Saturday, May 8, 2010

UNDILAH barisan nasional kerana tolong bina jambatan


Hidup daif bawah jambatan
Oleh Mohd Azrone Sarabatin 
azrone@bharian.com.my
2010/05/08

MELEHENG sibuk menjemur pakaian di atas besi penghadang jambatan yang menjadi kediamannya dan keluarga  sejak 10 tahun lalu di Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
MELEHENG sibuk menjemur pakaian di atas besi penghadang jambatan yang menjadi kediamannya dan keluarga sejak 10 tahun lalu di Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu.
Sekeluarga 10 beranak dakwa etnik nomad, tiada dokumen 

KOTA KINABALU: “Lapan anak saya lahir dan dibesarkan di bawah jambatan. Kami bahagia dan tidak pernah menyesal berumah di bawah jambatan sejak 10 tahun lalu,” kata Meleheng Manabba, 38, ketika ditemui di bawah jambatan yang menghubungkan Likas dengan bandar raya ini berhampiran Tanjung Lipat, semalam.
Mendakwa berbangsa Pala'u, iaitu etnik yang menetap secara nomad dalam perahu, beliau mempunyai lima anak lelaki dan tiga perempuan. Anak sulungnya lahir pada 2001 manakala yang bongsu berusia empat bulan.
Pada peringkat awal menetap di bawah jambatan itu, beliau mengakui tidak tahan dengan deruan kenderaan melintasi jambatan tetapi lama-kelamaan dapat menyesuaikan diri. 

Penulis terpaksa berkomunikasi dalam bahasa Bajau Semporna kerana Meleheng tidak pandai berbahasa Melayu dan mendakwa pernah menetap di perairan Laut Sulawesi, Semporna menyebabkan mereka pandai berbahasa Bajau Semporna. 

Tinjauan Berita Harian di bawah jambatan itu semalam mendapati ada kotak kayu dijadikan tempat tidur, periuk dan televisyen yang tidak pasti sama ada masih berfungsi. 

Lima kanak-kanak berambut perang dan kerinting dipercayai anaknya, turut berada berhampiran. 
Bagaimanapun, suami Meleheng, Panjau Menteru, 40, bersama tiga anak mereka tiada di ‘rumah' kerana keluar mencari kerang dan tiram untuk dijual di bandar raya ini bagi menampung perbelanjaan keluarga. 

Diminta menceritakan punca terdampar di bawah jambatan itu, Meleheng mendakwa perahu mereka karam di perairan Kota Kinabalu pada 1999 selepas dua tahun belayar dari Laut Sulawesi di Semporna ke Laut Sulu di Sandakan menuju Pulau Banggi, Kudat. 

“Kami teruskan pelayaran ke perairan Pulau Mantanani di Kota Belud, Tuaran dan tiba di perairan Kota Kinabalu. Bot kami karam kerana bocor. 

“Saya dan suami berenang ke tepian pantai manakala lima adik yang turut menaiki perahu itu gagal dikesan sehingga sekarang,” katanya. 

“Beberapa kali saya hampir lemas dan selepas beberapa jam berenang, kami terdampar di tepi jambatan ini. Kami tidak mampu membuat perahu baru, jadil kami memilih untuk menetap di bawah jambatan sehingga beranak-pinak,” katanya. 

Meleheng berkata, awalnya mereka mencari nafkah dengan mengumpul tin kosong dan kertas untuk dijual, selain mengakui pernah mengemis. 

Menyedari kegiatan itu menyebabkan mereka menjadi buruan pihak berkuasa, pasangan itu beralih kepada menangkap ikan menggunakan kayu yang ditajamkan dan pancing. 

“Hasil tangkapan yang tidak seberapa itu kami keringkan dan dijual kepada peniaga ikan kering di sekitar bandar raya ini," katanya sambil mengakui anaknya tidak bersekolah kerana tiada dokumen. 

Ditanya sama ada mahu menetap di rumah sempurna, Meleheng menggeleng dan menjawab: “Hidup kami di laut. Jika diberi perahu, kami pindah. Kalau rumah beratap di atas tanah, kami tidak mahu.”

