Thursday, December 9, 2010

Ditahan di bawah ISA: Manoharan, Uthayakumar saman PM


09/12/2010 11:20am

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Dua peguam, M. Manoharan dan P. Uthayakumar hari ini memfailkan writ saman RM200 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiga tahun lalu.
Selain Perdana Menteri, plaintif turut menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak dan kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keenam.
Kedua-dua plaintif mendakwa ditahan tanpa perbicaraan selama dua tahun mulai 13 Disember 2007 di tempat tahanan perlindungan di Taiping di bawah ISA 1960. - Utusan

JIHAD MELALUI PILIHANRAYA..

Kita kempen orang ikut perjuangan islam, sokong dan bersama dengan islam. Seorang yang berjaya kita ajak dan pujuk kepada islam, maka pahalanya lebih mahal drpd kereta, kapal terbang yg pling mahal harganya.

Oleh kerana itu kita memilih cara demokrasi. Demokrasi ialah cara mendirikan kerajaan melalui pujukan kepada rakyat dalam pilihanraya. Memang amalan demokrasi datang dari barat, bukan dari islam, ia dr greek, democratus, bermaksud kuasa rakyat ataupun demokratis rakyat yg berkuasa, yg boleh menubuh kerajaan. Asalnya diamalkan di Athen, kerajaan greek zaman dahulu. Apabila mereka hendak tubuh kerajaan, mereka memanggil rakyat berhimpun dalam stadium. Mereka memanggil pahlawan-pahlawan, org besar, org kaya, manakala org miskin dan perempuan tidak dipanggil. Mereka yg dipanggil diminta mengundi memilih pemimpin secara angkat tangan.

jihad gunakan senjata

Islam menunjukkan cara yg lebih baik. Umpamanya apabila nabi SAW.. mendirikan kerajaan islam madinah, kerajaan yg beramal dgn al-quran dan hadis. Dalam masa yg sama baginda bermesyuarat dgn para sahabat RA. Apabila Nabi SAW wafat, para sahabat memilih Abu Bakar menjadi pemimpin secara syura. Mereka memilih org yg bijak, adil, baik akhlaknya, mempunyai kehebatan memimpin dan cukup syaratnya sebagai pemimpin sebagaimana yg dikehendaki dalam islam. Demokrasi barat adalah diambil daripada fekah islam iaitu setelah org putih menakluki negeri org islam. Umpamanya Perancis menakluki Negara Afrika, mereka mengambil kitab2 fekah mazhab maliki dan hanafi di Syam(Syiria). Mazhab Syafie’ di alam Melayu. Kita belajar bab puasa, solat, zakat dan haji sahaja. Org putih mengambil bab memerintah rakyat. Bab solat mereka tidak belajar.

jihad dlm pilihanraya. pejuang di malaysia..

Kita mengambil bab solat dan puasa. Org putih mengambil bab pemerintahan Negara, tetapi mereka menolak bab iman, dosa dan pahala. Demokrasi ialah cara memilih kerajaan dgn memujuk org. Nabi kita mengajar supaya kita memujuk org. Oleh kerana itulah maka ulama’ kita memilih cara demokrasi untuk memerintah Negara. Kita mengajak org supaya memilih parti PAS, untuk kita hantar wakil ke Parlimen dan DUN. Kalau wakil yg dipilih itu ramai, kita perintah kerajaan. Kalau tidak ramai, wakil kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia membawa suara rakyat yg menyokongnya dalam pilihanraya. Ini yg kita kena faham. Kalau kita kalah dan tidak menang satu kerusi pun dalam pilihanraya, kita perlu tangani dan mencegah kemungkaran yg berlaku kerana mematuhi sabda nabi SAW.  Yg bermaksud:

“Sesiapa yg melihat perkara mungkar, hendaklah dia cegah dgn tangan, kalau tidak mampu dengan tangan,hendaklah mencegahnya dengan lidah. Kalau tidak mampu dengan lidah mesti mencegahnya dalam hati, Cegah dalam hati adalah selemah-lemah iman.”

pejuang di palestin...

ditulis balik oleh Aiman al Qassam dari buku TAZKIRAH JIHAD
karangan:
TG HAJI ABD HADI AWANG
yg diterbitkan oleh
DEWAN ULAMA' PAS NEGERI TERENGGANU

Pendakwaan terhadap Khir Toyo bukan sandiwara: Najib


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya tindakan mendakwa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung tuduhan rasuah adalah sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, BN dan UMNO tidak pernah menjadikan kes itu sebagai satu "mainan" kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti kes berkenaan sebelum mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu.

"Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara.

"Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan mendakwa Dr Mohamad Khir hanya sebahagian daripada sandiwara UMNO untuk membersihkan imej parti itu di mata rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

MANGSA simbah asid dapat sumbangan RM 10, 000

MANGSA simbah asid bapa, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, gembira apabila mendapat sumbangan tabung ihsan kembali ke sekolah daripada Kementerian Pelajaran. Sumbangan sebanyak RM10,000 itu disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi (kiri), di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Aswadi Alias

MEMBIMBANGKAN: 2,426 KES ROGOL BAGI LAPAN BULAN PERTAMA TAHUN INI

SEBANYAK 2,426 kes rogol dilaporkan berlaku bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, menyaksikan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 456 kes manakala Perlis negeri terendah mencatatkan kes serupa (18 kes).

Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 289 kes sumbang mahram dilaporkan dengan Johor mencatat kes tertinggi sebanyak 43 kes. Sementara Perlis pula mencatatkan kes paling rendah sebanyak satu (1) kes.

Bagi kes gangguan seksual pula sebanyak 1,441 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama, menyaksikan Johor jug ayang paling tinggi mencatatkan kes berkenaan, sebanyak 216 kes dan Perli juga paling rendah dengan 20 kes.

Statistik ini dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, di Parlimen, hari ini. Katanya, bagi jumlah kes yang didakwa, sebanyak 119 kes pesalah rogol telah dibawa ke mahkamah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Sebanyak 73 kes gangguan seksual juga didakwa di mahkamah dalam tempoh serupa.

Berdasarkan jumlah kes yang dikeluarkan kementerian, sudah pasti angka rogol ini boleh dianggap semakin membimbangkan kerana kebiasaannya dalam perlakuan jenayah, bagi setiap kes yang dilaporkan sekurang-kurangnya satu kes lain tidak dilaporkan.

Ini bermakna jika kes yang tidak dilaporkan dihitung secara kasar, terdapat hampir 5,000 kes rogol sepanjang 8 bulan pertama tahun ini dan hampir 600 kes sumbang mahram pula yang berlaku.

Dewan Rakyat kecoh lagi isu Anwar-Apco




2010/12/08

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh lagi hari ini apabila cubaan wakil rakyat pembangkang untuk menangguhkan persidangan dewan bagi membincangkan hukuman yang mungkin dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide, ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Beria-ia membela Ketua Pembangkang itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk mempertikaikan keputusan Pandikar Amin yang menolak usul dikemukakannya semalam, kerana mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dibicarakan seadilnya oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana tidak diberi peluang untuk membela diri.
"Tindakan itu tidak adil kerana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi termasuk daripada Anwar dan sebaliknya akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide pada 19 Ogos lalu."Kenapa Yang Berhormat Permatang Pauh juga tidak diberikan peluang untuk 'cross-examine' surat yang diberikan oleh Apco? Ini hanya menguatkan lagi andaian bahawa Apco ini cukup berkuasa untuk mempengaruhi UMNO dan Barisan Nasional. UMNO tunduk kepada rejim Zionis!" katanya. 

Mohamed Azmin mengemukakan usul untuk membincangkan isu Anwar itu kepada Dewan Rakyat pada Isnin lalu tetapi ditolak oleh Pandikar Amin dalam kamarnya hari ini, dengan alasan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen belum membuat sebarang keputusan berhubung kes Anwar-Apco berkenaan. 

Ketua Pembangkang itu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas mendakwa kononnya konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Apco Worldwide, firma perunding Amerika Syarikat. 

