Sunday, July 10, 2011

Israel mahu usir aktivis pro Palestin

BAITULMAQDIS 9 Julai - Israel akan mengusir 124 aktivis pro Palestin kebanyakannya warga Eropah yang tiba di sini melalui penerbangan sebagai sebahagian protes membantah tindakan rejim tersebut yang cuba menyekat misi bantuan kemanusiaan dari Greece.

"Akses ke kawasan rejim itu ditutup kepada 124 pejuang pro Palestin yang tiba dari Eropah, yang kini ditahan di penjara Israel,'' kata jurucakap Perkhidmatan Imigresen, Sabine Hadad.

Beliau berkata, mereka yang kebanyakannya warga Perancis, Amerika Syarikat (AS), Belgium, Bulgaria, Denmark dan Sepanyol akan dihantar pulang ke negara masing-masing melalui penerbangan tertentu. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

127 maut nahas kapal terbang di Congo

KINSHASA 9 Julai - Seramai 127 terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang terhempas di kawasan hutan di Congo apabila ia cuba mendarat semasa cuaca ribut semalam.

Kementerian Pengangkutan Congo dalam satu kenyataan berkata, seramai 51 penumpang dan anak kapal terselamat dalam kejadian itu.

Kemalangan di lapangan terbang Kisangani, pusat komersial dan bandar pelabuhan sungai di timur negara ini itu merupakan kejadian terbaru di Congo yang mempunyai rekod keselamatan penerbangan terburuk di dunia. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Penduduk Indonesia dibenar saman ExxonMobil


WASHINGTON 9 Julai - Seramai 11 penduduk kampung Indonesia dibenar mengemukakan saman terhadap syarikat minyak gergasi, ExxonMobil berhubung dakwaan pembunuhan dan penderaan oleh pasukan keselamatan yang melindungi projek gas syarikat itu, kata hakim Amerika Syarikat (AS) semalam.

Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan Washington itu membatalkan keputusan mahkamah pada 2009 yang menyatakan rakyat Indonesia tersebut tidak mempunyai hak untuk menyaman ExxonMobil di AS.

Penduduk Indonesia berkenaan memfailkan saman pada 2001 kerana mendakwa askar Indonesia yang bekerja untuk ExxonMobil melakukan penderaan, merogol dan membunuh ketika melindungi projek gas di Aceh.

Mahkamah berkata, penduduk Indonesia dibenarkan mengemukakan saman tersebut di AS mengikut undang-undang 1789 dikenali sebagai Alien Tort Statute (Statut Salah Laku Asing).

"Tiada teks, sejarah atau tujuan di bawah undang-undang ini menyokong kekebalan syarikat korporat berhubung salah laku yang dilakukan oleh ejen-ejennya yang melanggar undang-undang negara,'' kata Hakim Judith Roger ketika membaca keputusan.

Defendan kes saman itu adalah ExxonMobil Corporation bersama dua anak syarikatnya, Mobil Corp. dan ExxonMobil Oil Corp. serta syarikat subsidiari di Indonesia, ExxonMobil Oil Indonesia. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Gambar Arwah Baharuddin Ahmad(Mangsa Keganasan FRU Yang Meninggal) Sebelum Kejadian Sesak Nafas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiqqti24Gl3gJR4rrpZ9TLmhxpz52Gh8XZwwj8jw7rN-ponULRcSXX3DUGDxMa6EDzdSk6C8F5IGz6tyTOtNQ58ku1z268ki_4T27_ydyi2oRrrMagiLUz6rHGMgZIG2gqFUV5Y4BgPvA/s640/267168_10150238742711097_646501096_7698282_5048993_o.jpg

bersama pimpinan pakatan rakyat

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/261421_2212393786374_1143398054_32737625_6016478_n.jpg

Arwah Baharuddin Ahmad berdoa beberapa ketika sebelum digari, sesak nafas dan meninggal dunia.

Kami di team kerabuBersuara mengucap takziah buat ahli keluarga arwah. Semoga anda tabah dan bersabar. Allah maha adil. Roh arwah akan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Sumber:KerabuBersuara.
Na'im Nikmat @blog: Gambar Arwah Baharuddin Ahmad(Mangsa Keganasan FRU Yang Meninggal) Sebelum Kejadian Sesak Nafas.

Foto Penghormatan terakhir buat jenazah mangsa gas FRU semalam


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.


Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.


Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.


Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.


Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.


Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.


Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.


Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.


Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.


Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.


(Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)


(Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)


(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)


(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)

(Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di surau untuk solat jenazah)

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1Rh1haYCG
:::KAFE ISU SEMASA:::

Kasanova kecundang

SESAL... Hisyam berharap semua wanita yang pernah dianiaya memaafkan dirinya.
SESAL... Hisyam berharap semua wanita yang pernah dianiaya memaafkan dirinya.

KUALA LUMPUR: “Saya hampir gila kerana perbuatan sendiri,” kata Hisyam, 26, ketika menceritakan penderitaannya akibat menjadi kasanova selama 11 tahun.

