Friday, July 18, 2014

AS yakin MH17 diserang, tapi keliru siapa dalang


  • Pesawat penumpang Malaysia terhempas di UkrainePesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

HASIL siasatan yang dilakukan ke atas data satelit di negara Ukraine mendapati pesawat MH17 sememangnya telah diserang dan diletupkan di udara ketika mengambil laluan berhampiran sempadan Rusia untuk ke Kuala Lumpur.

Menurut laporan yang dipetik CNN, Amerika Syarikat kini yakin bahawa pesawat MH17 yang terhempas telah diserang di udara dan ditembak dengan peluru berpandu.

Namun hasil siasatan sedikit tergantung apabila pihaknya tidak dapat mencari pihak yang mendalangi insiden berkenaan.

Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, berdasarkan sistem radar, pihaknya melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.

Manakala sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.

Amerika Syarikat berkata, pihaknya kini sedang menganalisis trajektori peluru berpandu untuk menentukan dari mana ia datang.

Sementara itu, media asing turut memetik kenyataan puak pemisah pro Rusia yang mendakwa kotak hitam pesawat MH17 berada di tangan mereka.

Stesen radio Rusia, Kommersant FM pula melaporkan bahawa kotak hitam telah dihantar ke Moscow oleh puak pemisah Rusia yang tidak dikenalpasti.

Nahas MH17: AS kerjasama dengan Ukraine


  • Barack ObamaBarack Obama

DELAWARE - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengarahkan pihaknya mengadakan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Ukraine.

Obama dipetik sebagai berkata, kemalangan tersebut menjadi salah satu keutamaan AS susulan laporan 23 rakyatnya turut terlibat dalam nahas berkenaan.

"Ia adalah satu tragedi yang sangat dahsyat, pihak kami kini sedang berusaha untuk mengetahui sama ada maklumat tersebut benar atau tidak dan ia merupakan keutamaan kami buat masa ini.

"Buat masa sekarang, saya telah mengarahkan sebuah skuad pasukan keselamatan kebangsaan untuk terus menghubungi pihak kerajaan Ukraine bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai berita itu," katanya.

Obama dalam pada itu mengucapkan takziah kepada kesemua keluarga mangsa nahas tragedi MH17.

Wakil Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Zoryan Shkyryak yang dipetik melalui agensi berita Rusia, Interfax berkata, 295 penumpang dan anak kapal MH17 disahkan maut dalam insiden itu.

Igor Girkin dalang tragedi MH17?


  • Igor GirkinIgor Girkin

KIEV - UKRAINE. "Kami sudah beri amaran-jangan terbang di laluan udara kami". Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Komander Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army, Igor Girkin melalui akaun laman sosialnya VK.com iaitu Facebook versi Rusia.

Igor yang mahu dikenali sebagai Strelkov berkata, kumpulannya mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkutan tentera yang mana ia sebenarnya sebuah pesawat komersial yang membawa 298 penumpang termasuk krew kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur.

"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine,” katanya seperti yang dipetik melalui sebuah portal.

Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.

Pada 29 Jun lalu, dalam satu laporan yang disiar olek Kyiv Post, kumpulan terbabit mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengambil alih satu kem tentera Ukraine di mana peluru berpandu Buk milik tentera Ukraine yang menjadi simpanan tentera turut dirampas semasa proses pengambilalihan tersebut berlaku.

Setakat ini, tiada pihak tampil untuk mengesahkan mengenai jumlah peluru berpandu tersebut yang dirampas oleh kumpulan tersebut.

Difahamkan, peluru berpandu itu boleh dilancarkan ke atas musuh dengan kelajuan sejauh 25 kilometer dan tiga kali ganda ketinggian MH17 dilaporkan terbang.

Dalam pada itu, kumpulan tersebut yang didakwa melakukan serangan udara ke atas MH17 menafikan pihaknya bertanggungjawab.

"Ia boleh berlaku hanya melalui pesawat tempur atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," kata salah seorang daripada puak pemberontak, Sergei.

Sergei menambah, mereka tidak mempunyai senjata yang mampu menembak pesawat yang terbang setinggi itu.

Namun Anton Gerashenko, penasihat Kementerian Dalam Negeri berkata berjaya merakamkan gambar peluru berpandu Buk seminit selepas ia dilancarkan.

TG Nik Aziz sihat, masih dirawat - Nik Abduh


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Keadaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sihat, bagaimanapun masih menerima rawatan berkala seperti biasa.

Sejak awal pagi tadi, mesej mendakwa kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia tersebar di internet termasuk menggunakan aplikasi Whatsapp.

Nama Harakah turut dikaitkan dengan penyebaran mesej palsu itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut menafikan mesej palsu itu dengan berkata keadaan bapanya sihat dan meminta orang ramai mendoakan Lailatulqadar buat Tuan Guru.

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #Lailatul Qadr untuknya dan kita semua," tulis Nik Mohamad Abduh di akaun Twitternya.

Mesej palsu ini hadir selepas Malaysia menerima berita mengejutkan berkaitan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine lewat malam tadi. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Wartawan pernah masuk ke dalam gaun Ferrera mahu jadi model di Britain



GETTY IMAGE
SEDIUK memasukkan kepalanya ke dalam gaun yang dipakai Ferrera pada Festival Filem Cannes, Perancis pada 16 Mei lalu.


