Saturday, March 9, 2013

Polis sahkan dua anggotanya cedera



Polis sahkan dua anggotanya cedera
Salah seorang anggota polis terpaksa menahan sakit apabila belakang badannya cedera dibaling batu.
Polis sahkan dua anggotanya cedera
Cermin tingkap bas PR yang pecah akibat dibaling batu.
BUKIT KATIL - Polis mengesahkan dua anggotanya cedera dipercayai dibaling batu oleh penyokong sebuah parti ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, dalam kejadian antara 10 dan 11.30 malam itu, kedua-dua anggota polis berusia lingkungan 30-an dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

“Salah  seorang cedera di kepala, manakala seorang lagi di belakang badan," katanya.

Menurutnya, seorang lelaki dipercayai penyokong sebuah parti turut mengalami kecederaan ekoran insiden berkenaan.

“Ekoran kejadian itu, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Salehhudin juga kesal kerana kedua-dua pihak yang mengadakan ceramah gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

“Kalau mengikut akta ini, mana-mana pihak yang ingin berhimpun, haruslah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah sebelum aktiviti itu berlangsung. Dalam hal ini, kedua-dua pihak tidak membuat sebarang makluman kepada polis.

“Kita cuma tahu pada sebelah petang tadi (kelmarin) akan ada perhimpunan dan kita telah menasihatkan mereka supaya mengawal penyokong masing-masing.  Tetapi di pertengahan program, kedua-dua pihak agak emosional sehingga terpaksa polis mengawal keadaan,” katanya.

Mengenai isu membaling batu ketika kehadiran Ketua Pembangkang itu, beliau berkata, polis sedang menyiasat pihak memulakan kekecohan tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

"Sebaik insiden berkenaan, polis telah mengarahkan kedua-dua pihak supaya menghentikan ceramah dengan serta merta,” katanya.

Beliau berkata, seramai 70 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditugaskan untuk mengawal keadaan.

Mahu batal perjanjian



Mahu batal perjanjian
Negara anggota Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara, kelmarin. Foto: AP
PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.

Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.

Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.

Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan   ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.

Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu  bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.

Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu.  - AP

Mahu batal perjanjian



Mahu batal perjanjian
Negara anggota Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara, kelmarin. Foto: AP
PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.

Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.

Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.

Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan   ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.

Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu  bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.

Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu.  - AP

Tersepit celah dua dinding



Hangzhou (China): Gara-gara mahu sampai cepat ke rumahnya, seorang lelaki tersepit di antara dua dinding ketika pulang dari bar di Xinqiao di bandar Wenzhou, Zhejiang.

Menurut media tempatan, Jian Tsui tersepit di situ begitu rapat sehingga dia sukar bernafas atau menjerit untuk meminta tolong.


Disebabkan masalah itu, nasib menimpa Jian hanya disedari apabila hari siang dan anggota penyelamat terpaksa menebuk lubang pada satu daripada dinding berkenaan untuk menyelamatkannya.

Saksi berkata, Jian meninggalkan bar kira-kira jam 1 pagi dan meredah cuaca sejuk untuk pulang.


“Dia mahu mengambil jalan pintas dan cuba lalu di antara dinding dua rumah, tetapi gagal meloloskan diri,” katanya. Sementara itu, Jian berkata, dia kesejukan dan mahu segera sampai ke rumah.


“Apabila tersepit, saya cuba keluar semula, namun gagal kerana saya tidak boleh bergerak banyak.

“Saya cuba menjerit meminta tolong, tetapi disebabkan tak mampu bernafas dengan betul, saya tak boleh menjerit,” katanya. Jian bernasib baik kerana seorang penduduk kampung ternampak dia tersepit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.


Dia cuba menarik Jian keluar, tetapi ia hanya menyebabkan kecederaan.

Akhirnya, seorang pemilik rumah membenarkan anggota penyelamat menebuk lubang dinding rumahnya untuk selamatkan Jian. - DM

Bayi perang Tanjung Labian




KAKITANGAN kesihatan memberi suntikan kepada bayi Adawiyatul Jannah di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12, Kampung Tanduo semalam.


LAHAD DATU – Ketika penduduk Kampung Tanjung Labian dekat sini berasa cemas dan bergegas meninggalkan rumah masing-masing ekoran pendaratan puluhan lelaki bersenjata Isnin lalu, lain pula ceritanya bagi sepasang suami isteri.
Tidak pernah tergambar di fikiran Basri Tabit, 26, yang isterinya, Adawiyatul Jannah Sarip Maulah, 25, terpaksa melarikan diri dalam keadaan menanggung kesakitan selepas tiga jam wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram.
Bayi yang sihat dan cukup sifat itu kemudian diberi nama Wan Maulina Awani Izatul. Kejadian itu berlaku sehari sebelum pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo.
Mengimbau semula kejadian itu, Adawiyatul Jannah berkata, sebaik melahirkan bayinya pada pukul 6 petang, mereka mendapat berita mengenai empat buah bot yang mendarat di pantai berhampiran kampung.
Katanya, dia yang bimbang sesuatu yang buruk menimpa mereka sekeluarga kemudian menguatkan semangat dan kudrat untuk bergegas keluar dari kampung bagi menyelamatkan diri.
“Anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan di rumah dan dibidankan oleh bidan kampung berikutan tiada pengangkutan.
“Sebaik bidan memotong tali pusat, suami berusaha mencari kenderaan sebelum menemui seorang jiran yang mempunyai sebuah lori untuk mengangkut sawit. Kami tiada pilihan dan terpaksa menaikinya juga,” ceritanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12 di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2MzjOuwDi 
Hakcipta terpelihara 

71 ada kaitan pengganas ditahan



ISMAIL (tengah) bersama Zulkefili dan Hamza (kiri) menunjukkan gambar mayat pengganas yang terbunuh pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Sebanyak 71 individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan tali barut kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang mencetuskan pergolakan di Kampung Tanduo sejak Februari lalu ditangkap pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua individu terbabit ditangkap di dua daerah iaitu di Lahad Datu dan Semporna.
Kebanyakan suspek termasuk wanita itu ditangkap di luar kawasan Kampung Tanduo. Difahamkan suspek-suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas itu berketurunan Sulu tetapi menetap di Sabah.
Penangkapan suspek-suspek itu dikatakan dilakukan dalam tempoh Kampung Tanduo dilanda krisis sehingga semalam.
Bagaimanapun, Hamza enggan mengesahkan latar belakang atau butiran lanjut mengenai tangkapan itu.
“Kita memang membuat tangkapan di Lahad Datu dan Semporna. Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan berhubung penglibatan orang-orang yang ditangkap dengan pengganas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat termasuk daripada penduduk kampung mengenai kehadiran dan gelagat individu-individu tertentu di beberapa lokasi di kedua-dua daerah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Mzj0Ocmu 
Hakcipta terpelihara 

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin



SEORANG penduduk Palestin ditangkap dua anggota polis di Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS - Ratusan penduduk Palestin bertindak bertempur dengan sejumlah anggota polis di sini semalam, kata polis.
Menurut polis, penduduk itu marah dengan laporan media pada Ahad lalu berhubung tindakan polis Israel menendang dan memijak kitab al-Quran ketika sekumpulan wanita cuba menyekat mereka memasuki Masjid Al-Aqsa.
Penduduk Palestin itu kemudian bertindak menyerang pihak berkuasa dengan membaling batu dan bom petrol di pekarangan masjid tersebut.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, kira-kira 100 orang penunjuk perasaan yang kebanyakan memakai topeng bertindak menyerang polis.
Polis kemudian melepaskan bom gas pemedih mata.
"Bom petrol dibaling ke arah polis dan beberapa pegawai polis cedera akibat terkena batu," katanya.
Rosenfeld berkata, tuduhan tersebut tidak betul dan mendakwa kitab al-Quran itu terjatuh ketika polis cuba mengalihkan sekatan kerusi oleh sekumpulan wanita. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2MzbZhpry 
Hakcipta terpelihara