Wednesday, May 8, 2013

Kadar pertambahan pengundi yang meragukan

Mohd Zuhdi Marsuki,

1. Semalam saya ada mengemukakan analisis awal tentang "Fenomena Terengganu 2004", iaitu berkaitan dengan pertambahan pengundi baru yang begitu mendadak. Hampir semua negeri pertambahan pengundi baru melebihi 16%, malah Selangor mencapai 30.2%. Terengganu sejak 1999 mengekalkan 3 pengggal berturut pertambahan pengundi yang menakjubkan iaitu 17.3% pada 1999-2004, 14.1% pada 2004-2008 dan 22.1% pada 2008-2013. Lebih menakjubkan Sabah pada tempoh 2004-2008 pertambahan pengundi baru 83.7%? Bukankah ini petanda wujudnya pengundi hantu sebagaimana yang didedahkan oleh RCI baru-baru ini.

2. Menurut laporan Bank Dunia pertumbuhan penduduk Malaysia ialah 1.6% setahun, iaitu mengambil kira kadar kelahiran dan kadar kematian. Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia ini sepatutnya mencerminkan kadar pertambahan pengundi baru. Kalau satu penggal parlimen iaitu lima tahun atau kurang, kadar pertambahan pengundi sepatutnya sekitar 8% (1.6 x 5 = 8%), itupun kalau 100% yang layak mengundi mendaftar sebagai pemilih. Persoalannya, daripada mana datangnya jumlah pertambahan 30.2% di Selangor, 19.6% di Kedah, 19.6% di Perak dan lain-lain. Kalau kadar di Selangor ini mengambil kira kadar migrasi, sepatutnya ada negeri lain yang kadar negatif atau sangat kurang sebab pengundi berpindah ke Selangor, sebaliknya seluruh negara bertambah dengan mendadak.

3. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Bridget Welsh, beberapa kawasan parlimen memperlihatkan pertambahan pengundi yang sangat menakjubkan, iaitu pertambahan melebihi 25% di 90 kawasan parlimen. Antaranya parlimen Pasir Gudang dan parlimen Tebrau di Johor yang memperlihatkan pertambahan pengundi baru sebanyak 39% dan 45%. Manakala parlimen Cameron Highland, sebuah kawasan tanah tinggi dan pedalaman, pertambahan pengundi baru ialah 20%. Ketiga-tiga kawasan parlimen ini di menangi oleh Barisan Nasional. Dua buah kerusi parlimen panas, Bachok di Kelantan dan Bukit Gantang di Perak, pertambahan pengundi baru ialah 21% dan 29%. Dengan pertambahan sebanyak itu PAS menang dengan majoriti yang sangat tipis iaitu 1% di Bachok dan 2% di Bukit Gantang.

4. Saya begitu yakin pola pertambahan pengundi baru ini berlaku di seluruh negara terutama di kawasan-kawasan parlimen yang Barisan Nasional menang dengan majoriti tipis pada tahun 2008. Sebagai contohnya, parlimen Jerantut, yang merupakan salah satu sasaran PAS untuk dimenangi disebabkan majoriti BN pada tahun 2008 ialah 1946. Kadar pertambahan pengundi baru di kawasan ini ialah sebanyak 19.6%, iaitu kadar yang tidak munasabah bagi sebuah kawasan pedalaman seperti ini. Kesannya, walaupun calon PAS berjaya menambah undi sebanyak 4415 iaitu satu jumlah yang selesa untuk mengatasi majoriti kemenangan BN pada tahun 2008, jumlah ini tidak memberikan apa-apa makna dengan pertambahan pengundi yang begitu meragukan.

5. Pola yang hampir sama berlaku kepada sebuah lagi kerusi PAS yang sepatutnya boleh dipertahankan, iaitu parlimen Kuala Selangor. Pada tahun 2008, PAS menang tipis di kawasan parlimen ini dengan majoriti 860. Bagaimanapun, pertambahan pengundi di kawasan parlimen ini sejak tahun 2008 ialah hampir 32%, dan lebih menakjubkan kadar peratusan yang keluar mengundi ialah 89.2%. Calon PAS di kawasan ini berjaya menambahkan undinya sebanyak 8244 undi, daripada 18796 pada tahun 2008 kepada 27040 pada tahun 2013. Bagaimanapun, pertambahan itu tidak begitu bermakna disebabkan calon BN memperolehi pertambahan yang lebih berlipat ganda kesan daripada pertambahan pengundi baru sebanyak 32% tersebut.

