Monday, February 25, 2013

Kerbau terlepas dari disembelih



BANGKOK 24 Feb. - Seekor kerbau di Thailand berjaya diselamatkan daripada disembelih, selepas gambarnya disiarkan dalam laman web Facebook.
Apa yang lebih menarik, kerbau yang mempunyai tanduk sepanjang 2.3 meter itu yang dikenali sebagai Ruam Boon dilaporkan akan berlakon dalam filem pula.
Koperasi Filem, Muzik, Seni dan Komunikasi membeli Ruam Boon yang berusia 19 tahun itu dari sebuah kedai penyembelihan di daerah Muang, semalam pada harga 100,000 baht (RM10,000).
Pengerusi syarikat itu, Aroon Ongloar berkata, mereka mengambil keputusan untuk menyelamatkan kerbau itu kerana dia mempunyai tanduk yang cantik selepas melihat gambarnya dalam Facebook.
''Wang digunakan untuk membeli haiwan ini dikumpul oleh ahli-ahli koperasi yang tertarik dengan kecantikan tanduk kerbau itu,'' katanya.
Beliau berkata, Ruam Boon akan dibawa ke Assawin Production House di Nong Khaem, Bangkok untuk diberi latihan sebelum berlakon dalam filem. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130225/lu_04/Kerbau-terlepas-dari-disembelih#ixzz2LvKR0hUg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Seorang tahanan Palestin mati mengejut



Seorang wanita Palestin membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel semasa mengadakan tunjuk perasaan di Kampung Saair, timur Tebing Barat, semalam. - REUTERS
BAITULMAQDIS 24 Feb. - Seorang tahanan Palestin di penjara Israel mati mengejut semalam, mencetuskan keganasan di bandar Hebron, Tebing Barat dan mendorong Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad mengeluarkan kenyataan supaya siasatan penuh dijalankan.
Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman berkata, Arafat Jaradat, 30, yang merupakan ayah kepada dua orang anak, mati secara mengejut di pusat tahanan Megiddo, utara Israel.
"Punca kematian mungkin disebabkan serangan jantung, tetapi buat masa ini saya masih tidak memperolehi butiran terperinci," katanya.
Fayyad dalam satu kenyataan menyuarakan rasa sedih dan terkejut berhubung kematian Jaradat.
Fayyad menegaskan tentang perlunya siasatan penuh dijalankan bagi mengetahui punca kematian Jaradat.
Selepas berita kematian itu tersebar, pertempuran tercetus di bandar Hebron antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel, menurut saksi dan sumber keselamatan.
Hamas berkata, tahanan itu maut disebabkan 'keadaan yang tidak berperikemanusiaan di penjara Israel'.
Menurut perkhidmatan perisikan dalaman Israel, Shin Bet, Jaradat ditahan pada Isnin lalu kerana terlibat dengan insiden membaling batu pada November 2012, kejadian yang menyebabkan seorang penduduk Israel cedera.
"Ketika berehat selepas makan tengah hari, Jaradat tiba-tiba diserang sakit, menyebabkan pegawai perubatan dipanggil tetapi mereka gagal menyelamatkannya.
"Dia menghidap sakit belakang dan beberapa kecederaan lama, satu di bahagian kaki kiri akibat terkena peluru getah dan satu lagi di perut akibat terkena gas pemedih mata.
"Dia juga telah diperiksa beberapa kali oleh doktor dan didapati tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, tetapi siasatan masih diteruskan," ujar Shin Bet.
Sementara itu, kira-kira 3,000 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari, hari ini, bagi membantah kematian Jaradat, menurut seorang pegawai ketika pasukan keselamatan rejim Zionis berdepan dengan tunjuk perasaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130225/lu_03/Seorang-tahanan-Palestin-mati-mengejut#ixzz2LvKJWpWe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Syria lancar peluru berpandu, 58 maut



