Thursday, January 16, 2014

Protes Bangkok tegang

Protes Bangkok tegang





















16 Januari 2014

Ribuan penyokong meneruskan protes, bagaimanapun jumlah mereka mula berkurangan semalam. 

BANGKOK - THAILAND. Kediaman bekas Perdana Menteri Thailand yang juga pemimpin parti Demokrat Abhisit Vejjajiva  di  Sukhumvit Soi 31 dilempar bahan letupan ketika protes anti kerajaan memuncak tengah malam, kelmarin.

Ketua Polis Bang Na Thawatkiat  Kuanchinda berkata, letupan itu menyebabkan bumbung dan tingkap rumah berkenaan rosak teruk.

“Ketika kejadian, pemimpin itu tiada di rumah. Empat suspek ditahan  namun dibebaskan sejam kemudian selepas kekurangan bukti,” katanya.

Di Nang Loeng, sebuah bas yang dalam perjalanan dari wilayah Phatthalung dibakar.

Pemandu bas Ampai Saengpratheep berkata, bas berkenaan digunakan untuk membawa penunjuk perasaan dari wilayah selatan ke sini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama , dua orang cedera termasuk seorang wanita selepas terkena tembakan.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, terdapat kehadiran puluhan lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan secara rambang.

Menurut Bangkok Post, hingga semalam, penunjuk perasaan pimpinan Suthep Thaugsuban masih menawan tujuh kementerian termasuk ibu pejabat polis.

Askar cedera di Pattani


16 Januari 2014
NARATHIWAT - THAILAND. Seorang anggota tentera cedera dalam satu letupan bom tepi jalan di daerah Sungai Kolok, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taweesak Raksakarn berkata, serangan awal pagi semalam itu dipercayai disasarkan pada tiga kereta perisai yang membawa 14 anggota untuk meronda sekitar Sungai   Kolok dan jalan Padi.
“Bom diletupkan di simpang tiga berhampiran jalan Ban Toluebae,” katanya.

Menurut Bangkok Post, insiden itu mencederakan Pvt Krit Piboon, 22 dan seorang penduduk awam di dalam sebuah kereta.

Protes Bangkok tegang

Protes Bangkok tegang16 Januari 2014]

Ribuan penyokong meneruskan protes, bagaimanapun jumlah mereka mula berkurangan semalam.

BANGKOK - THAILAND. Kediaman bekas Perdana Menteri Thailand yang juga pemimpin parti Demokrat Abhisit Vejjajiva  di  Sukhumvit Soi 31 dilempar bahan letupan ketika protes anti kerajaan memuncak tengah malam, kelmarin.

Ketua Polis Bang Na Thawatkiat  Kuanchinda berkata, letupan itu menyebabkan bumbung dan tingkap rumah berkenaan rosak teruk.

“Ketika kejadian, pemimpin itu tiada di rumah. Empat suspek ditahan  namun dibebaskan sejam kemudian selepas kekurangan bukti,” katanya.

Di Nang Loeng, sebuah bas yang dalam perjalanan dari wilayah Phatthalung dibakar.

Pemandu bas Ampai Saengpratheep berkata, bas berkenaan digunakan untuk membawa penunjuk perasaan dari wilayah selatan ke sini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama , dua orang cedera termasuk seorang wanita selepas terkena tembakan.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, terdapat kehadiran puluhan lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan secara rambang.

Menurut Bangkok Post, hingga semalam, penunjuk perasaan pimpinan Suthep Thaugsuban masih menawan tujuh kementerian termasuk ibu pejabat polis.

SATU MASA KETIKA ISLAM DI KEMUNCAKNYA




Satu Dekri (Perintah DiRaja) yang dikeluarkan oleh Sultan Mehmed II dalam tahun 1400an yang menjamin perlindungan keselamatan dan kebebasan sekumpulan penganut Kristian yang berada dibawah empayarnya seperti berikut:

"Adalah beta, Sultan Khan, Sang Penakluk, dengan ini mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa Franciscan Bosnia yang dikurniakan Dekri DiRaja ini berada di bawah jaminan perlindungan beta. Dan beta perintahkan:

Tiada sesiapa pun mengganggu atau memberi mudarat kepada orang-orang ini dan gereja-gereja mereka! Mereka akan hidup di dalam negeri beta dengan keadaan kekal aman.

Orang-orang ini yang telah berhijrah ke sini, akan mendapat jaminan keselamatan dan kebebasan. Mereka juga boleh kembali ke biara mereka yang bersempadan dengan negeri beta pada sebilang masa.

