Monday, April 13, 2015

China sekat rakyatnya ke Hong Kong


China sekat rakyatnya ke Hong Kong
Hong Kong menerima jumlah pengunjung yang tinggi dari China.
HONG KONG - China akan mengehadkan lawatan penduduk di selatan bandar Shenzen ke negara jiran, Hong Kong, berikutan ketegangan berhubung pelawat yang semakin meningkat di tanah besar itu.

Menurut Ahli Kongres Rakyat Kebangsaan (NCP), Republik Rakyat China , Michael Tien, pihak berkuasa Shenzen akan menyekat penduduknya untuk satu lawatan ke Hong Kong setiap minggu berbanding perjalanan tanpa had sebelum ini.

"Ia pasti berlaku. Saya ada mendengar dari sumber kerajaan yang boleh dipercayai. Malah, media tempatan memaklumkan, sekatan perjalanan boleh berkuat kuasa seawal hari ini," katanya.

Difahamkan, langkah itu diambil selepas rasa tidak puas hati di Hong Kong berleluasa apabila semakin ramai penduduk China melawat bandar yang sememangnya telah padat dengan penduduk tempatan.

Tahun lalu, sekitar 47 juta rakyat China masuk ke Hong Kong, atau enam kali ganda lebih tinggi daripada penduduk di wilayah bekas jajahan Britain itu. - Reuters

IS tembak mati komander sendiri

IS tembak mati komander sendiri
Gambar fail menunjukkan anggota IS bersama tebusan mereka di lokasi rahsia di wilayah Salahuddin.
BAGHDAD - IRAQ, Kumpulan militan IS dilapor menembak mati empat komander kanannya di wilayah utara Salahuddin, selepas mereka didakwa melarikan diri semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan Iraq.

Sumber keselamatan berkata, hukuman itu dilaksanakan di pinggir bandar Shiqrat selepas menerima arahan daripada pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.

Menurut sumber itu lagi, kesemua komander terbabit melarikan diri semasa pertempuran di bandar Muqdadiyah dan berjaya ditahan semula dua bulan lalu.

Pada Februari, IS turut menembak mati puluhan anggotanya di bandar Tal Afar kerana melarikan diri semasa pertempuran dengan pejuang Pashmerga.

Dalam perkembangan berkaitan, IS dilapor menculik hampir 120 pelajar sekolah di selatan dan barat bandar Mosul.

Rangkaian TV satelit Iraq, al-Sumaria melaporkan pelajar terbabit diculik di beberapa sekolah di al-Qayyarah, al-Shura, Badoush dan al-Baaj pada Ahad.

Sehingga semalam, nasib pelajar terbabit tidak diketahui. - Press TV

Amerika, Cuba 
cipta sejarah


Barack Obama (kanan) berjabat tangan dengan Raul Castro dalam
Barack Obama (kanan) berjabat tangan dengan Raul Castro dalam pertemuan bersejarah antara pemimin kedua-dua negara yang berseteru itu di Panama City, kelmarin, pertemuan pertama sejak perang dingin 1956. AFP
PANAMA CITY 12 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan rakan sejawatnya dari Cuba, Raul Castro mencipta sejarah, apabila mengadakan pertemuan di sini, pertemuan pertama antara pe­mimpin kedua-dua negara sejak 1956, semalam.
Kedua-dua pemimpin negara itu juga berikrar untuk berusaha menamatkan permusuhan yang tercetus sejak Perang Dingin.
Dalam pertemuan tidak sampai satu jam itu, Obama mengucapkan terima kasih kepada Castro berhubung semangat terbukanya semasa interaksi mereka, manakala pemimpin komunis itu menegaskan rundingan antara kedua-dua pihak memerlukan kesabaran.
“Pertemuan ini merupakan satu sejarah. Kita kini berada di kedudukan untuk bergerak ke hadapan,’’ kata Obama selepas pertemuan tersebut, di luar Sidang Kemuncak Negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan di sini.
Castro, 83, memberikan senyuman apabila Obama mengakui bahawa kedua-dua negara akan terus mempunyai perbezaan berhubung hak asasi manusia dan isu-isu lain.
Pemimpin komunis itu berkata, kedua-dua kerajaan boleh mempunyai perbezaan pandangan tetapi masih menghormati idea-idea antara satu sama lain.
“Kami bersedia membincangkan semuanya tetapi kita perlu bersabar, sangat bersabar.
“Kami sudah memaklumkan kepada negara-negara Amerika dalam beberapa kejadian berasingan mengenai persediaan untuk berbincang mengenai segala-galanya,’’ katanya.
Pertemuan tersebut merupakan acara kemuncak kepada pengumuman mengejut pada 17 Disember lalu untuk memperbaiki hubungan ke­dua-dua negara yang terputus sejak 1961 selepas rundingan secara rahsia selama setahun setengah. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amerika-cuba-8232-cipta-sejarah-1.80308#sthash.d1qikqK2.dpuf