Belum selesai kes Aminulrasyid, seorang lagi remaja ditembak polis



Remaja ditembak polis kerana enggan hentikan motosikal



08/05/2010 1:40pm



TAMPIN 8 Mei - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban - Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.
Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.
Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. - Utusan

Ragut kali ke 300 baru dapat tangkap, cekap sungguh polis malaysia


Dua lelaki terlibat 300 kes ragut ditahan di bawah Seksyen Ordinan Darurat

08/05/2010 4:49pm

KUALA LUMPUR 8 Mei - Dua pemuda yang terlibat dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang kini ditahan selama 60 hari mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 bermula Khamis lepas sehingga polis menerima bukti lengkap untuk membuat pertuduhan terhadap mereka di mahkamah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritenden Abdul Rahim Hamzah Osman berkata, mereka yang masing-masing berumur 22 dan 20 tahun itu ditahan pada 25 April lepas dan kertas siasatan berhubung kes mereka telahpun diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Suspek pertama yang berusia 22 ditahan atas dua kesalahan iaitu meragut dan menyebabkan kematian manakala suspek kedua ditahan atas kesalahan meragut.
"Kertas siasatan mengenai kedua-dua kes meragut dan menyebabkan kematian telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa ke pertuduhan namun kerana kurangnya bukti, mereka diletakkan di bawah Ordinan Darurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kedua-dua suspek itu ditahan pada hari sama di lokasi berasingan setelah lebih empat bulan menjadi buruan polis. - Bernama

kereta hilang pulak dah

KUALA LUMPUR: Belum pun selesai kes kecurian kenderaan rasmi milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, yang dilarikan di Seksyen 9 Shah Alam kelmarin, kenderaan persendirian milik seorang timbalan menteri pula lesap dilarikan di Taman Kepong, pagi semalam.
Difahamkan, kenderaan itu dipinjamkan kepada pembantu kanan kepada timbalan menteri terbabit selepas kereta kakitangannya itu rosak.
Dalam kejadian antara jam 12 hingga 7 pagi semalam, kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam itu disedari hilang kira-kira jam 8 pagi sebaik pembantunya mahu menghantar semula kenderaan berkenaan.

Difahamkan, kereta yang dicuri itu didaftarkan atas nama abang kepada tokoh politik terbabit dan diletakkan di hadapan rumah salah seorang pembantu kanannya.

Menurut sumber, kehilangan kenderaan itu hanya disedari pembantu kanannya itu ketika mahu menghantar kereta berkenaan semula ke rumah ahli politik terbabit di Taman Sri Gombak, sebelum ke pejabatnya di Putrajaya.

“Pengadu mendakwa kereta itu diletakkan di hadapan rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi selepas pulang bekerja dan yakin kenderaan itu masih berada di situ sehingga jam 12 tengah malam.

“Dia (pengadu) mendakwa bapa saudaranya yang datang melawatnya ketika itu memaklumkan kenderaan berkenaan masih berada di hadapan rumahnya.

“Selepas menyedari kenderaan dipinjamnya itu hilang, pembantu kanannya itu berusaha mencarinya di sekitar taman perumahan berkenaan namun gagal,” katanya.

Sehubungan itu, pembantu kepada timbalan menteri itu membuat laporan di Balai Polis Kepong jam 9 pagi semalam.

Difahamkan, pengadu mendakwa terdapat dokumen kerja, termasuk jadual harian timbalan menteri terbabit dalam kereta itu selain ’pen drive’ mengandungi maklumat kementerian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

Saman saja jangan biarkan mereka bermaharajalela

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri memfailkan saman menuntut ganti rugi RM4.75 juta terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia kerana mendakwa ditembak bertubi-tubi dan membuta tuli oleh dua anggota polis, tahun lalu.
Siti Nasrinda Tumirin, 23, dan suaminya Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, serta bapa mentuanya Mohd Daud Abdul Ahmad, 51, menamakan dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Klang, Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak sebagai defendan pertama dan kedua diikuti Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof dan Datuk Abdul Khalid Abu Bakar Ismail. Mereka juga menamakan Tan Sri Musa Hasan defendan kelima dan kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam. Plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, melalui Tetuan M Manoharan pada jam 10 pagi di sini, semalam.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pada 19 Ogos 2009, jam 8.30 malam, ketika plaintif pertama dan kedua berbincang dalam kereta plaintif ketiga di sebuah lorong di Taman Perumahan Sungai Keramat, Klang Utama, Selangor, dua anggota polis menaiki kereta peronda menghampiri dan menyuluh ke dalam kereta.

Akibat rasa takut, plaintif kedua terus memandu keluar dari lorong itu dan kedua-dua defendan tetap mengekori mereka.