BEIRUT, 24 Feb. - Tentera Syria melancarkan tiga peluru berpandu di bandar utara Aleppo mengakibatkan 58 orang terbunuh, termasuk 36 kanak-kanak, kata seorang pemerhati, hari ini.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia memberi angka korban terbaru itu, selepas lebih banyak mayat wanita dan kanak-kanak dikeluarkan daripada runtuhan bangunan di daerah Tariq al-Bab, yang menjadi sasaran peluru berpandu itu pada Jumaat lalu.
Aktivis berkata, peluru berpandu itu dilancarkan dari pangkalan tentera dekat Damsyik, walaupun laporan itu tidak dapat disahkan.
Seorang pegawai keselamatan di Damsyik memberitahu AFP pada akhir tahun lalu, tentera Syria telah membina peluru berpandu Scud yang diubahsuai, sementara NATO pernah melaporkan penggunaan peluru berpandu balistik di negara itu.
Menurut badan pemerhati itu, tentera Syria menggunakan peluru berpandu itu sebagai sebahagian usaha untuk menggempur kawasan kediaman di timur Aleppo, yang hampir dikuasai kumpulan pemberontak.
Jumaat lalu, kumpulan pemberontak, Perikatan Kebangsaan Syria menyelar kuasa-kuasa dunia berikutan serangan peluru berpandu itu dan mengumumkan pemulauan terhadap satu mesyuarat antarabangsa.
Ketua perikatan itu, Ahmed Moaz al-Khatib berkata, pemulauan itu sebagai "protes kepada semua kerajaan dunia ..." yang tidak berbuat apa-apa menghentikan pembunuhan ke atas rakyat Syria.
Kumpulan itu dijadual menghadiri mesyuarat Sahabat-sahabat Syria di Rom pada Khamis ini, sementara Khatib turut diundang melawat Moscow dan Amerika Syarikat (AS).
"Kami tidak boleh melawat mana-mana negara sehingga terdapat keputusan jelas berhubung tindakan ke atas rejim yang kejam ini," kata Khatib merujuk kepada pentadbiran Presiden Bashar al-Assad.
Perikatan itu turut mengecam Rusia, sekutu Damsyik sambil menyatakan pemimpin-pemimpin Rusia, "secara etika dan politik bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana mereka terus memberi sokongan kepada rejim (Syria) dengan memberi senjata".
Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland, semalam mengutuk serangan peluru berpandu itu, sambil menyifatkannya "perkembangan terbaru keganasan rejim Syria dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Syria."
Sementara itu, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh dalam pertempuran di seluruh Syria semalam, — 46 terdiri daripada orang awam, 35 pemberontak dan 29 tentera kerajaan, kata badan pemerhati itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130225/lu_02/Tentera-Syria-lancar-peluru-berpandu-58-maut#ixzz2LvKCEH5X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemisah Thai lancar 29 serangan



Pasukan pemusnah bom Thailand memeriksa motosikal yang dipasang dengan bom oleh kumpulan pemisah di hadapan sebuah kedai serbaneka di Narathiwat menyebabkan tiga orang cedera, semalam. - AFP
BANGKOK 24 Feb. - Kumpulan pemisah Thailand melancarkan 29 serangan, termasuk tiga serangan bom dan melepaskan tembakan rambang ke arah bas dan kenderaan awam di wilayah selatan Thailand, semalam dan awal hari ini.
Dalam serangan semalam, tiga orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila dua butir bom diletupkan di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Narathiwat.
Mereka yang cedera merupakan seorang sukarelawan kampung, Muhammadsorbri Marong, 34, seorang renjer tentera, Thanuthan Mareh, 27, dan kanak-kanak lelaki, Afhal Jehnae.
Polis berkata, pemberontak meletupkan bom pertama yang diletakkan dalam sebuah tong sampah di hadapan kedai berkenaan di Tanyongmas, daerah Rangae, pada kira-kira pukul 4.20 petang.
Beberapa minit kemudian, bom kedua yang dipasang pada sebuah motosikal diletupkan, menyebabkan tiga orang yang berada di lokasi serangan mengalami kecederaan.
Siasatan polis melalui kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian mendapati, dua remaja menaiki sebuah motosikal telah memasang bom tersebut di kedai itu yang terletak berdekatan sebuah pangkalan tentera.
Sebuah lagi bom yang disembunyikan dalam tong sampah turut diletupkan di Anohru di daerah Muang, Pattani, namun tiada mangsa yang cedera dalam letupan itu.
Kumpulan pemberontak turut membakar tayar, motosikal dan tiang telefon di Sai Buri, Nong Chik, Mayo dan daerah Muang di Pattani, menyebabkan isyarat telefon bimbit dan telefon rumah terganggu ekoran serangan berkenaan.
Dalam kejadian berasingan, dua orang mengalami luka parah selepas ditembak penyerang tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal di Donrak, Pattani.
Mangsa dikenali sebagai Ratcharoen, 52, dan Supannee Watkaew, 41, dan kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Pattani.
Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan, Leftenan Jeneral Paradorn Pattanathabutr berkata, serangan terbabit dipercayai sebagai tindakan balas kumpulan pemisah terhadap kematian 16 anggota pemberontak yang dibunuh tentera laut Thailand pada 13 Februari lalu.
Katanya, langkah keselamatan yang ketat dikuatkuasakan di kawasan membeli-belah di Hat Yai, Songkhla selepas laporan perisikan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya serangan di kawasan tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130225/lu_01/Pemisah-Thai-lancar-29-serangan#ixzz2LvK28zqa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nenek terlantar selepas kemalangan



