Saturday, November 22, 2014

Beza memang berbeza....

Raja Mohd Shahrim added 2 new photos.
24 mins · 
Beza memang berbeza.....Presiden Indonesia dan Isteri terbang ke Singapura bagi menghadiri Konvo anaknya dgn penerbangan komersial.. Class Economy saja..
Sementara Najib dan Rosmah TIDAK PERNAH mengunakan mana mana pesawat komersial, MAS, AIRASIA atau UFO.. tapi mengunakan pesawat/jet kerajaan saja..
LikeLike ·  · 

Banjir di Jeddah

Pesta Kerang di Terengganu






Samada anda setuju atau tidak hakikatnya fenomena kerang naik di Pantai Rusila dan sekitarnya lebih meriah dari Monsoon cup yg menelang belanja jutaan ringgit.

Militan Somalia Bunuh 28 Penumpang Bas di Kenya


Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 6:01 PM

GARISSA, Kenya: Sekumpulan lelaki bersenjata menahan sebuah bas di timur laut Kenya berdekatan sempadan Somalia awal hari ini dan membunuh 28 penumpang dalam serangan hendap yang didakwa polis dilakukan oleh kumpulan Shebab.

Serangan terbaharu yang dilancarkan kumpulan Shebab di Kenya itu berlaku seminggu selepas serbuan polis ke atas beberapa masjid di bandar pelabuhan Mombasa hingga mencetuskan ketegangan di bandar bergolak itu.

"Saya boleh sahkan bahawa...28 penumpang yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam oleh anggota kumpulan Shebab," kata Ketua Polis Wilayah, Noah Mwavinda, merujuk kepada kumpulan militan Somalia.

Kumpulan lelaki bersenjata itu menyerang hendap bas yang dalam perjalanan ke Nairobi, beberapa kilometer selepas meninggalkan Mandera, sebuah bandar yang terletak di sempadan Somalia di timur laut Kenya.


Kira-kira 60 penumpang diarah turun dari bas itu dengan lelaki bersenjata itu memisahkan mereka ke kumpulan beragama Islam dan bukan Islam.

Anggota militan itu kemudian menaiki bas bersama penumpang bukan Islam dan cuba meninggalkan tempat itu, namun gagal kerana kenderaan berkenaan tersekat.

"Jadi mereka membunuh semua tahanan sebelum melarikan diri ke Somalia," kata Mwavinda.

Pasukan Palang Merah Kenya mengesahkan angka korban itu menerusi Twitter selepas tiba di tempat kejadian.

Pembunuhan itu berlaku seminggu selepas seorang penduduk ditembak mati manakala lebih 350 yang lain ditahan susulan serbuan pasukan keselamatan Kenya ke atas beberapa masjid di Mombasa bagi mencari senjata dan penyokong Shebab. 

Lavrov tuduh Barat mahu 'pertukaran rejim' di Russia

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menuduh Barat berusaha untuk melakukan perubahan rejim di Russia menerusi pelbagai sekatan berhubung konflik Ukraine.
"Barat menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak mahu memaksa (Russia) mengubah dasar, mereka mahu mencapai perubahan rejim," katanya Lavrov pada forum pakar politik di Moscow. - AFP

Malaysia siasat kenyataan Jokowi


Anifah Aman
Anifah Aman
SHAH ALAM - Kementerian Luar akan menyiasat kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang dikatakan memberi arahan supaya kapal-kapal nelayan asing yang memasuki perairan Indonesia secara haram dikaramkan manakala anak kapal diselamatkan sebagai amaran keras kepada nelayan-nelayan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya sukar untuk mempercayai kenyataan tersebut kerana Malaysia dan Indonesia telah menandatangani perjanjian garis panduan penguatkuasaan undang-undang maritim antara kedua-dua negara pada 27 Januari 2012.

"Menerusi MoU tersebut, kedua-dua negara telah mencapai kata sepakat untuk hanya mengusir dan tidak menangkap nelayan-nelayan yang didapati menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia-Indonesia," katanya, semalam.

Beliau berkata sehingga kini, Kementerian Luar melalui Perwakilan Malaysia di Indonesia masih belum menerima sebarang notis konsulat secara rasmi daripada pihak Indonesia berhubung penangkapan tersebut.

