Sunday, August 18, 2013

PM usulkan pembubaran Ikhwanul Muslimin

PM usulkan pembubaran Ikhwanul Muslimin: "KAHERAH 17 Ogos - Perdana Menteri Mesir, Hazem el-Beblawi hari ini mengusulkan agar pergerakan Ikhwanul Muslimin dibubarkan dan kerajaan sementara dilapor sedang menimbang cadangan tersebut.

Usul Hazem itu dihantar mengikut saluran yang sah kepada Menteri Hal Ehwal Sosial, Sherif Shawky yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelesenan bagi pertubuhan bukan kerajaan.

"Usul untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin masih lagi dikaji buat masa ini," kata Sherif.

Ikhwanul Muslimin pernah dibubarkan oleh tentera Mesir yang memerintah kerajaan pada 1954, namun kemudiannya didaftarkan semula di bawah pertubuhan bukan kerajaan pada Mac lalu selepas kumpulan penentang mempersoalkan status pergerakan itu dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. - REUTERS"

'via Blog this'

Pemimpin politik Pakistan ditembak mati

Pemimpin politik Pakistan ditembak mati: "PESHAWAR 18 Ogos - Pemimpin kanan parti politik sekular, Awami National Pary (ANP), Najma Hanif, 35, mati ditembak malam semalam selepas penjenayah bersenjata api memecah masuk ke dalam rumahnya.

Pegawai kanan polis, Mohammad Faisal berkata, sehingga kini identiti penyerang masih lagi belum dikenal pasti, namun dipercayai ketika melakukan pembunuhan mereka menggunakan pistol yang disenyapkan.

"Satu atau dua penyerang memasuki rumah dan membunuh beliau,’" katanya.

Motif di sebalik pembunuhan itu masih tidak jelas, namun pada November 2011 suami, anak-anak dan pengawal peribadi Najma telah dibunuh oleh seorang pengebom berani mati Taliban. -AFP"

'via Blog this'

Asma' Muhammad Al-Biltaji

BERITA TERKINI DARI MESIR:

Asma' Muhammad Al-Biltaji

Anak perempuan Muhammad Bitalji ,pemimpin Ikhwan Muslimin yang berumur 17 tahun telah syahid(insya Allah) dibunuh oleh sniper rezim Sisi laknatullah.
 
Peluru-peluru dan gas beracun hadiah dari Zionis kepada Sisi untuk membunuh umat Islam di Mesir.

Lihat tulisan hibrani yang ada di gambar.
 
Penyokong Mursi digempur lagi

Gambar: KEMUSNAHAN SEORANG penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi berlari di hadapan sebuah kenderaan yang terbakar dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Dataran Ramses, Kaherah, Mesir, semalam. - AFP

KAHERAH 17 Ogos - Kejadian berbalas tembakan dilaporkan berlaku di antara pasukan keselamatan dan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi di Masjid al-Fatah, lokasi kira-kira 1,000 pengikut Ikhwanul Muslimin dikepung semalaman oleh polis dan tentera.

Insiden itu tercetus kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan, tidak lama selepas anggota keselamatan dilihat mengiringi keluar sekumpulan pengikut Ikhwanul Muslimin wanita dan lelaki daripada masjid tersebut.

Tembak-menembak dilaporkan bermula apabila seorang lelaki melepaskan tembakan dari menara masjid, diikuti tembakan balas oleh pasukan keselamatan dan penyokong kerajaan sementara bersenjata yang berada di luar masjid.

Menurut laporan al-Jazeera yang memetik seorang pengikut Ikhwanul Muslimin, Omaima Halawa yang berada di dalam masjid, keadaan huru-hara di lokasi kejadian dengan pengikut-pengikut Mursi terpaksa berlindung dan tidak berada terlalu hampir dengan pintu serta tingkap bagi mengelak daripada terkena tembakan.

Al-Jazeera turut menyiarkan rakaman perbualan telefon dengan Omaima, yang kedengaran cemas serta menangis.

