Wednesday, October 22, 2014

kristian menyamar islam....

SEBARKAN!!!!!

Membangun Bersama Islam: Islam mentadbir, bukan ditadbir


USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .

Firman Allah yang bermaksud: Berkata Nabi Sulaiman, "Wahai Tuhanku! ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak ada taranya, Sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa melimpah kurnia. Lalu Kami permudahkan permohonannya dan Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang dikehendaki. (Surah Shod: 35-36 )

Saya memulakan perutusan ini dengan memetik dua ayat Al-Quran yang menceritakan tentang Nabi Allah Sulaiman a.s. yang sentiasa memohon maghfirah keampunan daripada Allah SWT ketika mana memegang tampok pemerintahan.

Dasar yang dibawa oleh Nabi Sulaiman ialah ‘dasar sifar dosa’ dengan meninggikan syiar ‘Islam’ iaitu patuh menyerah diri kepada Allah SWT, ini kerana hanya dengan dasar ini sahaja akan membuahkan keberkatan serta kemakmuran kepada sesebuah pentadbiran. Dengan itulah, Allah telah mengurniakan kepadanya pemerintahan yang makmur serta dikagumi kekuasaannya oleh pemerintah lain ketika itu.

Inilah juga hasrat dan impian saya ketika memacu pentadbiran kerajaan Kelantan dengan berbekalkan sedikit pengalaman ketika bersama YB Tok Guru mentadbir Kerajaan sebelum ini. Hakikatnya, pembangunan Negeri Kelantan yang berteraskan Islam telah kita laksanakan sejak dua dekad lalu. Pendekatan aqidah Islamiah adalah kunci utama yang menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri ini.

Bagi saya, melalui kefahaman aqidah Islamiah ini, ia berupaya membawa ke arah pengukuhan dasar pentadbiran yang berteraskan Islam di Kelantan. Ini kerana pendekatan aqidah adalah pra-syarat utama dalam membangunkan diri dan masyarakat dan sudah tentulah masyarakat yang berjaya ialah masyarakat yang berjaya pasakkan aqidah yang kukuh dalam jiwa dan pemikiran mereka.

Dalam konteks kuasa politik, sesebuah kerajaan hendaklah sedia melaksanakan cara-cara pentadbiran yang menurut lunas-lunas ajaran agama Islam. Barulah kerajaan tersebut dilihat telah mengambil kira matlamat pentadbiran berteraskan agama iaitu dengan memenuhi maqasid al-syariah. Di sebalik maqasid itulah akan berlaku jagaan dan jaminan terhadap lima keperluan asasi, iaitu terjaganya agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta.

Manakala aspek kedua yang diberi perhatian oleh saya selaku yang diamanahkan sebagai peneraju Kerajaan, saya ingin pastikan penerapan prinsip pentadbiran kerajaan berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan. Apa jua kerja yang kita lakukan mesti diletakkan gambaran dosa pahala dihadapan dan kerja yang dilakukan adalah berteras masuliyah atau tanggungjawab kita serta dilakukan dengan penuh itqan atau berkualiti. Setiap kali kita lakukan kerja, setiap itulah kita telah melakukan ibadat kepada Allah.

Dasar Membangun Bersama Islam yang telah terbukti berjaya mendidik minda bukan sahaja rakyat negeri ini bahkan seluruh masyarakat Malaysia. Islam yang menjadi teras di dalam pentabiran kerajaan tidak lagi dilihat sebagai agama yang disebut-sebut di masjid atau madrasah semata-mata, tetapi ia dibawa ke meja pentadbiran. Islam dilihat mampu mentadbir dan bukan ditadbir, Islam dilihat sebagai syariat yang memerintah dan bukannya syariat yang diperintah.

Kini dasar Membangun Bersama Islam terus diperkukuh dengan pelancaran Pelan Strategik Merakyatkan Membangun Bersama Islam pada 6 Mei 2014 yang lalu agar dasar ini hidup di hati-hati rakyat dengan memastikan berlakunya nilai keberkatan, kemakmuran dan kebajikan. Justeru pelan ’merakyatkan’ ini adalah suatu perancangan program bersepadu untuk memastikan persoalan teras cara hidup warga Kelantan agar bertambah mantap berpandukan prinsip hidup beragama.

Fokus utama kerajaan ialah membudayakan aktiviti solat sebagai tiang agama. Ia boleh dijayakan menerusi aktiviti yang menggalakkan amalan solat berjemaah, menyegerakan bersolat seawal waktu walau di mana berada serta meningkatkan penghayatan dengan syiar-syiar yang membantu orang ramai sentiasa mengingati solat.