Sebelum ini dilaporkan bahawa Anwar mungkin berhadapan dengan tindakan digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berikutan kenyataannya itu apabila jawatankuasa berkenaan mengemukakan cadangannya kepada Dewan Rakyat sebelum persidangan kali ini berakhir pada 16 Disember ini. 
Menjelaskan keputusannya menolak usul itu, Pandikar Amin menegaskan bahawa usul itu tidak dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat yang betul selain pihak jawatankuasa belum lagi menyerahkan laporannya berhubung siasatan kes berkenaan kepada Dewan Rakyat untuk membolehkan ia dibahaskan. 

Bagaimanapun alasan itu tidak diterima oleh Mohamed Azmin yang mencabar kesabaran Yang Dipertua Dewan apabila terus berhujah walaupun telah berkali-kali diarahkan supaya duduk. 

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) turut mencelah meminta supaya Pandikar Amin tidak membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu kerana khuatir wujudnya elemen konflik berkepentingan kerana beliau juga pengerusi jawatankuasa berkenaan. 

Pandikar Amin, bagaimanapun, menolak andaian itu dan menegaskan beliau berpendapat tidak ada sebarang elemen konflik berkepentingan. 

Dewan persidangan seterusnya bertambah panas apabila lebih ramai wakil pembangkang bangun membantah manakala Mohamed Azmin pula lebih "galak" berbahas sehingga mengeluarkan kata-kata yang nyata tidak menyenangkan pihak BN. 

"Perang mulut" yang berpanjangan hampir satu jam itu memaksa Pandikar Amin untuk mengarahkan beberapa Ahli Parlimen yang degil supaya keluar Dewan sehingga 2.30 petang. 

"Tolong keluar, Padang Serai (PKR-N Gobalakrishnan), Balik Pulau (PKR-Yusmadi Yusoff) and Indera Mahkota (PKR-Azan Ismail). Siapa lagi yang berdiri? Juga boleh keluar," katanya yang menyebabkan majoriti ahli pembangkang meninggalkan persidangan. - BERNAMA 

Maritim Malaysia dapat helikopter baru

Mohamad Tokoh Keluarga Mithali Maal Hijrah




KUALA Terengganu - Tokoh Keluarga Mithali Maal Hijrah 1432H, Mohamad Abu Bakar menyifatkan penganugerahan yang diterimanya adalah sebagai satu dedikasi yang ditujukan khas buat isteri tercinta, Allahyarhamah Ramlah Abas. 

Beliau yang menerima anugerah tersebut sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1432H berkata, anugerah ini didedikasikan khas buat arwah isterinya yang telah berjaya mendidik 10 orang anak mereka sehingga ke menara gading. 

“Mendidik anak bukan setelah mereka lahir, tetapi bermula sebelum lahir lagi ibu bapa seharusnya telah mula mendidik mereka de-ngan bacaan ayat suci al-Quran supaya mereka menjadi seorang anak yang cerdik dan pandai kelak,” katanya yang ternyata gembira dan bersyukur dengan anugerah yang diterimanya itu. 

Sementara itu, sambutan maal hijrah itu juga turut menganugerahkan Ziq Bakery & Cake sebagai penerima anugerah bagi kategori Kilang Produk Halal Terbaik yang diusahakan oleh Suzana Mohamad Salleh, 36, dan suami, Badrol Hisham Zaki, 41.

Jual cendol sambil bercerita



Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/12/09

SULAIMAN menunjukkan buku nota dan teks yang digunakan sebagai bahan rujukan sebelum menceritakannya kepada pelanggan yang berkunjung ke gerainya.
SULAIMAN menunjukkan buku nota dan teks yang digunakan sebagai bahan rujukan sebelum menceritakannya kepada pelanggan yang berkunjung ke gerainya.
Sulaiman kongsi sejarah negara bersama pelanggan

REMBAU: Pengusaha gerai cendol popular di negeri ini, Sulaiman Dawi, 57, akan bercerita kepada pengunjung premisnya mengenai fakta menarik sejarah negara ini tanpa jemu dari bermulanya waktu perniagaan sehingga tamat.
Itulah keistimewaan Warung Cendol Leman Dawi di Kilometer 11, Sungai Gadut, di sini yang tidak asing lagi di kalangan penduduk Negeri Sembilan dan sekitarnya.Mereka yang pernah mengunjungi warung itu, pasti akan terpaku mendengar fakta sejarah yang menjadi teman setia bicaranya sambil menikmati hidangan cendol.