Bunyi tembakan dan jeritan juga boleh didengari dalam perbualan telefon itu.

Menurut saksi, selain bunyi tembakan, gas pemedih mata turut dilemparkan ke dalam masjid, sementara di luar Masjid al-Fatah, kereta-kereta perisai tentera dilihat menghampiri Dataran Ramses yang terletak berhampiran masjid tersebut.

Al-Jazeera melaporkan, pasukan keselamatan kemudian menggempur masuk Masjid al-Fatah untuk membawa keluar pengikut-pengikut Mursi yang masih berada di situ dan sumber memberitahu, mereka dibawa tentera ke satu lokasi dirahsiakan untuk ditahan.

Jelas al-Jazeera lagi, masih ada beratus-ratus pengikut Mursi terkepung di dalam masjid berkenaan.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Mesir menahan seramai 1,118 orang yang dikaitkan dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin di seluruh negara.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya memaklumkan, kesemua suspek ditahan atas dakwaan melakukan keganasan semasa mengadakan bantahan. - AFP

Tentera SISI yg bunuh rakyat Mesir bergambar dengan zionis Israel. .. Nampak tak apa maknanya?

sisi lebih jahat dan zalim.

sisi lebih jahat dan zalim. hitler walaupun dia kafir , dia tidak bunuh org islam.. dia hanya bunuh yahudi laknatullah.. ya Allah , kau hancurkanlah batang tubuh sisi , batang tubuh bashar , batang tubuh musuh2 islam seluruh dunia termasuk malaysia. aamiin ya rabbal alamin...

Salah seorang syuhada' ini adalah abangku dan pembunuhnya adalah ayahku yang merupakan seorang pegawai berpangkat dalam tentera

Dr Salim El Awwa berkata dalam TV Al Jazeera : Sebelum solat jenazah terhadap sejumlah syuhada' yang aku imami tengahari tadi, seorang pemuda meletakkan tangannya di bahuku dan berkata, "Salah seorang syuhada' ini adalah abangku dan pembunuhnya adalah ayahku yang merupakan seorang pegawai berpangkat dalam tentera, apa yang aku patut lakukan dan ke mana aku akan pergi?" Aku menangis dan berkata kepadanya, "Semoga Allah memberikan kesabaran kepadamu atas pemergian abangmu dan kesyaitanan (kedurjanaan) ayahmu".

[Pengakuan bekas penyokong As Sisi. (Ibrahem Mohamed)]

Wahai kalian, aku adalah salah seorang dari orang-orang yang menentang Mursi dan bersama-sama kumpulan Tamarrud (kumpulan yang menentang Mursi), aku sangat gembira semasa pengumuman As Sisi, dan sekarang aku sangat-sangat menyesal, kamu faham apa yang kami telah buat.. kita dah kembali ke zaman yang lebih teruk dari zaman Mubarak!!

Kamu tahu tak, kerana perhimpunan kami selari dengan kehendak mereka, mereka mengagihkan air dan jus-jus kepada kami semasa perhimpunan kami (Tahrir) dan menggelar kami sebagai rakyat!

Manakala perhimpunan yang tidak selari dengan kemahuan mereka, mereka tembak dengan senjata api dan menggelar mereka sebagai pengganas!

Dan andai kata selepas ini kita ada percanggahan dengan mereka (kerajaan As Sisi), dia (Sisi) akan buat lagi teruk dari ini kepada kita dan menggelar kita pengganas.

Semoga tuhan mengampunkan Aku.

Sumber : عمر ابن الخطاب
‪#‎mesirkini‬

#mesirkini

CATATAN DOKTOR MEDAN RABA'AH ADAWIYYAH

CATATAN DOKTOR MEDAN RABA'AH ADAWIYYAH

Hospital Medan Rabaah

Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi. Seawal jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan. Sekitar jam 6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “Tiba Mall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.

Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.

Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua episod pembantaian lepas. Walaubagaimanapun mangsa bertali arus masuk dan dengan segera, keadaan menjadi kelam kabut. Saya tidak merasai sendiri pengalaman ketika pembantaian “Republican Guards’ atau pembantaian Al-Azhar, maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang mengalami kecederaan pada hari ini.

Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera. Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot) kepada peluru hidup (live bullet). Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung mengakibatkan kematian.

Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua kakitangan hospital mula memakai topeng mulut. Oleh kerana saya tidak berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng. Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit diterima, dan cuba naik ke aras kedua untuk mencari topeng tersebut di bilik bekalan.

Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup pekat itu. Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.

Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di hospital, tetapi keadaan semakin teruk dengan pertambahan jumlah mangsa. Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi tembakan juga semakin hampir dengan hospital.

Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan tangkapan atau soal siasat.

Arahan meninggalkan hospital

Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk, ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).

Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan dengan Masjid Rabaah. Di sini juga beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka tiada lagi tempat di hospital. Salah seorang dari mereka yang cedera (ditembak di kaki) berkata kepada saya “Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah dan pindahkan atau tolong pesakit lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya sendiri tidak tahu hendak ke mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi ruang. Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.

Hospital di Rabaah

Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi, dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah dibuka untuk menerima pesakit. Saya segera ke situ dan segera bertugas kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan bekalan perubatan dari hospital medan tadi. Kami mula bekerja dan saya gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.

Saya mula bekerja dengan kes yang ada dengan sepenuh kemampuan saya. Ada beberapa kes yang teruk. Salah satu daripadanya adalah kes seorang wartawan asing (saya diberitahu bahawa mereka dari Sky News) telah ditembak di bahagian bawah dada, mengalami pendarahan yang banyak sehingga beliau kelihatan pucat. Saya sempat memberitahu rakan-rakan wartawan tersebut yang sahabat mereka memerlukan pembedahan segera (hanya beberapa minit kemudian, saya telah tidak dapat menemukan mereka, dan tidak tahu sama ada sahabat mereka terselamat atau tidak). Namun saya sempat berpesan kepada kumpulan wartawan ini, jika mereka boleh memberitahu dunia, untuk menyeru tentera supaya jangan mensasarkan hospital dengan serangan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Sniper mensasarkan hospital

Dalam keadaan yang agak aman ini, saya turun ke aras bawah tanah untuk cuba merehatkan diri, tapi nasib saya, saya terjumpa dua orang yang kebetulan dari kampung halaman saya. Mereka bertuah kerana hanya cedera dengan tembakan di kaki dan di betis, dibandingkan dengan kes-kes di luar sana.

Saya kemudiannya melakukan bantuan kecemasan resusitasi (CPR) kepada seorang mangsa lain, malangnya tidak berjaya menyelamatkan beliau. Saya cuba membantu pasukan perubatan untuk memindahkan jasad beliau, tapi kami diberitahu bahawa peti penyejuk tempat simpanan mayat telah pun penuh dengan lebih 40 mayat, dan diarah membawa mayat tersebut ke tingkat 3. Saya amat terkejut melihat dewan di tingkat 3 juga penuh dengan 30-40 mayat.

Saya meletakkan jenazah ke satu bahagian di situ, dan turun ke tingkat bawah, hanya untuk kemudiannya diberitahu bahawa pintu masuk ke hospital sekarang adalah di bawah ‘ehsan’ seorang penembak tepat (sniper) yang akan menembak sesiapa sahaja yang cuba masuk ke hospital.

Satu pemandangan yang memilukan melihat orang ramai berlari membawa sama ada bekalan hospital, ataupun mangsa yang tercedera, dengan susah payah mengelakkan diri dari sniper yang juga mensasarkan tembakannya hatta kepada mereka yang cuba mengintai di balik tingkap hospital.

Tidak berapa lama kemudiaan, tembakan sniper itu mengenai kaca tingkap yang pecah berderai. Jam 3 petang, keamanan yang kami nikmati seketika hancur dengan ramai lagi mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan yang lebih parah daripada apa yang dilihat di sebelah pagi tadi. Saya melihat mangsa yang berkecai kepalanya dan bersepai tisu otak di atas lantai. Saya juga melihat mangsa dengan tembakan yang disasarkan tepat mengenai kepala dan leher, ditembak sniper.