6. Fenomena inilah yang berlaku di Terengganu pada tahun 2004, apabila berlaku pertambahan pengundi baru yang begitu mendadak di Terengganu, iaitu lebih 17% sedangkan di negeri-negeri lain ketika itu begitu rendah. Faktor ini kemudiannya diperkukuhkan dengan peratusan keluar mengundi yang begitu tinggi di Terengganu ketika itu sehingga mencecah lebih 90%. Saya yakin fenomena yang sama telah mencorakkan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini, sehingga PR digagalkan untuk menguasai Putrajaya walaupun mood rakyat jelas menunjuk ke arah itu. "Fenomena Terengganu 2004" ini diyakini mempunyai kaitan dengan penyertaan warganegara asing yang turun mengundi dan lain-lain kategori pengundi ragu yang telah dibangkitkan oleh banyak pihak.

Nasrudin ajak Saifuddin sertai panel Temerloh

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh yang baru Nasrudin Hassan hari ini membayangkan mahu mengajak bekas lawannya Datuk Saifuddin Abdullah untuk bersama sebagai anggota panel perunding untuk parlimen itu yang akan ditubuhkan.

Menurut Nasrudin, panel tersebut akan memperincikan idea pembangunan Temerloh di bawah tema "Temerloh Daerah Berkebajikan".

"Saya akan tubuhkan Panel Perunding "Temerloh Daerah Berkebajikan" dan bercadang untuk menjemput sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah menyertainya agar turut sama menyumbang idea kearah pembangunan rakyat dan kemajuan daerah Temerloh.

"Mudah-mudahan Datuk Saifudin tidak menghampakan saya dan rakyat Temerloh," katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Mewujudkan panel perunding "Temerloh Daerah Berkebajikan" adalah merupakan salah satu tawaran dalam manifesto Nasrudin pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Dalam keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, Nasrudin mewakili PAS berjaya memenangi parlimen Temerloh.

Beliau mendapat 28,267 undi mengatasi calon BN Saifuddin Abdullah yang memperoleh 27,197.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...


Harakahdaily, 07 Mei 2013

Beliau berumur 82 tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.

Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.

Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

Rumahnya (gambar kanan) pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.

Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.

Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.

Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249. Ketika menang besar ini beliau melepaskan jawatannya dan diserahkan kepada timbalannya untuk meneruskan perjuangan.

Beliaulah bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990 - 2013) iaitu Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

BN ditolak melalui ‘Tsunami internet dan anak muda’

BANDAR JENGKA: PAS hari ini menyeru agar rakyat terus berusaha untuk membina gelombang yang lebih besar untuk menumbangkan Umno-BN pada PRU-14 nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ini kerana rakyat secara umumnya telah menolak BN mengikut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.

Mengikut data yang dikeluarkan SPR, daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.

Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi berbanding 4,513,997 undi kepada BN.

“Gelombang menolak BN melalui 'Tsunami Internet dan Anak Muda' ini akan berterusan. Dalam lima tahun akan datang, lebih ramai rakyat, dan terutamanya anak muda akan menjadi celik politik kerana terdedah dengan maklumat yang ada di internet,” tegas Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar PR perlu mengambil masa ini untuk melatih polling agent – supaya mereka lebih cekap untuk menangkap dan menghidu helah yang dimainkan pihak-pihak tertentu di hari mengundi.

“Gerakan mendesak agar sistem pilihanraya dirombak dan dibersihkan perlu terus digerakkan. Satu referendum rakyat perlu diadakan terhadap kepimpinan SPR hari ini, samada mereka patut diberikan mandat menerajui SPR,” Tuan Ibrahim menambah.

PAS, kata Tuan Ibrahim, juga memberi jaminan akan terus berusaha menjadi pelindung kepada semua lapisan rakyat daripada sebaran cubaan untuk mencetuskan konfrontasi kaum.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalahkan keputusan BN yang semakin merosot sebagai fenomena ‘Tsunami Cina.’

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkata hanya pihak yang tidak bertanggungjawab sahaja yang ingin melihat fenomena menolak BN ini dari sudut perkauman.

“Apa yang berlaku di PRU13 ialah penolakan secara umum daripada semua golongan terhadap BN. Disebabkan itu, BN tewas undi popular buat kali pertamanya dalam sejarah,” tegasnya.


Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Ibrahim.


KENYATAAN MEDIA


Secara umum, BN telah ditolak oleh rakyat.

Mengikut data yang dikeluarkan SPR, daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.

Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi berbanding 4,513,997 undi kepada BN.

Gelombang menolak BN melalui “Tsunami Internet dan Anak Muda” ini akan berterusan. Dalam lima tahun akan datang, lebih ramai rakyat, dan terutamanya anak muda akan menjadi celik politik kerana terdedah dengan maklumat yang ada di internet.

Di samping itu, Pakatan Rakyat perlu mengambil masa ini untuk melatih polling agent – supaya mereka lebih cekap untuk menangkap dan menghidu helah yang dimainkan pihak-pihak tertentu di hari mengundi.

Gerakan mendesak agar sistem pilihanraya dirombak dan dibersihkan perlu terus digerakkan. Satu referendum rakyat perlu diadakan terhadap kepimpinan SPR hari ini, samada mereka patut diberikan mandat menerajui SPR.

Rakyat, teruskan usaha untuk membina gelombang lebih besar menumbangkan Umno-BN pada PRU14 nanti.

Di samping itu, PAS juga memberi jaminan akan terus berusaha menjadi pelindung kepada semua lapisan rakyat daripada sebaran cubaan untuk mencetuskan konfrontasi kaum.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 Mei 2013

Adun sulung PAS Melaka ucap terima kasih

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Dun itu yang mengundi beliau pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Mari sama-sama kita rapatkan saf kita dan bekerjasama bagi menyelesaikan apa juga masalah rakyat dalam Dun Bukit Baru tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama," ujar beliau di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam semalam.
Khalid berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat bagi menyuarakan apa juga masalah mereka serta menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.

Sebagai Adun dari PAS, beliau sudah tentu akan menyuarakan apa juga masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat termasuk soal kebajikan orang Melayu, Cina, India dan sesiapa juga.

"Insya Allah dalam masa terdekat yang akan membuka pusat khidmat Adun Bukit Baru bagi menjadi one stop centre untuk rakyat mengadu hal dan masalah," ujar beliau yang juga AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Pada PRU13 Ahad lepas, beliau yang memperolehi 9,292 undi menewaskan calon BN, Karim Yaacob yang mendapat 9,244 undi.

Dun Bukit Baru dimenangi Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada PRU12 dengan majoriti 2,708 undi.

Mohd Ali yang bertanding di Parlimen Bukit Katil pada PRU kali ini mendapat 40,720 undi tewas kepada calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengaut 46,167 undi dengan majoriti 5,447 undi.

Majoriti rakyat Perak masih bersama Pakatan


KUALA LUMPUR: PAS Perak mendakwa majoriti rakyat negeri itu masih bersama Pakatan Rakyat biarpun gagal menawan semula negeri itu Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata pada PRU13 lalu, dari jumlah 1,160,292 pengundi Perak, Pakatan Rakyat meraih 54 peratus undi popular berbanding 44 peratus diperolehi BN.

"Malah PAS Perak masih dapat mengekalkan sokongan undi popular sebanyak 46% yang diperolehinya dalam PRU 12 walaupun dengan peningkatan jumlah undi baru sebanyak 33% di kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PAS. 

"Angka ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN pada hakikatnya bukanlah merupakan kemenangan mutlak dan rakyat pada keseluruhannya masih menyandarkan harapan kepada PR untuk melakukan perubahan," katanya. 

Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi DUN berbanding BN 31 kerusi sekaligus gagal menawan semula pentadbiran Perak yang pernah dikuasai 11 bulan pada 2008 lalu sebelum berlaku rampasan kuasa pada 2009.

Bagaimanapun, keputusan yang memihak BN kali ini dilihat masih meletakkan mereka dalam keadaan tidak stabil untuk memerintah negeri.

Mengulas keputusan PRU kali ini PAS Perak bagaimanapun katanya mampu menerima kekalahan tersebut mengikut sistem yang terpakai.

"Atas arahan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Titi Serong yang baharu, Haji Abu Bakar Hussien meminta agar seluruh pendokong PAS dan PR Perak khasnya agar bertenang dengan keputusan PRU 13 kali ini. 

"Diminta semua pendokong PAS dan PR agar menerima arahan daripada pimpinan dari masa kesemasa dengan suasana yang ada sekarang dan jangan bertindak di luar arahan pimpinan. Kita sebenarnya sudah menunjukkan kematangan kita berhadapan dengan keputusan yang telah dibuat pada PRU 13 kali ini," katanya.