Nenek terlantar selepas kemalangan
Hassan bersama anaknya, Mohd Fakhiruddin melihat keadaan isterinya yang terlantar sakit.
BALING - Seorang nenek kepada dua cucu dari Kampung Rambong Batu 7 kini terlantar sakit setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Kemalangan di hadapan rumahnya itu mengakibatkan warga emas itu mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan selain kaki kanannya patah.

Sopiah Senik, 75, hanya bergantung harap kepada suaminya, Hassan Teh, 74, selain anaknya yang turut membantu menguruskan kehidupan. Sopiah yang telah berumur itu semakin lemah selain keadaan badannya yang kian menyusut akibat kurang selera makan.

Suaminya, Hassan Teh berkata, dia turut terlibat dalam kemalangan itu tetapi hanya mengalami kecederaan teruk berbanding isterinya.

“Ketika itu, saya dan isteri dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum motosikal saya dirempuh oleh sebuah kereta ketika ingin membelok ke persimpangan rumah,” katanya.

Menurutnya, kaki kanan isterinya itu terpaksa dimasukkan besi akibat kejadian itu.

“Usianya semakin lanjut, jadi, dia memang tidak berapa kuat untuk melawan kesakitannya itu. Disebabkan itu, dia hanya mampu terlantar sehingga sekarang,” katanya.

Katanya, isterinya memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bagi kategori pesakit terlantar.

Budak 12 tahun pandai mengubat



Budak 12 tahun pandai mengubat
Muhammad Rafiq membacakanya ayat al-Quran kepada orang yang dirawat. - GAMBAR HIASAN
Budak 12 tahun pandai mengubat
Latifah mengajar anaknya mengaji al-Quran setiap hari.
JIKA kanak-kanak lain mengisi masa lapang dengan bermain bola dan badminton, lain pula adik Muhammad Rafiq Rahmat, 12, yang mengisi masa lapangnya dengan mengubati penyakit.

Muhammad Rafiq dikatakan berkebolehan dalam mengubati penyakit sejak enam tahun lalu memenuhi masa terluang dengan tuntutan orang ramai yang mahukan perkhidmatannya.

Anak bongsu daripada empat beradik yang tinggal di Taman Desa Kiara, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, menggunakan kaedah membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, bermohon kepada ALLAH SWT agar menyembuhkan penyakit individu yang dirawat dan menghembus pada bahagian yang sakit.

Ibunya, Latifah Arifin, 48, berkata, keistimewaan yang dimiliki anaknya itu mula dikesan sejak berusia enam tahun.

“Saya menjadi tukang urut dan membantu merawat penyakit seperti gangguan makhluk halus secara tradisional diikuti bacaan ayat al-Quran sejak 12 tahun lalu.

“Namun, kedatangan seorang pesakit lelaki yang mengalami penyakit kayap diperut, membongkar keistimewaan Rafiq.

“Saya tidak dapat menolong lelaki itu. Namun Rafiq secara tiba-tiba menawarkan diri untuk membantu," ujar Latifah ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Dia menambah, anaknya itu melakukan hembusan dengan bacaan ayat suci al-Quran bagi merawat pesakit berkenaan yang kemudiannya beransur pulih.