Plaintif mendakwa, ketika dikejar, kedua-dua defendan melepaskan beberapa das tembakan terhadap kereta itu sehingga satu peluru itu mencederakan belakang pinggang kanan plaintif pertama.

Sebaik plaintif kedua menghentikan kereta melihat kecederaan tunangnya, kedua-dua defendan didakwa keluar kereta peronda dan mengacukan pistol. Plaintif menuntut deklarasi defendan melanggar Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan, gagal mematuhi Akta Polis 1967 serta suatu deklarasi defendan pertama dan kedua melakukan kesalahan cubaan membunuh, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam afidavit, plaintif juga menuntut semua pertuduhan tanpa asas terhadap mereka ditarik balik serta-merta dan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan serta merta bagi menyiasat aduan.

Kerajaan patut buat laluan untuk motorsikal


Maut isi perut terburai



KUALA LUMPUR: Dalam keadaan isi perut terburai selepas digilis tayar lori, seorang penunggang motosikal masih mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika orang ramai datang membantu menyelamatkannya, semalam.
Detik kemalangan ngeri yang menyayat hati itu, bagaimanapun, berakhir beberapa minit kemudian apabila mangsa menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan berlumuran darah.
Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian melalui jalan di Kilometer 38, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Jalil di sini dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta dipercayai model Proton Saga di sini.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan tidak sempat bangun menyelamatkan diri. Pada masa sama sebuah lori tanah yang mengekori dari belakang gagal mengelak sebelum mangsa digilis di perutnya.

“Lebih mengerikan apabila mangsa diseret lebih 10 meter oleh lori berkenaan hingga menyebabkan isi perut dan daging tubuhnya bertaburan di atas jalan raya,” katanya.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Qaiyyum Jamal Abd Nasir, 24, dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi di sini masih bernyawa beberapa saat selepas dia digilis walaupun separuh tubuhnya hancur.

“Orang ramai yang mengetahui mangsa beragama Islam dan kebetulan ada yang mengenalinya sempat mengajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

“Susulan kejadian itu, polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengawal lalu lintas selain mengutip cebisan mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu lori terbabit, Daymonds Mamertus, 35, memberitahu tidak sempat mengelak berikutan mangsa jatuh betul-betul di hadapan kenderaannya.

Menurutnya, kejadian itu pengalaman paling mengerikan dalam hidupnya sejak memandu lori hampir 10 tahun lalu apatah lagi dengan keadaan mayat mangsa yang amat tragis.


Digilis lori kren depan mata ibu







anggota polis menutup mayat Rozitah (gambar kecil) yang terbunuh dalam kemalangan di Sungai Putat, Melaka kelmarin.




MELAKA - Seorang ibu melalui pengalaman ngeri apabila melihat sebahagian badan anaknya hancur digilis tayar sebuah lori kren di Sungai Putat di sini dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, Leha Mohamad, 40-an, menunggang motosikal membawa anaknya, Rozitah Omar, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bukit Baru dari kilang tempat mereka bekerja di Ayer Keroh.
Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, motosikal itu dipercayai bergesel dengan sebuah lori kren menyebabkan Rozitah tercampak ke atas jalan lalu digilis oleh tayar belakang lori kren tersebut.




Jatuh tengah lebuh raya

SEREMBAN: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bakal diijabkabulkan dengan pasangannya semalam, maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 281.6 Lebuh raya Utara-Selatan di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Laskar Udara Kanan Mohd Redzuan Abu, 28, mati di tempat kejadian kerana parah di beberapa bahagian badan.
Ketika kejadian, dia yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dalam perjalanan dari Ipoh, Perak, menuju rumah keluarganya di Jasin, Melaka.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

“Sebuah kereta yang berada di belakangnya sempat mengelak melanggar mangsa yang jatuh terbaring di tengah jalan.

“Bagaimanapun, sebuah Proton Wira yang tiba sejurus kemudian gagal mengelak lalu terlanggar mangsa menyebabkan dia maut di tempat kejadian,” katanya di sini, semal




Orang Asli maut dirempuh kereta




BAHAU – Akibat mahu mengelak seekor lembu berkeliaran di jalan, seorang penduduk kampung Orang Asli, di sini maut selepas terbabit kemalangan di kilometer 7 Jalan Tampin arah Bahau, di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira 7.30 petang itu, mangsa, Khairul Moi, 34, meninggal dunia selepas tercampak dari motosikalnya akibat bertembung sebuah kereta yang hendak mengelak lembu berkenaan.


Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kuil.


Kemalangan turut menyebabkan motosikal yang belum diketahui jenisnya, terbakar dan rentung.


Jurucakap polis berkata, kereta Proton Wira tersebut dipercayai cuba mengelak lembu di atas jalan dan kemudiannya memasuki laluan bertentangan.


“Ini menyebabkan kereta terbabit merempuh motosikal ditunggang mangsa, “ katanya.


Menurutnya, semasa kejadian, jalan gelap menyebabkan pemandu kereta dipercayai tidak nampak binatang berkenaan.


“Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bandar Seri Jempol, di sini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.


Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu selain meminta penternak lembu tidak membiarkan binatang peliharaan mereka tidak mengganggu pengguna jalan.


Sementara itu, abang mangsa, Bakar Achin, 43, berkata, motosikal adiknya itu hangus terbakar selepas bertembung sisi kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki.


Menurutnya, mangsa menetap bersama ibunya di kampung Orang Asli Sungai Klebang berhampiran pekan Rompin dan meninggalkan seorang balu serta empat orang anak.


“Saya menasihatkan adik supaya mengikut jalan pintas belakang ketika pulang ke rumah tetapi mangsa berdegil dan tetap mengikut jalan besar.


“Hati saya tidak sedap dan telah mengekori dari belakang sehingga motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta lalu terbakar,” katanya.


Beliau berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada enam beradik.










Meninggal selepas setahun koma











MOHD. RAFIQ







BAYAN BARU - Selepas setahun terlantar koma di rumahnya di Kampung Baru Sungai Ara dekat sini, Mohd. Rafiq Jamat, 30, akhirnya meninggal dunia petang kelmarin.
Kisah malang juruteknik kilang di Butterworth ini pernah dipaparkan Kosmo! tahun lalu selepas sebahagian tempurung kepala sebelah kiri dan kanannya terpaksa dibuang akibat kemalangan jalan raya.
Insiden 6 April tahun lalu berlaku setelah motosikal yang ditunggangnya kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang semasa dalam perjalanan ke tempat kerja mengakibatkan tulang bahunya patah dan berlaku pendarahan otak.
Menurut isterinya, Noor Syarmila Rahim, 25, suaminya dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa lalu untuk memasang semula tempurung kepalanya.
"Pada masa itu keadaannya tak stabil dan melalui imbasan x-ray doktor maklumkan terdapat air dalam paru-paru arwah suami.
"Sepatutnya doktor nak buat pembedahan paru-paru itu pagi kelmarin namun keadaannya semakin kritikal sebelum beliau disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.50 petang," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Ajal depan sekolah



KOTA BHARU - Seorang pesara tentera, Mazlan Daud, 44, meninggal dunia di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh setelah motosikal yang ditungganginya bergeser dengan sebuah lori, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan menunggang motosikal dari arah Kok Lanas menuju ke Ketereh.


“Tiba di hadapan sekolah, mangsa dikatakan berada di tengah dua kenderaan iaitu di bahagian kiri adalah lori dan di bahagian kanan jalan pula terdapat motosikal.


“Mangsa juga dipercayai bergeser dengan lori yang berada di sebelah kiri jalan menyebabkan dia (arwah) terjatuh dari motosikalnya lalu terkena tayar lori,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk pada bahagian organ dalaman dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat.


Menurutnya, kes kemalangan terbabit disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Katanya, penunggang motosikal sebuah lagi pula menerima kecederaan ringan dan turut menerima rawatan kesihatan.




Remaja hilang maut langgar lari

PUNCAK ALAM: “Luluh hati saya apabila menerima panggilan daripada seorang anggota polis mengatakan anak saya maut akibat kemalangan.
“Berita sedih ini saya terima jam 4.45 petang tadi (semalam) sebelum saya sekeluarga bergegas ke Hospital Slim River,” kata Shaedi Abu Bakar, 49, bapa kepada Shafain, 16, yang dilaporkan hilang, Selasa lalu.
Shaedi berkata, menurut polis yang menyiasat kes itu, anaknya ditemui mati dipercayai mangsa langgar lari di Hulu Bernam, dekat sini, Rabu lalu, iaitu sehari dia dilaporkan hilang.

“Selepas diminta mengecam mayat, sah itu anak saya berdasarkan beberapa tanda dan pakaian yang dipakainya.

