Sunday, September 26, 2010
Kes Sosilawati dijangka segera selesai
DIBAWA SEMULA KE TEMPAT KEJADIAN: Pihak polis membawa suspek utama semula ketempat kejadian pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat,kelmarin. Foto HARIAN METRO
GEORGETOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam berkata siasatan kespembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga yang lain dijangkaselesai dalam tempoh terdekat.
'Polis masih meneruskan siasatan (kes pembunuhan Sosilawati)... kita akanselesaikan tidak lama lagi,' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlisrumah terbuka Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob, sempena Hari Raya Aidilfitri, disini.Kelmarin, pasukan forensik polis dilaporkan sekali lagi melawat ladang miliksuspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang terletak di Ladang Gadong, TanjungSepat, Banting, Selangor.Datuk Sosilawati, 47 tahun; pemandu beliau, EncikKamarudin Shansuddin, 44 tahun; peguam peribadinya, Encik Ahmad Kamil Abd Karim, 32 tahun; dan seorang pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur,Encik Noorhisham Mohammad, 38 tahun; dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu selepasdikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.Pada 13 September lalu, polismengesahkan mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar danabunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong.Sementara itu, pihak polis yangmenyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik berkenaan menafikan laporan-laporanyang mengatakan bahawa Datuk Sosilawati telah dirogol sebelum dibunuh.'Sosilawatitidak dirogol!' tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd BakriZinin, ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan Khamis lalu, yangmendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati turut dirogol.Dalam satukenyataan kelmarin, Datuk Seri Mohd Bakri berkata laporan mengatakan polis sedangmenyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.'Pihakpolis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawatidirogol tidak benar.'Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaanbaik, dan mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelumdibenarkan berjumpa peguam mereka,' katanya.'Selain tujuan di atas, tiada sebarangpemeriksaan lain dipohon kepada pihak hospital oleh Polis Diraja Malaysia ke ataskelapan-lapan suspek berkenaan,' tambahnya.Beberapa akhbar melaporkan bahawasemua lapan suspek terbabit dibawa ke HKL untuk diambil sampel darah dan air maniuntuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menyiasat maklumat terbarukemungkinan Sosilawati dirogol.Semua suspek dibawa ke tingkat satu, BahagianKecemasan dan Trauma HKL, dengan kawalan ketat polis, termasuk dua daripadamereka yang ditahan kerana disyaki memeras ugut isteri seorang saudagar batupermata, Encik Allal Kathan Muthuraja, 34 tahun, dari Chennai, India, yang dilaporkanhilang selepas berjumpa suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati atas urusanperniagaan, 18 Januari lalu.Mengulas dakwaan suspek mereka tidak diberi peluangmempertahankan diri sebelum ditahan reman, selain dipukul serta dipaksamenandatangani beberapa dokumen, Datuk Seri Mohd Bakri meminta suspekmembuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.Sementaraitu, di Putrajaya, agensi berita Bernama melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Encik Shamsul Iskandar Mohd Akin, kelmarin hadir di pejabat SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkanbukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan DatukSosilawati. -- Bernama, Harian Metro.
Bagaimana Mas Selamat lolos dari pusat tahanan akan didedah, kata DPM
SINGAPURA
BUTIR-BUTIR mengenai bagaimana ketua Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, dapat meloloskan diri daripada Pusat Tahanan Whitley, akan didedahkan kepada umum setelah siasatan selesai dijalankan, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Wong Kan Seng.