Tiada sesiapa daripada empayar beta yang termasyhur ini, baik para wazir, kerani ataupun pembantu rumah beta akan memungkiri janji mereka atau memberi apa-apa kemudaratan kepada mereka! Tiada sesiapa pun dari kalangan mereka akan menghina atau mengancam dengan bahaya atau mencederakan nyawa, harta dan gereja orang-orang ini! Juga, jaminan ini tertakluk keatas apa- apa yang dibawa bersama-sama dengan mereka daripada negara asal mereka.

Dengan mengisytiharkan dekri ini, beta bersumpah pada pedang beta dengan nama suci Allah yang telah menciptakan bumi dan langit, Nabi Muhammad Pesuruh Allah dan 124,000 orang para nabi terdahulu, bahawasanya tidak akan ada seorangpun dari rakyat beta yang akan mengingkari atau yang berkelakuan bertentangan dengan dekri ini!"

Pancaroba

Cartoon Zunar: Malaysia a laughing stock
http://wp.me/p3l0XP-xC

Buy Zunar's Cartoon Book and other Merchandise @ http://bit.ly/1byDfst 
#zunar #malaysia #cartoon

Keganasan meningkat

Keganasan meningkatRumah bapa Abhisit dibom, penyerang tidak dikenali tembak penunjuk perasaan

BANGKOK: Dua orang cedera dalam kejadian tembakan ketika tunjuk antikerajaan semalam manakala letupan menggegarkan rumah yang dimiliki keluarga pemimpin pembangkang, meningkatkan ketegangan di ibu negara selepas beberapa minggu bantahan jalanan besar-besaran.
Penunjuk perasaan berikrar untuk meningkatkan usaha memaksa Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan dengan penutupan Bangkok cara tersendiri, yang membabitkan penawanan persimpangan utama di bandar raya itu

.

RM3,284 bagi bayi lahir pada Maulidur Rasul


2014/01/16
Moscow: Pemimpin Republik Chechnya di selatan Russia Isnin lalu mengumumkan pertubuhan kebajikan itu akan membayar AS$1,000 (RM3,284) kepada keluarga yang menamakan anak mereka yang lahir pada hari sambutan Maulidur Rasul sempena Nabi Muhammad.

Maulidur Rasul disambut Isnin lalu, di Chechnya.


Presiden Ramzan Kadyrov, berkata pertubuhan akan membayar nilai berkenaan kepada bayi yang lahir pada hari Maulidur Rasul dan dinamakan Muhammad, satu salah seorang isteri Rasulullah, anak atau 10 sahabat yang dijamin syurga.

Pembiayaan peribadi

Idea itu datang daripada ibu Kadyrov, Aimani Kadyrova, yang membiayai badan kebajikan itu secara peribadi.

Beliau tidak menyatakan sama ada bayi di luar wilayah itu layak menerima ganjaran berkenaan.

Ekonomi Chechnya yang pernah bergolak, kini di bawah kawalan ketat Kadyrov, amat bergantung kepada subsidi dari Moscow.
Kerajaan Chechen sebelum ini menentang tuduhan salah guna wang untuk projek mewah seperti pembinaan masjid terbesar Russia di ibu negara wilayah itu, Grozny. - AGENSI

NSA pantau 100,000 perisian komputer


2014/01/16
Washington: Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) memasukkan hampir 100,000 perisian komputer di seluruh dunia tetapi tidak di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan ia memantau komputer terbabit, lapor akhbar The New York Times kelmarin.

Akhbar itu memetik dokumen NSA, pakar komputer dan pegawai rasmi AS di dalam laporannya membabitkan penggunaan teknologi gelombang radio rahsia bagi meraih akses kepada komputer negara asing, yang mana negara sasaran cuba melindunginya.


Rangkaian perisian itu menghasilkan lebuh raya digital untuk serangan siber. Teknologi itu digunakan NSA untuk beberapa tahun, menerusi gelombang radio yang boleh dipancarkan menerusi papan litar kecil dan kad USB rahsia dalam komputer.

NSA menyifatkan usaha itu sebagai usaha “pertahanan aktif” dan digunakan untuk mengintip unit Tentera China, tentera Russia, kartel dadah, institusi dagangan dalam Kesatuan Eropah dan beberapa rakan niaga AS menentang pengganas seperti Arab Saudi, India dan Pakistan, menurut laporan The Times. - AP