"Kedutaan Besar Malaysia telah menghubungi Kementerian Luar Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya mengenai maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut. Sekiranya mereka disahkan rakyat Malaysia, bantuan konsulat sewajarnya akan dihulurkan," katanya.

Beliau berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga tidak menerima sebarang notis penangkapan nelayan Malaysia daripada pihak berkuasa Indonesia.

"Kementerian Luar dan APMM sedang memantau perkembangan mengenai isu penahanan nelayan Malaysia ini," katanya.

Kelmarin, beberapa media tempatan melaporkan pihak berkuasa Indonesia menahan seramai 200 nelayan Malaysia yang didakwa telah menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Menurut laporan tersebut, Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto, menyatakan bahawa penangkapan ini adalah sebahagian daripada operasi mencegah penangkapan ikan secara haram oleh pihak berkuasa Indonesia yang bermula semenjak 17 November 2014.

Duta Besar Indonesia di Malaysia dalam kenyataannya berkata, sehingga kini belum dapat dipastikan jumlah sebenar warganegara Malaysia memandangkan proses siasatan masih berjalan.

Nenek buta hidup sendirian


Keadaan nenek berkenaan yang tinggal bersendirian.
Keadaan nenek berkenaan yang tinggal bersendirian.
SAYU hati sepasukan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tatkala menjejakkan kaki mereka di perkampungan Orang Asli Kuala Mu, di sini baru-baru ini apabila bertemu seorang nenek buta yang hidup dalam kedaifan.

Apatah lagi, di kala mata mereka menyaksikan nenek itu sedang sibuk mengais saki baki beras dalam guni kosong untuk dimakan.

Hanya setelah yakin guni itu benar-benar kosong, dengan mata yang gelap gelita serta tangan tiada bertenaga, dia meletakkan guni itu ke tepi.

Bertambah pilu apabila melihat tangan si nenek teraba-raba mencari cawan, sedangkan cawan yang dicapai kosong apabila diteguk.

Penduduk setempat yang ditemui memaklumkan, usia nenek itu sudah mencecah 100 tahun dan hidupnya sebatang kara serta hanya mengharap ihsan jiran tetangga.

Kata penduduk itu lagi, dengan mata yang tidak dapat melihat sejak beberapa tahun lalu, kehidupan nenek itu sangat mencabar.

Siapa sangka ALLAH menemukan pasukan NGO terbabit dengan nenek tua itu untuk merawat hati mereka dengan sinar keinsafan dan kesyukuran di Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Untuk itu, bagi mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah berhubung dengan penganjur kembara ‘Xtreme Amal 4x4’ di page rasmi Muslim Volunteer Malaysia di laman Facebook dan Instagram.

Tony Pua Dituntut Mohon Maaf Kepada PM


Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 10:41 PM

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dituntut mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pua diminta berbuat demikian berikutan ucapannya dalam satu majlis makan malam anjuran DAP pada 3 November lalu yang dimuta naik dalam YouTube.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata surat tuntutan itu disampaikan kepada Pua yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada pukul 3 petang Jumaat.

"Dalam video itu beliau mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak seperti seorang raja yang terlibat dalam sejarah skandal terbesar merompak rakyat.

"Kami telah meminta permohonan maaf secara bertulis dan menggesa beliau menarik balik kenyataannya," kata Hafarizam ketika dihubungi The Star Online.

Pua mengesahkan bahawa beliau menerima notis berkenaan.

Polis Cari 21 Individu Bantu Siasatan Kes Rempuh UM


Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 9:56 PM
Enam daripada 21 individu yang dikehendaki pihak polis bagi membantu saiatan kes pencerobohan UM.

KUALA LUMPUR: Polis pada Jumaat mengeluarkan gambar 21 individu yang boleh membantu siasatan kes pencerobohan di Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Dilaporkan bahawa sebelum ini UM membuat laporan polis berhubung pencerobohan dan kerosakan pintu pagar semasa himpunan ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah menggesa 21 individu berkenaan tampil membantu siasatan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak akan menangkap mereka sebaliknya kami hanya mahu merekodkan kenyataan mereka.

"Bantuan mereka penting bagi melengkapkan siasatan peringkat akhir. Sila maklumkan kepada mereka jika anda mengetahui siapa mereka," katanya.