Jesteru, katanya PAS Perak berharap agar semua meneruskan kerja-kerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PAS dan PR di Perak khasnya.

Najib perlu buka laluan untuk Muhyiddin – Husam

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan.

“Pada 2008, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.

"Kalau logik singkir Pak Lah ialah universal, logik yang sama perlu dipakai pada Najib. Morally, Najib harus buka laluan untuk Muhyiddin untuk ganti beliau sebagai Perdana Menteri,” kata Husam semalam.

Menurut Husam, Najib mencatat keputusan yang lebih teruk daripada Pak Lah di mana BN kalah dalam undi popular kepada Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dan juga kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 daripada 140 daripada apa yang dicapai Pak Lah.

Husam juga menyentuh ungkapan ‘Tsunami Cina’ yang diguna Najib untuk mencari kambing hitam atas prestasi BN yang semakin merosot.

“Isu itu dibangkitkan untuk sambung hayat politik Najib yang terumbang-ambing dengan keputusan PRU13. Ungkapan itu juga menandakan konsep 1Malaysianya telah gagal. Konsep itu adalah satu-satunya modal Najib – sekarang modal ini sudah gagal, maka beliau harus berundur,” tegas Husam.

Husam juga menolak hujah politik Najib mengenai ‘Tsunami Cina’ yang menyebabkan kemerosotan BN kerana BN hampir-hampir kehilangan Terengganu yang peratus undi Melayunya 95 peratus.

“Saya menolak politik perkauman dan anti-Cina. Saya yakin ada cetusan lain untuk mengekalkan beliau (Najib) sebagai Perdana Menteri,” kata Husam.

Mahkamah batal beri tanah kepada 5 JKKK



(Mahkamah memberikan hak kepada para pelalajr sekolah rendah Islam Darul Bayan ini)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ke atas Kerajaan Trengganu dan Pejabat Tanah Dungun bagi membatalkan keputusan Kerajaan Trengganu yang memberikan tanah yang diduduki oleh sekolah itu.

Ini ekoran tindakan kerajaan negeri memberikan tapak sekolah yang diberikan kepada mereka sebelum ini kepada lima individu yang berkait rapat dengan Umno iaitu ahli-ahli dan kroni JKKK Kg Cacar dan Kg Limbung.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa dalam keputusannya dalam perbicaraan hari ini.

5 individu tersebut adalah Ibrahim bin Abdullah (ahli JKKK Kg Limbung), Abd Ghani bin Muda (suami Setiausaha JKKK Kg Limbung), Muhamad bin Idris (ahli JKKK Kg Limbung), Rosli bin Hashim (Ahli JKKK Cacar) dan Suhaini binti Abd Karim (isteri Naib Pengerusi JKKK Kg Limbung).

Pada tahun 2003 Kerajaan Terengganu melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan pemberian hartanah yang dikenali sebagai PT 15024, Kolam Mak Tegar, Mukim Paka, Dungun kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Hasil kelulusan tersebut pihak sekolah telah mendirikan bangunan sekolah dan asrama bagi anak anak yatim.

Bagaimanapun pada sekitar tahun 2012 melalui semakan di pejabat tanah di Dungun didapati pada tahun 2011, hartanah tersebut telah diberikan kepada 5 orang individu yang mempunyai hubungan dengan Umno.

Carian juga menunjukkan saiz hartanah yang diberikan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan juga dikecilkan saiznya iaitu dari saiz asalnya seluas 14,827 kaki persegi kepada hanya 9,172 kaki persegi sahaja.

Akibat tidak berpuashati dengan keputusan Kerajaan BN Terengganu itu, pihak sekolah telah melantik peguam iaitu Tetuan Mazwan & Nasar untuk mencabar pemberian hakmilik hartanah kepada 5 individu Umno itu agar di batalkan oleh Mahkamah.
Setelah mendengar hujah-hujah lisan dan bertulis peguam pihak sekolah tersebut iaitu Encik Mohamed Hanipa Maidin dan Encik Nasar Khan dan hujah Peguam Kanan Persekutuan dariPejabat Penasihat Undang Undang Negeri Trengganu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustapa hari ini memutuskan memihak kepada Sekolah Islam Darul Bayan.