“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi saya reda dan menganggap ia ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Mangsa cedera parah di kepala dan badan, bagaimanapun polis yang menyiasat kes itu belum dapat mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa.
Shaedi berkata, motosikal yang ditunggang anaknya ketika kejadian juga tidak ditemui di tempat kejadian.

Jenazah dibawa pulang ke rumah mangsa di Puncak Alam dan dijangka dikebumi sebelum Zuhur, hari ini.




Digilis lepas jatuh

TRAGEDI...mayat Norlaili diangkat untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norlaili.Kereta itu yang mengekori mangsa dari belakang gagal mengelak selepas Norlaili Jamaludin, 25, tergolek di atas jalan sebelum melanggar mangsa.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama rakan lelakinya menaiki motosikal di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Taman Medan, di sini.

Menurutnya, rakan mangsa, Faizul Majid, 22, dalam perjalanan menghantar Norlaili pulang ke rumah saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Faizul gagal mengelak lalu merempuh sisi belakang sebelah kanan sebuah bas RapidKL yang diletak di bahu jalan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.

“Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun gagal mengelak sebelum merempuh Norlaili. Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati Norlaili berasal dari Jalan Sawi 6, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.

“Kemalangan itu turut menyebabkan Faizul cedera parah. Faizul dari Kemaman, Terengganu penuntut tahun pertama, Ijazah Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya.

Orang ramai yang menghubungi talian kecemasan 999 resah apabila ambulans tidak muncul selepas lebih 30 minit sehinggalah pegawai penyiasat trafik muncul di lokasi kejadian.

Akhirnya, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam mengambil risiko menghantar Faizul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jenazah Norlali turut dihantar ke PPUM dengan kenderaan pacuan empat roda polis beberapa minit kemudian untuk bedah siasat.
Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemandu kereta yang memandu laju menggunakan tayar gantian maut selepas tercampak keluar sejurus kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pagar kawasan tapak pembinaan.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, rempuhan kuat kereta Proton Satria itu turut mengakibatkan enjin kenderaan tercabut sebelum tercampak keluar kira-kira 20 meter.

Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika Jinnah Rao Munusamy, 23, memandu bersendirian berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Kepong, di sini.

nasib badan


Pegawai memerintah KD Sri Inderapura dipecat 

LUMUT – Bekas Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura yang terbakar pada Oktober 2008 lalu ditamatkan perkhidmatan pada 27 Januari lalu selepas dua hari dihadapkan ke Mahkamah Tentera, di sini. 

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, Mahkamah Tentera mendapati bekas pegawai memerintah itu bersalah terhadap pertuduhan bertanggungjawab atas kehilangan kapal logistik terbesar TLDM yang terbakar dan hukuman tamat perkhidmatan itu telah disahkan bulan lalu. 

Katanya, pihaknya boleh menerima jika kebakaran berlaku di atas kapal tetapi TLDM tidak boleh kehilangan sebuah kapal akibat kebakaran seperti yang berlaku kepada KD Inderapura. 

“Ini kes :pertama yang menyebabkan kehilangan aset TLDM akibat kebakaran walaupun pegawai itu telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang dalam TLDM namun setiap perkara yang berlaku pada sebuah kapal adalah di bawah tanggungjawab pegawai yang memerintah,” katanya. 

:Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Beret Kehormat Pasukan Khas Laut (Paskal) Sayap Penerbangan Kehormat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Jeti Operasi TLDM, semalam. 

Terdahulu, Dr Ahmad Zahid berkata, TLDM perlu menjadi pasukan yang bukan sahaja menepati piawaian tertentu malah segala aset, keperluan dan kesiapsiagaan berada di tahap tertinggi. 

Pada majlis itu, KD Duyong, Markas Udara TLDM dan Depot Senggaraan Armada menerima Sijil OHSAS 1800:2007 bagi pengurusan polisi lebih sistematik, pengurangan jumlah kemalangan dan insiden, mewujudkan kesedaran keselamatan di kalangan pekerja serta program keselamatan dan kesihatan pekerjaan efisien. 

KD Duyong turut menerima sijil ‘Malaysia Book of Records’ kerana muncul sebagai organisasi pertama yang dipersijilkan dengan OHSAS 18001:2007 di dalam TLDM, Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan.

Felcra sedia RM48 juta untuk PBR



IPOH – Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bhd memperuntukkan RM48 juta untuk 1,800 rumah sama ada membina yang baru mahupun membaik pulih sepanjang tahun ini. 

