Sunday, July 4, 2010

gambar siapa tu?



Baby pegang apa tu?





Beberapa keping gambar yang dihantar oleh peminat ke e-mel, membuatkan Joyah terkesima. Gambar penyanyi kumpulan Res’2 yang pernah popular suatu ketika dulu. Alah, tahun 90-an, sekarang dah sejuk beku dia orang ni. Tetapi kiriman gambar ini membuatkan Joyah ingat semula artis yang tak berapa nak berjaya ni.
Gambar Baby Erin dengan pelbagai pose yang ‘tersangatlah’ seksinya. Tersembul sana-sini. Tak sanggup Joyah nak tepek kat sini semula, nanti ada yang gugur iman. Dan yang boleh Joyah kongsi ialah sekeping yang ini saja. Amboi mak, pegang apa tu Baby oii?
Kau ni, memanglah tak serik-serik ya. Beberapa tahun lepas ambil dadah, sekarang ni kes lain pula dah. Orang cakap takda moral, nantikan marah. Baby, bawa-bawalah bertaubat. Maaf cakaplah, dah tak ada binatang lain ke kat dunia ni nak dijadikan kawan?

FPI cegah murtad



BEKASI, Indonesia 3 Julai – Barisan Pembela Islam (FPI) yang bimbang dengan usaha mengkristiankan umat Islam dari golongan miskin di sini, mewujudkan satu program dengan melatih aktivis muda bagi membimbing penganut Islam agar tidak terpengaruh dengan agama itu.
Ketua FPI Bekasi, Murhali Barda berkata, lebih 1,500 sukarelawan telah berdaftar untuk menyertai program itu yang memulakan latihannya di masjid-masjid hari ini.
Katanya, aktivis akan berperanan sebagai ‘polis moral’ bagi menakutkan-nakutkan orang Kristian yang cuba menghasut umat Islam daripada keluar dari agama suci itu
“Kami melaksanakan program ini kerana kami mahu menakutkan orang Kristian tentang tindakan cuba memurtadkan umat Islam. Jika mereka enggan menghentikan usaha itu, kami sedia berjuang,” tegas Murhali lagi.
Projek FPI itu dibuat selepas 14 buah bas yang dipenuhi orang miskin beragama Islam dari kampung-kampung dibawa ke Yayasan Mahanaim yang dikendalikan penganut Kristian pada 30 Jun lalu.
Khabar angin mengatakan upacara murtad beramai-ramai akan diadakan, namun disangkal jurucakap yayasan itu, Marya Irawan yang mengatakan, mereka hanya mendekati golongan miskin.
FPI tidak yakin dengan laporan itu setelah melihat rakaman video yang menunjukkan beratus-ratus penduduk kampung turun dari bas, kebanyakannya wanita bertudung yang mendukung bayi dan berlegar-berlegar di tepi kolam.
Dalam rakaman video itu, penduduk kampung terlibat bingung ketika ditanya tujuan mereka dibawa ke yayasan itu, malah ada antara mereka yang menjawab mereka diminta pergi ke sana dengan harapan akan mendapat sepinggan nasi.
Konflik agama semakin meningkat di Bekasi, kira-kira 10 kilometer dari Jakarta sejak beberapa bulan lalu bermula dengan kumpulan perusuh yang memaksa penutupan dua buah gereja tahun ini.
Bulan lalu, patung tiga wanita dirobohkan pihak berkuasa selepas beratus-ratus aktivis memakai topi tengkorak dan jubah putih mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya, mendakwa monumen itu melambangkan konsep triniti Kristian. – AP

Anak lembu berkepala dua lahir di Mesir



04/07/2010 11:32am

KAHERAH 4 Julai - Seorang petani di utara Mesir menyifatkan seekor lembu miliknya yang melahirkan anak berkepala dua sebagai "kejaiban Ilahi".
Sobhy el-Ganzoury berkata, anak lembu ganjil itu mengambil masa selama dua jam untuk dilahirkan dan terpaksa ditarik berulang kali ketika menyambutnya. Akibat kelahiran yang sukar kaki anak lembu itu menjadi lemah, jelasnya.
Bagaimanapun, El-Ganzoury berkata, doktor haiwan memaklumkan kepadanya bahawa anak lembu itu kini berada dalam keadaan stabil dan diharapkan mampu bertahan untuk hidup. - Reuters