Rata-rata pesakit yang pernah menerima rawatan daripada anaknya itu berkata hembusan anaknya akan meresap ke dalam kulit dan terasa sejuk.

Murid tahun enam di sekolah kebangsaan Cina, di sini, berkata, dia tidak menyangka dikurniakan kelebihan tersebut meskipun dalam usia muda.

“Niat saya hanya untuk bantu orang dan kelebihan yang ALLAH SWT beri ini akan saya gunakan sebaik mungkin.

“Walaupun saya masih muda, saya akan mempraktikkan ilmu ini kerana niat saya ikhlas untuk membantu merawat penyakit orang ramai,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor.

Dia yang masih belajar mengaji dengan ibunya, berasa bersyukur dikurniakan kelebihan itu.

Ikhtiar berubat

Latifah berkata, kebolehan anaknya itu tidak menjejaskan pelajaran kerana kaedah rawatan hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit.

Kaedah rawatan anaknya itu tidak memerlukan pengeras, cukup sekadar sumbangan ikhlas daripada pesakit.

“Ketika mengandung Rafiq, saya pernah bermimpi bertemu seorang lelaki yang mendakwa anak ini istimewa dan mempunyai kelebihan yang luar biasa.

“Sebaik saja bersalin, lelaki misteri tersebut muncul seketika untuk melihat anak saya sebelum hilang,” katanya.

Dia dan suami, Rahmat Deraman, 42, tidak akan menghalang anaknya mengubati orang kerana ia perkara baik. Bagi mereka, usaha anaknya itu hanyalah ikhtiar untuk merawat penyakit itu.

Sementara itu, seorang pesakit yang enggan dikenali berkata, dia menderita penyakit kayap di perut sejak sekian lama dan berputus asa kerana banyak tempat sudah pergi untuk mengubati penyakitnya itu.

“Selepas mendapatkan bantuan Rafiq, alhamdulillah dengan izin ALLAH, penyakit saya beransur pulih dan kini kembali sembuh," katanya.

Pesakit wanita berusia 62 tahun yang sebelum ini mengalami penyakit gatal-gatal di kepala hanya menggunakan sapuan ubat untuk menangani kegatalan.

"Setelah Rafiq membacakan ayat dan menghembus ke atas kepala saya, syukur rasa gatal itu kian terasa semakin berkurang," katanya.

Muhammad Hilmi mengaku tidak bersalah dakwaan galak keganasan




25 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Individu ketiga yang ditahan bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas dakwaan bersubahat menggalakkan keganasan.
 
Muhammad Hilmi Hasim membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamardin Hashim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
 
Muhammad Hilmi, 33, yang merupakan pekerja kepada Yazid, 49, didakwa melakukan kesalahan itu untuk memajukan suatu ideologi dan perbuatan itu diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Okt 2012.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
 
Barisan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusoff dan Mohd Dusuki Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan New Sin Yew.  - Bernama      

Pembantu kafeteria orang ke-3 didakwa galak keganasan




25 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim yang ditahan bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas dakwaan bersubahat menggalakkan keganasan.
 
Muhammad Hilmi, 33, yang bergari kelihatan tenang sepanjang prosiding di hadapan Hakim Kamardin Hashim.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu untuk memajukan suatu ideologi dan perbuatan itu diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
 
Muhammad Hilmi, yang merupakan pekerja kepada Yazid, 49, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Okt 2012.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon kes yang dihadapi Muhammad Hilmi dibicarakan bersama kes Yazid dan seorang lagi rakan mereka Halimah Hussein.
 
Permohonan itu tidak dibantah oleh peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Muhammad Hilmi dan Amer Hamzah turut memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya termasuk Yazid dan Halimah dalam tempoh terdekat.
 
Hakim Kamardin menetapkan 22 April untuk pengurusan kes dan membenarkan kes itu dibicarakan bersama kes yang dihadapi Yazid dan Halimah iaitu pada 20 Mei.
 
Selain Mohamad Hanafiah, pihak pendakwaan turut dikendalikan Tmbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dan Mohd Dusuki Mokhtar manakala Amer Hamzah dibantu peguam New Sin Yew.
 