Bagaimanapun katanya, polis berkemungkinan akan mendapatkan waran tangkap sekiranya kesemua 21 individu terbabit gagal tampil membantu pihak polis.

Anggota Ketiga Disyaki Militan Didakwa


Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 7:45 AM
Mohamad Fauzee didakwa di Mahkamah Sepang kerana disyaki terlibat dengan IS.

KUALA LUMPUR: Anggota ketiga militan yang kembali dari Syria didakwa di Mahkamah Sepang kerana menyokong  kumpulan pengganas Negara Islam (IS).

Mohamad Fauzee Ahmad,46, didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada aktiviti kumpulan tersebut serta terlibat dengan senjata api dan bahan letupan pada 29 hingga 18 September.

Tindakannya tersebut dilihat boleh menyemarakkan lagi perjuangan keganasan serta membahayakan nyawa rakyat Syria.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 130J (1) (b) Kanun Keseksaan boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara, denda atau merampas apa-apa aset yang disyaki digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan. Mohamad Fauzee hanya mengangguk, menunjukkan dia memahami pertuduhan yang dibaca.

Hakim Nor Haffizah Mohd Salim menetapkan 15 Januari untuk sebutan sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff sebagai pendakwa kes itu.

Sumber mendedahkan bahawa Mohamad Fauzee adalah orang ketiga yang  ditangkap selepas pulang dari Syria yang dilaporkan berjuang untuk IS.

Dua lagi ditahan dan didakwa ialah Muhammad Fauzi Misrak, 32, dan pembantu kedai roti Mohammad Na'im Abd Rashid, 26.

Mereka didakwa pada 11 November lalu.

Difahamkan kedua-dua mereka telah didakwa berjuang untuk IS antara 13 Disember tahun lalu dan 14 Julai.

Kes Muhammad Fauzi akan disebutan semula kes 19 Disember manakala kes Mohammad Na'im pada 15 Disember.

Kedua-dua mereka ditahan bersama-sama dengan 12 orang lain dalam satu serbuan besar-besaran yang disyaki terlibat dengan aktiviti di antara 15 Oktober dan 17 Oktober.

Sehingga kini,  Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah menahan 38 rakyat Malaysia yang disyaki memberikan sokongan kepada IS sejak April.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis masih memburu lima lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (juga dikenali sebagai Abu Handzalah) dan pemilik kedai runcit Mohd Najib Husen, kedua-duanya 36, dipercayai pemimpin kumpulan militan yang melatih dan menghantar anggota untuk berperang di Syria dan Iraq.

Ahli ketiga yang dicari itu adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, yang juga dikenali sebagai Abu Nur.

Dua lagi lelaki yang dikehendaki ahli-ahli Darul Islam Sabah Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30.

Khalid menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat tampil menghubungi balai polis berhampiran atau 03-2266 7010, 011-2104 6850 atau e-mel polis di CTD.E8M@gmail.com.

Najib korban kebajikan rakyat hapus subsidi RON95 RAFIZI RAMLI

 21 November 2014.

SAYA mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi. Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya. Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya. Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan. Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut: 1.      Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan; 2.      Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran. Kegagalan atau keengganan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Apa pun alasan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi. - HARAKAHDAILY 21/11/2014

Tiada lagi subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis


BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Mulai 1 Disember, penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet hari ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

Berikutan itu, mulai tarikh itu juga tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam, katanya.

Melalui pengapungan terkawal, katanya, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Hasan berkata harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.

Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Beliau memberikan contoh harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 Nov 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.

Hasan berkata penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.

"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," katanya.

