Showing posts with label norman. Show all posts
Showing posts with label norman. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Norman rela dibuang kerja


NORMAN yakin buat keputusan terbaik.
NORMAN yakin buat keputusan terbaik.

JAKARTA: Norman Kamarul tidak menyesal memilih menjadi artis dan penyanyi daripada menjadi anggota briged bergerak. Norman yakin dengan pilihannya. “Bagi saya tidak ada masalah. Banyak pekerjaan yang boleh dilakukan di luar sana, boleh saja jadi pemandu teksi motor,” kata Norman yang berada di Studio Hanggar, di Jakarta, semalam. Ketika dia dipecat daripada briged bergerak itu, Norman mengaku dia kurang kepercayaan diri.

Tetapi dengan menjadi penyanyi, dia berkata, Tuhan akan memberikan jalan kejayaan kepadanya. “Memang ada rasa kurang keyakinan diri. Tetapi sekarang tidak ada apa-apa. Allah memberi kesempatan kepada saya untuk mengasah bakat saya. Insya Allah dengan menyanyi dan saya akan fokus dengan karier saya ini,” katanya. Norman dipecat daripada Polis Daerah Gorontalo secara rasmi kerana dia telah melanggar Fasal 14, ayat 1 (a) Peraturan Pemerintah Nombor 1, 2003 kerana tidak hadir bertugas selama 84 hari tanpa alasan. Norman berkata, dia memang mahu keluar daripada briged itu sejak dulu.
Sementara itu, wakil Ketua Polis Jakarta, Komisioner Jenderal Nanan Sukarna berkata, Norman bukan dilepaskan bebas walaupun sudah dipecat daripada menjadi anggota polis. Norman perlu membayar ganti rugi. “Antara hukuman yang dikenakan, Norman perlu membayar ganti rugi,” katanya.

Kata Nanan lagi, Norman perlu membayar ganti rugi kerana tindakannya itu telah merugikan institusi itu.

Sebagai anggota polis, mereka semua terikat dengan perkhidmatan selama 10 tahun. Sebelum habis tempoh khidmat, setiap anggota polis tidak dibenarkan berhenti.

Kes Norman yang melanggar kod etika ini dilihat sebagai satu kes yang berat oleh Nanan kerana ia boleh menjadi contoh kepada anggota yang lain yang mahu keluar daripada perkhidmatan.

“Kalau melihat Norman tidak dihukum, mereka akan fikir mereka juga boleh melanggar kod etika ini,” katanya.

Nanan berkata, dia pernah mengingatkan Norman, ketika Norman masih lagi seorang anggota polis, supaya tidak sombong apabila sudah terkenal.

“Saya kata kepadanya, Norman, kamu mesti ingat siapa diri kamu. Beret dan baju seragam polis itu yang buat dia terkenal. Nampaknya dia lupa juga. Sayang, bukan?” katanya.
myMetro | Norman rela dibuang kerja:

'via Blog this'

Tuesday, September 21, 2010

Abby-Norman: Zul enggan masuk campur



Kebelakangan ini timbul pelbagai kontroversi mengenai kisah Abby dan Norman Hakim termasuklah mengenai wang hantaran yang masih belum diterima Abby sehingga kini. 

Cerita-cerita panas ini mengundang pelbagai persepsi masyarakat sekeliling yang bersimpati dan tidak kurang mencemuh tindakan Abby yang mendedahkan masalahnya dengan Norman yang masih belum selesai. 

Mengulas mengenai kontroversi tersebut, “kekasih” Abby, Zulkifli Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul berkata, dia tiada hak untuk mencampuri urusan peribadi berkaitan Abby dengan bekas suaminya. 

“Saya tidak pernah bertanya pada Abby dan lebih senang menjadi orang biasa yang membaca perkembangan kisah mereka di akhbar sahaja. Lagipun saya tidak mahu dan tidak ada hak untuk masuk campur mengenai urusan mereka. 

“Biarlah Abby selesaikan sendiri perkara itu dengan bekas suaminya. Abby juga tidak bercerita kepada saya apa masalah yang belum selesai antara dia dan Norman. Saya tahu pun melalui dada akhbar,” katanya kepada Sinar Harian. 

Katanya lagi, walaupun tidak pernah bertanya mengenai masalah Abby dan Norman, itu tidak bermakna mereka tidak berkongsi hal-hal atau masalah lain yang dihadapi. 

“Saya seorang yang suka bercakap dan Abby juga begitu. Biasanya bila salah seorang ada masalah, kami akan duduk berbincang bersama. Kadang-kadang sampai dua atau tiga jam kami berbincang,” katanya yang mengakui selesa bersama Abby. 

Mengulas mengenai hubungan mesranya dengan Abby, Zul mengakui buat masa ini hanya Abby wanita yang paling rapat dengan dirinya. 