Miyabi mahu berlakon dengan Ariel



Maria Ozawa


JAKARTA - Bintang filem pornografi terkenal dari Jepun, Maria Ozawa menawarkan diri untuk berlakon bersama dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel Peterpan kerana tertarik apabila melihat susuk tubuh dan ketampanan wajahnya, lapor akhbarKompas semalam.
Dia yang terkenal dengan panggilan Miyabi dan pernah mencetuskan kontroversi menerusi beberapa buah filem berbaur lucah berkata, Ariel memang diminatinya bukan kerana skandal klip video seks dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari.
"Saya tertarik kerana dia memiliki fizikal tubuh impian wanita dan bukan sebab isu penyebaran video panas itu," kata Maria, 23, yang mendakwa kes Ariel, 29, mendapat perhatian di Jepun dan ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu.
Model kacukan Jepun-Kanada-Perancis itu berkata, jika berpeluang dia mahu berlakon dengan Ariel dalam filem genre seram, komedi atau romantis kerana dia sudah meninggalkan bidang pornografi tiga tahun lalu. - Agensi

Ezam desak KDN siasat



KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Noor mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera menyiasat laporan portal berita portal web Malaysiakini dan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung nasib ‘malang’ yang menimpa buruh pembinaan Istana Negara yang kini sedang dalam pembinaan di Sri Hartamas, Jalan Duta. 

Menurutnya, KDN juga perlu menggantung permit penerbitan media terbabit kerana laporan berkenaan bukan sahaja berniat jahat malah mempunyai agenda politik untuk merosak dan memberikan imej buruk kepada institusi diraja. 

Beliau juga mengisytiharkan perang terhadap mana-mana pihak yang memainkan isu berkenaan serta menganggap perbuatan mereka mengheret istana dalam kancah politik sebagai berniat jahat. 

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, laporan yang disiarkan juga tidak tepat malah faktanya sengaja diputarbelitkan. 

“Laporan itu mempunyai agenda untuk merosakkan imej serta memberi gambaran buruk seolah-olah istana yang baru ini dibina daripada air mata rakyat jelata dan kos pembinaannya juga dikatakan dua kali ganda. 

“Kos berganda iaitu RM800 juta tidak benar tetapi RM16 juta. Perkara ni telah dinyatakan di Parlimen oleh menteri berkenaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di hadapan tapak projek pembinaan Istana Negara, semalam. 

Beliau turut mempersoalkan tindakan sebuah akhbar berbahasa Inggeris memainkan isu berkenaan. 

“Saya juga mahu pemimpin MCA menjelaskan pendirian mereka berhubung isu ini kerana mereka merupakan pemegang saham akhbar terbabit,” katanya. 

Dalam laporan eksklusif pada 27 Jun, akhbar tersebut dalam laporan muka depannya mendakwa sekumpulan pekerja asing yang membina Istana Negara bernilai RM800 juta didakwa tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan. 

Sementara itu, Malaysiakini kelmarin melaporkan kumpulan 10 orang diketuai Ahli Parlimen Batu, Tien Chua dilarang memasuki kawasan pembinaan itu seterusnya mencetuskan ‘ketegangan’ dengan penguat kuasa.

'Cuti' lelaki miang rosakkan keluarga


Aktiviti tak sihat warga tempatan di negara jiran undang peningkatan kes perceraian 

MACHANG: Kecenderungan lelaki tempatan yang gemar berhibur secara terlampau di negara jiran terutama pada hujung minggu dikhuatiri menyumbang kepada keretakan institusi keluarga sekali gus meningkatkan risiko perceraian membabitkan pasangan di Malaysia.
Sambil menyuarakan kebimbangannya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘bala’ yang mengundang padah, termasuk keluarga berantakan.
Sehubungan itu, beliau menasihati golongan lelaki tempatan supaya mengutamakan keluarga sebelum terjebak dalam gejala tidak sihat sedemikian. 

“Mereka sepatutnya memberikan sepenuh komitmen kepada keluarga masing-masing daripada mementingkan keseronokan semata-mata. 