Bagi Leman Dawi, bercerita mengenai sejarah Malaysia adalah satu perkara yang sangat menarik untuk dikongsi bersama pelanggan yang datang ke gerainya.

“Saya menyimpan keratan akhbar, majalah dan buku berkaitan sejarah dan fakta menarik sejak dari tahun 60-an lagi.

“Apa yang saya ceritakan adalah fakta yang dikeluarkan oleh sumber bertulis yang boleh dipercayai, bukannya sekadar mereka-reka cerita. Saya menceritakan semula kepada pengunjung sebagai tarikan,” katanya ketika ditemui Berita Harian. 
Katanya, antara skop penceritaan yang sering menjadi pilihan ialah kenegaraan dan asal usul negeri di Malaysia.

“Saya menyimpan keratan akhbar sejarah yang menarik dalam buku nota khas, membacanya berulang kali dan menceritakan kembali kepada pengunjung yang datang. Lama kelamaan, ia terpahat dalam fikiran dan dengan mudah diceritakan. 

“Apabila mereka meminta bukti, saya tunjukkan keratan akhbar itu kepada mereka, bukannya sekadar cakap kosong,” katanya.

Beliau mempunyai lebih dari 10 buku nota yang mengandungi keratan fakta sejarah, di samping buku teks kenegaraan yang menjadi miliknya sejak tahun 80-an.

“Fakta yang saya ada semuanya pernah disiarkan di akhbar dan majalah, tetapi ramai yang tidak perasan kewujudannya.

“Jadi, saya mengambil peluang ini untuk mengingatkan masyarakat mengenai asal usul mereka dan pentingnya mengingati sejarah pembentukan negara ini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengunjung yang datang, bukannya untuk menikmati cendol, sebaiknya ingin mendengar beliau bercerita mengenai sejarah tempat masing-masing.

“Saya akan tanya setiap pengunjung yang datang tempat asal mereka dan menceritakan kepada mereka berdasarkan fakta yang saya kumpul. Bukan saja penduduk tempatan, gerai ini menjadi kunjungan pelancong dari seluruh negara,” katanya.

Gerai Cendol Leman Dawi dibuka setiap hari, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, bergantung kepada stok cendol. Perkara menariknya mengenai gerai ini, pengunjung boleh menambah cendol secara percuma sebanyak mana yang diingini. 

Baru nak kaji

6 perunding kaji sebab bumbung stadium runtuh
Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2010/12/09

Kerajaan negeri akan pastikan bangunan masih selamat atau tidak 

KUALA TERENGGANU: Enam syarikat perunding dikenal pasti untuk dilantik membuat kajian terperinci terhadap struktur bangunan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, sama ada ia terjejas teruk akibat kesan runtuhan bumbung stadium berkenaan tahun lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata ini berikutan kerja pembersihan sisa runtuhan bumbung stadium itu sudah selesai dijalankan syarikat kontraktor, Azimat Berkat Sdn Bhd dan dijangka membuat penyerahan secara rasmi kepada Jabatan Kerja Raya pada 14 Disember ini.“Pelantikan enam perunding itu dijangka bulan depan selepas mengemukakan senarai perunding terbabit kepada kerajaan negeri baru-baru ini. 

“Perunding terbabit akan bertanggungjawab menjalankan kajian secara terperinci berkaitan kekuatan struktur bangunan stadium itu yang sedia ada dan kajian dijangka selesai selewat-lewatnya Mei tahun depan,” katanya selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini, semalam. 

Mazlan berkata, semua perunding terbabit akan menjalankan kajian mengikut skop kerja masing-masing yang ditetapkan JKR sebelum mengemukakan keputusan kajian kepada kerajaan negeri. 

Beliau berkata, jika kajian mendapati bahagian struktur bangunan stadium itu tidak selamat, kerajaan negeri akan meneliti alternatif lain sama ada membina baru dengan mengekalkan identiti asal atau menggunakan reka bentuk lain yang difikirkan munasabah oleh kerajaan negeri. 
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu bergantung kepada kajian perunding yang juga diminta mengemukakan pelan reka bentuk baru stadium itu. 