Dengan mempergunakan 17 wanita sepanjang tempoh itu, Hisyam tidak perlu bekerja kerana kemewahan diperoleh daripada semua teman wanitanya. Tidak cukup dengan itu, dia turut menjadikan mereka tempat memuaskan nafsunya.

  • Foto

  • Foto

Dia mengakui usaha meninggalkan hobi dayus itu tidak semudah disangka.

Ketika meninggalkan seorang demi seorang mangsanya, Hisyam mula menerima padah akibat perbuatannya.


“Kini, saya hidup dalam ketakutan dan sentiasa risau tanpa sebab. Saya juga diganggu pelbagai perkara tidak munasabah. Malah, pernah satu ketika saya pulang dari tempat kerja, tidak semena-mena saya menjadi sedih dan sayu.


“Bila senja menjelang, jiwa saya menjadi bertambah kacau, saya berasa resah dan gelisah seolah-olah kehilangan sesuatu. Saya tidak tahu mengapa saya jadi begitu.

myMetroKasanova kecundang

1,400 ditahan


TIDAK MENJADI... Ambiga gagal meneruskan perhimpunan haram.
TIDAK MENJADI... Ambiga gagal meneruskan perhimpunan haram.
KUALA LUMPUR: Warga kota dilihat berwaspada dan enggan terjebak, termasuk peniaga menutup premis perniagaan manakala kawasan tumpuan di pusat bandar raya lengang, namun hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram besar-besaran bagi menzahirkan mesej rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, petang semalam, tidak kesampaian.
Tindakan tepat, pantas dan tegas polis bermula dengan sekatan jalan raya di laluan masuk ke ibu kota serta pengawasan rapi di semua lokasi berisiko berjaya mematahkan cubaan penyokong baju kuning itu berkumpul di Stadium Merdeka sebelum mereka merancang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Malah, Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang pada awalnya merancang mengetuai perhimpunan haram di Stadium Merdeka sebelum berarak ke Istana Negara, basah kuyup akibat hujan lebat sebelum akhirnya ditahan polis ketika berarak di sekitar Stesen KL Sentral di sini, jam 2.30 petang semalam.

Malah, tindakan pemimpin pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas berkubu di sebuah hotel lima bintang di kawasan itu sebelum berarak bersama penyokong mereka bermula jam 2 petang, digagalkan polis yang menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Antara yang kelihatan berlindung di hotel itu adalah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
myMetro1,400 ditahan

Sengaja masuk KL untuk ditahan




KHAIRY (tengah) ditahan ketika berhimpun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Polis menyifatkan pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang sengaja membiarkan diri mereka ditahan apabila tetap memasuki ibu negara walaupun mahkamah mengeluarkan perintah melarang mereka berbuat demikian pada Khamis lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telah menahan seramai 1,667 individu yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut termasuk 151 wanita dan 16 kanak-kanak.
Katanya, turut ditahan dalam perhimpunan tanpa permit itu ialah 12 pemimpin parti pembangkang dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
"Antara pemimpin yang ditahan termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga; Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
"Turut ditahan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
Beliau berkata, pemimpin yang ditahan itu dilihat sengaja membiarkan diri mereka ditahan polis dengan berhimpun di kawasan yang telah dilarang kepada mereka.
Menurut Ismail, polis menganggarkan antara 5,000 dan 6,000 orang berkumpul di dua lokasi dekat Jalan Pudu dan pekarangan Stadium Merdeka dan berarak menuju ke Dataran Merdeka.
Kosmo! Online - Negara

Perhimpunan haram gagal disekat




POLIS melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas dua bulan mencanang propaganda untuk menarik penyertaan 300,000 orang, perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berlangsung di ibu negara semalam menemui kegagalan apabila sekadar menarik 6,000 orang menyertainya.
Lebih mengecewakan, perhimpunan haram itu menyaksikan para pemimpin kanan pembangkang yang selama ini berselindung di sebalik nama Bersih turut gagal menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara sebagaimana dijanjikan.
Kegagalan Bersih yang dianggotai oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu jelas berpunca daripada tindakan proaktif polis mengadakan kawalan keselamatan sejak kelmarin.
Tindakan tegas polis bermula dengan sekatan jalan raya di kesemua laluan masuk ke Kuala Lumpur serta penutupan 58 batang jalan dan kawasan tumpuan di pusat bandar sejak pukul 12.01 tengah malam semalam.
Kecekapan anggota polis membuat sekatan tersebut lebih awal telah berjaya menjejaskan komplot Bersih menyeludup masuk lebih ramai penyokong sekali gus mencetuskan huru-hara.
Lebih 1,000 anggota polis lengkap dengan trak meriam air serta helikopter dikerah mengawal kawasan-kawasan tumpuan para pengacau berhimpun sejak pagi.
Mereka mula membentuk kumpulan-kumpulan kecil dengan berhimpun dan berarak seawal pukul 8 pagi dari beberapa lokasi.
Antara lokasi tersebut ialah Masjid Negara, Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan, Kampung Baru dan Jalan Pudu-Bukit Bintang, Hentian Puduraya dan Menara Maybank sebelum berarak dalam hujan ke Stadium Merdeka.
Kosmo! Online - Negara