Jam hanya menunjukkan jam 4 petang, apabila lantai di aras bawah tanah dan tingkat satu telah mula penuh dengan mereka yang tercedera dan terkorban. Saya tahu, di aras lain pun keadaannya serupa. Terdapat beberapa ambulan yang cuba memindahkan pesakit dari pintu belakang, tetapi dengan kecederaan parah mangsa-mangsa yang ada, saya rasa mereka hanya dapat memindahkan sekitar 5% sahaja dari keseluruhan yang memerlukan pembedahan. Keadaan semakin teruk, kami tidak dapat merawat semua kes yang baru tiba. Kami hanya memikirkan kes-kes yang mempunyai peluang cerah untuk hidup walaupun bilangannya sedikit.

Lantai dilumuri darah, dan pesakit baru terpaksa dibawa merentasi mereka yang lain yang telah ada di atas lantai. Saya bekerja seperti sebuah mesin, dan tidak percaya saya masih hidup melihat perkara ini terjadi di negara saya sendiri. Saya pernah menjadi sukarelawan di hospital lapangan di Dataran Tahrir pada tahun 2011, tetapi tiada yang dapat dibandingkan dengan pembantaian Rabaah ini. Saya sehinggakan tidak sempat mengambil gambar pesakit atau dokumen mereka kerana terlalu sibut menyelamatkan nyawa.

Bau kematian berada di mana-mana, dan baju saya basah dilumuri darah. Saya terpaksa menulis sebuah buku jika harus menceritakan semua pesakit yang saya rawati.

Polis menyerang hospital

Jam 5 petang, peluru sekali lagi menghujani pintu, dan meranapkannya sama sekali. Bunyi tembakan semakin dekat dan bingit. Setengah jam kemudian, tembakan dilepaskan ke Jabatan Kecemasan yang dipenuhi dengan pasukan perubatan dan mangsa.

Ketakutan menyelubungi hospital dan semua orang seperti terperangkap di tempat sendiri. Sepuluh minit kemudian, pegawai polis memecah masuk ke hospital. Mereka berbadan besar dan memakai pakaian khas berwarna hitam dengan senjata api besar, yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Mereka mengarahkan semua orang meninggalkan hospital.

Perdebatan tercetus di antara kami tentang apa yang kami perlu buat dengan ratusan yang lain yang tercedera yang masih hidup di hospital, dan adakah kami dapat mempercayai polis-polis ini, namun apabila seorang polis masuk ke ruangan di mana kami berada, seorang demi seorang mula beredar.

Ketika mula beredar, saya memberitahu seorang polis, yang masih terdapat mereka yang tercedera di hospital itu. Dia menjerkah saya berkata “Biarkan mereka mati! Biarkan mereka mati!” dan berjalan ke arah saya dengan senapang yang besar itu, seakan ingin menyerang saya. Nasib baik, saya sempat lari menerusi pintu kaca yang pecah ketika dia sibuk dengan mereka yang lari ke arah berlawanan.

Polis membakar hospital

Di luar hospital, keadaanya lebih mengerikan, mayat-mayat di atas jalan, dan tembakan di sana sini. Kami berjalan di sepanjang tembok dengan tembakan demi tembakan dan saya tidak tahu jika orang di belakang saya terbunuh atau tidak. Saya berjalan terus ke jalan berhampiran, risau jika saya ditembak atau ditangkap, tapi nampaknya polis sibuk dengan saki-baki pemprotes di tempat protes tadi.

Saya toleh ke belakang dan lihat asap tebal, setelah mereka membakar hospital dalam keadaan masih ramai orang di dalam, mayat-mayat dan mereka yang tercedera yang tidak dapat meninggalkan hospital.