Encik Wong, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, berkata hal itu sedang disiasat dan beliau belum dapat memberikan perinciannya.'Berapa lama siasatan bergantung kepada sejauh mana Mas Selamat memberikan kerjasama dan kesahihan pendedahannya,' ujarnya semasa ditemui media semalam.Namun, Encik Wong meyakinkan warga Singapura bahawa setelah siasatan dapat memastikan bagaimana Mas Selamat lolos daripada Pusat Tahanan Whitley Road, dan maklumat yang diberi tidak menjejas keselamatan operasi, ia akan dikongsi bersama orang ramai.Mas Selamat telah meloloskan diri daripada Pusat Tahanan Whitley pada Februari 2008 sebelum akhirnya ditangkap semula di Johor, Malaysia, pada April tahun lalu.Mas Selamat diberkas kali pertama di Indonesia pada Februari 2003 setelah melarikan diri ke sana pada Disember 2001.Siasatan mendapati dia merancang merampas sebuah pesawat di Bangkok, Thailand, dan menghempaskannya di Lapangan Terbang Changi.Encik Wong turut mendedahkan bahawa Mas Selamat kini ditahan di Pusat Tahanan Whitley Road di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Tentang tahap keselamatan di pusat itu, Encik Wong berkata, setelah Mas Selamat melepaskan diri daripada pusat tahanan itu dua tahun lalu, pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan (COI), yang telah memberikan saranan agar kawalan dan langkah-langkah keselamatan di pusat itu diperketatkan.'Saya telah ke sana baru-baru ini dan melihat langkah-langkah itu telah dilaksanakan dan kami yakin beliau berada di tempat yang sepatutnya dan pergerakannya akan dipantau dengan teliti oleh pihak keselamatan di situ,' ujar Encik Wong.Di bawah ISA, setelah seseorang ditangkap, dia boleh disiasat selama 30 hari sebelum keputusan dibuat sama ada beliau perlu ditahan di bawah Perintah Tahanan (DO).Namun, Encik Wong yakin, Mas Selamat akan dikenakan DO setelah tamat tempoh 30 hari itu.'Mas Selamat merupakan pengganas tegar. Penangkapan semula Mas Selamat tidak bermakna ancaman pengganasan terhadap Singapura telah berkurangan. Ancaman pengganasan adalah sesuatu yang wujud dan negara-negara di rantau ini bekerja keras untuk memeranginya,' ujar Encik Wong.Beliau turut menggesa orang ramai agar terus berjaga-jaga dan tidak bersikap sambil lewa.
'Terima kasih kerana pulangkan Mas Selamat'
SINGAPURA
MAS SELAMAT: Pengembaliannya ke tangan Singapura tiada kaitan dengan perjanjian tukar tanah yang dimeterai antara Singapura dengan Malaysia.
Perdana Menteri juga lahirkan penghargaan kepada rakyat Singapura atas sokongan berterusan mereka dalam usaha membanteras pengganasan dan memastikan negara ini selamat
PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas bantuan mereka mengembalikan pengganas paling dikehendaki, Mas Selamat Kastari, kepada Singapura.
Namun, beliau menegaskan bahawa penyerahan itu tidak ada kena-mengena dengan perjanjian tukar tanah yang dimeterai kedua-dua negara beberapa hari lalu.Encik Lee, yang berada di New York, Amerika Syarikat (AS), bagi menghadiri Sidang Puncak Kedua AS-Asean, semasa ditemui pihak media kelmarin berkata:'Kami berharap melalui kerjasama ini, kita akan dapat berganding bahu dan menjadikan Singapura serta Malaysia lebih selamat di rantau ini daripada gangguan pengganas ekstremis seperti Mas Selamat dan rakan-rakannya.'Encik Lee turut menekankan bahawa walaupun ketua Jemaah Islamiyah (JI) Singapura itu kini dalam tahanan Singapura, ancaman pengganasan masih belum reda.Sambil melahirkan penghargaan kepada rakyat Singapura atas sokongan berterusan mereka, Encik Lee berharap warga republik ini akan terus menyokong usaha membanteras pengganasan dan memastikan negara ini selamat.Tambahnya, masalah pengganasan masih belum reda dan masih ada pengganas lain di luar sana.Ketika ditanya jika penyerahan Mas Selamat ini dilakukan kerana hubungan Singapura dan Malaysia yang semakin mesra, Encik Lee berkata:'Kita mempunyai hubungan dua hala yang baik dengan Malaysia. Tetapi dalam hal kerjasama keselamatan, kita selalu mempunyai hubungan yang rapat.'Kerajaan Malaysia mengumumkan kelmarin bahawa pihaknya telah menyerahkan semula Mas Selamat, 49 tahun, kepada pihak berkuasa Singapura setelah ditahan di negara itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ditukil akbar The Star semalam sebagai berkata, 'keputusan menghantar Mas Selamat ke Singapura diambil setelah perbincangan dilakukan antara kededua negara dan dia dianggap tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan terhadap Malaysia'.Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng, semasa ditemui Berita Minggu malam tadi berkata, penyerahan semula Mas Selamat kepada pihak berkuasa Singapura adalah berlandaskan perjanjian yang dicapai dengan agensi keselamatan Malaysia, iaitu dia akan dikembalikan setelah tidak lagi diperlukan dalam siasatan mereka dalam memerangi pengganasan.'Penangkapan semula Mas Selamat di Malaysia oleh agensi keselamatan Malaysia pada April tahun lalu dan penghantaran balik Mas Selamat ke Singapura kelmarin adalah bukti kerjasama rapat antara agensi keselamatan Singapura dan Malaysia,' ujarnya, yang ditemui selepas pelancaran Pameran Bergerak GRC Bishan-Toa Payoh di Toa Payoh Hub semalam.Bagaimana Mas Selamat lolos akan didedahkan

Umno patut malu lulus lesen judi
Ali Hashim
KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.
Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.
Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.
"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.
"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.
Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.
Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.
"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.
"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.
"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.
Gamis seru mahasiswa terus bangkit
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Sept: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru kepada seluruh mahasiswa agar meneruskan kebangkitan dan berpandangan bahawa satu momentum baru terhadap gerakan mahasiswa akan berlaku pada masa hadapan.
Sehubungan itu, presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam kenyataan kepada Harakahdaily mengalu-alukan keputusan mahkamah semalam yang membebaskan lima mahasiswa UM daripada tuduhan terhadap mereka.
Katanya, Gamis berpendirian bahawa mahkamah selaku insitutusi keadilan telah menjalankan tanggungjawab secara adil dan telus untuk mengadili mahasiswa yang dituduh.
Tambahnya, Gamis juga menyatakan bahawa keputusan tersebut telah membuktikan bahawa mahasiswa tersebut bukanlah penjenayah seperti mana yang dituduh sesetengah pihak kerana mahasiswa sentiasa berjuang bagi pihak kebenaran.
Satira: Banyak tanda tanya penahanan Zunar
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Tindakan keras yang diambil pihak polis dalam menahan kartunis terkenal tanahair, Zunar menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan.
Menurut Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), ini demi mengekalkan kepercayaan masyarakat akan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam menerima sebarang maklumbalas daripada masyarakat mengenai perlaksanaan amanah dan tanggungjawab kerajaan.
Naib presidennya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, antara persoalan yang wajar dijelaskan ialah mengapa kebebasan bersatira untuk memperbaiki dasar pentadbiran awam diwar-warkan sebagai hasutan.
Katanya, satira merupakan salah satu kaedah kritikan berlapik yang diterima pakai sejak zaman belum merdeka lagi dan digunakan oleh ramai pejuang kemerdekaan seperti Pak Sako dan Pendeta Za’ba.
Justeru, katanya Ikram memandang serius mengenai penangkapan dan penahanan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque di bawah Akta Hasutan.
Ikram, jelas beliau pada dasarnya bersetuju dengan keperluan untuk melindungi masyarakat awam daripada diperdaya dengan laporan dan pengkhabaran palsu yang mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat.
Katanya, karya kartun semasa Zunar tidak tersiar di mana-mana akhbar atau makalah, dan buku-buku yang dijual pula sukar untuk didapati di toko-toko buku utama.
Namun, tambahnya kenyataaan bersifat perkauman seorang pengetua sekolah yang sudah lama diwar-warkan dalam media arus perdana tidak pula mengundang apa-apa tindakan undang-undang.
Malah, katanya lagi pemimpin nombor dua negara pun mengaku apa-apa tindakan terhadap pencetus insiden yang mencalar maruah kaum minoriti itu bukan di bawah bidang kuasanya.
“Bagaimana satira politik boleh dianggap lebih berbahaya daripada isu perkauman, sehingga perlunya Zunar dihantar ke beberapa lokap berturut-turut sebelum ditahan di bawah Akta Hasutan, sedangkan Akta Hasutan digubal untuk mengelakkan pemberontakan besar-besaran melalui cara-cara yang bercanggah dengan perlembagaan negara seperti tindakan subversif gerila komunis pada awal kemerdekaan Malaysia,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya Ikram mengesyorkan mana-mana institusi atau badan kerajaan yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap palsu dan berunsur fitnah dalam media bebas seperti forum atau blog di internet supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan.
Beliau menambah, tindakan menggertak dan menangkap para pengkritik dasar kerajaan dan menuduh mereka di bawah Akta Hasutan hanya akan menambahkan kesangsian rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk mengekalkan kebebasan bersuara sebagai salah satu hak yang wajar dinikmati rakyat.
Kerajaan, ujarnya perlu menyedari bercambahnya masyarakat Malaysia melalui media bebas seperti blog adalah berpunca dari kelemahan arus media perdana yang dilihat sebagai tidak objektif dalam menyebarkan berita serta gagal dalam meraikan kepelbagaian pendapat semasa segenap lapisan masyarakat yang berbeza falsafah politik dan kepercayaan.
Tambahnya, Ikram menggesa pihak berkuasa untuk membebaskan Zunar dengan serta merta agar keyakinan rakyat terhadap keterbukaan kerajaan dalam penerimaan kritikan awam demi penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan negara dapat dikekalkan.
“Sekiranya ditahan maka prosedur penahanan dipatuhi dan hak peguam perlu diberikan kepada Zunar. Sebarang tindakan intimidasi dan tekanan harus dihentikan,” ujarnya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)