Selain itu aspek meningkatkan amalan kebersihan dengan objektifnya bagi mewujudkan Kelantan Bersih (Kelantan Go Green) serta melahirkan masyarakat cakna kebersihan dan amalan kebersihan sebagai budaya unggul juga diberi keutamaan.

Kerajaan negeri juga amat menitik beratkan pembangunan komunikasi massa dan kerajaan negeri melalui Urusetia Penerangan akan mempertingkatkan usaha bagi melaksanakan jaringan komunikasi kepada rakyat. Buletin-buletin yang telah dikeluarkan seumpama Buletin Darulnaim, Fajar Islam, Serambi serta sebaran VCD maklumat berkaitan program-program kerajaan perlu disalurkan kepada rakyat dengan pelbagai cara yang sesuai.

Saya juga di sini ingin mempertegaskan demi kesejahteraan rakyat dan keberkatan negeri kita, bahawa:

Pertama, kerajaan terus komited untuk memastikan tahun 2015 sebagai tahun pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan. Pelaksanaan Qanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan kita dan kita ingin didik seluruh rakyat agar menerima dan menggemblengkan tenaga untuk menjayakan pelaksanaannya. Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut.

Kedua, kerajaan negeri akan tetap meneruskan dengan segala ruang yang ada bagi memastikan tuntutan royalti minyak dan petroleum akan mendapat hasilnya dan hak rakyat Kelantan dikembalikan. Semoga segala usaha yang telah diperjuangkan oleh pemimpin kerajaan negeri sebelum ini, NGO dan seluruh rakyat diberi ganjaran besar oleh Allah SWT dan akan usaha ini akan berjaya nanti, insya-Allah. - HARAKAHDAILY 22/10/2014

Guna MyKad beli minyak, betapa celarunya kerajaan


MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Cadangan penggunaan MyKad bagi tujuan untuk mengisi minyak tahun hadapan dilihat tidak menyelesaikan masalah terutamanya kumpulan sasar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun kerajaan cuba mengawal pembelian minyak melalui penggunaan MyKad, namun ia tetap boleh disalahgunakan.

"Kerajaan kata nak kawal subsidi dengan penggunaan MyKad kumpulan sasar berpendapatan bawah RM4,000 akan dapat menikmati subsidi.

"Adakah kerajaan boleh beri jaminan boleh kawal jika mereka yang berpendapatan tinggi yang bawa rakan mereka yang layak menerima subsidi membeli minyak?

"Sudah tentu sukar kerana pekerja stesen minyak bukannya hanya boleh mengawal seorang pelanggan tetapi mereka perlu berdepan lebih ramai pelanggan dalam satu masa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, cadangan tersebut turut membuktikan kerajaan mempunyai fikiran yang celaru dalam mencari pendapatan negara untuk menyelesaikan hutang.

"Kerajaan hanya berfikir dengan penarikan subsidi akan mengurangkan perbelanjaan negara termasuk untuk membayar hutang.

"Kerajaan sekarang benar-benar bercelaru dalam menyelesaikan hutang-hutang yang semakin bertimbun, bila ini berlaku pelbagai cadangan yang timbul walaupun pelaksanaannya tetap gagal seperti penggunaan Mykad," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan subsidi merupakan hak yang harus dinikmati seluruh rakyat negara ini, selain mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan pengangkutan awam.

"Subsidi hak rakyat dan tidak boleh diambil walaupun kerajaan mengatakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan negara.

"Sepatutnya yang perlu dilakukan kerajaan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan mereka yang merugikan seperti acara pelancaran sesuatu projek, program yang tidak mendatangkan faedah.

"Kita sedia maklum sebelum ini kerajaan telah berbelanja besar dengan pelbagai program, ini sepatutnya kerajaan elak sekarang bukan ambil dari rakyat," katanya lagi.

Mahfuz yang tidak menolak bahawa kerajaan akan menarik sepenuhnya subsidi minyak dan menjualnya mengikut harga pasaran biasa.

"Kita kena ingat jika keseluruhan subsidi minyak ditarik balik dan mengatakan GST tidak dikenakan itu hanya sementara sahaja, sudah pasti selepas subsidi tiada maka GST akan dikenakan pada minyak RON95 termasuk diesel sekali," kata beliau. - HARAKAHDAILY 22/10/2014

Bangsal buluh jadi tempat berteduh


Ikmal Hisham melawat rumah buluh yang didiami Mohd Asri dan isteri di Kampung Ternang Dalam, Tanah Merah.
Ikmal Hisham melawat rumah buluh yang didiami Mohd Asri dan isteri di Kampung Ternang Dalam, Tanah Merah.
TANAH MERAH - Hanya sebuah rumah buluh mampu disediakan seorang penoreh getah, Mohd Asri Mohamad, 25, untuk dihuni bersama isteri di Kampung Ternang Dalam, dekat sini, akibat kesempitan hidup yang membelenggu mereka.