Pada 8 Feb lepas, Yazid didakwa atas pertuduhan menggalakkan keganasan dan turut dituduh adalah rakannya Halimah, 52, atas dakwaan bersubahat.
 
Kedua-dua mereka didakwa bagi tujuan yang sama di tempat dan tarikh yang sama seperti mana pertuduhan terhadap Muhammad Hilmi.
 
Kes Yazid dan Halimah didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Feb lepas dan kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah - Bernama

10 cedera dalam dua serangan bom di Selatan Thailand




24 Februari 2013
BANGKOK - Sepuluh orang, termasuk seorang penolong pegawai daerah dan kanak-kanak lelaki tiga tahun, cedera dalam dua serangan bom berasingan di Pattani dan Narathiwat semalam.

Ketua polis daerah Muang, Tuandir Juthanan hari ini berkata enam sukarelawan pertahanan dan seorang penolong pegawai daerah cedera dalam serangan pada 8.50 malam di Kampung Talubuk, Muang, Patani.

Beliau berkata sebelum itu, sebutir bom meledak di bandar Pattani pada 7.30 malam namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Tayar juga dibakar di tengah-tengah jalan di 20 lokasi di Muang, Nongchik dan Yaring, kesemuanya di Pattani, malam semalam," katanya.

Beliau percaya motif serangan adalah balas dendam pemberontak terhadap kematian 16 pemberontak di Narathiwat pada 13 Feb dalam percubaan mereka melakukan serang hendap ke atas kem tentera laut di kawasan itu.  

Di Narathiwat, dua sukarelawan pertahanan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera setelah sebutir bom meledak di depan sebuah kedai serbaneka di Tanjung Emas, Raget, pada 4.20 petang.

Sebutir lagi bom meletup 20 minit kemudian di kawasan itu ketika polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, kata seorang jurucakap polis Narathiwat.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat sembilan tahun lepas. - Bernama

Dua pengawal perisik terkorban




25 Februari 2013
KABUL - Dua serangan bom berani mati berlaku di timur Kabul, Afghanistan pagi, kelmarin.

Timbalan ketua polis, Rais Khan Abdul Rahimzai berkata,  sebuah van sarat bahan letupan, meletup ketika melepasi pusat pemeriksaan polis di Logar.

“Tiada kematian dilaporkan tetapi tiga polis cedera dan penyerang meletupkan dirinya di luar balai polis,” katanya.

Satu lagi serangan berlaku di Jalalabad, mengakibatkan dua pengawal maut dan tiga cedera di pejabat agensi perisikan.

“Sebuah kereta meletup menghampiri pintu masuk pejabat Direktorat Kebangsaan Keselamatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid mengaku bertanggungjawab dalam kesemua pengeboman itu. - AP

Desak boikot pilihan raya




25 Februari 2013
KAHERAH - Ketua Pembangkang, Mohamed ElBaradei memboikot Pilihan Raya Mesir dijadualkan 27 April depan kerana tarikh pengundian itu bertembung dengan cuti khas bagi penganut Kristian di negara tersebut.

“Saya mengulangi desakan tidak menyertai sebahagian daripada pilihan raya itu kerana ia disifatkan sebagai agenda menipu rakyat dan tidak demokrasi,“ katanya dalam laman sosial Twitter.

Pemimpin dalam Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang juga bekas menteri luar, Amr Mussa berkata, sehingga kini ramai pembangkang cenderung memboikot pilihan raya yang berlangsung dalam empat pusingan itu.

“Segala keputusan penukaran tarikh belum dimuktamadkan tetapi kerajaan bersedia meneliti masalah ditimbulkan oleh pembangkang,” katanya.

Menurutnya, terdapat kumpulan besar mahu memboikot pilihan raya itu, tetapi ia belum dibincangkan dan tiada keputusan rasmi diambil.

Awalnya, kerajaan pimpinan Muhammad Mursi mengumumkan  pilihan raya ditetapkan pada 27 April, namun tarikh itu dikatakan bertembung dengan cuti Hari Easter.