-- BERNAMA

Kuin: Tindakan Kerajaan BN Kedah seperti menghina Agong


DATUK MAHFUZ OMAR | .
PAS Kedah mempertikaikan sikap Kerajaan Barisan Nasional Kedah yang berterusan menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu pembinaan Kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.
Yang terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah mengatakan pembinaan kampus tersebut adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Hal ini jelas menampakkan BN menafikan bahawa betapa pentingnya sektor pendidikan untuk pembangunan modal insan dan BN lebih mementingkan soal untung rugi sahaja.
Ironinya, Kerajaan BN di peringkat Persekutuan dalam setiap kali pembentangan Bajet pastinya memberikan peruntukan yang tertinggi dalam sektor pendidikan. Yang terbaru untuk Bajet 2015, sebanyak RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan.
Pelaburan pendidikan adalah bersifat menguntungkan untuk jangka masa panjang, maka atas aspirasi inilah yang membuatkan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ketika itu sanggup mengambil risiko bersusah payah untuk menaiktaraf kolej universiti tersebut. Dengan pembinaan kampus yang lebih selesa bersesuaian dengan pertambahan jurusan pengajian yang ditawarkan untuk menampung keperluan 7,000 pelajar.
Perbuatan Kerajaan BN Kedah membangkit dan mempersoalkan pembinaan Insaniah ini samalah seperti mempersoal dan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah memperkenan dan merasmi pembukaan kampus Insaniah yang menjadi lambang kebanggaan Kedah ini pada 29 Januari 2013.
Bukankah dengan terhasilnya ramai graduan Insaniah dalam pelbagai bidang akan dapat membangunkan lagi modal insan dan sekaligus menjadi penyumbang ke arah pembangunan Kedah sendiri?
Sesungguhnya, pelaburan untuk pembangunan modal insan amatlah tidak ternilai harganya. Amatlah malang apabila pembinaan Insaniah ini dikatakan membazir, sedangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup berbelanja jutaan ringgit hanya untuk membuat pengubahsuaian kediaman rasmi beliau berserta taman pokok kurma.
Bukankah RM4.3 Juta wang rakyat dibelanjakan untuk kepentingan kecantikan dan kemewahan itu adalah satu pembaziran yang nyata?
PAS Kedah mendesak Kerajaan Barisan Nasional agar mengambil sifat tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih rakyat pada PRU13 yang lalu untuk menyelesaikan isu Insaniah ini dengan sebijaknya.
Usah kerana dendam politik sehingga sanggup menggadaikan harapan dan impian sekalian rakyat yang ingin melihat Insaniah terus mekar berkembang ke tahap yang lebih cemerlang. - HARAKAHDAILY 22/11/2014
Penuis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengeluaran KWSP 
cecah RM8.5 bilion

22 November 2014 2:58 AM
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pengeluaran fleksibel umur 55 tahun kekal sebagai pengeluaran tertinggi dengan RM1.7 bilion berbanding RM1.53 bilion pada suku tahun sama tahun lalu iaitu kenaikan sebanyak 11 peratus.
Ahli yang memilih untuk mengeluarkan simpanan KWSP melalui pengeluaran penuh umur 55 tahun pada tempoh sama, jelasnya, juga meningkat sebanyak 2.74 peratus kepada RM1.63 bilion dengan 40,931 permohonan diluluskan berbanding RM1.60 bilion pada suku ketiga tahun lalu.
Beliau berkata, KWSP melihat corak peningkatan ahli memilih pengeluaran simpanan KWSP secara berkala berbanding secara penuh disebabkan kaedah tersebut dapat membantu mereka merancang kewangan dengan lebih objektif.
“Pengeluaran fleksibel ini merupakan pilihan terbaik untuk ahli yang kini semakin memahami akan kepentingan memanjangkan tempoh simpanan KWSP, lebih-lebih lagi ketika jangka hayat semakin meningkat.
“Saya menggalakkan ahli menjadikan simpanan asas sebagai panduan bagi membantu memantau simpanan minimum yang diperlukan mengikut peringkat umur serta menggunakan perkhidmatan khidmat nasihat persaraan KWSP (RAS) di mana ahli di sekitar Lembah Klang boleh mendapatkan nasihat percuma dan tanpa bersikap berat sebelah.
“Ini membantu ahli memanjangkan tempoh simpanan KWSP dan mengatur matlamat persaraan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Shahril Ridza menjelaskan, pengeluaran perumahan mengalami sedikit penurunan dengan RM1.3 bilion berbanding RM1.31 bilion pada suku ketiga tahun lalu.
Dalam pada itu, beliau menambah, pengeluaran pendidikan meningkat kepada RM104 juta berbanding RM99.62 juta pada suku tahun yang sama tahun lalu.
Beliau berkata, suku ketiga tahun ini juga menyaksikan KWSP mencatat kenaikan 101.73 peratus penggunaan i-Akaun kepada 1.96 juta berbanding 969,592 pada tempoh yang sama tahun lepas.
Shahril Ridza berkata, peningkatan dalam penggunaan i-Akaun disebabkan kempen berterusan mempromosikan penggunaan kemudahan dalam talian itu yang memudahkan ahli untuk menyemak penyata KWSP pada bila-bila masa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengeluaran-kwsp-8232-cecah-rm8-5-bilion-1.27767#sthash.Ensp2Vnk.dpuf

