Showing posts with label letak jawatan. Show all posts
Showing posts with label letak jawatan. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Penunjuk perasaan sambut gembira




PARA penunjuk perasaan berarak ke Istana Presiden selepas menunaikan solat Jumaat di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – REUTERS


KAHERAH 11 Feb. – Penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan di seluruh Mesir bersorak kegembiraan dengan berita peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak yang sekali gus mengakhiri pemerintahan autokratik selama 30 tahun oleh diktator tersebut.
Orang ramai melaungkan ‘Allahu akbar’ sejurus selepas Naib Presiden, Omar Suleiman mengumumkan peletakan jawatan Mubarak pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia) serta penyerahan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.
Presiden itu akhirnya tunduk kepada desakan rakyat selepas satu perhimpunan disertai lebih sejuta rakyat dilancarkan hari ini, setelah penunjuk perasaan berang dengan kenyataan Mubarak yang enggan berundur dalam satu kenyataannya malam tadi.
Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan menzahirkan rasa gembira mereka dengan membunyikan hon dan mengibarkan bendera sebagai tanda kemenangan selepas lebih dua minggu melancarkan protes.
Dataran itu menjadi lokasi penting sepanjang tunjuk perasaan berlangsung sejak akhir Januari lalu.
“Rakyat di sini tidak kisah sama ada Mubarak berada di Istana Presiden atau tidak. Kami hanya mahu beliau meletak jawatan.
“Beliau perlu tinggalkan negara, tuntutan kami sangat jelas. Kami mahu keseluruhan Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) dibubarkan,” kata Mohammed Hamdan, 40, yang bekerja dengan sebuah syarikat minyak ketika menyertai tunjuk perasaan di Istana Presiden, Kaherah, hari ini.
Peletakan jawatan itu turut disambut gembira anggota tentera yang bertugas mengawal keselamatan di jalan-jalan apabila sebahagian daripada mereka dilihat menanggalkan uniform bagi bersama-sama menyertai penunjuk perasaan.
Kira-kira sejuta penunjuk penduduk berhimpun di sekurang-kurangnya tiga bandar utama iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez dalam satu protes prodemokrasi terbesar hari ini, beberapa jam selepas Mubarak mengumumkan beliau akan terus mengekalkan jawatannya sehingga September ini.
Penunjuk perasaan berarak ke Istana Presiden di Kaherah selepas berang dan marah dengan kedegilan Mubarak yang enggan berundur dalam satu pengumuman yang dibuat awal pagi ini. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Sunday, January 16, 2011

Presiden Tunisia letak jawatan dan tinggalkan negara



15/01/2011 2:13pm

TUNIS 15 Jan. – Perdana Menteri Tunisia, Mohammed Ghannouchi semalam mengumumkan bahawa Presiden Zine El Abidine Ben Ali telah meletak jawatan dan meninggalkan negara ini selepas 23 tahun memerintah.
Mohammed berkata, tampuk pemerintahan negara ini akan diambil alih oleh kerajaan sementara yang dipimpin beliau.
Beliau dalam pada itu turut menggesa rakyat Tunisia bersatu dan menghormati perlembagaan selepas beberapa minggu merusuh. – AFP

Tuesday, December 14, 2010

Panglima Tentera Korea Selatan letak jawatan

20101209000930_0SEOUL: Presiden Korea Selatan, Lee Myung Bak perletakan jawatan Panglima Angkatan Bersenjata Korea Selatan,  Jenderal Hwang Eui-Don.
Demikian dilaporkan Kementerian Pertahanan Korea Selatan hari ini.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan  memberitahu AFP mengesahkan  bahawa Hwng sudah membuat permohonan meletakkan jawatannya  dan Presiden sudah menerima perletakan  tersebut.
Bagaimanapun,  tidak menjelaskan secara lengkap  perletakan tersebut.
Perletakan jawatan  terjadi dalam situasi yang sangat sensitif di negeri itu. Korea Selatan sedang berada dalam keadaan berperang dengan Korea Utara ekoran serangan jirannya itu  ke Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan  yang berada di sempadan laut  di Laut Kuning.
Peristiwa 23 November itu membunuh  dua orang tentera laut  Korea Selatan, dua warga awam  dan menghancurkan lebih dari 20 rumah di pulau tersebut.

Thursday, December 9, 2010

Khir serah surat letak jawatan ketua pembangkang



2010/12/09

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menghadapi kes mahkamah berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, semalam menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. 

Surat peletakan jawatan itu dihantar melalui faksimile kepada Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Menurut pegawai Dr Mohamad Khir, surat itu dihantar jam 11.30 pagi.Dalam surat kepada Speaker berkenaan, Dr Mohamad Khir menyatakan nama penggantinya akan dimaklumkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor tidak lama lagi. 

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan DUN yang memberi bantuan dan sokongan kepadanya sepanjang menjalankan tugas. – BERNAMA