Sunday, April 11, 2010

Tanda-tanda Ayaq nak naik.....


Rakyat Malaysia antara paling banyak guna air di Asia Tenggara

MIRI 10 April - Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk.
Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter.
"Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia.
"Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.
Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.
Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih.

Apa Awang Selamat kata...


Mereka tahu Anwar...

AWANG tertarik dengan permohonan maaf Ezam Mohd. Nor secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana pernah membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya.
''Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu. Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar," kata Ezam, Rabu lalu.
Ezam merujuk kepada kes liwat pertama Anwar. Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kini Anwar menghadapi tuduhan sama iaitu didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Sejarah berulang kembali.
Ezam mendakwa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam perbuatan itu dan sedia mendedahkannya jika dicabar. ''Dia (Anwar) tahu apa yang saya tahu," katanya lagi.
Sehari kemudian, bekas Naib Presiden PKR, Saidatu Badru Tun Said Keruak menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan lain yang telah meninggalkan PKR lebih tahu cerita dalaman Anwar, Wan Azizah dan Azmin. ''Kebanyakan mereka yang masih dalam PKR belum cukup kenal Anwar," kata beliau.
Kelmarin, bekas sahabat baik Anwar, S. Nallakaruppan turut mendedahkan bahawa Anwar mempunyai banyak rancangan 'gila' yang orang tidak buat semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.
Antaranya kata beliau ialah rancangan 16 September mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dan terbaru, usaha menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pilihan raya negeri.
Nalla juga bersedia membuat lebih banyak pendedahan tentang salah laku Anwar selain apa yang beliau sifatkan sebagai kedayusan Azmin.
Berpuluh-puluh bekas pemimpin dan sahabat Anwar sudah tidak dapat bersabar dengan hipokrasi dan manipulasi Anwar. Mereka tahu beliau seorang putar alam dan licik terutama ketika terdesak, lebih-lebih lagi situasi sekarang.
Mesejnya, sudah ramai pemimpin dalam PKR hilang kepercayaan kepada Anwar terutama dalam soal moral. Kepada yang masih mempertahankan beliau, renungkanlah. Jangan pertahankan apa yang kita tidak tahu kerana ia hanya akan menutup pintu kebenaran.

Parti Presiden Sri Lanka menang besar



COLOMBO 10 April - Parti pemerintah Sri Lanka, Pakatan Kebebasan Bersatu Rakyat (UPFA), pimpinan Presiden Mahinda Rajapakse (gambar) mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen negara ini, yang pertama kali diadakan sejak pemberontakan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) berjaya ditumpaskan.
UPFA memenangi 117 daripada 225 kerusi, manakala parti pembangkang utama, Parti Bersatu Kebangsaan (UNP) hanya memperolehi 47 buah kerusi.
Bagaimanapun, keputusan bagi 45 kerusi lagi masih belum diisytiharkan.
Menurut Rajapakse, orang ramai menyokong penuh UPFA berikutan polisi ekonominya, selain kejayaan parti itu menumpaskan pemberontakan Harimau Tamil dalam serangan tentera besar-besaran pada tahun lepas.
"Saya mohon anda untuk mewujudkan sebuah Parlimen yang kukuh yang mampu berhadapan dengan sebarang cabaran.
"Secara ikhlas, saya berterima kasih kepada anda kerana memberikan saya sokongan majoriti yang akan membantu menjadikan Sri Lanka sebagai satu contoh kepada dunia," katanya.
Jurucakap Rajapakse, Chandrapala Liyanage menyifatkan, kejayaan ini sebagai sumbangan besar tugas seorang Presiden.
"Parti itu telah memenangi Parlimen dengan mudah," katanya.
Liyanage menjangkakan UPFA akan memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi yang masih belum diisytiharkan, kurang sembilan kerusi untuk memenangi dua pertiga majoriti undi apabila keputusan akhir pilihan raya diisytiharkan pada 19 April ini. - AFP

Kenapa UMNO Begitu Bencikan Insan Semulia Ini??Tapi Agungkan Insan Sehina Najib......



Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul"The 500 Most Influential Muslims".

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Rumah kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Fail:Rumah nik aziz nik mat.jpg

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.



SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR


From: Wan Rusma Deris

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu....

Naim Nikmat

SYARIKAT BERPANGKALAN DI ISRAEL DAPAT KONTRAK POLIS



Asiasoft, adalah syarikat yang didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv,adalah syarikat yang selama ini dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.
Hairan sungguh, hal seumpama itu boleh terjadi.
Amat dhaif rakyat Malaysia dan merasa betapa rapuhnya keselamatan negara dicerobohi. Siasatan hendaklah dijalankan untuk mengetahui bagaimana perkara seumpama ini berlaku, dan siapa yang meluluskan kontrak kepada syarikat berkenaan.
Pernyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini bahawa syarikat itu tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat PDRM mengesahkan segalanya bahawa memang hal itu berlaku.
Katanya, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.
“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.
Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.
Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.
Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.
Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.
Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.
“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.
“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.
“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.

Kezaliman kawan-kawan Apco



Video di bawah menceritakan betapa kejamnya puak Zionis yang mendominasi Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tok guru komunikasinya. Di Palestin, puak itu membunuh dan menzalimi rakyat Palestin yang dijajah. Lihat cara penyiksaan yang mereka buat dalam video itu, cara itulah juga yang yang dilakukan terhadap rakyat Palestin yang dijajah. Penyiksaan kejam sebegitu adalah trademark mereka.

Di negara ini, Najib melantik mereka sebagai tok guru komunikasinya dengan bayaran berpuluh-puluh juta ringgit menggunakan duit rakyat negara ini.



Manusia jenis apakah si Najib tu? (Untuk melihat paparan video yang lebih besar, sila klik di sini)