“Terus terang saya katakan saya tidak ramai rakan perempuan dan buat masa ini Abby adalah wanita yang paling rapat dengan saya. Saya tidak kisah berkawan dengan wanita lebih berusia daripada saya,” katanya yang lebih selesa membiarkan orang membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan wanita beranak tiga itu. 

Tambah jejaka berusia 24 tahun ini, buat masa sekarang dia enggan memikirkan soal mendirikan rumah tangga dan tidak bersedia untuk memberikan komitmen dalam sebuah ikatan yang besar. 

“Selagi saya tidak bersedia untuk berkahwin, saya tidak akan meletakkan diri saya ke arah itu (perkahwinan). Lagipun berkahwin ini bukan untuk setahun dua, kita perlukan tanggungjawab dan komitmen yang besar dan perlu serius untuk memikulnya,” katanya yang berhasrat memberi tumpuan terhadap kerjaya seni yang baru dua tahun bertapak.

Saturday, September 18, 2010

'Saya tak tertekan'

KUALA LUMPUR: “Saya tak tertekan dengan apa yang berlaku kerana tiada kena mengena dengan saya. Ia hal peribadi membabitkan mereka berdua (Norman dan Abby). Namun jika difikir secara logik, kenapa sekarang baru isu ini dibangkitkan?
“Kenapa dia (Abby) tak keluarkan kenyataan begini selepas bercerai dulu,” tegas Suhaiza Suhaimi atau Memey ketika dihubungi Harian Metro semalam mengulas dakwaan Abby yang mendakwa bekas suaminya itu masih belum melangsaikan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 sehingga sekarang. Abby menimbulkan isu itu menerusi akhbar selepas mendapati tiada cara lain boleh dibuatnya bagi menuntut haknya itu daripada Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamad Nor Hakim Zaidon, 34.
Memey yang kini bergelar tunang Norman Hakim dalam majlis serba meriah yang berlangsung di kampung halamannya, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi pada 13 September lalu, mempersoalkan tindakan Abby yang memilih cara kontroversi berbanding cara yang lebih berhemah.

“Kalau betul pun ia berlaku, selesaikanlah cara baik kerana masing-masing sudah dewasa dan matang. Cara yang dipilih Kak Abby sebenarnya bukan boleh menyelesaikan masalah tapi akan mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan menjadi bertambah kusut sekarang dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya sebenarnya tahu keadaan sebenar tapi tak berniat nak masuk campur dalam isu ini. Tak dinafikan saya agak terkejut apabila isu ini diungkit sekarang. Saya malas nak fikirkan sangat sehingga menjejaskan kerja seharian saya. Harapnya mereka dapat selesaikan masalah ini dengan baik,” kata Memey lagi.

Pelakon berusia 22 tahun itu berkata, sepanjang perkenalan dengan Norman dia kecewa kerana sering dilemparkan dengan pelbagai kata-kata tidak enak. Malah, dia tidak tahu apa sebenarnya yang diinginkan oleh Abby daripada Norman. Katanya, perkembangan terbaru ini sedikit menjejaskan menjejaskan keceriaan mereka setelah selamat bertunang.

“Dalam keseronokan kami mengadakan majlis yang penuh berkat tiba-tiba saja dikejutkan dengan berita ini. Kalau betullah jadi masalah, patutnya lepas bercerai dia cari Norman dan selesaikan terus, bukan bangkitkannya sekarang.

“Saya tengok abang Norman tak pernah sentuh pun hal peribadi dia dan dengan siapa dia berkawan, bila kena hal kami macam-macam pula yang dikatakan.

“Hendak buat macam mana lagi kerana lain orang lain caranya. Saya tabah menghadapi ujian ini dan takkan mudah melenting dengan apa yang berlaku. Pada saya hal-hal peribadi antara mereka bukan untuk didedahkan kepada masyarakat kerana nanti akan menimbulkan persepsi negatif pelbagai pihak. Orang luar tak faham perkara sebenarnya. “Hanya keluarga kami yang tahu cerita sebenar. Saya bersyukur kerana tengok abang Norman berada dalam keadaan tenang berdepan situasi ini. Cuma dia beritahu agak terkejut kerana di saat gembira dengan majlis pertunangan tiba-tiba dikejutkan dengan isu ini,” katanya yang dijadual mendirikan rumah tangga bersama Norman tahun depan.

Ketika dihubungi, Memey berkata dia berada di majlis rumah terbuka anjuran rakannya. Nada suaranya ceria membayangkan dia tidak tertekan langsung dengan apa yang berlaku. Dia memberitahu tidak terikat dengan jadual penggambaran drama dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk bercuti bersama keluarganya dalam masa terdekat. Bagaimanapun dia enggan memberitahu lokasi dan tarikh percutiannya.