Showing posts with label mabuk. Show all posts
Showing posts with label mabuk. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Nicolas Cage ditahan kerana mabuk



NICOLAS Cage bersama isterinya, Alice Kim Cage. - AGENSI


LOS ANGELES 17 April - Pelakon, Nicolas Cage ditangkap di New Orleans selepas mabuk dan bertengkar dengan isterinya di French Quarter satu tempat popular di negeri itu.
Cage yang memenangi anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai pemabuk dalam filem Leaving Las Vegas pada 1995, ditangkap selepas polis mendekatinya ketika dia sedang bertengkar dengan isterinya di jalan raya.
''Pelakon berumur 47 tahun itu mabuk di French Quarter,'' kata pegawai polis New Orleans, Garry Flot dalam satu kenyataan.
Flot berkata, dia dan isterinya sedang berdiri di hadapan sebuah rumah dan menyatakan ia merupakan rumah yang disewa mereka.
''Bagaimanapun, isterinya menafikannya dan Cage menarik tangannya dan membawa ke rumah itu. Cage kemudian memukul kenderaan dan mula memasuki sebuah teksi.
''Saksi yang melihat kejadian itu memanggil polis yang kemudian melihat Cage mabuk dan mengarahkan dia keluar dari teksi itu yang menyebabkan pelakon itu mula menjerit-jerit,'' ujarnya.
Beliau berkata, dia melihat isteri Cage tidak cedera.
Polis menahan pelakon itu atas dakwaan keganasan rumah tangga dan mengganggu ketenteraman awam.
Menurut dokumen daripada pejabat Syerif, Cage dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS11,000 (RM33,000).
Alice Kim Cage merupakan isteri ketiga pelakon itu dan mereka mempunyai seorang anak. - AFP, Utusan

Saturday, March 19, 2011

Lelaki mabuk pandu pesawat





2011/03/19

DENVER: Seorang pegawai kanan United Express didapati bersalah atas dakwaan mabuk ketika memandu sebuah pesawat penerbangan komersil dari Austin, Texas ke Denver pada Disember 2009. 

Juri persekutuan membuat keputusan itu dalam kes terhadap juruterbang Aaron Jason Cope, 32, dari Norfolk Virginia.
Keterangan mengenai insiden berkenaan tidak didedahkan selain memberitahu pesawat United Express Flight 7687 dikendalikan firma Shuttle America Inc.
Jurucakap pejabat pe-guam Amerika di Denver, Jeffrey Dorschner, tidak memberitahu sebarang maklumat mengenai bagaimana dan mengapa Cope disyaki membawa pesawat dalam keadaan mabuk. 

Tetapi, Dorschner berkata: “Ketika penerbangan, ada pihak risau terhadap keadaan juruterbang.” Selain itu, pesawat berkenaan tidak terbang secara tidak menentu, tambahnya. 

Sumber rapat dengan kes itu memberitahu: “Penumpang pesawat tidak berada dalam keadaan bahaya.” 

Peguam Negara, John Walsh berkata beberapa ejen khas Jabatan Siasatan Pengangkutan Awam yang melakukan penyiasatan kes itu masih cuba mengesan lokasi Cope. – Reuters 

Wednesday, August 25, 2010

Lebih mabuk daripada bir

KUALA LUMPUR: Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati ada lebih daripada 15 jenis minuman beralkohol di pasaran tampil sebagai minuman ringan, sekali gus menimbulkan kekeliruan ramai.

MENGELIRUKAN...Idris menunjukkan pelbagai jenama minuman beralkohol yang dijual di pasaran.
MENGELIRUKAN...Idris menunjukkan pelbagai jenama minuman beralkohol yang dijual di pasaran.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata minuman ringan beralkohol ini boleh didapati di dalam botol 275 mililiter dengan dengan pelbagai perisa termasuk perisa buah yang dijual pada harga dari RM4 hingga RM10.

“Pengeluar menggunakan warna amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudian akan ketagih.

“Malah, dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya empat hingga 6.3 peratus dalam minuman ringan ini.

“Bir yang diminum dengan meluas mengandungi lima peratus alkohol, bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir,” katanya, dalam satu kenyataan, semalam.

Antara minuman ringan yang ada kandungan alkohol terbabit ialah Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol), Storm High Ball (5.6 peratus alkohol), Storm Screw Driver (5.6 peratus alkohol), Pelican Black Current + Vodka (5 peratus alkohol), Pelican Pink Vodka (5 peratus alkohol) dan Pelican Vodka Orange (5 peratus alkohol).
Mohamed berkata, undang-undang dengan jelas menyatakan minuman beralkohol dilarang kepada mereka berusia bawah 18 tahun, namun minuman ringan terbabit dijual sewenang-wenangnya kepada pelajar sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.

Beliau berkata, pihaknya merasakan hak pengguna dicabuli, malah keadaan itu juga amat tidak sihat kepada generasi muda.
“Pihak pengeluar menggunakan taktik ini untuk meningkatkan jualan mereka.

“Ia akan membawa mereka kepada ketagihan minuman alkohol lain yang lebih tinggi kandungan alkoholnya. Ini cara berbahaya memerangkap masyarakat ke dalam rantaian penagihan alkohol yang akan memastikan keuntungan berterusan kepada syarikat alkohol,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa disaran mengambil beberapa tindakan kerana minuman itu tidak seharusnya dijual sebagai minuman ringan.