(Hanipa...peguam yang kini anggota Parlimen Sepang)

Hakim Mohd Yazid mengisytiharkan keputusan Kerajaan Terengganu memberi hakmilik hartanah tersebut kepada 5 individu yang dikaitkan dengan Umno itu adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim juga memerintahkan perintah certiorari dikeluarkan bagi memadamkan kesemua nama 5 individu tersebut dari rekod pendaftaran di Pejabat Tanah.

Dalam keputusan bertulisnya yang dibaca hari ini, hakim juga menyatakan beliau bersetuju dengan hujah peguam pihak sekolah tersebut iaitu pemberian hakmilik hartanah tersebut kepada 5 individu tersebut tanpa kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan PAS dibatalkan terlebih dahulu adalah keputusan yang tidak adil, tidak munasabah dan tidak rasional.

Keputusan itu juga, menurut Mahkamah, meranapkan jangkaan sah (legitimate expectation) Sekolah Islam Darul Bayan untuk diberikan hak untuk didengar atas alasan apakah hartanah itu diberikan kepada 5 individu tersebut.

Dalam piliharaya umum ke 13 baru-baru ini kerusi Dun Paka dan Parlimen Dungun telah dirampas oleh Pakatan Rakyat dari BN.

50,000 redah hujan ke himpunan Pakatan



9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm: Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.

8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

Mereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm: Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

Orang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

Ya Allah... suasana di himpunan kemenangan PAS di Marang Terengganu

Kejamnya bn.....nak menang punya pasal....

Mayat petugas PKR bg Parliament TAPAH ditemui terapung dalam lombong di kawasan Perindustrian Bemban, kelmarin......"Lokasi kejadian adalah lombong terbiar di belakang kawasan perindustrian dan jauh dari kediaman penduduk.
"Ketika ditemui, mayat itu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Setelah diangkat ke atas tebing, kita dapati badan mayat berkenaan diikat dengan satu bongkah besi yang dijadikan pemberat untuk menenggelamkannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Beliau memaklumkan, pemeriksaan awal yang dilakukan oleh doktor patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan pukulan di kepala mayat dan mangsa dipercayai telah mati lebih kurang lima hari.
Katanya, siasatan di tempat kejadian turut menemui beberapa ikatan dawai berukuran lebih kurang 50 meter panjang dan satu pita pelekat hitam lebih kurang tiga inci.
"Kita percayai barangan yang ditemui merupakan lebihan dawai yang digunakan untuk mengikat mayat berkenaan dan mayat mangsa kemudiannya dihantar ke HRPB untuk bedah siasat."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan dengan objek tumpul. Selain itu, terdapat tiga kesan pukulan pada bahagian belakang kepala dan satu di bahagian dahi mayat itu," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa penemuan mayat berkenaan telah menjurus kepada satu laporan polis membabitkan kehilangan seorang ahli keluarga yang dibuat di Bidor, 1 Mei lalu.
Katanya, laporan dibuat oleh seorang lelaku berusia 44 tahun yang mengatakan adiknya, K Murugan, 37 tidak pulang ke rumah sejak jam 11.30 malam pada hari sama laporan dibuat.
"Ahli keluarga berkenaan telah dipanggil untuk membuat pengecaman berdasarkan tanda tatu pada badan mayat yang ditemui dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah serta IPD Tapah kini dalam usaha menjejak penjenayah terbabit dalam kes itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori. Kepada sesiapa yang mengenali mangsa atau mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ajit Singh di talian 05-362 9222," katanya.

anwar naik motor....

ADUN Pakatan tak hadir angkat sumpah MB Perak

Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut.

Sementara itu, Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu.

"Bagi saya, PRU13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita
(BN)meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada hari ini," katanya.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN.

[LIVE] Ceramah Pasca PRU 13 di Rusila Terengganu

.Semalam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengulangi bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan

Pakatan Rakyat
Ditanya tentang keputusan parti untuk tidak menyertai Kabinet, Liow berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pucuk pimpinan itu sebelum ini.

"Jika ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kami akan rujuk kepada Presiden parti (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) untuk membuat keputusan.Semalam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengulangi bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan, baik peringkat pusat mahupun negeri, seperti yang dipersetujui pada mesyuarat agung luar biasa parti tahun lepas.

Dr Chua juga tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijadual tahun ini.

- Bernama

rakyat tunjuk kuasa...

barua najib (bn)

komponen bn....semua jadi barua najib (bn)

racist yang sebenarnya...

