Wednesday, June 27, 2012
realiti sebenar di Sabah
Gambar ini bukan diambil ditahun 40an tau!!! Tapi ini realiti sebenar di Sabah, Sebuah sekolah yang terletak di bandar Kota Kinabalu, iaitu Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia berada didalam keadaan yang sungguh daif, walaupun Sabah telah berada didalam Malaysia puluhan tahun, dengan hasi bumi yang melimpah ruah, tapi kehidupan rakyatnya tetap miskin. Kekayaan hasil bumi Sabah dibawa lari oleh jin jembalang yang rakus.
UMNO MEROYAN
UMNO MEROYAN RUJUK SINI: http://www.youtube.com/ all_comments?v=qoqSFKHPoXk
KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar hari ini bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu.
Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid.
Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.
Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu.
Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu.
Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.
Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.
Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi.
Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan.
Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum.
Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan.
Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut.
"Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.
"Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.

Fakta! Mengapa lebah tidak mampu hidup selepas menyengat?

SERING kali kita lihat seekor lebah akan mati selepas ia menyerang mangsanya dengan sengat beracun yang dikeluarkan daripada punggungnya.
Tentu ada persoalan yang timbul di minda anda, apakah yang menyebabkan ia mati selepas menyerang mangsa. Seolah-olah ia seperti "pengebom berani mati" yang meletupkan diri untuk menyerang musuh.
Musuh tercedera atau mati manakala diri sendiri juga turut terkorban.
Gambar yang berjaya ditangkap oleh Eric Mussen seorang penjaga lebah daripada Jabatan Kajian Lebah di University of California di bawah mungkin boleh dirujuk sebagai jawapan terhadap persoalan itu.
Semasa menyengat musuh, seekor lebah sebenarnya melepaskan ekornya dan turut mencederakan bahagian abdomen badannya lantaran itu ia tidak lagi dapat hidup selepas menyengat.
Jelas di sini, saat seekor lebah mula menyengat ini juga bermakna ia sedang mencederakan abdomennya dan bersedia untuk mati selepas itu.
Sumber: Dailymail

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/ oil.htmThe300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama
Sumber: blog cikgumalaysia

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/
Sumber: blog cikgumalaysia
GILA KUASA!!!
GILA KUASA!!!
Jumlah pemilih terkini sehingga pemerakuan Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Pertama 2012 yang diwartakan ialah 12,915,045 orang
sinar harian 22/jun/2012

Beginilah proses aborsi.
Assalamualaikum. Beginilah proses aborsi. Mohon maaf apabila tidak berkenan, jauhi aborsi, jauhi zina.
Muat turun dokumen skandal kapal selam Scorpene