Pancaroba ibu tunggal


Sepi daripada dunia seni, Haleeda Othman beri tumpuan terhadap anak tunggalnya

a
HALEEDA mahu terus abdiikan diri kepada dunia seni.
MULA bertapak 24 tahun lalu di persada seni hiburan tempatan, nama Haleeda Othman, 41, kebelakangan ini mula menjadi sebutan selepas wajahnya mula membintangi beberapa drama di kaca televisyen tempatan, selain kembali mewarnai pentas muzik tanah air.
Pun begitu, bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan ini pernah suatu ketika agak lama mendiamkan diri tanpa sebarang publisiti dalam bidang seni gara-gara memberi sepenuh perhatian terhadap puteri tunggalnya, Amirah Amani, 20.
Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Setia Kasih itu, bergelar ibu tunggal bukannya satu tugas mudah untuk digalas, malah ia juga tidaklah begitu membebankan andai bijak mencari peluang meneruskan kelangsungan hidup.
“Semua ini adalah ujian yang Allah turunkan kepada saya untuk menguji hamba-Nya. Saya tidak mengeluh kerana Dia tahu saya boleh hadapinya sebaik mungkin. Alhamdulillah, saya diberi kekuatan bagi mengatasi apa jua masalah yang timbul.
“Sehingga hari ini, saya bersyukur kerana diberi banyak peluang untuk berdikari meneruskan kelangsungan hidup bersama Amirah. Sepi tanpa seni bukan bermakna saya terus bersara, tetapi tetap aktif mencari rezeki demi membesarkan anak serta memastikan masa depannya terjamin.
“Saya cuba berikan yang terbaik untuk Amirah termasuklah menghantarnya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Berbekalkan ilmu pendidikan yang ditimbanya, diharap ia boleh dijadikan bekalan hari dewasanya kelak. Saya puas lihat dia membesar di hadapan mata sendiri,” jelas Haleeda.
Pada masa yang sama, sementelah hanya tinggal berdua dengan anaknya itu, Haleeda memberitahu bahawa dia sudah biasa dengan keadaan tersebut dan tidak pernah memikirkan untuk kembali mengikat tali perkahwinan dengan sesiapa pun.
Walaupun kadang-kadang mengakui berasa keseorangan berada di rumah tatkala anaknya meneruskan pengajian di Institut Teknologi Perak, Haleeda selesa dengan statusnya.
“Bagi menghilangkan rasa sunyi, saya habiskan kebanyakan masa di pusat gimnasium. Di samping itu, pada usia sebegini, saya cuba mengekalkan stamina yang baik demi menjalankan kerja-kerja harian. Dunia seni adalah punca utama rezeki saya. Jadi, saya perlukan tubuh badan yang sihat dan cergas agar tidak membantutkan usaha menjana pendapatan,” ujar wanita yang masih kelihatan anggun ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/pancaroba-ibu-tunggal-1.27476#sthash.HLKV6TOZ.dpuf

Kerang naik darat

Oleh Rosli Ilham
Dungun: Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai berpusu-pusu ke pantai terbabit untuk mengutip kerang yang memenuhi dua pantai berkenaan, semalam.
Kehadiran kira-kira 200 orang yang tidak melepaskan 'rezeki terpijak' itu menjadikan keadaan sekitar pantai seumpama pesta.
Difahamkan, lambakan kerang ditemui penduduk sejak jam 2 petang dan kejadian itu dipercayai disebabkan spesies bercengkerang itu dihanyutkan ombak kuat ke pantai.
Mizan Mamat, 36, dari Marang, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan sebelum segera ke pantai Rhu Muda untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu.
"Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya ketika ditemui di pantai Itu, semalam.
Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun lambakan kerang di Pantai Sura tidak sehebat Pantai Rhu Muda, dia tetap mengumpulkan kira-kira lima kilogram.
"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 8:49 PM


FOTORosli Ilham
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10711#sthash.MDKvknhv.dpuf