Dalam kenyataan terbaru, kerajaan menetapkan tarikh baru permulaan pilihan raya adalah 22 dan 23 April. - AFP

Iran tawan pesawat pengintip musuh




25 Februari 2013
TEHERAN - Angkatan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), kelmarin memaklumkan bahawa mereka telah menawan pesawat pengintip musuh semasa latihan ketenteraan di selatan Iran.

Jeneral Hamid Sarkheili berkata, pesawat tanpa pemandu itu dikesan oleh unit peperangan elektronik semasa ia cuba untuk memasuki ruang udara negara tersebut.

"Pakar kami berjaya mengawal sistem navigasi pesawat itu dan ia diarah mendarat berhampiran bandar Sirjan," menurutnya.

Media tempatan melaporkan unit darat IRGC kini sedang giat menjalankan latihan ketenteraan termasuk menguji pelbagai peralatan senjata canggih. - AP

Hugo Chavez pejuang sebenar



MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
25 Februari 2013
Hugo Chavez
Hugo Chavez
HUGO Rafael Chavez Frias atau Hugo Chavez dilahirkan pada 28 Julai 1954, merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik dalam keluarga berdarah campuran Afrika dan Sepanyol.

Ibu bapanya, Elena Frias de Chavez dan Hugo de los Reyes Chavez tinggal dalam kelompok masyarakat proletariat (golongan bawahan) di Los Rastrojos walaupun mereka bekerja sebagai guru pada masa itu.

Sejak kecil, beliau berminat dengan kisah keberanian Jeneral Ezequiel Zamora yang dilabel sebagai wira di Venezuela.

Idolanya itu memperjuangkan nasib petani (golongan bawahan) yang menuntut hak tanah dan menentang oligarki (pemerintahan dijalankan oleh sekumpulan kecil orang berkuasa sahaja).
Sertai akademi tentera

Ketika berumur 17 tahun, Chavez berhasrat meneruskan pengajiannya di Akademi Tentera di Caracas.

Selepas tamat pengajian pada 1975, beliau ditempatkan sebagai pegawai komunikasi di Barinas selama 12 bulan.

Setahun selepas itu, Chavez dipindahkan ke Anzoategui dan terlibat dalam pertempuran menentang gerila komunis, Red Flag Party.

Chavez melihat di sebalik kekayaan hasil minyak, ramai rakyat di negara itu masih miskin.

Atas kesedaran tersebut, beliau telah mengasaskan gerakan revolusi Tentera Liberasi Rakyat Venezuela (ELPV) yang bergerak secara rahsia pada 1980-an.

Ketika itu juga, Chavez berkahwin dengan wanita pilihannya, Nancy Colmenares daripada golongan bawahan.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata bernama Rosines, Maria Gabriela, Rosa Virginia dan Hugo Rafael.

Ketuai rampasan kuasa

Pada Februari 1992, Chavez mengetuai rancangan menggulingkan Presiden Carlos Andres Perez selepas kerajaan memperkenalkan langkah penjimatan ekonomi, namun gagal.

Cubaan rampasan kuasa dilancarkan di bawah Gerakan Revolusi Bolivarian itu turut menyaksikan 18 terkorban manakala 60 lagi cedera.

Chavez akhirnya menyerah diri dan dipenjarakan dua tahun sebelum diberi pengampunan.

Ketika itu, Chavez membuat keputusan   untuk meninggalkan bidang ketenteraan  menyertai arena politik dan melancarkan Gerakan Republik Kelima.

Penglibatan pemimpin tersebut memberi anjakan paradigma dalam dunia politik di Venezuela.

Penyokong Chavez melabelkan beliau sebagai pembela nasib golongan miskin manakala penentangnya pula menganggapnya sebagai pemimpin diktator kerana cuba menerapkan fahaman sosialisme yang disebarkan oleh Karl Marx.

Anti-Amerika Syarikat

Dalam beberapa kenyataannya sebelum ini, beliau dengan lantang mengutuk Presiden George W Bush kerana didakwa menyokong pihak yang cuba untuk merampas kuasa darinya pada 2002.

Hubungan antara kedua pemimpin itu bertambah buruk selepas Chavez memutuskan hubungan diplomatik bersama Amerika Syarikat (AS) pada September 2008.

