Monday, November 12, 2012

Rkyaj jugak mpus

terbaek ...

SAPUUUUUU

"THE LAST SAPU"

Keluar dari tempurung sempit Umno

Bom meletup korban enam sekeluarga termasuk bayi baru lahir

Bom meletup korban enam sekeluarga termasuk bayi baru lahir: "KABUL 11 Nov. - Sebutir bom meletup mengakibatkan enam sekeluarga terbunuh termasuk bayi yang baru dilahirkan di timur Afghanistan, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Gabenor, keluarga tersebut dikatakan berlepas dari hospital dengan menaiki sebuah trak sebelum bom tersebut meletup.

“Seorang ibu muda dikatakan baru keluar dari hospital dan mereka dalam perjalanan untuk pulang ke rumah bersama bayi yang baru dilahirkan,’’ kata Gabenor wilayah Khost, Zarmaeed Mokhlis. - REUTERS"

'via Blog this'

Rakyat didahulukan

Letupan di Daraa korbankan 20 orang

Letupan di Daraa korbankan 20 orang: "BEIRUT 11 Nov. - Seramai 20 orang tentera rejim terbunuh apabila dua butir bom meletup di selatan bandar Syria semalam.

Menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, letupan pertama berlaku di khemah yang dihuni oleh tentera kerajaan di bandar Daraa.

Jurucakap kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdul-Rahman berkata, letupan tersebut mengakibatkan pertempuran berlaku antara tentera kerajaan dan juga tentera rejim. - AGENSI"

'via Blog this'

Turki tempatkan peluru berpandu Patriot di sempadan Syria

Turki tempatkan peluru berpandu Patriot di sempadan Syria:

ISTANBUL 11 Nov. - Turki merancang pelan kecemasan, antara lain menempatkan peluru berpandu Patriot di kawasan sempadannya dengan Syria.
Pelan dengan bantuan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu dibuat bagi mengukuhkan keselamatan di kawasan sempadan.
Presiden Turki, Abdullah Gul berkata, keadaan di Syria yang boleh memberi kesan kepada Turki menyebabkan negara ini mengambil langkah berjaga-jaga.
"Perbincangan sedang dijalankan dengan NATO daripada segi mempertahankan negara serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil," katanya pada Khamis lalu, ketika ditanya tentang kemungkinan Turki menempatkan Patriot di sempadan negara ini.
Rabu lalu, media Turki dan antarabangsa melaporkan kerajaan Turki meminta NATO menempatkan peluru berpandu Patriot di sepanjang kawasan sempadan dengan Syria, namun Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menafikannya.
"Kami tidak membuat permintaan tersebut. Saya mahu jelaskan bahawa kami tidak berfikir atau sedang membuat keputusan membeli Patriot ketika ini," katanya semasa lawatannya ke Bali, pada minggu lalu.
Erdogan yang kelihatan marah dengan laporan tersebut menegaskan bahawa pegawai Kementerian Luar yang menjadi sumber maklumat itu tidak mempunyai hak untuk membuat kenyataan tersebut.
Ankara dilihat berhati-hati untuk mendedahkan mengenai kaedah pertahanan Turki dan turut menegaskan tidak mahu berperang dengan negara jirannya itu, yang berkongsi kawasan sempadan sepanjang 822 kilometer.
"Tidak menjadi persoalan sama ada Turki mempunyai niat untuk berperang dengan Syria atau tidak. Saya harap ia juga tidak menjadi persoalan bagi Syria untuk terlibat dengan tindakan tidak masuk akal terhadap Turki.
"Namun, bila terdapat keputusan saat akhir seperti ini, bila terdapat risiko yang berpotensi, tidak ragu-ragu lagi semua langkah pencegahan perlu diambil," kata Gul merujuk keputusan penggunaan Patriot.
Sistem peluru berpandu Patriot buatan Amerika Syarikat (AS) menjadi terkenal semasa Perang Teluk dan pernah digunakan untuk memintas peluru berpandu Scud, yang digunakan Iraq. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121112/lu_05/Turki-tempatkan-peluru-berpandu-Patriot-di-sempadan-Syria#ixzz2C1TRk6Lm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Myanmar gempa, 12 maut