Kediaman yang serba kekurangan dan hanya layak dipanggil bangsal itu didiami Mohd Asri dan isteri, Soba Ismail, 32, sejak tiga bulan lalu, selepas berpindah dari rumah lama kerana tidak mampu membayar sewa.

Kesabaran pasangan itu terus teruji apabila rumah berdindingkan buluh dan berlantaikan batang pinang itu nyaris terbakar dalam kejadian tiub balang gas memasak bocor, Selasa lalu.

Mohd Asri berkata, dengan pendapatan tidak seberapa hasil daripada menoreh getah milik orang lain, dia tidak mampu menyediakan rumah yang lebih selesa sebagai tempat berteduh.

“Selepas empat hari saya dan isteri menoreh, kami hanya mampu memperoleh pendapatan RM50 selepas dibahagi dengan tuan kebun, jadi memang tak mampu nak bina rumah dengan belanja sendiri.

“Walaupun serba daif, kami bersyukur kerana ayah saya beri kebenaran bina bangsal ini di atas tanah miliknya untuk kami berteduh,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Menceritakan detik cemas rumahnya nyaris terbakar, Mohd Asri berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika dia dan isteri sedang berehat selepas pulang daripada menoreh.

“Masa kami sedang berehat, ada orang datang hantar gas dan dia minta saya terus pasang. Bila saya buka api dapur, api terus menyambar tiub gas yang bocor dan merebak ke dinding buluh,” katanya.

Tambahnya, walaupun sempat melempar balang gas yang terbakar ke luar rumah, sebahagian kecil dinding dan tangga kayu rumahnya sempat disambar api, manakala dapur memasak hangus.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz yang melawat rumah berkenaan terkejut dan bersimpati kerana masih ada rakyatnya yang hanya mampu hidup di rumah buluh.

“Saya sudah berbincang dengan Adun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha dan kami bersetuju menyalurkan peruntukan bagi membolehkan sebuah rumah baharu dibina secara gotong-royong,” katanya.

Menurut Ikmal Hisham, tindakan segera itu selaras dengan usaha berterusan beliau dan Mohd Bakri untuk menyediakan kehidupan lebih baik kepada rakyat di parlimen ini.

Penunjuk perasaan pakai topi keledar


Peserta pro demokrasi Hong Kong mula memakai topi keledar selepas lebih 20 orang cedera ketika bertempur dengan polis, Ahad lalu.
Peserta pro demokrasi Hong Kong mula memakai topi keledar selepas lebih 20 orang cedera ketika bertempur dengan polis, Ahad lalu.
HONG KONG - Penunjuk perasaan pro demokrasi mula memakai topi keledar apabila demonstrasi di Hong Kong bertambah ganas.

Ahad lalu, lebih 20 orang cedera bertempur dengan polis. Sesetengah penunjuk perasaan terpaksa diusung selepas kepala mereka cedera dan berdarah.

"Sebelum ini, kami hanya  membawa botol air dan payung ketika menyertai bantahan. Tapi sekarang,  kami terpaksa bawa dan pakai topi keledar selepas polis mula bertindak ganas," kata peserta bantahan, Anson Lau kepada AFP.

Sementara itu, pegawai kanan kerajaan menemui pemimpin pelajar buat pertama kali semalam dalam usaha mengatasi bantahan pro demokrasi selama tiga minggu yang menjejaskan sebahagian daripada pusat kewangan terbesar Asia itu.

Harapan untuk mencapai penyelesaian dijangka agak tipis.

Penunjuk perasaan menggesa agar diadakan pilihan raya bebas apabila Hong Kong memilih pemimpinnya pada 2017 namun China berkeras untuk menyaring calonnya terlebih dulu.

Saari Kemuka Surat Rayuan Isnin Ini


Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 10:57 AM
Saari Sungib.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib akan mengemukakan rayuan berhubung penggantungan keahliaannya kepada Majlis Syura Ulama PAS Isnin ini.
Beliau berkata surat tersebut akan diserahkan sendiri di Pejabat PAS Jalan Raja Laut pada Isnin.
Ditanya sama ada beliau akan merayu agar penggantungan tersebut ditarik balik, Saari berkata: "Saya belum memutuskan apa yang akan dikarang dalam surat rayuan itu nanti. Saya telah berbincang dengan peguam dan beberapa rakan rapat untuk mendapatkan maklum balas dan pendapat mereka dalam isu penggantungan saya ini.

"Insya-Allah dalam hujung minggu ini saya akan menulis surat rayuan tersebut. Perkara yang akan ditulis sudah berada dalam fikiran saya." katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata surat penggantungan itu diterima melalui pos pada 13 Oktober lalu, namun beliau telah menerima salinannya melalui e-mel pada 11 Oktober lalu.

"Dalam surat penggantungan itu, kesalahan yang saya lakukan tidak dinyatakan secara spesifik, namun surat itu memaklumkan saya melakukan kesalahan di bawah perkara 82 (6) Perlembagaan parti.

"Saya juga masih tertanya-tanya mengapa Jawatankuasa PAS pusat tidak menyatakan secara jelas kesalahan tersebut. Apa pun saya akan menjawab surat tunjuk sebab ini dan saya akan serahkannya Isnin ini," katanya.

Sementara itu, usaha menghubungi seorang lagi Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) yang turut digantung keahliaan parti kerana membelakangkan keputusan parti berhubung kemelut calon menteri besar Selangor tidak berhasil.

Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal fasal 83 (4) (5)  Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Pada 29 September lalu, Saari dan Hasnul dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar  Selangor.

Tindakan kedua-dua Adun itu dianggap bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.

Korea Utara Bebaskan Seorang Rakyat AS, Dua lagi Masih Ditahan


Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 10:09 AM
Jeffrey Fowle.

WASHINGTON: Korea Utara membebaskan seorang daripada tiga rakyat Amerika Syarikat (AS) yang ditahan.

Malah, republik tersebut juga buat julung kalinya membenarkan pesawat Pentagon mendarat di Pyongyang pada Selasa bagi membawa tahanan yang dibebaskan itu pulang.

Jeffrey Fowle, yang ditahan awal tahun ini meninggalkan republik itu dalam keadaan baik.

Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest berkata, Fowle kini dalam perjalanan pulang selepas Pyongyang memberi Washington tempoh masa untuk membawanya keluar dari republik itu.

Justeru, katanya, Pentagon memutuskan untuk menghantar sebuah pesawat untuk membawa Fowle pulang walaupun Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara komunis Korea Utara itu.

"Sudah tentunya kami mengalu-alukan keputusan republik itu untuk membebaskan Fowle.

"Fowle diperiksa oleh doktor dan keadaan kesihatannya disahkan baik," kata Earnest.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata pesawat dari Pyongyang itu akan terbang ke Guam sebelum tiba di AS.

Beliau enggan mengulas lanjut tempoh masa Fowle dijadual tiba dirumahnya di Ohio.

Beliau turut enggan mendedahkan bagaimana pembebasan itu diperolehi sebaliknya menegaskan usaha masih diteruskan untuk membebaskan dua lagi rakyat AS iaitu Matthew Miller dan Kenneth Bae.

Malala Terima Pingat 'Liberty'


Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 11:00 AM
Malala Yousafzai.

PHILADELPHIA: Malala Yousafzai, aktivis hak asasi kanak-kanak dan penerima termuda Hadiah keamanan Nobel, dianugerahkan Pingat 'Liberty' pada Selasa.

Beliau turut berikrar akan mendermakan hadiah wang tunai AS$100,000 yang diterimanya untuk tujuan pendidikan di kampung halamannya di Pakistan.

Malala memenangi hadiah tahunan itu daripada 'National Constitution Center' (NCC) kerana keberanian dan ketabahannya menghadapi dugaan dan bersuara lantang bagi pihak mereka yang dinafikan hak asasi manusia dan kebebasan.
Dalam ucapannya, remaja 17 tahun itu menyatakan hasratnya untuk melihat 57 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah diberikan hak terhadap pendidikan.
"Saya amat berbesar hati untuk menerima hadiah ini.

"Ia menggalakkan saya untuk meneruskan kempen untuk pendidikan dan perjuangan hak asasi setiap kanak-kanak," katanya.

Malala menggesa negara di seluruh dunia supaya menghentikan perbelanjaan wang untuk senjata dan sebaliknya melabur demi masa depan anak mereka.

"Pendidikan adalah senjata terbaik yang mana menerusinya kita dapat melawan kemiskinan, kejahilan dan keganasan. Oleh itu saya menggesa semua negara di dunia, marilah kita katakan tidak kepada peperangan," tegasnya.

Malala yang kini tinggal di Britain, mula dikenali di Pakistan ketika berkempen untuk hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan.

Pada Oktober 2012, beliau ditembak di kepala oleh seorang lelaki bersenjata Taliban dan dipandang serong serta dibenci oleh ramai orang di Pakistan.

Malala kemudian dipindahkan ke Britain dan pulih daripada kecederaannya serta menyambung persekolahan di negara itu.

"Keberanian Malala bagi mendapatkan kebebasan dan keadilan daripada kekejaman adalah bukti bahawa seorang pemimpin yang komited, tidak kira usia, mempunyai kuasa untuk menyemarakkan gerakan pembaharuan," kata Pengerusi NCC, Jeb Bush.

Pingat 'Liberty' itu dianugerahkan kepada tokoh yang berjuang untuk kebebasan manusia di seluruh dunia.
Pingat tersebut pernah dianugerahkan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat - George W Bush dan Bill Clinton serta Nelson Mandela, Shimon Peres, Kofi Annan dan Bono.

Rasuah: Hutan Tinggal 30 Peratus, Kritikal


Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 7:30 AM
Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Kegiatan pembalakan haram dan rasuah pihak berwajib menyebabkan hutan di negara ini dalam keadaan kritikal kerana berbaki 30 peratus sahaja.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, hutan di negara ini sepatutnya berada di atas 60 peratus.
"Jika kita tinjau melalui ruang udara, beberapa kawasan hutan dan berbukit digondol dan ditarah. Keadaan itu amat kritikal dan membimbangkan," katanya kepada mStar Online.
Justeru, Shariffa Sabrina berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat melakukan kegiatan haram di seluruh negara.
"Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri harus tegas dalam menangani kegiataan haram ini. Malah masyarakat juga harus peka dan bertanggungjawab memelihara hutan," katanya.

Kegiatan pembalakan haram di seluruh negara dilaporkan semakin serius angkara perbuatan rasuah yang melibatkan pembalak dan anggota penguat kuasa agensi kerajaan.

Baru-baru ini, Sarawak dilaporkan menanggung kerugian kira-kira RM100 juta setiap tahun akibat kegiatan pembalakan haram yang berleluasa di negeri itu.
Terbaharu, kegiatan pembalakan dikesan dijalankan di Limbang yang terletak di kawasan sempadan utara negeri itu.

Kegiatan tersebut yang dipercayai dinaungi sindiket dan kumpulan mafia bersenjata turut menyebabkan kerugian kepada kerajaan Persekutuan dan negeri yang menjejaskan kutipan cukai eksport, cukai pendapatan syarikat balak, individu dan syarikat pengangkutan.

Malah, aktiviti pembalakan haram yang dikesan dijalankan di dua taman negara di Sarawak turut mengundang kemarahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mahu melihat hasil dalam memerangi kegiatan tersebut.

Susulan itu, beliau telah berhenti mengeluarkan lesen pembalakan yang baharu bagi membendung kegiatan pembalakan haram yang masih berterusan dan dijalankan secara terang-terangan, terutama di hutan-hutan yang dilindungi.

Pada Isnin, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram tersebut.

Menurut sumber, satu operasi serbuan akan dilakukan oleh SPRM untuk mencari dalang disebalik aktiviti haram itu dalam masa terdekat.

Bimbang mengenai kegiatan tersebut yang semakin berleluasa, Shariffa Sabrina menegaskan ekosistem flora dan fauna akan terus terjejas dan nyawa manusia akan terancam.

"Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kualiti air dan udara yang tidak bersih menyebabkan manusia terdedah kepada  jangkitan bronkitis dan kanser," katanya.

Beliau berkata, air sungai yang tercemar mengalir ke empangan dan kemudiannya diminum oleh manusia boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

"Sebagai contoh, banyak sungai mati di Johor kerana banyak kawasan hutan dibuka untuk aktiviti penanaman kelapa sawit yang melibatkan penggunaan bahan kimia," katanya.

Ajaran Millah Abraham terpesong



INILAH kitab digunakan ahli ajaran sesat Millah Abraham yang dirampas oleh Jawi di sebuah permis Pusat Perniagaan Megan Phoenix, Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Millah Abraham yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) malam kelmarin didapati terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar apabila ahlinya tidak perlu menunaikan solat lima waktu selain percaya terdapat nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, ahli kumpulan ini juga didapati mentafsir al-Quran dan hadis menggunakan akal fikiran.
Difahamkan, kumpulan ini merupakan pecahan Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang menggunakan nama lain selepas ia diharamkan di negara ini.
Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima aduan daripada ahli keluarga individu terbabit yang mendakwa kumpulan tersebut terpesong.
“Hasil risikan selama tiga bulan terhadap kumpulan tersebut mendapati mereka telah mengadakan ceramah dan kelas untuk memesongkan akidah umat Islam.
“Kami juga mendapati ajaran sesat ini bergiat aktif di Lembah Klang sejak tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3Gow2ISIf 
Hakcipta terpelihara 