Sehingga saat ini, saya tidak dapat melupakan kes terakhir saya, seorang tua yang datang setelah ditembak di kepala, tetapi beliau masih hidup. Beliau ditemani oleh anak saudaranya yang berumur antara 15-16 tahun. Saya lakukan bantuan kecemasan , memasukkan tiub intubasi (intubation) dan meminta anak saudaranya mengepam udara masuk ke ruang pernafasan menggunakan pengepam (ambu-bag breathing). Dalam perjalanan keluar, saya masih terlihat riak wajah tak berdaya remaja ini memohon pertolongan dari kami untuk bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.

Saya berjalan keluar, berfikir, adakah spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan adalah untuk membunuh, dan segala kecederaan adalah di luar imaginasi. Saya tidak mahu percaya bahawa saya telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan hospitalnya dibakar, dengan pesakit masih di dalamnya.

Jika ini berlaku kepada kita, oleh mereka yang juga kaum Mesir yang sepatutnya melindungi kita, apa akan terjadi jika kuasa asing menyerang negara kita? Saya menulis setiap baris ini dan saya masih tidak mempercayainya. Saya berharap semua ini adalah mimpi ngeri yang saya akan terjaga darinya.

Coretan ini ditulis oleh Dr Islam Abdel Rahman, doktor pakar bius (anesthetist).
Medan Rabaah.
9.44pm, 15 Ogos 2013

*Terima kasih kepada yang penterjemah

LAKNATULLAHIALAIH !!

LAKNATULLAHIALAIH !!

Sangat biadap,''anjing-anjing'' as-sisi mengotori Masjid Fateh dengan but dan sampah-sampah mereka.

Sungguh mereka melampaui batas dan semoga Laknat Allah ke atas mereka.

Dan untuk rakyat Mesir yang di zalimi ! Bangkit lah !

FIRMAN ALLAH SWT :

''Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, atau mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah dalam Neraka Jahanam itu ada tempat bagi orang yang kafir?

Dan orang yang berjihad untuk Kami (Allah), benar-benar Kami (Allah) akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Allah). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang muhsinin (yang berbuat baik).''

AL ANKABUT AYAT 68-69

Nahas feri di Filipina ragut 31 nyawa

ANGGOTA tentera laut menaikkan satu mayat yang ditemui selepas nahas berkenaan.

TALISAY - Sekurang-kurangnya 31 orang maut manakala lebih 172 lagi hilang selepas feri yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kapal kontena di perairan bandar ini, dalam wilayah Cebu, tengah Filipina kelmarin.
Beratus-ratus penumpang terjun ke laut dalam kemalangan tersebut dengan selebihnya terperangkap di dalam feri penumpang sepanjang 138 meter itu.
Setakat semalam, pasukan penyelam telah menangguhkan operasi mencari penumpang yang hilang.
Mengulas kemalangan dahsyat itu, Timbalan Ketua Pengawal Pantai, Luis Tuason berkata, kapten feri MV Thomas Aquinas itu mengarahkan feri tersebut dikosongkan apabila ia senget dan mula karam.
Feri itu sedang dalam perjalanan menuju ke pelabuhan di sini apabila ia berlanggar dengan kapal MV Sulpicio Express.
MV Thomas Aquinas karam hanya beberapa minit selepas berlanggar dengan kapal tersebut.
Semasa kejadian, feri itu membawa seramai 752 penumpang termasuk kanak-kanak dan bayi serta 118 kru.
Setakat ini, seramai 629 penumpang dan kru dilapor berjaya diselamatkan.
"Seramai 172 orang masih hilang dengan sebahagian mereka dikhuatiri terperangkap di dalam feri pada kedalaman 33 meter di dasar laut," kata Tuason.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Filipina memberitahu, satu siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas selepas operasi menyelamat berakhir.
Seorang penumpang yang terselamat, Jerwin Agudong berkata, feri MV Thomas Aquinas karam sekitar 30 minit selepas belayar dari bandar Nasipit, dalam wilayah Agusan del Sur di selatan Filipina.
Sementara itu, pemilik kapal kargo berkenaan, Span Asia Carrier Corp. menyatakan semalam bahawa kapal-kapal syarikat berkenaan pernah terlibat dalam empat lagi tragedi yang meragut lebih 5,00 nyawa sejak 1987. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2cHJcsOkc 
Hakcipta terpelihara 

Tentera serbu Masjid Al-Fatah

REUTERS
ANGGOTA-ANGGOTA tentera memasuki sebuah bilik di Masjid Al-Fatah yang menjadi tempat penunjuk perasaan berlindung semalam.