Sebuah jambatan yang sedang dibina di Sungai Irrawaddy, timur Shwebo, Myanmar runtuh akibat dilanda gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter, semalam. - REUTERS
YANGON 11 Nov. - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar pagi ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.
Pusat Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 60 kilometer di barat laut Mandalay, kira-kira 10 kilometer di bawah bumi.
Gempa yang berlaku pada pukul 7.42 pagi waktu tempatan itu turut dirasai di Bangkok, Thailand.
Media tempatan melaporkan, sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan di Sungai Irrawaddy bandar Kyauk Myaung dan Singgu runtuh.
Laman web majalah Weekly Eleven melaporkan, empat orang terbunuh dan 25 lagi cedera apabila jambatan yang 80 peratus siap itu runtuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121112/lu_01/Myanmar-gempa-12-maut#ixzz2C1SpHRJl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

55 ahli kumpulan ISAF terkorban di selatan Afghan

55 ahli kumpulan ISAF terkorban di selatan Afghan: "KABUL 11 Nov. - Seorang penyerang yang memakai pakaian seragam tentera Afghanistan membunuh ahli kumpulan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di selatan negara ini semalam.

Dalam serangan tersebut, kira-kira 55 ahli ISAF terbunuh, melemahkan kepercayaan tentera Afghanistan dan memberikan persediaan kepada NATO untuk menarik alik tentera sehingga akhir tahun 2014.

"Seorang lelaki yang memakai pakaian seragam Tentera Afghanistan mengalihkan senjata terhadap anggota ISAF dan membunuhnya," kata seorang jurucakap ISAF."

'via Blog this'

Tentera Israel lepaskan tembakan amaran ke Syria

Tentera Israel lepaskan tembakan amaran ke Syria: "TEL AVIV 11 Nov. - Tentera Israel semalam melepaskan tembakan amaran ke Syria selepas serangan mortar Syria mendarat di pos tentera di Bukit Golan.

Tembakan itu merupakan kali pertama sejak Perang Timur Tengah pada Tahun 1973 di mana tentera Israel melepaskan tembakan terhadap Syria.- dpa"

'via Blog this'

Bedah perut keluar sudu

STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.
STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.
TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.
Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.

Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Gabenor Sulawesi Selatan dilontar bom

MAKASSAR: Seorang suspek militan melontar bom ke arah Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo.
Syahrul bagaimanapun terselamat kerana bom berkenaan tidak meletup. 
Kejadian berlaku ketika Syahrul berucap di atas pentas sempena ulang tahun Parti Golkar di Tugu Mandala, Makassar, semalam.

Jurucakap Polis Sulawesi Selatan, Komisioner Kanan Endi Sutendi berkata, polis berjaya menahan penyerang yang dikenali sebagai Awaluddin Nasir atau Lukman Rahim, 25, selepas dia melontar bom dan dipukul oleh orang ramai.

Bom buatan sendiri itu dibuat daripada paip seberat 200 gram, mengandungi sebatang paku sepanjang lima sentimeter, 40 paku kecil dan bahan peledak, kata Endi.

“Bom itu dihantar ke makmal forensik untuk analisis,” katanya.

Endi mengesyaki Awaluddin anggota kumpulan militan yang melancarkan beberapa siri serangan di Poso, Sulawesi Tengah, sejak Ogos lalu termasuk serangan bom terhadap pos kawalan polis trafik di bandar itu serta pembunuhan dua anggota polis yang mayat mereka ditemui di dusun Tamanjeka di Poso.

Menurut Endi, bentuk bom yang digunakan oleh AW sama seperti bom yang digunakan kumpulan itu.

Ketua Polis Makassar, Komisioner Kanan Joseph Wisnu Sandjaja berkata, Awaluddin yang dipercayai pelajar universiti swasta, mengaku terdapat dua penyerang dalam serangan itu. - JP

30 tahun tidur di kaki lima


MARI IKUT...pegawai yang menjalankan operasi memujuk beberapa lelaki gelandangan yang ditahan, semalam.
MARI IKUT...pegawai yang menjalankan operasi memujuk beberapa lelaki gelandangan yang ditahan, semalam.
KUALA LUMPUR: Menjadikan kaki lima sebagai rumah sejak lebih 30 tahun lalu kerana hidup sebatang kara dan pernah ditahan tiga kali oleh penguat kuasa tidak menimbulkan ketakutan di hati seorang warga emas yang ditahan dalam operasi gelandangan di sekitar bandar raya ini, kelmarin.
Lelaki dikenali sebagai Khalid Yeop, 49, berkata, dia bekerja sebagai pengutip besi buruk dan menjualnya di kaki lima.