Penangkapan nelayan: Wisma Putra belum terima notis konsular

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar melalui perwakilan Malaysia di Indonesia belum menerima sebarang notis konsular secara rasmi berhubung penangkapan 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya berkaitan maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut.
"Sekiranya mereka disahkan rakyat Malaysia, bantuan konsular sewajarnya dihulurkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga tidak menerima sebarang notis penangkapan nelayan berkenaan daripada pihak berkuasa Indonesia dan Kementerian Luar serta APMM sedang memantau perkembangan tentang isu penahanan ini.
Anifah berkata, Malaysia dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Garis Panduan Bersama Tentang Pelayanan Terhadap Nelayan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Indonesia, yang dimeterai pada 27 Januari 2012.
Menerusi MOU itu, kedua-dua negara mencapai kata sepakat hanya akan mengusir dan tidak menangkap nelayan yang didapati menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia-Indonesia.
Anifah turut mengulas dakwaan Presiden Joko Widodo yang dipetik sebagai 'memberi arahan supaya kapal-kapal nelayan asing yang memasuki perairan Indonesia secara haram akan dikaramkan, manakala anak-anak kapal diselamatkan' sebagai amaran keras kepada nelayan terbabit.
"Saya tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang presiden dan akan siasat dakwaan ini," kata Anifah.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian akan terus memantau perkembangan isu ini dan sentiasa bersedia memberi khidmat serta bantuan konsular bagi menjaga kebajikan dan keselamatan warga negara Malaysia di luar negara.
Hari ini beberapa media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa Indonesia menahan 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.
Menurut laporan itu, Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto berkata tangkapan itu adalah sebahagian daripada operasi mencegah penangkapan ikan secara haram oleh pihak berkuasa Indonesia yang bermula sejak 17 November lalu.
Di SERDANG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada sebarang laporan tentang nelayan tempatan hilang untuk dikaitkan dengan laporan penahanan 200 nelayan yang didakwa rakyat Malaysia di perairan Indonesia.
Ini, katanya, berdasarkan laporan Jabatan Perikanan setiap negeri di Semenanjung sehingga kini yang memeriksa setiap keluarga nelayan jika terdapat kehilangan anggota keluarga mereka.
"Sekarang ini kita sedang memeriksa dengan keluarga nelayan di Sabah dan Sarawak. Kita juga tiada sebarang laporan yang sahih daripada kedutaan kita di sana bagi mengaitkan tangkapan tersebut dengan warga negara Malaysia, yang ada hanya laporan media," katanya.
Ismail Sabri sebelum itu menghadiri majlis menandatangani MoU Kerjasama dalam bidang pertanian antara Malaysia dan Myanmar bersempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia 2014.
Myanmar diwakili Menteri Pertanian dan Pengairannya U Myiant Hlaing.
Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan nelayan yang ditangkap bukan rakyat Malaysia namun kapal digunakan didaftarkan di Malaysia dengan menggunakan nama warga tempatan serta bendera Malaysia.
Ketika diminta mengulas tindakan tegas yang ingin dikenakan kerajaan Indonesia terhadap 200 nelayan itu jika benar mereka adalah warga Malaysia, beliau berkata perkara itu tidak akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
"Kalau benar ada pencerobohan nelayan maka itu adalah kewajaran tindakan mereka tetapi mengikut perjanjian jika kawasan itu adalah tuntutan bertindih maka nelayan yang masuk ke kawasan itu hanya akan dihalau keluar," katanya.
Mengenai MoU itu, Ismail Sabri berkata ia bagi mempertingkatkan kemajuan dalam industri tanaman, ternakan dan perikanan kedua-dua negara yang seterusnya dapat menyokong transformasi sektor pertanian Malaysia.
"Kerjasama ini juga akan menjadi landasan bagi mempromosikan aktiviti komersial dan perdagangan antara sektor swasta Malaysia dengan Myanmar dalam bidang-bidang yang berkaitan," katanya.
- BERNAMA