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, antara negeri yang terbabit dalam program bantuan rumah (PBR) itu termasuklah Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak. 

Menurutnya, program PBR itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan meletakkan objektif utama untuk menaik taraf hidup keluarga miskin tegar di negara ini. 

Katanya, pemilihan penerima PBR berdasarkan tinjauan yang dibuat Kerajaan Negeri dengan bantuan Felcra sama ada kawasan itu layak untuk dibangunkan bagi membantu mereka yang memerlukan. 

“Selain itu, mereka yang berdaftar di dalam senarai e-Kasih turut diberi keutamaan mengikut daerah di negeri masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan PBR 2010 Perak, semalam. 

Tajuddin berkata, pihaknya sudah memulakan projek terbabit dan melantik kontraktor yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pembinaan rumah di keempat-empat negeri berkenaan.

Panel 10 pakar periksa kesihatan Sultan



KOTA BHARU - Sebuah panel dengan 10 pakar perubatan yang dilantik Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini Selasa lepas untuk rawatan susulan masalah jantung. 

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata, kesemua pakar perubatan itu tiba di sini pagi ini untuk menjalankan pemeriksaan rapi ke atas Sultan Kelantan. 

Menurutnya, pakar-pakar perubatan itu tiba di HUSM kira-kira jam 3 petang dengan menaiki kenderaan kerajaan negeri. 

“Mereka melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status kesihatan baginda Al-Sultan Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan itu akan berada di HUSM sehingga laporan status kesihatan baginda selesai dijalankan. 

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata pihaknya tidak pasti berapa lama pakar perubatan itu akan berada di HUSM. 

Beliau berkata setelah siap, laporan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra. - Bernama

Ingatkan Tok guru


Nik Aziz tumbangkan lawan dari Thailand 

GONG KEMUNTONG - Kumpulan Kuda Merah yang dianggotai anggota polis mewakili Kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menguasai hampir keseluruhan kejohanan tomoi sempena Peringatan Hari Polis ke-203 di Padang Astaka dekat Jertih, di sini. 

Menerusi pertandingan pada malam terakhir (ketiga) kejohanan, penonton yang masih bersemangat menyaksikan perlawanan tergamam apabila Nik Aziz Shaffi mewakili Kelab Polis menumbangkan lawannya, Wan Sai dari Patani, Thailand hanya beberapa minit selepas perlawanan bermula pada pusingan pertama. 

Nik Aziz melakukan tendangan mengenai sisi kepala Wan Sai menyebabkan lawannya itu tumbang dan mengalami kecederaan ringan yang secara langsung memberi kemenangan kepada Nik Aziz. 

Itu adalah sebahagian senario kejohanan tomoi anjuran Kelab Polis Besut dengan kerjasama Persatuan Muay Thai Terengganu yang diadakan selama tiga malam berturut-turut. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, lebih 2,000 penonton hadir menyaksikan perlawanan pada malam pertama dan kedua manakala pada malam terakhir, meningkat lebih 3,000 penonton. 

Menurutnya, sambutan masyarakat amat baik malah mereka sangat berdisiplin sepanjang menyaksikan kejohanan di atas pentas khas disediakan. 

“Hasrat kelab menganjurkan kejohanan ini bukan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata sebaliknya merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat. 

“Terbukti masyarakat memberi sokongan padu terhadap program yang diadakan polis dan secara tidak langsung kami dapat menjalankan kempen pencegahan jenayah,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof dalam ucapan penutup pada malam terakhir kejohanan berkata, selain sukan dan untuk kesihatan tubuh badan, penganjuran kejohanan itu membuktikan polis Besut sentiasa dekat dengan masyarakat. 

Hadir sama, Ketua Polis Negeri, SAC II Hamzah Md Jamil. 

Muhammad Pehimi berkata, kejayaan kejohanan itu juga membuktikan polis Besut bersungguh-sungguh menurunkan kadar jenayah di daerah ini dan secara tidak langsung menghiburkan orang ramai. 

“Tidak mustahil polis Besut mampu muncul sebagai daerah paling banyak menurunkan kadar jenayah indeks dalam tempoh empat bulan pertama pada tahun ini,” katanya. 

Pada kejohanan itu, sebanyak lima regu diturunkan setiap malam membabitkan peserta tempatan, Kelantan, Thailand dan Kelab PDRM.

guna sultan untuk politik sempit


Tindakan tegas terhadap kenyataan berbaur hasutan 

KLANG – Gabungan beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin politik yang membuat kenyataan bersifat hasutan sehingga boleh mempengaruhi rakyat. 