KAHERAH - Pasukan keselamatan memasuki sebuah masjid di ibu negara Mesir di sini selepas berbalas tembakan dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi semalam.
Siaran langsung televisyen tempatan menunjukkan beberapa kumpulan individu meninggalkan Masjid Al-Fatah dengan dilindungi anggota polis dan tentera.
Laporan televisyen menyatakan, sejumlah penyokong Morsi bersembunyi di beberapa menara masjid itu dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan sekitarnya.
Anggota polis dan tentera kemudian membalas tembakan mereka.
Pasukan keselamatan kemudian menawan menara-menara tersebut.
Setakat ini, belum ada laporan berhubung kematian dan kecederaan dalam insiden itu.
Terdahulu, beberapa anggota tentera dilihat memasuki masjid berkenaan yang menjadi tempat perlindungan beberapa ratus penyokong Morsi.
Saluran televisyen tempatan, Egyptian ONTV Live melaporkan anggota-anggota tentera itu cuba berunding untuk memujuk penunjuk perasaan itu supaya beredar.
Seorang penunjuk perasaan di dalam Masjid Al-Fatah memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa mereka menuntut agar tidak ditangkap atau diserang oleh kumpulan penyokong kerajaan sementara yang berhimpun di luar masjid.
Perkembangan itu berlaku setelah lebih 100 nyawa melayang dalam pertumpahan darah antara penunjuk perasaan yang setia kepada Morsi dengan pasukan keselamatan kelmarin,.
Situasi yang semakin buruk itu menjadikan Mesir di ambang huru-hara.
Dalam pada itu, pihak berkuasa menangkap lebih 1,000 pemimpin dan ahli pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin semalam.
Pergerakan Islam itu merupakan penyokong kuat Morsi.
"Seramai 1,004 "elemen" Ikhwanul Muslimin telah ditangkap kerana melakukan keganasan dalam pertempuran yang mengorbankan 700 orang sejak Rabu lalu," kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.
Ikhwanul Muslimin yang menguasai Mesir selama setahun sehingga Morsi digulingkan oleh tentera turut menggesa penyokongnya kembali mengadakan protes jalanan.
Demonstrasi tersebut bagi mengecam rampasan kuasa tentera dan mengutuk kekejaman pasukan keselamatan dalam menangani kebangkitan rakyat.
Terbaharu, Perdana Menteri Mesir, Hazem El-Beblawi mengusulkan supaya pergerakan Ikhwanul Muslimin dibubarkan secara rasmi.
"Cadangan tersebut sedang dikaji," kata Menteri Hal Ehwal Masyarakat, Sherif Shawky. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2cHJHmvGp 
Hakcipta terpelihara 

Kami dari Persatuan Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM) dan Malaysian Malabari (MM) amat mengambil berat terhadap perkembangan terkini melibatkan krisis politik di Mesir.

Kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai penyokong Morsi dan ahli Ikhwan Muslimin di dalam perhimpunan aman di beberapa tem
pat di Mesir .

Ketua tentera Jeneral Abdul Fattah al-Sisi dan tentera mesti dipertanggungjawab. Tugas pihak tentera adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan membunuh mereka.Adalah menjadi suatu yang janggal bagi sebuah negara apabila tenteranya menghalakan senjatanya ke arah rakyat mereka sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak, walhal sepatutnya tenteralah yang mempertahankan rakyatnya

KAMI menyeru kerajaan Malaysia menggunakan seluruh pengaruh politik dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada pihak tentera Mesir untuk menghentikan pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman yang menuntut hak demokrasi mereka.