LOS ANGELES - Seorang wartawan dari Ukraine, Vitalii Sediuk (gambar kecil) memohon maaf kepada beberapa selebriti Hollywood yang pernah menjadi bahan jenakanya dan mengumumkan dia akan berhijrah ke London, Britain untuk menjadi seorang model, lapor akhbar New York Daily News semalam.
Sediuk, 25, memberitahu, dia kini mahu mengubah kehidupannya dan berterima kasih kepada beberapa selebriti kerana masih bersabar dengan gurauannya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Hollywood yang menerima kehadiran saya selama dua tahun setengah ini yang banyak mengajar saya erti kehidupan.
"Saya juga ingin memohon maaf kepada beberapa selebriti yang terlibat dengan lawak saya dan terima kasih kerana mereka masih mampu bersabar," katanya.
Menurutnya, dia membuat lawak tersebut dengan tujuan yang positif walaupun ada antaranya tidak menjadi dan gagal difahami oleh orang ramai.
"Saya tahu anda semua pasti tidak akan merindui saya," katanya.
Sediuk sebelum ini sering mencetuskan kontroversi dan terbaru dia ditangkap selepas sanggup memasukkan kepalanya ke dalam gaun aktres popular, America Ferrera di Festival Filem Cannes, Perancis pada 16 Mei lalu.
Dia juga pernah ditampar aktor terkenal, Will Smith selepas cuba mencium pelakon tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz37lkNivZt 
Hakcipta terpelihara 

Yazid, Muhammad Hilmi kembali dibicara di Mahkamah Tinggi


ANGGOTA polis mengawal Yazid Sufaat (berkaca mata) dan Muhammad Hilmi Hasim ketika hadir di Mahkamah Rayuan bagi prosiding rayuan berikutan pembebasan mereka daripada tuduhan berkaitan keganasan di Istana Kehakiman, Putrajaya, Mei tahun lalu. - GAMBAR FAIL
PUTRAJAYA 16 Julai - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan kes terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan rakannya, Muhammad Hilmi Hasim berkaitan tuduhan melibatkan keganasan, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan demikian selepas menolak rayuan kedua-duanya.
Kes terhadap Yazid, 50, dan Muhammad Hilmi, 34, telah ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Julai ini.
Hakim Arifin ketika mengumumkan keputusan tersebut menyatakan, rayuan itu ditolak kerana isu yang dibangkitkan tidak sesuai dan bersifat pramatang pada peringkat ini dan harus diselesaikan terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi.
Perayu-perayu mengemukakan persoalan sama ada tuduhan terhadap mereka tertakluk dalam ruang lingkup dan skop pemakaian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Pada hemat panel itu, isu sama ada SOSMA terpakai dalam kes terhadap kedua-duanya perlu diputuskan pada perbicaraan dan boleh dijadikan asas pada peringkat rayuan kelak.
Sebelum itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili kedua-duanya berhujah, SOSMA tidak sesuai digunakan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana undang-undang itu berada di luar ruang lingkup Perkara 149.
Pada peringkat itu, Hakim Arifin mencelah dengan menyatakan, perayu-perayu sepatutnya meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi terlebih dahulu dan kemudian mencabar perjalanan prosedur, bukannya mencabar tuduhan yang dikenakan.
Bagaimanapun, Amer Hamzah menghujahkan, perayu-perayu mencabar pendakwaan terhadap mereka kerana tuduhan yang dikenakan cacat dan tidak sesuai dibangkitkan selepas perbicaraan bermula.
Namun demikian, Hakim Arifin menyatakan, perayu-perayu tidak boleh mencabar untuk mengetepikan tuduhan tersebut yang tidak mengandungi kecacatan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Wahab Mohamed berhujah, SOSMA merupakan akta yang digubal secara prosedur bertujuan untuk membicarakan kesalahan-kesalahan melibatkan keselamatan dan fungsinya sama seperti Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan 1950.
Sehubungan itu, beliau menghujahkan, Perkara 149 tidak sepatutnya digunakan untuk mengehadkan skop pemakaian SOSMA.
Mahkamah Rayuan pada 18 Jun tahun lalu membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan tiga mereka termasuk seorang lagi rakan Yazid, Halimah Hussien, 53.
Yazid didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan manakala Muhammad Hilmi dan Halimah didakwa bersubahat. Mereka boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan denda.
Hakim Kamardin Hashim membenarkan permohonan ketiga-tiganya untuk membatalkan pertuduhan iaitu menggalakkan keganasan bagi memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah beralamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang dekat sini antara pukul 8.30 pagi dan 10.30 pagi, antara 1 Ogos dan 20 Oktober 2012.
Halimah bagaimanapun menghilangkan diri sehingga hari ini selepas mereka dibebaskan daripada tuduhan tersebut di peringkat Mahkamah Tinggi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140717/ma_02/Yazid-Muhammad-Hilmi-kembali-dibicara-di-Mahkamah-Tinggi#ixzz37liHsRmV
© Utusan Melayu (M) Bhd