Kerajaan perlu bertindak tegas


IPOH 15 Jan. - Kerajaan diminta bertindak segera terhadap Pengarang The Herald, Lawrence Andrew yang berkeras mahu semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah kerana tindakan itu melibatkan kesucian Allah dan agama Islam.
Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias berkata, sekarang adalah masa yang paling sesuai tindakan diambil kerana perbuatan Andrew jelas melanggar Perlembagaan Negara selain mampu menimbulkan kesan tidak elok pada negara.
"Kita telah berlembut dan berdiplomasi terlalu lama terhadap mereka, kita tidak boleh begitu kerana perkara tersebut melibatkan kesucian umat Islam, kesucian Allah dan melibatkan Perlembagaan.
"Sepatutnya isu yang melibatkan keselamatan, agama dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok kepada negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri Perak di sini hari ini.
Mohammad Kazim berkata, perbuatan yang dilakukan golongan berkenaan telah melanggar Perlembagaan dan tidak sewajarnya terus dibiarkan.
"Gunakanlah istilah God yang ada dalam Bible. Mengapa mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan ceramah mereka sedangkan sebelum ini amat jarang atau kekok untuk mereka menggunakan bahasa Melayu.
"Jangan pula ada orang Melayu khususnya ahli agama kita yang kata kenapa kita nak bising kerana ada pendapat kata 1,300 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW sudah ada yang mengguna kalimah Allah pada bangsa dan agama tertentu.
"Pada saya kedatangan Nabi Muhammad untuk membersihkan tauhid dan membetulkan semula keadaan yang tidak betul itu.
"Adakah mereka mahu mengikut zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad atau nak mengikut selepas kedatangan baginda," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140116/dn_05/Kerajaan-perlu-bertindak-tegas#ixzz2qXNTMx4N
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ungku Aziz nafi tulis catatan 'kangkung'


KUALA LUMPUR 15 Jan. — Tokoh akademik, Prof. Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.
Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata, beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.
"Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.
"Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya kepada Bernama di sini.
Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.
Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit".
Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.
"Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut (undang-undang). Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140116/dn_03/Ungku-Aziz-nafi-tulis-catatan-kangkung#ixzz2qXN3frQP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pistol buatan India dikecam


Imej menunjukan bentuk pistol yang dihasilkan kerajaan India khas untuk wanita, yang diberi nama Nirbheek. - AGENSI
NEW DELHI 15 Jan. - Kerajaan India melancarkan pistol yang direka khas untuk golongan wanita, model pertama seumpamanya, namun nama yang diberikan untuk senjata itu telah menerima kritikan hebat daripada orang ramai.
Model pistol itu, digelar Nirbheek bermaksud berani atau ditakuti.
Nama itu diberikan sebagai memperingati Nirbhaya yang menjadi mangsa rogol sekumpulan pemuda di India pada Disember 2012.
Pengasas Pertubuhan Manipur Women Gun Survivors Network, Binalakshmi Nepram, secara tegas membantah penjualan senjata berkenaan.
Katanya, pistol itu dihasilkan oleh Kilang Senjata India (IOF) di Kanpur, Uttar Pradesh yang merupakan sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan India.
Beliau memberitahu akhbar The Independent bahawa bantahan itu mempamerkan satu kebencian terhadap memori hitam membabitkan kes rogol ke atas Nirbhaya.
Pistol model bore .32 itu berharga 122,360 rupee (RM6,517). Harga itu secara purata berjumlah satu pertiga daripada gaji tahunan bagi seorang pekerja biasa di India.
Pistol tersebut diperbuat daripada titanium-alloy, dan IOF berkata, pistol berkenaan telah pun menerima 80 petanyaan - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_05/Pistol-buatan-India-dikecam#ixzz2qX3sJUxJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

UMNO beri surat tunjuk sebab kes tumbuk Kamalanathan


KAMALANATHAN


KUALA LUMPUR - UMNO akan memberikan surat tunjuk sebab kepada seorang anggotanya yang didakwa telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan baru-baru ini, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, surat itu perlu dijawab individu terbabit, sebelum tindakan lanjut diambil.
"UMNO memandang serius terhadap tindakan tersebut dan kepimpinan tertinggi parti berasa kesal dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tengku Adnan berkata, UMNO menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Katanya, dalam apa-apa hal pun, pendirian UMNO tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk.
Dalam kejadian Ahad lepas, Kamalanathan dilaporkan ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program dianjurkan di kawasan berkenaan.
Kejadian pada pukul 2.30 petang itu dikatakan berlaku sebelum Kamalanathan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC mengadakan mesyuarat bersama 20 anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2qVOxhdVu 
Hakcipta terpelihara 

Presiden Perancis pening kepala pilih wanita pertama



REUTERS
GAMBAR fail menunjukkan Hollande dengan Trierweiler.


PARIS - Presiden Perancis, Francois Hollande akan menentukan siapa yang bakal menjadi Wanita Pertama negara itu selepas skandal beliau dengan seorang pelakon terbongkar baru-baru ini.
Hollande, 59, semalam membuat pengakuan bahawa hubungan beliau dan pasangan hidupnya, Valérie Trierweiler, 48, kini berada dalam situasi sukar selepas sebuah akbar tabloid pada Jumaat lalu menyiarkan gambar beliau bersama seorang aktres, Julie Gayet (gambar) di sebuah apartmen.
Akhbar tersebut turut melaporkan Gayet, 41, hamil empat bulan hasil daripada hubungan sulitnya dengan Hollande.
Apabila ditanya seorang wartawan kelmarin sama ada Trierweiler masih lagi wanita pertama negara ini, Hollande enggan mengulas lanjut.