KAMI juga meminta kerajaan Malaysia mempengaruhi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) agar mengkaji semula keahlian Mesir dalam OIC jika tentera enggan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan Presiden yang sah dan dipilih secara demokratik di Mesir dikembalikan ke kedudukannya yang asal.

Kami menuntut Malaysia mengantungkan hubungan diplomatiknya dengan Mesir untuk menyampaikan mesej yang tegas bahawa tindakan tentera Mesir tidak boleh diterima sama sekali.

Kami bertegas bahawa tuntutan rakyat Mesir untuk Morsi dibebaskan dan beliau dikembalikan sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang wajar disokong oleh seluruh masyarakat dunia.

Sumber : Inspirasi Muhibah Indianmuslim
‪#‎mesirkini‬

Terkini : Masjid Al Fath, Ramsis masih dikepung dengan 1000 lebih penunjuk perasaan di dalam

Terkini : Masjid Al Fath, Ramsis masih dikepung dengan 1000 lebih penunjuk perasaan di dalam, termasuk wanita dan kanak-kanak, disamping jenazah-jenazah yang terkorban.

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
‪#‎mesirkini‬

Angkatan Polis mengepung Masjid Fath

Angkatan Polis mengepung Masjid Fath, membenarkan untuk sebilangan yang terperangkap keluar. Kemudian seorang anggota polis memasuki masjid dan menyatakan kepada semua yang masih terkepung bahawa sebahagian yang keluar telah pon pulang ke rumah mereka. 

Ini adalah untuk melemahkan semangat mereka dengan mendustakan bahawa sebahagian dari mereka telah pulang ke rumah dan tidak bersama mereka lagi.

Sumber : RNN
‪#‎mesirkini‬

Dr Bassem Khafagy menerusi laman facebooknya :

Mereka berkata bahawa rampasan kuasa ini bertujuan untuk memelihara rakyat Mesir. Tidak pernah berlaku dalam sejarah masa kini pembunuhan sebegitu ramai dalam masa sebulan setengah sahaja kecuali ketika peperangan.

Adakah ini tujuan rampasan kuasa kamu?

Sumber : RNN
‪#‎mesirkini‬

Katakan tidak kepada 3 dadah ini (sesuatu yang bahaya)

Ganja
Pil
Tv Mesir 

Sumber : Abd Hamid Mustafa Judah
‪#‎mesirkini‬

[Berita Kudeta : Fitnah dan Propaganda]

[Berita Kudeta : Fitnah dan Propaganda]

Akhbar : Akhbar Al Youm (http://akhbarelyom.com/)
Edisi : Jumaat, 16 Ogos 2013.

1. Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Ikhwanul Muslimin membakar masjid-masjid dan gereja-gereja

2. Rabiatul Adawiyah berjaya dibebaskan daripada cengkaman samseng Ikhwanul Muslimin.

3. 30 mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas utama Rabiatul Adawiyah. Ianya mungkin sudah mati sebelum serangan meleraikan demonstrasi dilakukan (14 Ogos)

4. Ikhwan membiarkan Masjid Rabiatul Adawiyah ditinggalkan dalam keadaan hancur. Mereka juga mencuri wang zakat milik masjid dan membakar pusat kesihatan bersebelahan masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah 12 juta pound Mesir.

5. Polis menjumpai senjata api dan senjata tajam di dalam kawasan demonstrasi di Rabiatul Adawiyah.

6. Penyokong Mursi memusnahkan beberapa balai polis di Giza, melepas ramai banduan dan mencuri senjata api yang ada di dalamnya. 15 buah lori FRU Mesir musnah, 10 kenderaan polis terbakar dan 3 buah kereta perisai hancur dan terkorban 4 pegawai polis dan 5 penduduk berdekatan.