DOKUMEN berkenaan skandal Kapal Selam Scorpene telah mula dimuatnaiik ke internet sejak semalam. Namun dokumen tersebut berbahasa Perancis, kalau korang paham bahasa Perancis silalah download.
Difahamkan dokumen tersebut dihantar oleh individu yang tidak dikenali kepada Asia Sentinel yang berpengkalan di Hong Kong. Ia merupakan laporan hasil daripada serbuan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung skandal tersebut Pada 7 April, 2010.
Maklumat lanjut berkenaan dokumen tersebut boleh rujuk di sini [Asia Sentinel]
Link: http:// www.asiasentinel.com/ index.php?option=com_conten t&task=view&id=4626&Itemid =178
Dokumen hasil penyiasatan setebal 70 muka surat itu pula boleh dibaca atau dimuat turun melalui link ini [scribd]
Link: http://www.scribd.com/ collections/3678742/ The-French-Malaysian-Submar ine-Scandal-the-Documents
Hari Nie Hangat Dengan Kes Gambar Altantuya Tersebar Yang Dirakamkan Di Perancis. Gambar Dikatakan Pada 2007. Pihak Berkuasa Perancis Sebelum Ini Kata Tiada Rekod Altantuya Masuk Perancis... La Nie Dah Kantoi.... Macam Malaysia Jugak... Rekod Kemasukan Altantuya Dalam Malaysia Takda Tapi Mayatnya Dijumpai Diletupkan Di Malaysia... Kan Ke Pelik Tue?... Lepas Nie Apa Pulak...? Sama-Sama Kita Saksikan Episod Seterusnya Drama Ini...
LINK : http:// www.malaysiakini.com/news/ 201923
DOKUMEN berkenaan skandal Kapal Selam Scorpene telah mula dimuatnaiik ke internet sejak semalam. Namun dokumen tersebut berbahasa Perancis, kalau korang paham bahasa Perancis silalah download.
Difahamkan dokumen tersebut dihantar oleh individu yang tidak dikenali kepada Asia Sentinel yang berpengkalan di Hong Kong. Ia merupakan laporan hasil daripada serbuan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung skandal tersebut Pada 7 April, 2010.
Maklumat lanjut berkenaan dokumen tersebut boleh rujuk di sini [Asia Sentinel]
Link: http://
Dokumen hasil penyiasatan setebal 70 muka surat itu pula boleh dibaca atau dimuat turun melalui link ini [scribd]
Link: http://www.scribd.com/
Hari Nie Hangat Dengan Kes Gambar Altantuya Tersebar Yang Dirakamkan Di Perancis. Gambar Dikatakan Pada 2007. Pihak Berkuasa Perancis Sebelum Ini Kata Tiada Rekod Altantuya Masuk Perancis... La Nie Dah Kantoi.... Macam Malaysia Jugak... Rekod Kemasukan Altantuya Dalam Malaysia Takda Tapi Mayatnya Dijumpai Diletupkan Di Malaysia... Kan Ke Pelik Tue?... Lepas Nie Apa Pulak...? Sama-Sama Kita Saksikan Episod Seterusnya Drama Ini...
LINK : http://
PESERTA SEDAR MENGGANAS PUKUL PESERTA GEGAR..
PESERTA SEDAR MENGGANAS PUKUL PESERTA GEGAR...Sesiapa yg ada maklumat psl penjahat ini..sila salurkan maklumat dgn segera kpd fb royalti..
benda yang lagi mustahak kau taknak fikir.
dahla tu rais. pulang jelah tarian tor tor tu kat indonesia. bukan ada faedah pun tarian tu. benda yang lagi mustahak kau taknak fikir.
Raja Azmi dan Jailani cerai talak satu
Raja Azmi dan Jailani cerai talak satu - Hiburan - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Selepas 28 tahun melayari bahtera perkahwinan, bekas Jaguh Badminton Kebangsaan, Jailani Sidek dan Pengarah Filem, Raja Azmi Raja Sulaiman bercerai talak satu, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini hari ini.
Jailani atau nama sebenarnya Mohamed Jailani Mohamad Sidek, 49, melafazkan talak kepada Raja Azmi, 53, kira-kira jam 3.33 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Insiden bakar al-Quran, balai polis diserang

Penduduk Pakistan yang mengadakan tunjuk perasaan membakar kenderaan di luar sebuah balai polis di bandar Kuchlak kira-kira 16 kilometer ke utara Quetta, ibu negeri wilayah Baluchistan pada 16 Jun lalu. -
QUETTA, Pakistan 17 Jun -
Seorang maut, manakala 19 orang lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bertindak menyerang sebuah balai polis, di sini semalam bagi mendesak seorang lelaki yang ditahan polis kerana menghina al-Quran, diserahkan kepada mereka.
Seorang pegawai kanan pentadbiran, Qambar Dashti berkata, sebelum itu polis menahan seorang lelaki yang dipercayai 'terencat akal' kerana dikatakan terbabit membakar al-Quran di Kuchlak, kira-kira 16 kilometer dari Quetta.
''Ekoran kejadian itu, penunjuk perasaan, kebanyakan mereka pelarian Afghanistan yang marah, bertindak membakar beberapa kenderaan dan melempar batu ke arah polis.
''Mereka mendesak supaya lelaki itu dibunuh kerana menghina al-Quran, mereka kemudian memasuki balai polis dan melepaskan tembakan,'' katanya kepada AFP.
Beliau berkata, seorang pegawai kanan polis berjaya menyelamatkan diri, manakala kakitangannya cedera ditembak.
Ketua Polis Quetta, Qazi Wajid berkata, polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan bagi mempertahankan diri.
''Kejadian itu menyebabkan seorang penunjuk perasaan maut dan 19 orang lagi termasuk lapan anggota polis cedera.
''Kesemua yang cedera akibat terkena tembakan,''

MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN
Berikut disiarkan Isi-Kandung Memorandum yang telah diserahkan oleh Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) kepada Dato' Paduka Haji Husam Musa (Wakil Kerajaan Negeri Kelantan) ketika pra-Himpunan Royalti: "Menjunjung Titah KDYMM Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Muhammad ke-V".
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN (ROYALTI) MENGENAI ISU TUNTUTAN ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia;
Dengan hormatnya, ini adalah MEMORANDUM kepada Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan. Bahawa isu Pengeluaran Petroleum sebagai Hasil Bumi Negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui Batasan Kepentingan Politik yang sempit.
Pertama; Kami mewakili NGO-NGO Negeri Kelantan mengucapkan Jutaan Terima Kasih diatas kesungguhan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam memikul Amanah dan Tanggungjawab yang telah diberikan oleh Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya didalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS.
Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengambil tindakan bijak, membawa isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan untuk dibicarakan didalam Mahkamah yang Sah mengikut lunas Undang-Undang yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan Negara Malaysia yang kita cintai.
Kami percaya, Majoriti Rakyat Negeri Kelantan sentiasa memberi sokongan Padu yang Tidak Berbelah bagi atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dan sokongan itu dapat dilihat hari ini dan juga melalui Kempen mengumpul Tandatangan Sokongan kepada Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah kami jalankan sebelum ini yang setakat ini telah berjaya mengumpul hampir 70,000 tandatangan Rakyat Negeri Kelantan Pelbagai lapisan Masyarakat dan Umur.
Kedua; Seperti yang dimaklumi oleh Pihak Kerajaan Negeri, Tanah Tumpah Darah kita, Negeri Kelantan Darul Naim yang lebih dikenali sebagai “Serambi Mekah” adalah sebuah Negeri yang kaya Buminya baik di Daratan yang penuh dengan Sumber Alam Semula jadi termasuk Mineral dan Lautannya yang penuh dengan Galian Minyak dan Gas.
Perairan Negeri Kelantan menyimpan sebanyak 17 Trillion Gas Asli yang pada masa ini sudah mula diterokai dan dituai hasilnya oleh Syarikat Carigali Minyak Malaysia PETRONAS semenjak awal 1980-an dan setakat hari ini, 5 blok yang kaya dengan Minyak Mentah, Gas Asli dan Condensate telah ditemui iaitu dari Blok MTJDA (Malaysia – Thailand Joint Development Area), PM301, PM302, PM325 dan PM326.
Pihak kami ingin mengambil contoh Negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu yang juga dianugerahkan oleh Allah dengan Hasil Bumi yang bukan sedikit seperti juga Negeri Kelantan. Masing-masing Negeri tersebut dikenali sebagai Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dan masing-masing Negeri tersebut juga diberi kelebihan mempunyai lokasi Pendaratan Minyak dan Gas yang dikeluarkan dari Perairan Negeri masing-masing ke Daratan Negeri masing-masing. Malangnya ini tidak berlaku kepada Tanah Tumpah Darah kita Negeri Kelantan yang kita sayangi.
Merujuk kepada apa yang berlaku semasa Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-12, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V telah bertitah;
“Beta berharap, Gas ini dapat didaratkan di Negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petrolium di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”
Kami dengan ini Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menyokong sepenuhnya Hasrat dan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V supaya Hasil Bumi yang disedut dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri ini supaya Manfaatnya dapat dinikmati oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang amat-amat kita sayangi dan cintai.
Kami juga berharap supaya pihak Kerajaan Negeri Kelantan lebih bersungguh dalam membuat Tuntutan Pendaratan Gas di Negeri Kelantan supaya Hasil dan Manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai Golongan, Kaum, Bangsa, Agama dan peringkat umur.
Pihak kami mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Tuntutan Pendaratan Gas yang dianggotai oleh Pelbagai Profesional dalam bidang berkaitan bagi mengkaji kesan-kesan Sosio-Politik keatas Negeri Kelantan sekiranya Hasil Bumi dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dan hasil kajian tersebut perlu dibentangkan kepada Rakyat Kelantan melalui apa sahaja cara sebagai bahan umum supaya seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai peringkat lebih faham akan Nikmat dan Manfaat yang akan sama-sama kita berkongsi di kemudian hari Hasil dari Perut Bumi Negeri Kelantan sendiri.
Ketiga; Kami juga mencadangkan supaya Plak Royalti yang telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dibuat salinan, digantung dan dipamerkan di permis-permis Kerajaan sebagai simbolik Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Memorandum ini bertarikh 26hb. Jun, 2012
…………………………
Haji Nazeri bin Deraman
Pengerusi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