Katanya, dia hanya mempunyai beberapa helai pakaian yang dijadikan teman hidup dan mencari kotak untuk mengalas tidur.

“Saya tidak pernah malu walaupun hidup begini, malah gembira kerana terdapat ramai rakan senasib yang menemani sebaik malam menjelma,” katanya ketika ditemui selepas operasi, di sini.

Khalid berkata, mereka gembira kerana ada insan prihatin menghulurkan makanan percuma apabila petang menjelma dan tidak perlu meminta sedekah.

Dalam Operasi Gelandangan Bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora dan agensi lain itu, 59 orang termasuk 53 warga Malaysia, dua (Indonesia), tiga (Myanmar) dan seorang warga India ditahan.


Operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu turut mengambil tindakan saringan terhadap lapan lelaki di bawah AADK dan lima di bawah JKM.

Melalui ops itu, mereka yang ditahan rata-rata tidak mampu menyewa rumah kerana berniaga kecil-kecilan di kaki lima.

Mereka sanggup tidur di kaki lima kerana memperoleh makanan percuma disediakan badan bukan kerajaan (NGO) setiap petang.

Ada juga yang cuba melarikan diri kerana takut ditangkap pihak berkuasa, namun ditahan.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Operasi DBKL, Mohd Hisham Izhar berkata, faktor utama gelandangan sanggup tidur di kaki lima kerana makanan percuma diberikan NGO “Walaupun golongan gelandangan menunjukkan penurunan, ia masih membimbangkan kerana mereka kebanyakkan suka membuang sampah di merata-rata yang mencemarkan imej ibu kota,” katanya.

Teman wanita, telefon antara punca nahas



 
Raipur: Ketua Menteri Chhattisgarh, Raman Singh, kelmarin mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan teman wanita, motosikal dan telefon bimbit sebagai punca peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negeri itu.

Bercakap pada seminar Keselamatan Jalan Raya di sebuah institut perubatan, beliau meluahkan kebimbangan mengenai kenaikan bilangan belia yang maut dalam kemalangan.
“Jika ada motosikal, telefon bimbit dan teman wanita yang baik, risiko kemalangan jalan raya berlaku adalah lebih tinggi,” katanya. Beliau berkata hampir 55 hingga 60 peratus mangsa kemalangan adalah belia.

“Sudah menjadi perkara biasa melihat golongan muda menunggang motosikal sambil bercakap di telefon bimbit yang kerap menyebabkan kemalangan. Belia perlu mengelakkan tabiat itu,” kata Singh.

Beliau juga kesal kerana orang ramai sanggup memperuntukkan beribu rupee untuk membeli motosikal tetapi enggan membeli topi keledar yang cuma berharga beberapa ratus rupee. - Agensi

Seteru Bashar setuju pelan bersatu



 
Damsyik: Kumpulan pembangkang Syria bersetuju untuk bersatu menentang Presiden Bashar al-Assad semalam dalam rundingan di Doha, Qatar.

Persetujuan itu dicapai selepas rundingan berlangsung selama 12 jam dan selepas menerima tekanan negara Barat.
Rancangan itu menetapkan pembentukan kerajaan sementara, majlis tentera untuk menguruskan tindakan anggota bersenjata dan satu badan kehakiman yang beroperasi di kawasan kawalan pemberontak.

Bunuh diri

Ia dicapai ketika askar kerajaan Syria dikejutkan dengan dua kenderaan penyerang bunuh diri meletup di bandar Daraa, pusat pemberontakan sejak 20 bulan lalu.

“Kami bersetuju membentuk pakatan kebangsaan menggabungkan pembangkang dan melancarkan revolusi.

