbur dan lupa daratan.

“Saya telah disiasat di bawah Akta Hasutan oleh PDRM pada 18 Januari 2015 berhubung  dengan ‘posting’ saya di Blog Zamkata pada 6 Disember 2014 yang bertajuk ‘Hakim-Hakim Menunggu Hasil Rundingan Kes Liwat Anwar. Akibat negara tidak di bawah pimpinan Dynamic dan Inspiring’,” katanya melalui artikel terbaharu, semalam.

Malah katanya yang dikenali dengan nama Zam berkata, perkara itu tidak diketahui sesiapa pun termasuk isteri dan anak-anaknya serta orang-orang yang rapat dengannya.

“Saya tidak memberitahu isteri saya kerana bimbang akan mengejutkannya dan menambah  keuzurannya dan tidak mahu menyusahkan hati anak-anak saya walaupun saya sedar  bahawa jika saya mendedahkannya akan menjadi berita besar, menimbulkan kegemparan dan reaksi yang  positif dan negatif ,simpati dan kutukan tetapi bukanlah ini yang saya cari dalam penulisan dan kehidupan saya.

“Saya  bertanya siapa saya dinilai begitu penting  apabila  disiasat di bawah Akta Hasutan. Saya bukan lagi  seorang pemimpin, bukan aktivis  mana-mana  pertubuhan  sosial dan politik, bukan berkonspirasi dengan sesiapapun untuk menjatuhkan pemimpin atau kerajaan dan bukan penulis upahan,” luahnya.

Katanya, tindakan berdiam diri itu dibuat susulan tidak mahu ia dijadikan isu yang menyebabkan timbul salah anggap terhadap polis.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak membuat bantahan  dan mendedahkan kepada media apabila siasatan  itu di jalankan ke atas saya  oleh kerana saya tidak mahu menjadikannya sebagai suatu isu politik yang akan menimbulkan anggapan  salah kepada PDRM walaupun saya mencium seolah-olah ada  ‘selective prosecution’  dalam arahan kepada siasatan ini.

“Saya mengambil keputusan untuk mengumumkan perkara ini, hari ini kerana ramai beranggapan bahawa saya telah tidak berpegang kepada janji  untuk tidak lagi  menulis politik semasa. Keputusan yang telah saya buat itu adalah oleh kerana tidak mahu lagi  fikiran saya terganggu dengan apa-apa tekanan dan juga kerana menimbang  keterbatasan kewangan  saya untuk membuat pembelaan diri.

“Saya membuat keputusan untuk menulis semula setelah menerusi pengalaman ini saya  dapat meyakinkan diri saya  bahawa PDRM  tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana  pihak untuk membuat siasatan dan  dakwaan berasaskan sentimen dan prejudis politik atau  prasangka buruk mana-mana pihak sebaliknya benar-benar berpegang  kepada profesionalisme. PDRM bukan barua Umno,” tulisnya lagi.

Diberi pampasan kerana dipaksa makan babi

Diberi pampasan kerana dipaksa makan babi
Gambar hiasan

HOLSTEBRO - DENMARK. Seorang pelajar wanita Islam diberikan pampasan sebanyak USD 6,000 (RM21, 674) selepas dipaksa memakan babi.

Menurut suratkhabar Denmark, Politiken, pelajar tersebut yang tidak dedahkan namanya diberitahu supaya memakan makanan yang dimasaknya seperti pelajar-pelajar kulinari yang lain.

Pelajar tersebut berusia 24 tahun tersebut berasal dari Libya dan telah dibawa ke Denmark ketika beliau masih seorang bayi.

Beberapa hidangan yang dimasak pelajar-pelajar kulinari sekolah kulinari Holstebro tersebut mengandungi daging babi.

Difahamkan, pelajar tersebut yang enggan untuk makan masakannya kemudian disuruh untuk merasainya dan tidak menelan makanan tersebut.

Pelajar tersebut merakam pertelingkahan tersebut dan kemudian menyerahkan kepada pihak mahkamah sebagai bahan bukti.

Sekolah kulinari tersebut diarah memberi pampasan USD75,000 namun telah dicabar di Mahkamah Tinggi Danish, dimana pampasan dikurangkan kepada USD 6,000.

'Ini salah satu sebab PM marah saya'

Ahmad Said
Ahmad Said

KUALA TERENGGANU – Sidang Dun Terengganu dikejutkan dengan pendedahan bekas Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagarkan hasil minyak dan gas Terengganu, dan rentetan sehingga beliau dimarahi Perdana Menteri.

Adun Kijal itu berkata, 1MDB asalnya Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.

“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa sesuai. Saya akui betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan agensi yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.     
"Tetapi apabila kita dapati hanky panky (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu. Inilah satu sebab kenapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang RM1 juta sebagai modal berbayar ketika itu.      

"Ini sebagai penjelasan  permulaan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka Yang

Dipertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan wakil pembangkang.    

Ahmad menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) mengenai hubungan 1MDB dengan Kerajaan Negeri Terengganu ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun ke-13 di Wisma Darul Iman, semalam.

Semenjak diturunkan daripada jawatan menteri besar setahun lalu, inilah kali pertama Ahmad menyertai perbahasan dan kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.

TIA ditubuhkan pada 2008 untuk mengendalikan wang royalti minyak negeri dengan pelaburan dalam dan luar negara bagi menjamin kelangsungan pendapatan negeri pada masa depan.

Selain itu, Ahmad dalam perbahasannya turut mempersoalkan penemuan kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam yang disahkan berada di kawasan perairan Terengganu.

Katanya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman perlu memikul amanah rakyat bagi mendapatkan kepastian Kerajaan Pusat mengenai status telaga minyak Bertam itu.

“Saya pernah tulis surat kepada Petronas untuk mengetahui status kawasan itu, walaupun kita tahu telaga ini milik rakyat Terengganu, tetapi Petronas membisu tanpa sebarang jawapan.

“Kawasan medan minyak yang terletak 120 kilometer dari Pantai Geliga yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah sebut ia ditemui di Pahang, dan saya menafikan, kerana ia adalah hak Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, syarikat dari Sweden yang menemui minyak itu, Lundin Oil mengeluarkan hasil pertama pada 4 Mac 2015 dan kini menghasilkan kira-kira 4,000 hingga 5,000 tong minyak sehari.

“Ini melibatkan empat telaga daripada 15 telaga minyak di kawasan berkenaan yang mana secara keseluruhannya, Bertam boleh keluarkan kira-kira 18,000 barrel sehari. Kita percaya ini perkara pokok kerana ia pendapatan tambahan kepada Terengganu,” katanya.