Wakil gabungan itu, Hamidzun Khairuddin berkata, gesaan itu dibuat selepas Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mengeluarkan kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang menjadikan masjid sebagai tempat berkempen politik dalam blognya. 

“Kita (semua NGO) berasa kesal dengan kenyataan tersebut kerana tindakan Zaid dianggap sangat biadab dan terdapat kecenderungan untuk menghasut pemikiran orang ramai. 

“Malah, tindakan itu boleh membangkitkan perasaan tidak setia rakyat terhadap Raja-raja Melayu dan kerajaan,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Zaid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, kira-kira jam 3.10 petang, semalam. 

Seramai kira-kira 30 orang hadir memberi sokongan terdiri daripada ahli UMNO Bahagian Kapar, Majlis Belia Selangor, Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor Klang dan Masjid al-Ansar, Kapar. 

Mereka beredar dari IPD Klang kira-kira jam 4 petang selepas selesai membuat laporan polis, semalam.

UMNO tak samseng tapi bangang

Guan Eng nafi sebut UMNO Samseng 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan ada menyebut UMNO sebagai samseng atau rasuah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim. 

Sambil melahirkan rasa kesal dengan kenyataan itu, beliau berkata Azhar cuba memutarbelitkan kenyataan dengan menyalahkannya apabila semua hujahnya dapat ditangkis oleh wakil Kerajaan Negeri. 

“Saya juga tidak pernah menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Kerajaan Pusat lain dalam DUN. Itu adalah urusan Pusat dan kita tidak pernah menimbulkannya kerana lebih tertumpu kepada isu berkaitan Pulau Pinang. 

“Mungkin Azhar tidak dapat membalas hujah saya apabila menimbulkan soal tender untuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri,” katanya pada sidang media di pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sini semalam. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya mengeluarkan tender yang berada dalam bidang kuasanya dan memberi kepada kontraktor yang layak. 

“Kita akan tentukan siapa yang layak jika tender itu kita yang punya. Kalau peruntukan Kerajaan Pusat, sudah pasti mereka yang akan mengeluarkan tender,” katanya. 

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Azhar yang cuba mencetuskan suasana ketakutan dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan, Guan Eng berkata Ketua Pembangkang tidak wajar menimbulkan isu tentera dan kejadian 13 Mei dalam DUN. 

“Saya juga meminta agar Najib dapat mengarahkan Azhar menarik balik kenyataannya itu dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kata-katanya itu,” katanya.

Tiga penjuru di Parlimen Sibu




SIBU - Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu menyaksikan pertandingan tigapenjuru antara calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew, Wong Ho Leong dari DAP dan calon Bebas Narawi Harun.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, Sibu, Sarawak kira-kira jam 11.25 pagi ini.

Londeh seluar fesyen terbaru


Menang kes pakai fesyen baru seluar

GAMBAR menunjukkan Ellis Drummond memakai fesyen seluar panjang yang mendedahkan seluar dalamnya.


BEDFORD, England - Seorang remaja Britain, Ellis Drummond, 18, berjaya mengenepikan perintah larangan pihak berkuasa daripada menghalangnya memakai seluar yang mendedahkan seluar dalamnya.
Keputusan itu dibuat oleh seorang hakim sebuah mahkamah majistret di sini baru-baru ini.
Menurut hakim itu, Nicholas Leigh-Smith, perintah antikelakuan sosial yang dikenakan ke atas remaja yang melarang dia memakai seluar berkenaan sebenarnya melanggar Akta Hak Asasi Manusia.
Drummond yang berasal dari Rushden di Northamptonshire, sebelum itu dilarang pihak berkuasa untuk memakai seluar panjang yang boleh melurut ke bawah sehingga orang awam dapat melihat dengan jelas seluar dalam yang dipakainy

kalau mati tak payah lagi susah-susah


Kit jenazah Dunia Kifayah


JASRI (tengah) dan barisan pengurusan Dunia Kifayah memperkenalkan kit lengkap pengurusan jenazah.