7. Bangunan Kementerian Kewangan Mesir terbakar sebahagiannya (60%) dan turut musnah banyak dokumen rasmi yang penting akibat serangan penyokong Mursi. Mereka juga memusnahkan sebahagian kenderaan kakitangan dan mencuri sejumlah kenderaan milik kementerian. Mereka juga telah memecahkan sebuah mesin ATM yang ada di dalam bangunan ini dan mencuri wang yang ada di dalamnya.

8. Seluruh Mesir berhadapan dengan pengganas Ikhwan. Mereka membakar gereja-gereja dan harta benda awam dan individu dan menceroboh bank-bank. Penyiasatan sedang dijalankan terhadap 72 ahli Ikhwanul Muslimin yang membawa senjata api dan menyekat laluan jalanraya.

9. Ikhwan juga telah membakar pos polis di Abu Za'bal dan gagal dalam usaha menceroboh balai polis di Syubra.

10. Serangan oleh penyokong Mursi dari kalangan kumpulan Islam di Asiyut menggunakan 3 roket Yang dilancarkan menggunakan pelancar houn

11. Ikhwan telah membakar Negeri Al Minya : 6 buah balai polis terbakar, 14 gereja musnah dan berlaku banyak kejadian samun terhadap pusat perniagaan. Penyokong Mursi juga telah mencuri barang- barang daripada Muzium Malawy selepas berjaya memecahkannya.

‪#‎mesirkini‬
 
[9 Syuhada Serta 40 Tercedera Disebabkan Oleh Tentera Di Suez]

Ketua Kesihatan di Daerah Suez telah melaporkan pada petang semalam bahawa bilangan syuhada meningkat kepada 9 orang, dan yang tercedera seramai 40 orang yang disebabkan oleh tembakan tentera dalam meleraikan ribuan demonstran di Dataran Al Arbaein.

Sumber : RNN
‪#‎mesirkini‬
 —

Ahli gusti Mesir yang syahid.

Ahli gusti Mesir yang syahid.

Abdurrahman Al Tarabilee berhempas pulas di Olimpik kerana mahu membawa pulang pingat kepada Mesir, dan hari ini tentera Mesir mengurniakan padanya 'pingat' (kesyahidan) dengan membunuhnya.

Sumber : Life is sweet
‪#‎mesirkini‬

Subhanallah, sebuah akhlak terpuji :

Subhanallah, sebuah akhlak terpuji : 
Seorang wanita tercedera terkena serangan gas, namun pemuda-pemuda ini tidak mendukungnya malah mengangkatnya menggunakan kayu (untuk menjaga kehormatannya).

Sumber : خديجة بن قنا
‪#‎mesirkini‬
 
Terkini : Lintas langsung dari Masjid Al Fath, Medan Ramsis. Pihak tentera sedang melepaskan tembakan.

Hasbunallahu wani'mal wakeel!

Link : http://www.aljazeera.com/watch_now/
‪#‎mesirkini‬
 
Sheikul Azhar (Syeikh Ahmad Tayyib) memohon maaf (menyatakan simpati) di atas gugurnya ramai korban,

Kami memohon maaf (menyatakan simpati) kerana anda adalah Sheikul Azhar.

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
‪#‎mesirkini‬

Pihak Polis menggempur Masjid Al Fath yang dipenuhi dengan penunjuk perasaan.

Sumber : rightnow.io
‪#‎mesirkini‬
 
*Ironinya lintas langsung di Medan Ramsis menunjukkan tembakan-tembakan yang dilepaskan oleh 'pihak keselamatan' yang lengkap beruniform

Hazim El Beblawi Perdana Menteri kerajaan sementara (Kerajaan haram Kudeta) menyebut pada media, pertempuran yang berlaku bukanlah di antara pihak keselamatan tetapi di antara penduduk tempatan dan demonstrans.

*Ironinya lintas langsung di Medan Ramsis menunjukkan tembakan-tembakan yang dilepaskan oleh 'pihak keselamatan' yang lengkap beruniform

Lintas langsung : http://www.aljazeera.com/watch_now/

Sumber : Al-jazeera english-live
‪#‎mesirkini‬