Khairy sahkan atlet terkemuka negara gagal ujian dadah


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini tampil mengesahkan seorang atlet 'terkemuka' negara gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun enggan mendedahkan sebarang nama.
Mengakui ia membabitkan atlet yang berprofil tinggi, Khairy yang ditemui menyifatkan tindakannya untuk tidak mengumumkan nama atlet terbabit adalah disebabkan peraturan yang dikeluarkan badan induk persatuan sukan terbabit.
"Buat masa ini kita masih menunggu tarikh ujian untuk sampel B dan sebarang tindakan dan kenyataan lanjutan akan dibuat berpandukan kepada keputusan itu.
"Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh persatuan terbabit, mereka tidak akan mengeluarkan atau mengumumkan atlet yang terbabit sehingga ujian sampel B selesai. Jadi kita juga tidak akan umumkan.
"Ini bukannya disebabkan kami memberikan perlindungan kepada atlet terbabit namun hanya mematuhi laporan yang ditetapkan," katanya.
Laporan BH Sukan sebelum ini mendedahkan seorang atlet tersohor negara yang meraih pelbagai kejuaraan di pentas antarabangsa didapati gagal dalam ujian doping sampel A dan positif menggunakan bahan terlarang.
Insiden memalukan itu didakwa berlaku ketika atlet berkenaan beraksi dalam salah satu kejohanan utama tahun ini dan turut dilaporkan ia membabitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit, Khairy yang mengakui kecewa dengan berita itu dan sudah pun berjumpa dengan atlet terbabit selain meminta agensi berkaitan supaya membuat siasatan lanjut.
"Agensi AntiDoping Malaysia (ADAMAS) sudah terima surat pada 1 Oktober lepas bersama persatuan sukan terbabit dan atlet berkenaan juga dimaklumkan pada tarikh yang sama.
"Garis panduan oleh WADA ialah seandainya atlet itu gagal dalam ujian doping, mereka diberi peluang untuk menguji sampel kedua iaitu sampel B.
"Atlet berkenaan diberi tempoh sehingga 17 Oktober lepas untuk membuat permohonan ujian dan beliau sudah membuat permohonan pada 16 Oktober dan sedang menunggu maklum balas daripada persatuan itu mengenai bila sampel itu akan diuji.
"Selain itu, atlet terbabit mahu pergi sendiri pergi menyaksikan sampel itu dibuka. Kita diberi kebenaran dalam peraturan WADA untuk menghantar sama ada atlet atau wakil untuk menyaksikan botol sampel itu.
"Kita akan buat keputusan selepas keputusan B sampel itu. Saya akan maklumkan kepada media sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan segala kesalahan membabitkan doping adalah tanggungjawab atlet itu sendiri dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pesalah jika didapati bersalah.

Aktiviti program sentuh anjing tak sama dalam surat permohonan - Pengerusi MAIS


Shah Alam: Aktiviti yang dibawa dalam program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' yang diadakan Ahad lalu di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya, tidak seperti yang digambarkan oleh penganjur dalam surat permohonan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata beliau ada menerima cadangan mengadakan program itu dalam surat bertarikh 3 Oktober lalu dan membincangkannya dengan lebih lanjut dengan seorang daripada wakil penganjur.
"Saya difahamkan niat atau objektif penganjur program adalah untuk memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan kedudukan anjing dari segi perspektif Islam.
"Program ini juga meliputi latihan amali bagaimana hendak melaksanakan penyucian jika terkena atau tersentuh anjing. Mengambil kira objektif yang digariskan oleh penganjur, saya telah berbincang dengan Sahibus Samahah Datuk Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan program berkenaan kepada beliau," katanya.
Mohamad Adzib berkata, dalam surat bertarikh 3 Oktober itu, penganjur memaklumkan objektif program berkenaan adalah untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam mengenai keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.
Katanya, penganjur juga menyatakan program itu juga untuk memberi pendedahan mengenai keadaan bagaimana yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan; kaedah yang betul untuk memegang dan mengendalikan anjing; kaedah untuk menyamak apabila berlaku sentuhan dalam keadaan lembap dengan haiwan itu dan kaedah sertu serta penggunaan sabun yang diperbuat daripada tanah liat untuk tujuan penyucian.
Beliau berkata, Mufti Selangor, dalam surat bertarikh 9 Oktober lalu, pula menerangkan walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada kepada manusia, Allah mengharamkan umat Islam untuk menyentuh haiwan itu dengan keadaan orang itu basah dan anjing itu kering, dan sebaliknya.
"Persentuhan ini dianggap sebagai najis berat (mughallazah). Tetapi jika kedua-duanya kering, tidaklah dianggap najis.
"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, ia hendaklah ditambat di luar rumah untuk mengelakkan kita terlibat dengan najisnya.
"Perlakuan memegang, memeluk dan mencium oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari berkenaan amatlah dikesali kerana perlakuan itu bertentangan dengan hukum syarak," katanya.