“Kami akan terus berbincang mengenainya,” kata anggota pembangkang, Suhair Atassi.
“Kami hampir menandatanganinya tetapi lebih suka beri lebih banyak masa untuk mengkaji peraturan atas permintaan pihak tertentu,” kata seorang delegasi Riad Seif yang berpotensi menjadi ketua majlis berkenaan.

Di Damsyik, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi menggesa satu dialog kebangsaan diadakan dan tentera sedang berusaha mencederakan peluang mengadakan mesyuarat.

“Satu-satunya cara berjaya di Syria ialah duduk dan umum pelancaran dialog,” kata Zohbi.

“Pembangkang juga perlu terima dialog adalah satu daripada pilihan. Pihak tentera melindungi dialog ini,” kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Sementara itu, tentera menawan semula satu laluan di Damsyik dan Aleppo yang biasa digunakan untuk menghantar askar tambahan. Tentera Syria secara beransur-ansur menawan beberapa kampung sejak 10 hari lalu. - AF

Anne Ngasri bertunang dengan Mohd. Sumali




ANNE Ngasri bersama tunangnya Mohd. Sumali di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi tunang kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis pertunangan di rumah keluarganya di sini semalam.
Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 24, Sumali berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.
Beliau berkata, mengikut perancangan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.
“Saya akan menjemput semua pihak termasuk rakan-rakan media,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan keluarganya di Taman Batu Permai di sini semalam.

Skandal bekas pengarah CIA terus dibongkar




PENULIS Paula Broadwell bercerita mengenai buku biografi yang ditulis bersama Petraeus dalam satu majlis di Washington pada 6 Februari lalu.


WASHINGTON - Seorang wanita misteri menjadi punca tamatnya karier Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) David Petraeus selepas dia dihujani e-mel ugutan daripada wanita simpanan lelaki tersebut, kata seorang pegawai kepada akhbar Daily News.
Wanita misteri itu yang dipercayai rapat dengan Petraeus tampil untuk meminta perlindungan daripada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ekoran kerap diganggu oleh kekasih gelap Petraeus, Paula Broadwell.
Susulan aduan tersebut, pihak FBI mengesan sumber ancaman itu kepada Broadwell, 40, yang merupakan lulusan Universiti Harvard dan pernah menulis buku biografi Petraeus.
Menurut sebuah laman berita tempatan, siasatan itu menemui deretan e-mel yang mendedahkan skandal seks antara Broadwell dan Petraeus.
Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.
Satu e-mel tersebut menceritakan tentang hubungan "seks di bawah meja"antara mereka.
Identiti wanita kedua yang membuat aduan tersebut dan hubungannya dengan Petraeus masih dirahsiakan tetapi menurut sumber sama, dia bukan dalam kalangan ahli keluarga Petraeus mahupun pegawai kerajaan.
Skandal seks tersebut mencetuskan persoalan berhubung kelemahan dan kecuaian seorang pemerintah tentera berkaliber seperti Petraeus dalam menangani hubungan sulitnya.
Pihak FBI menyiasat e-mel peribadi Petraeus kerana mengesyaki ia telah digodam oleh individu tertentu.
Petraeus yang berusia 60 tahun sebelum ini memiliki kerjaya cemerlang selepas membantu misi tentera AS mematahkan gerakan militan di Iraq dan Afghanistan.
Namun, beliau kecundang dan memilih untuk meletak jawatan pada Jumaat lalu selepas skandal seksnya terbongkar.
Media AS melaporkan Broadwell rapat dengan Petraeus ketika beliau menjadi komander untuk gerakan tentera AS di Afghanistan dan menamatkan i hubungan tersebut sebelum beliau dilantik sebagai ketua CIA, tahun lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Petraeus dilaporkan memohon maaf berhubung hubungan terlarang itu.
Buku biografinya yang bertajuk All In: The Education of General David Petraeus, dianggap oleh rakan-rakannya sebagai naskhah cinta daripada Broadwell kepada ketua tentera itu.
Peletakan jawatannya diluluskan oleh Presiden Barack Obama Jumaat pada Khamis lalu lalu selepas beliau menemui pemimpin itu di White House di sini.
"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," kata Petraeus dalam memo kepada kakitangannya.
Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York.
Tempat beliau kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah Mike Morell sementara menunggu pelantikan Pengarah CIA yang baharu. - Agensi