“Semuanya bergantung kepada kajian membabitkan kajian teknikal (struktur bumbung) dan kos kewangan. Setakat ini, kita tidak tahu kosnya kerana semua bergantung kepada kajian perunding terbabit yang dikhususkan kepada bahagian struktur stadium dulu,” katanya. 

200 dokumen babitkan Liong Sik jadi bukti



Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/12/09

Pihak pendakwaan serah bahan kes tipu PKFZ Januari depan 

KUALA LUMPUR: Lebih 200 dokumen akan dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan kes penipuan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, pada 3 Mei ini.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmadi Asnawi, pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen terbabit yang sesetengahnya diklasifikasikan rahsia kepada pihak pembelaan pada Januari ini.Abdul Gani berkata, pihak pendakwaan memerlukan masa bagi membolehkan dokumen sulit itu dinyah rahsiakan kerana proses berkenaan memakan masa. 

Terdahulu, peguam Liong Sik, Wong Kian Kheong memohon diberi masa mencukupi untuk meneliti semua dokumen berkaitan dan meminta supaya perbicaraan kes bermula pada Mei. 

Ahmadi membenarkan permohonan Kian Kheong dan menetapkan tarikh perbicaraan kes pada 3 hingga 20 Mei tahun hadapan. 

Dalam prosiding semalam, bekas presiden MCA berkenaan ditemani isteri Toh Puan Ena Ling dan dua orang lelaki, Hee Liong dan Hee Keat, mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan sekali lagi dibacakan terhadapnya. 
Ahmadi turut membenarkan permohonan Kian Kheong supaya wang jaminan RM1 juta melalui bon peribadi yang dikenakan terhadap anak guamnya dikekalkan sehingga kes perbicaraan selesai. 

Liong Sik dituduh menipu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ mengikut terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dan didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali. 

Khir serah surat letak jawatan ketua pembangkang



2010/12/09

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menghadapi kes mahkamah berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, semalam menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. 

Surat peletakan jawatan itu dihantar melalui faksimile kepada Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Menurut pegawai Dr Mohamad Khir, surat itu dihantar jam 11.30 pagi.Dalam surat kepada Speaker berkenaan, Dr Mohamad Khir menyatakan nama penggantinya akan dimaklumkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor tidak lama lagi. 

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan DUN yang memberi bantuan dan sokongan kepadanya sepanjang menjalankan tugas. – BERNAMA 

UMNO Bachok agih wang ihsan




2010/12/09

BACHOK: Kepemimpinan UMNO bahagian Bachok mengambil pendekatan mesra rakyat dengan turun sendiri rumah ke rumah untuk mengagih wang ihsan yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada 4,674 penerima yang layak sekitar Parlimen itu. 

Timbalan Ketua UMNO bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin, berkata pihaknya mengambil pendekatan itu agar dapat melihat sendiri keadaan hidup setiap rakyat yang dipilih menerima sumbangan terbabit.
Katanya, jika sebelum ini pihaknya hanya menerima senarai nama mereka yang layak, sebaliknya untuk fasa kedua kepemimpinan mengambil keputusan untuk turun sendiri supaya mereka dapat menilai kehidupan rakyat setempat."Dalam masa tiga hari kita berjaya mendekati rakyat yang memerlukan bantuan selain menghayati apa sebenar masalah yang dihadapi mereka. 

"Untuk kali ini kita juga dapat mengagihkan sebanyak RM934,000 kepada keluarga yang berkelayakan berdasarkan kriteria ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas Program Jejak Marhain DUN Jelawat di sini, semalam. 

Beliau yang juga Penyelaras DUN Jelawat berkata, langkah itu juga bukan bermaksud menafikan tugas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan yang dilantik, sebaliknya diajak bersama menghayati masalah rakyat. 

Penerima wang ihsan, Mohd Zain Ahmad, 52, berkata beliau sekeluarga tidak menyangka terpilih dalam senarai penerima wang ihsan petroleum yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat. 
"Saya tidak tahu apa-apa mengenai kehadiran pemimpin UMNO Bahagian Bachok ke rumah saya hari ini (semalam), sehingga diberitahu yang keluarga saya dipilih menerima wang ihsan. 