"Dalam kehidupan peribadi semua orang mesti melalui detik-detik yang sukar. Begitu juga dengan kami yang kini melalui detik-detik yang menyakitkan.
"Bagaimanapun, kehidupan peribadi perlu diuruskan secara peribadi dan waktu serta situasi ini bukanlah masa yang sesuai untuk menjawab persoalan berkenaan," katanya.
Menurutnya, beliau akan menjelaskan perkara itu (kedudukan wanita pertama) sebelum lawatan ke Amerika Syarikat pada 11 Februari ini.
Hollande dan Trierweiler tidak penah berkahwin dan skandal tersebut menimbulkan persoalan sama ada Trierweiler yang kini dirawat di sebuah hospital akibat terkejut dengan berita itu masih merupakan wanita pertama Perancis.
Gelaran wanita pertama bukanlah jawatan rasmi di Perancis tetapi Trierweiler mempunyai pejabat dan beberapa orang pembantu di Istana Elysée dan sering menemani Hollande untuk lawatan rasmi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2qVNWT9H0 
Hakcipta terpelihara 

Yingluck mahu pengundi singkirkannya menerusi undi


REUTERS
SEKUMPULAN penunjuk perasaan berarak ke beberapa buah bangunan kerajaan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Perdana Menteri sementara Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menggesa para penunjuk perasaan menyatakan kemarahan mereka terhadap beliau melalui peti undi dan menegaskan bahawa pilihan raya merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di negara itu yang semakin meruncing.
Yingluck berkata demikian selepas membuat satu perjumpaan bagi membincangkan cadangan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya negara ini yang mahu pilihan raya umum yang dijadualkan pada Februari depan ditangguhkan.
Bagaimanapun, wakil parti-parti pembangkang termasuk para pegawai suruhanjaya berkenaan tidak menghadiri perbincangan tersebut.
"Sekiranya rakyat tidak suka dengan kerajaan ini, mereka boleh keluar dan mengundi," katanya.
Kumpulan penunjuk perasaan antiYingluck masih meneruskan kempen untuk melumpuhkan Bangkok yang memasuki hari ketiga semalam.
Para penunjuk perasaan itu berkumpul dan menutup laluan utama ke bandar raya ini.
Ketegangan juga semakin meningkat semalam apabila dua penunjuk perasaan cedera ditembak lelaki bersenjata yang tidak dikenali, manakala satu letupan kecil menggegarkan kediaman milik salah seorang pemimpin pembangkang.
Tunjuk perasaan yang bermula pada Isnin lalu itu bertujuan mendesak Yingluck meletakkan jawatan, manakala sebuah kerajaan sementara dibentuk untuk melaksanakan pembaharuan bagi menamatkan rasuah dan politik wang di Thailand.
Para penunjuk perasaan juga mahu menggagalkan pilihan raya umum yang diumumkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan kerana bimbang pemimpin yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu kembali berkuasa.
Para penunjuk perasaan yang diketuai Suthep Thaugsuban yang juga bekas timbalan perdana menteri itu menuduh Yingluck menjadi boneka kepada Thaksin yang juga abangnya.
Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas kerajaannya didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2qVN3TArS 
Hakcipta terpelihara 

Warga AS ditangkap cuba seludup dokumen pesawat F-35


GAMBAR fail menunjukkan sebuah pesawat F-35.


WASHINGTON - Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengemukakan pendakwaan ke atas seorang individu berketurunan Iran-AS kerana cuba menghantar dokumen sulit berhubung jet pejuang F-35 ke Iran, menurut kertas pertuduhan.
Pihak berkuasa memberitahu, Mozaffar Khazaee didakwa cuba menyeludup keluar beribu-ribu muka surat pelan cetakan dan dokumen teknikal F-35.
Dia ditangkap pada minggu lalu.
Beberapa ejen AS memeriksa satu penghantaran yang menggunakan kapal laut ke bandar Hamadan di Iran yang didakwa Khazaee yang berusia 59 tahun itu mengandungi barangan dalam rumah.
Bagaimanapun, mereka menemui beberapa kotak dokumen termasuk panduan teknikal sulit, kertas spesifikasi dan bahan-bahan lain berkaitan program dan enjin jet pejuang F-35 milik Tentera Udara AS.
Khazaee ditangkap pada 9 Januari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark di New Jersey sebelum dia menaiki sebuah penerbangan menuju ke bandar raya Frankfurt di Jerman sebelum tiba di Iran.
Dia yang menjadi rakyat AS pada 1991 boleh dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2qVMs8SdP 
Hakcipta terpelihara