Ukraine: Biden bidas Putin



PRESIDEN Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) memerhatikan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ketika membuat kenyataan selepas perbincangan di Kiev hari ini. - Foto AFP
KIEV: Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, hari ini mengutuk sikap Russia di Ukraine sebagai "tidak boleh diterima" dan menggesa ia mematuhi perjanjian damai September lalu dengan menghormati gencatan senjata dan membawa keluar angkatan tenteranya dari negara itu.
Mengajukan kenyataan itu kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, Biden berkata: "Lakukan apa yang ada sudah persetujui, Encik Putin,"
Merujuk kepada tindakan Russia menakluk Crimea pada Mac lalu dan menyokong puak pemisah di timur Ukraine, Biden, dalam kenyataan kepada media bersama Poroshenko, berkata sikap Russia adalah "pelanggaran terang-terangan prinsip asas sistem antarabangsa".
Biden berkata, Amerika Syarikat akan terus menyokong Ukraine yang demokratik tetapi tidak menyatakan secara khusus sebarang bantuan baharu.
Russia menafikan ia memberi senjata kepada puak pemisah atau menghantar anggota tentera merentasi sempadan kedua-dua negara. - Reuters

Tunda tayangan filem Jokowi

Jakarta: Filem ‘Jokowi Adalah Kita,’ yang mengisahkan kehidupan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) ditunda tayangannya, kesan daripada kenaikan harga minyak di negara itu baru-baru ini.
Filem itu yang menceritakan mengenai perjuangan Jokowi sepanjang menjadi gabenor Jakarta hingga sebelum memenangi pilihan raya presiden sebelum ini dijadual mula ditayangkan 20 November lalu.
Penerbit K2K Production KK Dheeraj mengambil keputusan menunda tayangan filem berkenaan selepas dicadangkan oleh kumpulan penyokong Jokowi, BARA JP, atas alasan keadaan tidak sesuai.
“Penayangannya ditunda. Kenaikan harga minyak itu menyebabkan keadaan politik menjadi panas. Kita tunggu masa yang kondusif,” kata Dheeraj.
Menurutnya,langkah itu diambil walaupun filem ‘Jokowi Adalah Kita’ membawa mesej yang positif.
“Kenaikan harga minyak mencetuskan rasa tidak puas hati dan di sesetengah tempat, berlaku keganasan,” katanya.
Dia mengaku tindakan itu diambil selepas disyor oleh BARA JP.
“Kumpulan itu mahu masyarakat menonton filem terbabit. Mereka bimbang ramai yang memulaukannya selepas Jokowi mengumumkan kenaikan harga minyak,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:17 AM


FILEM ‘Jokowi Adalah Kita’ sepatutnya ditayangkan pada 20 November lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10904#sthash.4rmxET2o.dpuf

Tiada perawan pun boleh jadi polis

Jakarta: Isu mengenai pemeriksaan perawan calon polis wanita Indonesia masih menjadi kontroversi.
Yang terbaru, Ketua Perubatan dan Kesihatan Polis Republik Indonesia (POLRI), Brigadier Jeneral Arthur Tampi bertegas menyatakan, tiada ujian keperawanan dilakukan untuk menjadi polis wanita.
“Tidak ada istilah memeriksa keperawanan. Tidak ada calon yang tidak lulus semata-mata kerana mereka sudah tidak perawan,” kata Arthur pada sidang akhbar di ibu pejabat POLRI, di Jakarta, semalam.
Menurutnya, proses menyaring calon dilakukan menerusi pemeriksaan fizikal dan psikologi.
“Pemeriksaan fizikal meliputi seluruh tubuh, dari kepala hingga kaki, termasuk organ peranakan. Ia bagi memastikan calon mampu menjalani latihan fizikal di akademi.
“Kita hanya memeriksa bagi mereka bebas jangkitan atau tumur atau yang lain yang oleh menyebabkan latihan terjejas,” katanya.
Mengulas mengenai sistem pemeriksaan ke atas calon wanita, dia berkata: “Bagi pemeriksaan kelamin calon wanita, kita cuma lihat, tidak menyentuh selaput dara.”
Dia mengaku keadaan selaput dara memang boleh mempengaruhi pemeriksaan tetapi tidak sampai mereka boleh gagal dipilih menjadi anggota polis.
“Hasil pemeriksaan itu akan dikumpulkan dalam penilaian pemilihan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:13 AM


SEKUMPULAN polis wanita Indonesia mendengar taklimat sebelum bertugas di Jakarta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10852#sthash.VZKDZF2b.dpuf