"Syukur, sekurang-kurangnya ada bantuan yang dapat meringan beban keluarga. Saya amat berbesar hati apabila ada pemimpin sudi bertandang ke rumah saya bertanya khabar masalah dihadapi kami sekeluarga," katanya yang tinggal bersama 15 ahli keluarga. 

Warga emas, Che Kob Jusoh, 80, dari Kampung Telaga Ara berkata kehadiran Dr Ilias sendiri ke rumahnya memang mengejutkan. 

"Saya terkejut tiba-tiba ada orang besar sampai ke bangsal ini. Kebetulan saya sedang berada dekat reban ayam di belakang rumah. 

"Syukurlah, masih ada yang prihatin terhadap nasib kami. Saya cuma minta tolong dengan Datuk Ilias supaya berikhtiar mendapatkan rumah yang lebih selesa untuk saya dan lima cucu," katanya. 

Lubuk mat gian



Oleh Halina Mohd Noor dan Adli Shahar
bhnews@bharian.com.my
2010/12/09

SEORANG lelaki memasuki sebuah rumah yang terbiar melalui pintu yang pecah di Flet Kerinchi.
SEORANG lelaki memasuki sebuah rumah yang terbiar melalui pintu yang pecah di Flet Kerinchi.
Kes kecurian bahan logam di Flet Kerinchi berleluasa 

BANGSAR: Kes kecurian bahan logam di Flet Kerinchi di sini, yang kini dalam proses akan dirobohkan semakin menjadi-jadi sehingga membimbangkan 60 keluarga yang belum berpindah.
Rumah kosong di rumah pangsa berkenaan seolah-olah menjadi lubuk rezeki penagih dadah apabila mereka mengambil apa saja seperti paip besi, palang besi tingkap, cermin tingkap, wayar, malah batu-bata dan salur najis daripada besi untuk dijual.Tinjauan mendapati kebanyakan bahan logam di kebanyakan unit rumah yang sudah dikosongkan itu hilang, malah paip besi dan wayar yang dipasang di bahagian luar rumah turut dicuri. 

Masalah lebih serius berlaku di blok A yang mana sebahagian batu-bata di beranda turut dikopek penagih dadah untuk dijual. 

Penduduk, Sharudin Abu Bakar, 25, berkata penduduk yang masih tinggal di rumah pangsa itu terpaksa berhati-hati ketika meninggalkan rumah mereka kerana bimbang menjadi sasaran penagih dadah. 

“Kebanyakan rumah yang kosong pasti sudah digeledah penagih dadah dan kini mereka mensasarkan rumah yang masih berpenghuni pula untuk dipecahkan. 
“Terbaru kejadian pecah rumah berlaku di rumah pangsa berkenaan menyebabkan beberapa penghuni kehilangan barangan berharga termasuk komputer riba,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Sharudin berkata keluarganya yang sudah tinggal di situ sejak 35 tahun lalu, bagaimanapun masih belum membuat keputusan untuk berpindah kerana mendakwa perjanjian yang ditawarkan oleh pemaju masih kabur, walaupun keadaan di kawasan perumahan itu kini semakin menakutkan. 

“Kini terdapat kira-kira 60 keluarga yang masih tinggal di sini dan mereka kini berdepan dengan risiko menjadi mangsa penjenayah setiap hari,” katanya. 

Seorang lagi penduduk, Inda, 30, berkata beliau kini dalam proses berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ditawarkan pemaju yang akan membangunkan kawasan berkenaan kerana tidak lagi berasa selamat tinggal di sini. 

“Saya tak berasa selamat lagi dan terpaksa memasang palang kayu di semua tingkap di rumah saya kerana bimbang menjadi sasaran penagih dadah. 

“Mereka tahu saya akan berpindah ke PPR kerana sering memerhatikan kami sekeluarga ketika berkemas sejak beberapa hari lalu,” katanya. 

Beliau berkata, kecurian di sini sememangnya serius sehingga sampai kepada tahap penduduk tidak berani meninggalkan kasut di luar rumah kerana ia pasti akan hilang pada keesokan harinya.