KUALA TERENGGANU: “Kami langsung tidak pernah berniat meminggirkannya, malah ibu puas berusaha mencuba pelbagai cara termasuk rawatan tradisional, namun sikap ganasnya tidak pernah berubah sehingga sekarang,” ’kata Ahmad Baharudin, 21 adik bongsu Ahmad Shaari Mohamed, 27, yang menyerang ibu kandungnya Ahad lalu.
Ahmad yang bekerja sebagai buruh di Kijal berkata, sikap agresif abang sulungnya itu semakin menjadi-jadi dan beberapa kali mengamuk di tempat kerja ibu semata-mata mahu mendapatkan wang.
“Kalau di rumah, parang dan pisau dianggap seperti mainannya yang sering diacu kepada ibu dan adik-beradik lain jika permintaannya tidak dipenuhi.
“Penyakit mental abang disebabkan serangan demam panas ketika kecil dan ibu kerap menangis memikirkan sikap Ahmad Shaari yang semakin buas dari hari ke hari,” katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 60 tahun meminta pihak tertentu ‘mengambil’ anaknya yang menghidap sakit mental untuk ditempatkan di pusat pemulihan atau rumah kebajikan.
Rakiah Ngah, tukang sapu dari Kampung Laut di sini, berkata dia hilang punca untuk mengawal anaknya yang berperangai pelik dan semakin ganas sehingga sanggup mencederakannya.
Walaupun amat menyayangi anaknya, dia bimbang jika dibiarkan, keselamatan keluarga serta orang ramai boleh terancam.
Rakiah yang pernah diserang di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Ahad lalu ketika bertemu anaknya itu untuk mendapatkan beg yang dicuri Ahmad Ashaari bernasib baik kerana sempat memberitahu anggota polis di pondok berhampiran yang menyelamatkannya.
Polis menahan anaknya itu, tetapi terpaksa membebaskannya kerana Ahmad Ashaari mempunyai kad pesakit mental.
Showing posts with label ganas. Show all posts
Showing posts with label ganas. Show all posts
Friday, November 19, 2010
Thursday, November 18, 2010
Risau anak makin ganas
CEDERA...Rakiah menunjukkan kesan luka kepada salah seorang anaknya, manakala gambar sebelah mangsa mengemas barang yang disepah suspek. |
KUALA TERENGGANU: Buntu memikirkan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapinya, seorang ibu meminta pihak tertentu ‘mengambil’ anaknya yang menghidap sakit mental untuk ditempatkan di pusat pemulihan atau rumah kebajikan.
Rakiah Ngah, 60, seorang tukang sapu dari Kampung Laut di sini, berkata, dia kini hilang punca untuk mengawal anaknya, Ahmad Shaari Mohamed, 27, yang berperangai pelik dan semakin ganas sehingga sanggup mencederakannya.
Warga emas itu bimbang sekiranya Ahmad Shaari dibiarkan tanpa kawalan atau rawatan sewajarnya, nyawanya sendiri akan melayang kerana tindakan anaknya semakin keterlaluan.
“Kebelakangan ini, anak semakin ganas. Ahad lalu, dia menggigit lengan kanan saya sehingga luka dan bengkak.
Rakiah berkata, mujurlah beberapa anggota polis yang bertugas di pondok berhampiran bertindak pantas menyelamatkannya kerana sebelum itu dia memberitahu mereka mengenai tujuannya ke situ untuk mencari anaknya.
Menurutnya, selepas itu, anggota polis terbabit terus menahan anaknya itu dan dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan berikutan anaknya mempunyai kad pesakit mental.
Katanya, Ahmad Shaari menjadi kurang siuman selepas rumah mereka dibakar jiran, 10 tahun lalu dan selepas tragedi itu perangai anaknya berubah menjadi pendendam.
Sunday, April 18, 2010
Tolak politik ganas BN
| Harakahdaily |
HULU SELANGOR, 18 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam. Justeru, ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri yang amat dahsyat. Baginya, pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor amat bertuah kerana Pakatan Rakyat menampilkan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim seorang individu berjiwa besar yang berintegriti, berwibawa dan prihatin kepada rakyat. Katanya, para pengundi di Hulu Selangor boleh menilai dua tahun pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat bahawa boleh membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa. “Ia berbeza dengan pemerintahan BN yang terus mengamalkan budaya rasuah, terpalit skandal moral dan kerakusan kuasa. “Akibatnya, BN cuba membawa budaya keganasan politik dengan menggunakan taktik fitnah, kekerasan dan ugutan untuk meraih undi,” ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, katanya, AMK Selangor yakin pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih dan mendapatkan maklumat yang tepat. Beliau berkata, budaya keganasan politik yang cuba di bawa masuk ke Hulu Selangor oleh BN amat jelas bertentangan dengan nilai keharmonian dan perasaan kasih sayang dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di situ. Justeru, tambahnya BN perlu ditolak dalam pilihan raya kecil itu yang sudah tidak lagi hormat kepada ketenteraman, kedamaian dan kasih sayang masyarakat pelbagai kaum. “Pakatan Rakyat membawa gagasan besar di Hulu Selangor untuk membawa masyarakat di sini hidup dalam suasana lebih mesra dan berkasih sayang antara pelbagai kaum tanpa sebarang perasaan prejudis,” katanya. |
Subscribe to:
Posts (Atom)