“Sudah pasti tindakan ini akan menyumbang kepada keretakan institusi keluarga. Ini adalah salah satu punca perpisahan serta perceraian... janganlah mencari bala. 

“Kita memang tidak menggalakkan langsung budaya (berseronok di negara jiran secara melampau) ini menular. 
“Jagalah keluarga yang ada di depan hidung ini. Sudahlah di depan hidung pun tak terjaga, yang nak pergi ke seberang ini buat apa?” katanya selepas merasmikan Persidangan Wanita UMNO Bahagian Machang 2010 di sini, semalam. 

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Machang, Datin Rahimah Mahamad. 

Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam mengenai pekan Golok, Narathiwat dan Danok, di Selatan Thailand serta Pulau Batam di Indonesia yang terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama lelaki untuk berhibur di hujung minggu. 

Selain tukaran mata wang asing yang lebih murah, keseronokan itu turut dikaitkan dengan tarikan hiburan serta khidmat seks di sana. 

Mereka sama ada pergi balik siang, bermalam atau pakej tiga hari dua malam, dengan alasan membeli-belah atau bermain golf, tetapi tujuan utama untuk menikmati pelbagai jenis hiburan seperti karaoke, urutan tradisional, spa serta keseronokan lain termasuk khidmat seks. 

Lelaki tempatan juga, seperti diakui tukang urut wanita di sebuah hotel dekat Sungai Golok, digambarkan sebagai pelanggan yang diharapkan kerana tidak lokek memberi tip. 

KDN pantau tabloid begitu 'bebas' esok





2010/07/04

KUALA LUMPUR: Akhbar tabloid yang selama ini begitu 'bebas' menyiarkan laporan sensasi hingga kerap melanggar syarat permit, kini menjadi sasaran pemantauan lebih agresif Kementerian Dalam negeri (KDN) dalam usaha membendung berita bersifat sensitif terhadap pemikiran rakyat hingga boleh menjejaskan keselamatan negara. 

Berikutan itu, mulai esok KDN memulakan langkah drastik itu bagi merapatkan jurang yang wujud dari segi pemantauan kementerian berkenaan terhadap akhbar tabloid dan akhbar arus perdana ketika ini.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata perubahan dilakukan itu bagi memastikan tiada lagi akhbar tabloid yang sering melanggar syarat permit apabila menyiarkan laporan sensasi dan memberi kesan kepada rakyat serta negara.
“Memang diakui selama ini, kami terlepas pandang penerbitan akhbar tabloid dan tiba masanya untuk lebih fokus dan teliti mulai sekarang,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Ketika ini, antara akhbar tabloid yang masih beroperasi ialah Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo, Harakah, Suara Perkasa dan The Malay Mail. 

Selain pemantauan harian, mingguan dan bulanan, pengarang akhbar itu turut dipanggil menghadiri sesi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, setiap tiga bulan. 

“Setakat ini, kita dapati kebanyakan akhbar tabloid masih tidak memahami syarat permit, termasuk mengemukakan lapan salinan akhbar setiap keluaran, selain tidak dibenarkan menyiarkan berita yang boleh menggemparkan fikiran rakyat dan menjejaskan keselamatan rakyat serta negara. 
“Sebagai permulaan, mulai minggu depan juga pengarang setiap akhbar terbabit akan dipanggil ke KDN untuk lebih mengenali satu sama lain dan memberi penjelasan dengan lebih terperinci berhubung syarat permit penerbitan akhbar berkenaan,” katanya. 

Baru-baru ini, KDN menggantung akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan berkuat kuasa 1 Julai lalu kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

Kementerian itu dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan tabloid terbabit dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui. 

Sehubungan itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, berkata mulai 1 Julai lalu, permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan. 

Selain itu, kementerian berkenaan juga memanggil editor Suara Perkasa bagi memberi penjelasan berhubung artikel bertajuk ‘Tahan Ka Siong Bawah ISA.’ 
Pertemuan hampir sejam itu bermula jam 5 petang kelmarin dan dihadiri Editor akhbar tabloid berkenaan, Amirudin Mohamad; Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan Zaitun. 

Mahmood berkata, perubahan yang dilakukan KDN itu bagi memastikan tiada lagi akhbar tabloid yang sering melanggar syarat permit apabila menyiarkan laporan sensasi dan memberi kesan kepada rakyat serta negara. 

“Memang diakui selama ini, kami terlepas pandang penerbitan akhbar tabloid dan tiba masanya untuk lebih fokus dan teliti mulai sekarang,” katanya.

Dua wanita dilantik hakim syarie






KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan buat julung-julung kalinya pelantikan dua orang wanita sebagai Hakim Syarie.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Suraya Ramli, 31, dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM Rafidah Abdul Razak, 39, masing-masing dilantik Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Pelantikan ini bagi mempertingkatkan keadilan dalam sesuatu kes berkaitan kekeluargaan dan hak-hak wanita dan keperluan semasa," katanya pada majlis Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia kali ke-12 di sini semalam.

Mak Pah dakwa operasi RTK sah




BEBERAPA penghuni Rumah Titian Kasih Titiwangsa leka bermain di luar Rumah Titian Kasih di Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pengendali Rumah Titian Kasih (RTK) di Titiwangsa di sini, Sharifah Adlan menafikan rumah kebajikan tersebut tidak memperoleh kelulusan daripada Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Syarifah atau Mak Pah sebaliknya mendakwa, rumah kebajikan itu telah lama mendapat kelulusan kedua-dua jabatan tersebut malah mendapat pengecualian cukai daripada pihak berkuasa.
“Masalah yang timbul ialah kami belum dapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran masalah mendapatkan pelan lantai.
“Lagipun jika RTK beroperasi secara tidak sah, mengapa tiada tindakan dikenakan sepanjang 12 tahun RTK beroperasi,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Guna Internet tawar pakej




RAKYAT negara ini hanya perlu mengakses Internet bagi mendapatkan ejen yang akan menguruskan pernikahan mereka di selatan Thailand.


KUALA LUMPUR - Kewujudan ejen-ejen tempatan yang menguruskan perkahwinan pasangan Islam secara rahsia dipercayai punca semakin ramai rakyat tempatan termasuk selebriti dan orang kenamaan bernikah di selatan Thailand.
Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, terdapat pelbagai laman web memaparkan pakej yang ditawarkan oleh ejen tersebut berpusat di Perak dan Lembah Klang tanpa memerlukan pasangan terbabit menguruskannya sendiri di selatan Thailand.
Dengan kadar bayaran di antara RM1,000 hingga RM3,000, rakyat negara ini yang mahu bernikah di Songkhla, Narathiwat, Yala dan Patani diuruskan sepenuhnya oleh ejen tersebut di negara ini.
Pakej tersebut meliputi perkhidmatan pengangkutan, khidmat membeli-belah selepas bernikah, memastikan memperoleh sijil nikah daripada majlis agama dan Konsulat Malaysia di Thailand dalam sehari dan pelbagai lagi. Antara laman web berkenaan ialahhttp://wan*****.blogspot.com.
Menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan, sebanyak 999 daripada 1,321 permohonan yang diterimanya dari Januari hingga Mei tahun ini melibatkan rakyat Malaysia yang berkahwin sesama negara.

283 sekolah fizikal paling teruk




POKOK SENA - Sejumlah 283 buah sekolah atau tiga peratus daripada 9,462 sekolah di negara ini memiliki kemudahan fizikal paling teruk dengan sebahagian besarnya di Sabah dan Sarawak.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, data itu diperoleh melalui pengauditan kemudahan fizikal sekolah-sekolah yang dibuat jawatankuasa khas Kementerian Pelajaran baru-baru ini.
Katanya, pengauditan atas arahan Menteri Pelajaran itu bagi mengenal pasti tiga perkara utama iaitu memastikan peralatan termasuk kerusi serta meja mencukupi, keadaan fizikal sekolah dan kemudahan sekolah berada dalam keadaan yang sepatutnya.
"Pengauditan ini berdasarkan kepada Sistem Maklumat Pengurusan Pelajaran (EMIS) bagi mengenal pasti kedudukan sesebuah sekolah kepada empat kategori utama iaitu baik, sederhana, teruk dan sangat teruk.
"Keadaan teruk termasuk tidak ada dinding yang memisahkan antara kelas dan pengauditan ini melibatkan sekolah kebangsaan, sekolah bantuan modal, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama negeri," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena di sini semalam.