Showing posts with label Sultan Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Sultan Kelantan. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Tawaran tidak diterima

Kosmo! Online - Negara: "


Sultan Ismail Petra bersiar-siar di Pantai Kandis, Bachok baru-baru ini dengan ditemani Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Sultan Ismail Petra bersiar-siar di Pantai Kandis, Bachok baru-baru ini dengan ditemani Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

KOTA BHARU - Bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semalam menolak tawaran perkhidmatan perubatan oleh sebuah jawatankuasa bagi menjaga kepentingan dan hak istimewa serta keselamatan baginda yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ini.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha Sulit Sultan Ismail Petra, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkata, tawaran tersebut ditolak kerana baginda kini sudah pun diberikan rawatan perubatan terbaik oleh tenaga profesional sedia ada.

Beliau menegaskan, kesihatan Sultan Ismail Petra juga bertambah baik, malah baginda aktif dan penuh azam menjalankan pelbagai program rawatan terapi untuk mengembalikan semula tenaga.

'Bagaimanapun, Sultan Ismail Petra berkenan menyatakan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana hasrat murni menubuhkan jawatankuasa itu,'' katanya."

Monday, May 10, 2010

Sultan Kelantan pulang ke istana





Tuanku Ismail Petra dibawa pulang ke Istana Mahkota selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam. – Utusan/Hafiz Johari


KOTA BHARU 9 Mei – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak Selasa lalu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, berangkat balik ke Istana Mahkota petang ini.
Kepulangan itu sehari sebelum Mahkamah Khas dijadual bersidang untuk mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang juga putera ketiga baginda bagi pihak Sultan Kelantan supaya baginda dibawa keluar dari hospital itu.
Baginda yang memakai baju batik berwarna coklat muda ditemani Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berangkat kira-kira pukul 5 petang dengan kawalan ketat polis dan tiba di Istana Mahkota 10 minit kemudian.
Tuanku Ismail Petra kelihatan berada dalam keadaan sihat ketika disorong dengan kerusi roda menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.
Berikutan itu, kawalan ketat daripada pihak polis termasuk menggunakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk menjaga keselamatan baginda ditarik balik.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Hamid Hamad ketika dihubungi berkata, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra telah memperkenankan supaya ayahanda baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota.
Add to Google