IKEA larang pelanggan tidur atas perabot


seorang wanita bersama bayinya tidur di atas sebuah katil yang
Seorang wanita bersama bayinya tidur di atas sebuah katil yang dipamerkan di premis IKEA cawangan Xihongmen di Beijing. AGENSI
BEIJING 12 April – Pusat perabot, IKEA di China dilapor mengambil langkah drastik melarang pelanggan tidur di atas katil dan sofa yang diletakkan pada ruangan pameran premis itu di seluruh China.
Syarikat perabot terkemuka Sweden itu dilapor mengeluarkan arahan melarang pelanggan yang keletihan membuka kasut dan tidur di atas perabot dan sofa yang dipamer di kesemua premis mereka di negara berkenaan.
IKEA terpaksa bertindak sedemikian selepas lebih separuh katil dan perabot di cawangan kedai IKEA Xihongmen, di sini dipenuhi pengunjung yang tidur di atas pe­rabot yang dipamerkan di situ dengan ada daripada mereka menutup muka mereka, lapor portal People’s Daily yang dipetik Mail Online.
Seorang wanita berkata, dia datang ke IKEA untuk tidur sekejap di atas katil ‘empuk’ yang terdapat di premis tersebut.
Dia tidak menganggap perbuatan itu satu isu besar, sambil menegaskan: ‘Ya, tidur di atas perabot boleh mengganggu pengunjung lain di pusat membeli-belah itu, namun perkara itu sepatutnya tidak menjadi masalah.”
Bagaimanapun menurut kakitangan IKEA, masalah itu sudah menjadi terlalu serius di China dengan pihak pengurusan berikrar untuk meningkatkan kawalan bagi mengubah sikap itu.
Di bawah undang-undang baharu itu, pelanggan masih dibenarkan mencuba sofa dan katil yang dipamer di premis IKEA, namun tindakan membuka kasut untuk tidur adalah sama sekali dilarang.
Menurut kakitangan syarikat yang enggan dikenali, undang-undang itu mungkin sukar dilaksanakan kerana terdapat warga emas dan kanak-kanak yang tidur di atas perabot dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa.
Selain itu, katanya, perbuatan itu sudah menjadi trend di China, ditambah dengan faktor, pendingin hawa di premis itu yang menarik lebih ramai pengunjung terutamanya pada musim panas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ikea-larang-pelanggan-tidur-atas-perabot-1.80288#sthash.ebhDVZFO.dpuf

Pemimpin pembangkang Bangladesh digantung


Orang ramai berkumpul di sebuah ambulans yang membawa jenazah
Orang ramai berkumpul di sebuah ambulans yang membawa jenazah Muhammad Kamaruzzaman yang digantung di Dhaka, semalam. AFP
DHAKA 12 April – Pemimpin pembangkang Bangladesh, Muhammad Kamaruzzaman menjalani hukuman gantung pagi ini atas kesalahan me­lakukan jenayah perang semasa perang menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971, membangkitkan kemarahan penyokongnya yang me­nggesa diadakan bantahan besar-besaran, esok.
Kamaruzzaman, 63, pemimpin Parti Jamaat-e-Islami digantung di Penjara Tengah Dhaka pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan selepas Mahkamah Agung menolak rayuannya terhadap hukuman mati yang dijatuhkan oleh sebuah tribunal khas atas ke­salahan melakukan pembunuhan dan penyeksaan orang awam semasa perang itu.
Beliau sebelum ini enggan memohon pengampunan daripada Presiden.
Pemangku Ketua Parti Jamaat-e-Islami, Maqbul Ahmed dalam satu kenyataan berkata: “Kerajaan, dengan cara yang amat terancang membunuh beliau (Kamaruzzaman) dalam satu tindakan balas dendam politik.”
Pasukan separa tentera, Pengawal Sempadan Bangladesh dalam pada itu dikerah ke seluruh negara bagi mengawal kea­daan daripada sebarang unsur demonstrasi dengan kesemua jalan menghala ke penjara ditutup.
Sementara itu, penyokong kerajaan memuji langkah itu dengan mengadakan beberapa perhimpunan menggesa kes-kes lain membabitkan jenayah perang di­selesaikan segera, dengan penunjuk perasaan menawarkan manisan kepada rakan-rakan mereka sebagai mengalu-alukan hukuman tersebut.– REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemimpin-pembangkang-bangladesh-digantung-1.80290#sthash.37fUvxsv.dpuf