Isu solat Jumaat: Menteri Besar Kelantan selar peguam LFL


KOTA BHARU 21 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan menyelar tindakan kumpulan peguam dikenali sebagai Lawyers For Liberty (LFL) yang mempertikaikan penguatkuasaan peraturan mewajibkan orang lelaki Islam me­nunaikan solat Jumaat di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, peraturan tersebut yang dikuatkuasakan mengikut Enakme­­n Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak, terutama golongan bukan Islam.
Beliau berkata, orang bukan Islam harus menghormati penguatkuasaan undang-undang tersebut dan tidak melibatkan mereka pun.
“Banyak pihak sekarang ini cuba mempertikaikan ibadat orang Islam. Saya rasa tak perlu dibangkitkan, sebab kita tak pernah pun mengkritik apa-apa amalan dalam agama lain.
“Contohnya, membakar mayat dalam agama lain. Dalam Islam tak boleh tetapi kita tetap hormat agama dia. Jadi kita harap semua pihak tolong menghormati agama masing-masing,” katanya.
Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat dalam pada itu menegaskan, peraturan tersebut dibuat bukan mahu mencari salah dan menghukum, sebaliknya mahu memastikan umat Islam melaksanakan ibadat wajib yang diperintahkan Allah SWT dengan lebih baik.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Tahun Ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan serta pelancaran buku tulisan beliau bertajuk Khalifah: Kita Pilihan Allah, di sini hari ini.
Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh bekas Menteri Besar yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini mengumumkan, lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut ketika berada di negeri ini boleh dipenjarakan selama setahun serta denda sehingga RM1,000.
Bagaimanapun, sebuah portal propembangkang semalam me­laporkan kritikan LFL yang menyifatkan penguatkuasaan peraturan itu bertentangan dengan Perlembagaan negara selain memperlakukan orang Islam seperti individu yang melakukan jenayah berat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isu-solat-jumaat-menteri-besar-kelantan-selar-peguam-lfl-1.15475#sthash.HSDhxdlS.dpuf

Monica Lewinsky 
muncul selepas 13 tahun


Lewinsky berucap pada Sidang Kemuncak Bawah 30 Forbes di Philadelphia,
Lewinsky berucap pada Sidang Kemuncak Bawah 30 Forbes di Philadelphia, kelmarin.
Lewinsky (kiri) ketika bergambar dengan Clinton semasa menjadi
Lewinsky (kiri) ketika bergambar dengan Clinton semasa menjadi pelatih di White House sebelum hubungan cinta mereka didedahkan media pada 1998.
NEW YORK 21 Okt. - Monica Lewinsky, wanita yang pernah menggemparkan dunia kerana mempunyai hubungan cinta dengan bekas Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton, akhirnya membuat kemunculan pertama di khalayak ramai, semalam selepas menghilangkan diri selama 13 tahun.
Mail Online melaporkan, Lewinsky diundang sebagai salah seorang daripada speaker pada Sidang Kemuncak Bawah 30 anjuran Forbes di Philadelphia bagi membicarakan tentang kisah hidupnya dan musuh utama gangguan zaman digital.
“Enam belas tahun lalu, sejurus menamatkan pembelajaran saya, saya jatuh cinta dengan bos saya (Clinton),’’ kata Lewinsky, 41, sambil diberikan tepukan gemuruh oleh penonton, sebelum menyambung ucapannya dengan penuh bersemangat menyatakan tentang harga yang perlu dia dibayar ekoran skandal yang menyelubunginya itu.
Menurut Lewinsky, ekoran pendedahan skandal itu, dia mula menjadi individu yang tidak dikenali kepada personaliti (Clinton) yang dimalukan secara terbuka. Saya menjadi ‘pesakit kosong’, individu pertama yang reputasinya musnah sama sekali di dunia dalam Internet.
“Saya kehilangan keyakinan diri atau ia telah dicuri, daripada satu cara ia adalah satu bentuk kecurian identiti,’’ katanya tentang layanan buruk yang diterimanya di tangan media pada ketika itu, sehingga dia pernah terfikir untuk membunuh diri.
Katanya, disebalik kepayahan yang dilaluinya itu, dia berjaya mengharungi setiap cabaran itu dengan mengambil kisah Tyler Clementi yang mati membunuh diri pada 2010 akibat dibuli sebagai inspirasi ba­ginya untuk meneruskan hidup.
Dua jam sebelum Lewinsky berucap pada sidang kemuncak itu, dia sempat mewujudkan akaun Twitternya dengan menggunakan hashtag #HereWeGo.
Dalam tempoh 40 minit sahaja, Lewinsky sudah mempunya lebih 1,400 orang pengikut dan 35 minit berikutnya, sebanyak 6,000 penggunna Twitter telah mengikuti akaun miliknya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/monica-lewinsky-8232-muncul-selepas-13-tahun-1.15409#sthash.b0IsKgvu.dpuf