—
umno ni buat duit!!
Kos buat campur untung 30% nilai harga paling2 tinggi pun klu ikut logik rm 15 ribu.yang tak ikut logik nya hantu rimau umno bn buat benda mcm sampai rm95 ribu.hebat tu hantu rimau umno ni buat duit!!
"Kami menolak ucapan tahniah kamu dan tidak pernah mengiktiraf kamu"
Basyar Asad dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada Dr Muhammad Morsy sebagai Presiden Mesir yang baru.
Respon Dr Morsy terhadap ucapan tahniah tersebut :
"Kami menolak ucapan tahniah kamu dan tidak pernah mengiktiraf kamu"
Sumber : El-Arabiya
(Dari FB Ust Nasrudin Hassan Tantawi)

~PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Saudara kita terus dibunuh rejim Basyar Asad laknat di Syria
Saudara kita terus dibunuh rejim Basyar Asad laknat di Syria. Tidak ada lagi kebaikan dalam diri jika hati kita tidak terbakar setelah menyaksikannya. Saudara kita di Syria memerlukan bantuan kita. Bank account RHB Bank : MUSLIM CARE 26-2120-0000-4747.
Wajah As-Syahid Syeikh Ahmed Abdul Wahid, ulama' Sunni Lubnan yang dibunuh ketika pemeriksaan keselamatan oleh tentera Lubnan
Wajah As-Syahid Syeikh Ahmed Abdul Wahid, ulama' Sunni Lubnan yang dibunuh ketika pemeriksaan keselamatan oleh tentera Lubnan pada 20 Mei baru-baru ini.
Syeikh merupakan di antara ulama' yang lantang bersuara menyokong kebangkitan rakyat Sunni di Syria dan telah menguruskan pelarian-pelarian rakyat Syria di Lubnan.
Syeikh di antara yang dibunuh dalam satu rusuhan yang berlaku di Lubnan hasil pakatan Hizbullah (baca : Hizbul Lat) dan dibantu oleh rejim Syria untuk melakukan keganasan terhadap Sunni di Lubnan.
Semoga Allah mengurniakan syurga buat syeikh. Insya-Allah. Al-Fatihah.

Teman, syria berdarah, anak ini dibunuh, keluarganya disembelih
Ingatlah teman, umat Islam bersaudara....
Ingatlah teman, umat Islam bersaudara....Syria kian dilupakan. Apa nasib kanak2 ini? Doakan kezaliman tumbang...
Ulama' muda ini yg bernama Ahmad Saqqar telah gugur syahid di hadapan rumahnya setelah ditembak tentera Asad.
Ulama' muda ini yg bernama Ahmad Saqqar telah gugur syahid di hadapan rumahnya setelah ditembak tentera Asad..semoga rohnya ditempatkan bersama para Syuhada'.
Kezaliman ada tempoh tamatnya
Kezaliman ada tempoh tamatnya. Ayuh teman, Jumaat ini di kedutaan Syria membantah kezaliman rejim Basar Asad. Sebar teman2, jln terus...
Panggil saya 'khadam pertama' bukan FLOM.

Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.

Subscribe to:
Posts (Atom)