DALAM mengharungi kehidupan seharian kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku pada masa hadapan termasuklah soal kematian.
Kematian akan datang tanpa memberi sebarang amaran sehingga kebiasaannya membuatkan kita tidak bersedia dan sukar mencari barangan pengurusan jenazah pada saat-saat akhir.
Menyedari kepentingan itu, sebuah syarikat bumiputera Dunia Kifayah yang ditubuhkan pada September 2009 membangunkan kit lengkap pengurusan jenazah bertujuan untuk memudahkan umat Islam dalam menguruskan jenazah dengan lebih seragam, tertib dan sistematik.
Pengurus Besar Dunia Kifayah, Jasri Jamil, berkata, pengenalan produk keluaran syarikatnya diharap dapat membantu umat Islam memenuhi keperluan dan penyeragaman pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah.
ANTARA peralatan yang terdapat dalam kit lengkap pengurusan jenazah keluaran Dunia Kifayah.


"Produk ini juga dikeluarkan agar dapat memupuk kesedaran khususnya di kalangan generasi muda. Asalkan kit pengurusan jenazah ini ada sesiapa sahaja berupaya untuk menguruskan jenazah tidak kira di mana mereka berada.
"Melalui produk ini, umat Islam dapat mengelak kelewatan untuk menguruskan jenazah kerana tidak mempunyai bekalan mencukupi apabila berlakunya kematian," katanya.
Kit lengkap pengurusan jenazah yang diperkenalkan Dunia Kifayah mengandungi 20 peralatan utama meliputi peralatan dan bahan asas untuk pengurusan jenazah seorang Islam.
Ujar Jasri, peralatan tersebut merangkumi tiga helai kain kapan, kain kemban, tudung, baju, kain murung (enam set), sarung bantal (empat helai), tali (lima helai), kapas dua gulung, air mawar, akar sintok, putik kapas (15 batang), celak, kapur barus, minyak atar, sabun, serbuk cendana, apron plastik, plastik sampah, sarung tangan getah dan topeng muka.
Katanya, produk itu merupakan kit pengurusan jenazah yang paling lengkap boleh didapati di pasaran. Jasri menegaskan produk kelengkapan itu diperkenalkan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan kerana jika diamati tuntutan fardu kifayah sebelum ini sering dipandang ringan oleh masyarakat Islam walaupun ia perkara wajib.
Katanya, melalui pengalaman sendiri, memang sukar mencari kelengkapan kerana tidak semua kedai menjualnya dan perkara itu merupakan salah satu faktor kit lengkap pengurusan jenazah dibangunkan syarikatnya.

PERALATAN pengurusan jenazah yang lengkap mempercepatkan urusan pengebumian dijalankan. - Gambar hiasan


"Produk kit pengurusan jenazah ini telah dipasarkan sekitar Johor dan kami menyasarkan untuk memperluas lagi pasaran sehingga seluruh negara.
"Kita juga sedang dalam perancangan untuk memasarkan produk ini ke luar negara seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei," katanya lagi.
Tanah perkuburan Kifayah
Menyentuh mengenai perancangan jangka pendek, Jasri menambah, syarikatnya sedang dalam proses membangunkan kit kelengkapan jemaah haji dan umrah.
"Kita ingin memudahkan lagi bakal-bakal jemaah haji dan mereka yang ingin mengerjakan umrah," ujarnya.
Dalam pada itu, syarikat Dunia Kifayah juga bercadang untuk mempunyai van jenazah dilengkapi dengan pemandu yang akan membantu menyediakan peralatan memandikan dan pengebumian jenazah.
Jasri menambah, perancangan jangka panjang pula mewujudkan panel pengurus jenazah di setiap negara yang mempunyai rakyat beragama Islam.
"Kita juga bercadang untuk mempunyai tanah perkuburan Kifayah yang diuruskan sepenuhnya oleh Dunia Kifayah. Ia lengkap dengan segala infrastruktur seperti surau, pejabat urusan Kifayah, tapak letak kereta dan khidmat buggy.
AKAR sintok antara peralatan yang tidak mudah dibeli di pasar raya.


"Tanah perkuburan ini nanti akan dikawal 24 jam oleh pengawal keselamatan dan hanya boleh dimasuki oleh ahli keluarga yang berdaftar sahaja. Apabila ia menjadi realiti kelak, kami berharap tanah perkuburan Kifayah akan menjadi tanda aras untuk diikuti oleh pengurusan tanah-tanah perkuburan lain di seluruh negara," ujar Jasri lagi.
Tambahnya, apa yang ingin diketengahkan lebih kepada usaha untuk menjadikan tanah perkuburan sebagai mesra masyarakat dan persekitaran.