Wednesday, January 2, 2013

tipu dulu kini dan selamanya.....

Selepas menipu kononnya cincin 24 juta tu bukannya dia punya.. kini Rosmah mengada ngada lagi dengan Deepak lalu mengunakan wang tabung ayamnya membeli barang kemas murah harga pasar malam!!puii!!

Maklumat dan bukti2 disini : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/01/selepas-kantoi-cincin-24-jutarosmah.html
 

Penyatuan Negara Arab - Kenapa Hasan Al Banna di bunuh?



Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.

IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948. Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya bertindak ke atas Ikhwan Muslimin. Mereka mendakwa kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan mujahidin Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.

Al Fatihah.. Semoga rohnya berbahagia di samping Sang Pencipta Yang Maha Mengetahui.. amin..
 —

2013

India dakwa lima suspek




2 Januari 2013
Protes Rogol
Seorang penunjuk perasaan mengangkat poster sewaktu mengadakan protes terhadap kumpulan perogol.
NEW DELHI - Polis India semalam, mengesahkan akan mendakwa lima suspek yang disyaki memperkosa seorang pelajar perubatan dalam sebuah bas yang bergerak pada pertengahan bulan lalu.

Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, suspek keenam kes sehingga mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara berumur 18 tahun dan tidak boleh didakwa membunuh berdasarkan perundangan India.

Setakat ini, polis telah mengarahkan jabatan forensik melakukan ujian tulang bagi mengesahkan umur suspek tersebut.

"Kes ini akan difailkan pada Khamis depan bersama laporan bedah siasat mangsa," kata Rajan.

Menurut Rajan, kesemua suspek mungkin berhadapan hukuman mati jika disabitkan bersalah.

Minggu lalu, seorang pelajar perubatan berumur 23 tahun meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth akibat kegagalan fungsi organ dan kecederaan otak selepas dirogol dan dipukul oleh sekumpulan lelaki di dalam bas. - Al-Jazeera

Sudan Selatan tarik balik tentera




2 Januari 2013
Sudan Selatan
Penghasilan minyak merupakan kegiatan yang amat penting buat ekonomi kedua-dua negara itu.
JUBA - Sudan Selatan bersetuju menarik balik tenteranya yang mengawal sempadan bergolak dengan Sudan, semalam.

Presiden Salva Kiir berkata, pengumuman itu merupakan sebahagian tolak ansur dalam perbincangan dengan kerajaan Sudan.

Pada September lalu, Kiir dan pemimpin Sudan, Omar Hassan Al-Bashir mengadakan persetujuan menarik balik askar mereka yang bertugas di sempadan negara sebagai satu prasyarat menyambung semula eksport minyak dari Sedan Selatan melalui Sudan.

Sehingga kini, kedua-dua negara itu masih mempunyai askar yang ditempatkan di 10 kilometer dekat sempadan negara.

Kiir dan Bashir dijadual mengadakan pertemuan pada bulan ini dalam sidang kemuncak pembrokeran anjuran Kesatuan Afrika. - AP

Lagi Taliban Afghanistan dibebaskan




2 Januari 2013
Taliban Afghanistan dibebaskan
Pegawai atasan Afghanistan yakin usaha damai akan berhasil dengan pembebasan pejuang Taliban.
ISLAMABAD - Pakistan membebaskan lagi empat tahanan pejuang Taliban Afghanistan, termasuk bekas menteri keadilan yang memberi petanda kerajaan itu menyokong usaha melaksanakan perbincangan damai bersama tentera bersenjata.

Pegawai kerajaan Afghanistan yang mengesahkan pembebasan mereka berkata, Pakistan tidak putus-putus menggesa Islamabad melepaskan pejuang mereka yang didakwa mampu mengetengahkan usaha damai sebelum kesemua tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dipanggil balik menjelang tahun 2014.

Setakat ini, Pakistan yang sekian lama dituduh menyokong kumpulan bersenjata Taliban dan rangkaian Haqqani, melaksanakan pembebasan tahanan mereka sejak minggu lalu.

Sementara itu, pegawai perunding atasan Afghanistan berkata, lapan pejuang Taliban negaranya dibebaskan dan bakal dilantik sebagai perunding usaha tamatkan peperangan berlarutan sejak 11 tahun lalu. - Al-Jazeera

Serangan bom Iraq ragut puluhan nyawa

Serangan bom IraqPenyerang melakukan serangan di daerah berlainan di seluruh Iraq.
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 23 penduduk terbunuh dan 87 yang lain cedera dalam serangan bom yang dicetuskan seluruh kawasan Iraq, kelmarin.

Menurut pegawai, ketegangan antara pengikut Syiah, Kurdish dan Sunni dalam perkongsian kuasa kerajaan semakin memuncak sejak kumpulan militan melancarkan serangan bom beberapa bulan lalu.

Serangan berdarah terbaru itu dicetuskan seminggu selepas ribuan pengikut Sunni mengadakan bantahan terhadap Perdana Menteri Syiah, Nuri Al-Maliki.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom yang menyasarkan pegawai kerajaan, peronda polis dan pengikut Sunni serta Syiah.

Tujuh orang sekeluarga yang juga pengikut Sunni terbunuh selepas sebutir bom yang ditanam berdekatan kediaman mereka meletup.

"Sebaik sahaja keluar daripada pejabat, saya melihat api yang marak membakar badan mangsa," kata petugas hospital, Mohammed Ahmed, 28.

Sementara itu, agensi berita tempatan melaporkan lima orang terbunuh selepas kereta mereka diletupkan bom sebaik memasuki ruangan parkir kereta di Baghdad.

Kira-kira 2,000 orang terbunuh di Iraq sepanjang tahun 2012 susulan pengeluaran askar-askar Amerika Syarikat sejak Disember lalu. - Reuters

Iran lancar ujian peluru berpandu




2 Januari 2013
TEHERAN - Iran mengakui melancarkan satu ujian peluru anti-kapal berdekatan lokasi yang dianggap strategik bagi satu daripada lima laluan bekalan minyak terbesar dunia iaitu Strait of Hormuz, semalam.

Menurut laporan televisyen tempatan, peluru berpandu 'Ghader', mampu bergerak sehingga 200 kilometer (km) dan memusnahkan sebuah kapal perang.

Laporan menyebut, tentera Iran turut melancarkan ujian ke atas peluru berpandu baru mereka yang digelar 'Noor'.

Tindakan Iran mengukuhkan lagi anggapan Barat bahawa program nuklear tersebut berkaitan dengan pemprosesan senjata yang sebelum ini dinafikan sendiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad. - AP

Aktivis minta kerakyatan wanita Mesir berbogel ditarik



ALIA berbogel di Kedutaan Mesir di Stockholm pada 20 Disember lalu.


KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru in.
Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia.
Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu.
Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki Mesir.
Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN.
Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel.
Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu.
Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita.
Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember tahun lalu.
Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya.
Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.
"Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan.
Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini digugurkan.
Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden.
Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2GlhDK06b 
Hakcipta terpelihara