Bagaimanapun, hubungan dengan AS kembali pulih di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama, tetapi konflik antara dua negara itu masih berterusan berikutan dasar luar yang diamalkan Washington dan sokongan kuat Chavez terhadap Iran dan Cuba.

Berjuang melawan barah

Media mula melaporkan pemimpin itu menderita barah pelvis sejak pertengahan tahun 2011.

Beliau turut dikatakan menjalani rawatan susulan termasuk membuang tumor dan beberapa sesi kemoterapi di Cuba.

Bagaimanapun, tahap kesihatannya bertambah buruk akhir tahun lalu.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan kali keempat selepas beberapa sel malignan kembali semula ke kawasan sama (bahagian tumor dikeluarkan).

Baru-baru ini, pemimpin berumur 58 tahun tersebut dilaporkan mengalami masalah berkaitan saluran pernafasan dan beliau kini dirawat di hospital tentera di ibu negara selepas pulang pada Isnin lalu.

Banduan mogok lapar Palestin meninggal




25 Februari 2013
Palestin meninggal
Jaradat diberi bantuan kecemasan di Penjara Meggido, Tel Aviv.
TEL AVIV - Seorang banduan Palestin yang melancarkan mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel semalam.

Presiden Kelab Banduan Palestin, Qaraqaa berkata, mangsa Arafat Jaradat, 30, dari Tebing Barat yakin dibunuh ketika dalam siasatan.

“Kami menuntut penubuhan suruhanjaya siasatan antarabangsa menyiasat punca kematian beliau,” katanya.

Menurutnya, ketika di penjara mangsa mengalami cedera teruk dan keadaannya sagat parah.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman pula mendakwa, mangsa meninggal secara tiba-tiba di penjara Meggido di utara Israel.

“Ia mungkin disebabkan serangan jantung. Saya tidak mempunyai butiran lanjut tentang kematian beliau, “ katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad meminta penjara Israel mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian itu.

“Selepas mendapat laporan penuh saya akan mendedahkan segera punca kematiannya,” katanya.

Jaradat dipenjarakan selepas didapati bersalah membaling batu ke arah askar Israel pada November tahun lalu. - AFP

u,Bala bersumpah bahawa SD pertama yang di buat pada July 2008 berkaitan dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak atas pembunuhan rakyat Mongolia Shaaariibu adalah BENAR..

Sambil menjulang potret Dewa Hindu,Bala bersumpah bahawa SD pertama yang di buat pada July 2008 berkaitan dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak atas pembunuhan rakyat Mongolia Shaaariibu adalah BENAR..

dua daripada 300 orang ketumbukan tentera 'Sultan Sulu' di Kampung Tanduwau, Tungku telah ditembak mati.

SABAHKINI.NET menerima maklumat tidak rasmi daripada koresponden bahawa dua daripada 300 orang ketumbukan tentera 'Sultan Sulu' di Kampung Tanduwau, Tungku telah ditembak mati. 

http://sabahkini.net/

Tak Semua "Mamak" Itu Islam.....

.

Kes kedai mamak yang menggunakan pekerja bukan Islam bukanlah satu perkara yang baru. Kebanyakkan orang tahu tentang perkara itu.

Bukan setakat kedai mamak sahaja yang menggunakan taktik "ala-ala halal" ini, bahkan kedai bukan Islam yang lain juga ada menggunakanya. Restoran melayu juga banyak menggunakan logo halal serta sijil halal yang palsu.



Banyak taktik yang digunakan bagi mengelirukan masyarakat khususnya orang Islam. Antaranya dengan meletakkan logo halal palsu, sijil halal palsu, banner yang berwarna hijau dan mempunyai menara seakan-akan masjid serta kubah (bila ditanya dia kata itu Taj Mahal!!), ayat-ayat Al-Quran (sedangkan di sesetengah restoran terdapat patung penyembahan dan terdapat ayat Al-Quran juga terutama kedai mamak daun pisang), memakai kopiah (sedangkan tak pandai mengucap, membaca fatihah apatah lagi solat) dan sebagainya.

http://suhaibarrumi.blogspot.com/2010/06/resoran-mamak-kena-serbu.html

nyah style

lahad datu punya cerita