Nigeria bebas wabak Ebola – WHO


Pegawai kesihatan menguruskan pengebumian seorang wanita yang
Pegawai kesihatan menguruskan pengebumian seorang wanita yang disyaki meninggal dunia akibat virus Ebola di daerah Bomi, pinggir Monrovia, Liberia, semalam. - Agensi
Nigeria diisytiharkan bebas daripada ancaman wabak maut Ebola oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sekali gus dianggap sebagai kejayaan besar dalam usaha mengekang penularan penyakit itu yang setakat ini telah mengorbankan lebih 4,500 orang di Guinea, Sierra Leone dan Liberia.
Wakil WHO di Nigeria, Rui Gama Vaz berkata, hanya lapan orang maut di Nigeria akibat Ebola, negara Afrika yang mempunyai paling ramai penduduk, dan kejayaan itu menunjukkan wabak Ebola boleh dikekang.
Gama Vaz berkata, pengisytiharan tersebut dibuat selepas tiada kes baharu dikesan dalam kalangan 170 juta penduduk Nigeria dalam tempoh 42 hari berturut-turut.
“Virus maut itu tiada lagi dikesan di negara ini dan penularan penyakit berkenaan berjaya dita­ngani,” katanya.
Nigeria menjadi negara Afrika kedua diisytiharkan bebas daripada wabak Ebola selepas Senegal.
Sementara itu, tiga lagi negara Afrika yang bergelut untuk mengekang wabak tersebut, Guinea, ­Sierra Leone dan Liberia dihimpit masalah ekonomi ekoran krisis penyakit maut itu.
Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf memberi amaran malapetaka yang melanda negaranya tidak akan dapat diatasi tanpa komitmen antarabangsa untuk menghulurkan bantuan.
“Perjuangan menentang Ebola memerlukan sokongan pihak antarabangsa, tidak kira sama ada menghulurkan dana kecemasan, bekalan perubatan atau pakar perubatan,” katanya. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nigeria-bebas-wabak-ebola-8211-who-1.15423#sthash.exkHFH0H.dpuf

Seorang kanak-kanak mati setiap 5 minit akibat keganasan


Kanak-kanak pelarian Kurdis daribandar Kobani, Syria di sebuah
Kanak-kanak pelarian Kurdis daribandar Kobani, Syria di sebuah khemah pelarian di sempadan Syria-Turki berdepan risiko kematian akibat peperangan antara tentera kerajaan dan militan IS pada 19 Oktober lalu. – REUTERS
LONDON 21 Okt. - Seorang kanak-kanak di dunia mati dalam tempoh lima minit akibat keganasan, namun hanya sejumlah kecil yang maut dalam zon perang, menurut satu laporan oleh Dana Kecemasan Pendidikan dan Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Menurut laporan itu, kira-kira 75 peratus daripada anggaran 345 kematian akibat keganasan yang berlaku setiap hari dilaporkan berlkau di negara-negara yang aman.
“Kami mendedahkan fakta bahawa kanak-kanak mengalami keganasan melampau dalam kehidupan sehari-hari di mana-mana sahaja,’’ kata Ketua Global Perlindungan Kanak-Kanak bagi UNICEF, Susan Bissell kepada Yayasan Thomson Reuters.
Di beberapa negara, kematian akibat keganasan mencatat pe­ningkatan berbanding kematian kanak-kanak akibat kelaparan dan penyakit.
“Apa yang mengejutkan adalah kita telah memberi tumpuan selama dua hingga tiga dekad dan pa­ling penting ialah kepada kematian kanak-kanak akibat penyakit yang boleh dicegah. Laporan ini me­nyatakan bahawa kita perlu memikirkan tentang kematian kanak-kanak daripada pelbagai punca.
“Dan agak mengejutkan untuk digambarkan bahawa kita tidak mencapai matlamat daripada segi kelangsungan hidup kanak-kanak sekiranya kita tidak menangani isu perlindungan kanak-kanak. Ia perlu dilakukan bersama-sama,” kata Bissell.
Sementara itu, ketua kempen dan sokongan bagi UNICEF UK, Leah Kreitzman berkata, jutaan kanak-kanak di dunia terdedah kepada penderaan, sama ada secara fizikal, seksual dan emosi di rumah, sekolah dan dalam kalangan masyarakat.
Katanya, semakin ramai kanak-kanak mempunyai menghadapi masalah kesihatan fizikal dan mental secara kekal akibat keganasan setiap hari, namun keba­nyakan keluarga mereka tidak kisah jika ditangkap pihak berkuasa kerana mereka tidak akan menerima pertolongan. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-kanak-kanak-mati-setiap-5-minit-akibat-keganasan-1.15420#sthash.JMtIsyCH.dpuf