 

masjid rusila sekarang....rakyat bangkit menolak bn

batal rasuah....

siapa yang racis

Dalam Pada Kata Ingin Menyatupadukan Semua Kaum Selepas PRU13, Ternyata Segala Omongan Mereka Hanyalah Kosong. Lihatlah Laporan Yang Tidak Bertanggungjawab Oleh KOSMO Hari Ini. Gara-Gara Undi Golongan Cina Tak Memihak Kepada BN, Maka Mereka Dilabel "Talam Dua Muka"... Sudah-Sudahlah Mainkan Isu Sentimen Perkauman... Calon MCA Pun Ada Yang Menang... Masyarakat Cina Pun Banyak Undi Calon Melayu Dari PAS & PKR... Tidak Timbul Isu Ini Sebenarnya... Sudah-Sudahlah MEROYAN Tue... Kalau Begini Cara Mereka, Makin Jauhlah Masyarakat Cina Kepada UMNO/BN... Nampaknya, Mereka Tidak Belajar Dari Kesilapan... ::.kikiki.::

CIMB-cambodia, indonesia, myanmar, bangla

dakwat tipu satu malaysia...

Ajaib kan? Mcm biskut. Dakwat kekal pada jari Najib pun hilang. Tak sampai 5 hari. Apa kata SPR sekarang? 

bn menang barang naik....

baca jangan tak baca...

perhimpunan dikelana jaya....

tak perlu permit

tsunami rakyat bangkit menolak bn

gagal seludup....bn kalah...

dua beradik...

barang naik....bn

tak perlu permit

Satu referendum rakyat perlu diadakan terhadap kepimpinan SPR hari ini, samada mereka patut diberikan mandat menerajui SPR.

Bapak penipu

jumlah pengundi pekan lebih banyak dari kuantan.....tipu rakyat lagi....

Siapa nak sokong penipu...

jumlah pengundi pekan lebih banyak dari kuantan.....tipu rakyat lagi....

Bapak penipu

Tentera China nafi tuduhan Pentagon




8 Mei 2013
China
China sebelum ini mendakwa AS telah melancarkan 100,000 serangan siber setiap bulan yang menyasarkan laman ketenteraan milik mereka.
BEIJING - Tentera China, semalam menafikan sekeras-kerasnya tuduhan baru yang dilemparkan Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu melancarkan pengintipan siber.

Kolonel Kanan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), Wang Xinjun menegaskan kerajaan tidak pernah membenarkan aktiviti penggodaman dan beliau turut menyifatkan laporan Pentagon itu sebagai tuduhan tidak berasas serta boleh menjejaskan kepercayaan antara satu sama lain.

Kelmarin, Pentagon mendakwa China terlibat dalam aktiviti pengintipan siber secara meluas sebagai usaha untuk mendapatkan maklumat berhubung dasar luar kerajaan dan rancangan ketenteraan AS.

Menurut laporan itu, Beijing kononnya telah menggunakan rangkaian eksploitasi komputer (CNE) untuk menyokong koleksi maklumat risikan pelbagai sektor termasuk sistem industri pertahanan yang menyokong program ketenteraan negara tersebut.

Selain itu, Pentagon turut mendedahkan kelengkapan persenjataan milik China yang didakwa kini semakin canggih, laporan dipetik daripada AP.

Rundingan Turki-Israel hampir selesai




8 Mei 2013
Israel
Israel bersetuju untuk membayar pampasan kepada keluarga sembilan aktivis Turki yang terbunuh pada 2010.
TEL AVIV - Rundingan antara pegawai Turki dan Israel berhubung perjanjian untuk memberi pampasan kepada sembilan aktivis pro-Palestin yang terkorban dalam insiden serangan ganas ke atas kapal Mavi Marmara, tiga tahun lalu dilaporkan hampir mencapai kata putus.

Kenyataan dikeluarkan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memaklumkan mesyuarat itu menunjukkan perkembangan positif.

Difahamkan, perjanjian tersebut tidak dapat ditandatangani kerana beberapa isu masih memerlukan penjelasan dan persetujuan antara kedua-dua belah pihak, laporan dipetikan daripada AFP.

Pada 22 April lalu, satu mesyuarat awal diadakan di Ankara memfokuskan syarat dan jumlah pembayaran ganti rugi yang turut dinamakan sebagai prasyarat oleh Turki untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel.