Kerajaan akan memberi bayaran bantuan khas RM500 persiapan Hari Raya untuk penjawat awam sehingga Gred 54 pada 15 Julai 2014 ni....kata Najib hari ni...
|
Wednesday, July 2, 2014
Pancaroba
Pancaroba
Mr Jose Mujica, President Uruguay tunggu giliran diklinik awam... |
Seandainya inilah erti militan maka akulah militan.
Ada manusia mengakui bahawa memberi bantuan kepada rakyat Syiria yang ditindas, dibunuh, di ratah dan dirogol adalah jihad fi sabilillah. Tetapi bersama rakyat Syiria yang dizalimi yang ditindas, yang di rogol yang dibunuh menentang mereka yang zalim bukan jihad bahkan di isytihar sebagai militan . Kalau pemikiran seperti ini diambil maka samalah dengan menjaga anak anak zina di anggap kebajikan dalam masa yang sama kita tak belasah dan membiarkan orang berzina terus berzina dan sesiapa menghalang orang berzina adalah militan. Atau mengubati orang yang di patut ular adalah kewajipan dalam masa yang sama kita tak belasah ular ular yang berkeliaran. kalau kita belasah ular ular itu kita pula di anggap militan. Atau sama dengan kita membela mereka yang dirogol dan kita bersimpati dengan mereka dan dalam masa yang sama kita biarkan perogolan2 berlaku dan biarkan perogol perogol bermaharajalela .
Inilah diantara pemikiran pemikiran yang bodoh dan bodoh dan bodoh.
Seandainya inilah erti militan maka akulah militan.
Inilah diantara pemikiran pemikiran yang bodoh dan bodoh dan bodoh.
Seandainya inilah erti militan maka akulah militan.
ADUN Mengkibul YB Tan Hong Pin telah dihalang oleh juak juak UMNO dari mengunjungi Bazaar Ramadhan di Kluang..
Untuk info barua umno neh.. Bazaar ramadhan boleh dikunjungi sesiapa saja.. tak kira bangsa dan agama.. kerana disitu terletak gerai jualan .. mereka yg menawarkan pelbagai aneka makanan, minuman, kuih muih untuk dijua kepada pengunjung.. TANPA kira pengunjung itu beragama dan berbangsa apa...
Lebih2 lagi kedatangan YB untuk menyampaikan sumbangan kurma pada rakyat yg mengunjungi bazaar tersebut ...tapi dihalau oleh juak UMNO yg merasakan.. Bazaar ni bapak dan moyang UMNO yg punya...
Penduduk tak senang duduk
Oleh Nur Izzati Mohamad
Tasek Gelugor: Selepas menanggung azab lebih 20 tahun akibat terpaksa menghidu bau busuk datang dari ladang ternakan babi, penduduk Kampung Selamat di sini, kini dilanda kebimbangan kemungkinan penularan virus Japanese Encephalitis (JE) di kawasan itu.
Begitulah luahan beberapa Kampung Selamat, berhubung kejadian menimpa seorang murid tahun enam disyaki dijangkiti virus JE selepas lebih sebulan demam menyebabkan mangsa koma sehingga terpaksa dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital swasta di Georgetown.
Walaupun pihak berkuasa belum mengesahkan kanak-kanak terbabit diserang virus JE atau sebaliknya, penduduk di kawasan itu kini mula tidak senang duduk dan berharap pemantauan serius perlu dilaksanakan segera.
Peniaga, Hasnah Harun, 54, berkata, kampung berkenaan sudah lama terkenal dengan pencemaran datang dari ladang ternakan babi berkenaan hingga terpaksa menghidu bau busuk hampir setiap hari.
Peniaga, Hasnah Harun, 54, berkata, kampung berkenaan sudah lama terkenal dengan pencemaran datang dari ladang ternakan babi berkenaan hingga terpaksa menghidu bau busuk hampir setiap hari.
KEADAAN Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli yang disyaki dijangkiti JE kini dirawat di sebuah hospital di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Bagaimanapun, penduduk tidak dapat berbuat apa-apa dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelenggara dan memastikan kebersihan kawasan berkenaan terpelihara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Harta Prabowo cecah RM431 juta
Jakarta: Calon presiden Prabowo Subianto semalam mengisytiharkan bahawa keseluruhan harta kekayaannya mencecah 1.6 trilion Rupiah (RM431 juta) dan AS$7.5 juta (RM24 juta).
“Jumlah itu terdiri daripada aset tetap iaitu empat tanah bernilai 105.8 bilion Rupiah (RM28.6 juta) selain empat aset alih terdiri daripada lapan unit alat pengangkutan bernilai 1.4 bilion Rupiah (RM386,765) Rupiah,” katanya di Komisi Pemilihan Umum, semalam.
Selain itu, aset lain hasil penternakan, perikanan, pertanian, kehutanan, perlombongan dan lain-lain merangkumi kira-kira 12.2 juta Rupiah (RM3,285 ).
Sementara itu, hasil seni dan antik miliknya merangkumi kira-kira 3 bilion Rupiah (RM808,254 ) manakala aset alih lain yang tidak diperincikan dilaporkan bernilai sebanyak 1.2 bilion Rupiah (RM329,100).
Pemimpin Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) itu juga memiliki dokumen 1.5 trilion Rupiah (RM404 juta) dan AS$7,500,000 (RM24 juta).
Selain itu terdapat juga wang tunai, simpanan dan harta setara tunai lain membabitkan lima akaun bernilai 20.4 bilion Rupiah (RM5.5 juta) dan AS$3,134 (RM10,052).
Bekas jeneral itu juga mempunyai hutang sebanyak 29 juta Rupiah (RM7,813).
“Demikian perincian harta kekayaan yang dapat saya umumkan supaya tidak digunakan sesiapa untuk dikaitkan dengan sebarang tindakan jenayah,” katanya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02
Kabinet setuju cadangan pengkorporatan RTM
2014/07/02 - 03:55:29
Norhyati menandatangani plak ketika merasmikan Surau Darul Ukhuwah di RTM Kuching, kelmarin. - Foto Micheal Sering |
Kuching: Kabinet sudah memberi 'lampu hijau' kepada cadangan pengkorporatan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dijangka direalisasikan dalam tempoh terdekat.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, berkata sekumpulan kakitangan RTM sudah dihantar ke Australia baru-baru ini, bagi mengkaji pelaksanaan rancangan pengkorporatan berkenaan selepas diarahkan Kabinet.
Tunggu persetujuan PM
RTM tidak boleh kekal dengan cara kerja yang sudah ketinggalan. Sebagai agensi kerajaan, RTM perlu peka dengan perubahan sekeliling agar mampu bersaing dan kekal menjadi wadah rakyat ikut peredaran masa” Norhyati Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran
“Kali ini, mungkin betul pengkorporatan itu akan dilakukan kerana Kabinet sudah memutuskannya. Kita hanya menunggu persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi tujuan pelaksanaannya (pengkorporatan RTM).
“Bagaimanapun, saya tidak dapat memberi butiran lengkap berkenaan bila dan berapa lama tempoh diperlukan dalam mengkorporatkan RTM,” katanya kepada media selepas merasmikan Surau Darul Ukhuwah di RTM Kuching, Jalan P Ramlee, di sini kelmarin.
Norhyati menjelaskan, kebimbangan pengurangan kakitangan RTM tidak akan berlaku serta merta kerana langkah berkenaan hanya dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa lama.
Tak boleh kurang kakitangan
“Kita tidak boleh mengurangkan kakitangan serta-merta kerana khidmat mereka mungkin masih diperlukan, tetapi pengurangan dibuat secara berperingkat, termasuk tidak menggantikan kakitangan yang bersara dengan kakitangan baharu.
“RTM tidak boleh kekal dengan cara kerja yang sudah ketinggalan. Sebagai sebuah agensi kerajaan, RTM perlu peka dengan perubahan sekeliling agar mampu bersaing dan kekal menjadi wadah rakyat mengikut peredaran masa,” katanya.
Katanya, ia merangkumi langkah penyebaran bahan berita kepada orang ramai yang perlu dilakukan secara mudah dan pantas, selaras perkembangan kandungan berita di laman portal.
Kenyataan Kassim Ahmad kufur, murtad
2014/07/02 - 04:37:54
Kuala Terengganu: Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
‘Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian’ itu berlangsung di Putrajaya.
“Fahaman atau golongan itu adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
“Berdasarkan kepada ucapan yang disampaikan oleh Kassim, ada unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat,” katanya dalam sidang media, semalam.
Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis itu perlu disekat daripada berkembang.
Mohd Rozali berkata, sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
Bercanggah dengan syariat
“Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat.
“Oleh yang demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terbabit dengan fahaman golongan tersebut,” katanya.
Katanya, mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis itu diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit.
MH370: Penyiasat temui bukti baharu
2014/07/02 - 04:43:03
Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat nahas udara Australia semalam mendedahkan penemuan bukti baharu berkaitan penyalahgunaan peralatan dalam kokpit pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Gangguan kuasa misteri
Pihak penyiasat berkenaan menerusi The Telegraph mendedahkan bahawa penerbangan pesawat itu mengalami gangguan ‘kuasa misteri’ pada peringkat awal penerbangan.
Pakarnya mendakwa langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
“Unit data satelit pesawat membuat permintaan luar kebiasaan untuk ‘log masuk’ kepada sebuah satelit 90 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Permintaan log masuk di tengah penerbangan bukan perkara biasa. Analisis telah dilakukan dan ciri-ciri serta masa permintaan log masuk menunjukkan wujudnya gangguan kuasa,” menurut laporan itu.
Pakar keselamatan penerbangan dari Universiti Loughborough, David Gleave pula berkata, gangguan elektrik terhasil apabila seseorang di dalam kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Beliau berkata, kemungkinan ada seseorang yang ‘bermain’ dengan sistem kokpit sekali gus menyebabkan gangguan elektrik.
“Tindakan itu boleh menjadi satu gangguan yang disengajakan bagi mematikan kedua-dua enjin dalam tempoh masa tertentu.
“Jika bermain dengan sistem, anda boleh mematikan kuasa elektrik dan menghidupkannya semula ketika perlu untuk menerbangkan pesawat,” katanya.
Sementara itu, Inmarsat tidak menolak kemungkinan insiden itu tetapi masih mencari punca sebenar pesawat itu mengalami gangguan elektrik.
Prabowo akan jadi Presiden - Ahmad Dhani
DI Indonesia, nama seniman Ahmad Dhani tidak pernah lekang dihimpit dengan kontroversi. Sama ada mengenai kisah peribadinya mahupun yang menyentuh kerjaya seninya. Terbaru, dia dikecam hebat kerana berpakaian seragam tentera Nazi, Jerman.
Ahmad Dhani berpakaian demikian dalam klip video lagu saduran We Will Rock You (lagu asal nyanyian kumpulan Queen) yang dihasilkan sebagai menyokong calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Tindakan tersebut mengundang padah kepada Ahmad Dhani sehingga liputan mengenai kontroversi itu turut mendapat perhatian media antarabangsa.
Stesen televisyen, BeritaSatu berpeluang mewawancara Ahmad Dhani dan petikan wawancara itu dimuatkan dalam akhbar Jakarta Globe hari ini yang mana seniman itu mengulas klip video itu dan kenapa dia memilih menyokong Prabowo berbanding pencabarnya, Joko Widodo (Jokowi) .
Berikut petikan wawancara itu:
BeritaSatu: Apa yang ada di fikiran anda pada saat ini?
Ahmad Dhani: Saya masih bingung dengan tindakan media asing (mensensasikan isu klip video). Pada saya media asing saling tidak ubah seperti wartawan palsu. Wartawan ini tidak menghormati etika kewartawanan. Saya fikir, wartawan Indonesia lebih baik.
Tidak ada siasatan dibuat, tiada pengesahan dengan saya juga dilakukan. Saya fikir, kemungkinan besar ini adalah kempen berunsur serangan peribadi. Saya diyakinkan bahawa kontroversi ini adalah kempen yang tidak hanya melibatkan saya tetapi calon presiden, Prabowo Subianto.
Apa tindakan seterusnya? Apakah anda atau parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) mempunyai sebarang rancangan untuk menyelesaikan kontroversi ini?
Pada saya, ini adalah hal peribadi antara saya dengan sebuah majalah (asing). Klip video We Will Rock You bukan video rasmi kempen politik Prabowo .
Bagaimana dengan pakaian seragam Nazi? Tidakkah anda bimbang seolah membuka kembali luka lama?
Membuka luka lama? Inilah versi kewartawanan palsu. Realitinya, kebanyakan orang Jerman sendiri tidak peduli mengenai simbol (Nazi) itu. Rakan-rakan dan keluarga saya di Jerman juga tidak mengambil peduli perkara.
Ada sesuatu juga yang anda perlu tahu, bahawa Hitler sudah menjadi bahan ketawa. Di Indonesia sendiri sudah terlalu banyak klip video parodi dihasilkan yang menjadikan Hitler sebagai alat ketawa. Jadi, tidak ada apa yang serius mengenai Hitler dan Nazi di Indonesia.
Apa yang anda fikirkan ketika mengenakan pakaian seragam Nazi?
Saya pernah memakai pakaian seragam yang sama dalam klip video 'Immortal Love Song.' Tidak ada siapa yang peduli mengenainya. Tetapi kenapa ketika saya menyokong Prabowo, ia menjadi isu? Kerana itu saya percaya ia ditujukan pada Prabowo.
Kenapa anda menyokong Prabowo? Kenapa bukan Jokowi?
Saya mengenali Jokowi dan Prabowo secara peribadi. Artis lain yang menyokong Jokowi secara umumnya tidak mengenali beliau. Secara peribadi, saya menggemari Prabowo kerana beliau memiliki karakter yang menarik. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140702/lu_08/Prabowo-akan-jadi-Presiden---Ahmad-Dhani#ixzz36Fy7lEsC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bekalan kuasa MH370 diganggu
SYDNEY 1 Julai - Biro Keselamatan Pengangkutan Austalia melakukan siasatan terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin menemui bukti baharu yang menunjukkan berlakunya gangguan peralatan elektrik di kokpit pesawat pada awal penerbangan, sekali gus meningkatkan kemungkinan sistem pesawat itu sengaja diubah bagi mengelak dikesan radar.
Biro tersebut dalam laporannya pada Khamis lalu menyebut, unit data satelit pesawat Boeing 777 itu membuat permintaan 'log-on' secara tidak dijangka kepada satelit kira-kira 90 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Jelas laporan tersebut, permintaan log-on itu, yang juga dikenali sebagai 'handshake', kemungkinan berpunca akibat berlakunya gangguan kuasa elektrik di dalam pesawat.
"Permintaan log-on semasa penerbangan bukan perkara biasa. Analisis yang dilakukan mendapati situasi dan masa permintaan log-on sepadan dengan waktu gangguan kuasa berlaku," jelas laporan itu.
Bukti terbaharu itu sekali lagi meningkatkan kemungkinan wujudnya unsur jenayah dalam misteri kehilangan MH370 dan menunjukkan laluan pesawat terbabit sengaja diubah.
Dalam pada itu, pakar keselamatan penerbangan daripada Universiti Loughborough, David Gleave, berkata, gangguan kuasa elektrik itu menunjukkan ada individu di dalam kokpit cuba mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Malah katanya, tindakan tersebut juga konsisten dengan cubaan untuk menutup sistem komunikasi dan sistem lain sebagai cubaan mengelak daripada dikesan radar.
"Mungkin ada pihak melakukan sesuatu di dalam kokpit sehingga menyebabkan berlakunya gangguan elektrik dengan tujuan mahu memadamkan kedua-dua enjin dalam tempoh tertentu.
"Dengan berlakunya gangguan di dalam kokpit, kuasa elektrik boleh dipadamkan buat sementara dan memasangnya semula apabila memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat," katanya ketika dihubungi akhbar The Telegraph.
Teori baharu berkenaan dikukuhkan lagi apabila syarikat rasmi yang ditugaskan menganalisis data penerbangan MH370, Inmarsat mengesahkan dakwaan berlakunya gangguan bekalan kuasa sebanyak dua kali tetapi gagal mengenal pasti punca sebenar.
"Inmarsat masih tidak dapat menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di dalam kokpit dan punca sebenar bekalan kuasa pesawat MH370 terganggu," kata Timbalan Presiden Inmarsat, Chris McLaughlin.
Laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Austalia mendedahkan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan krew itu, cuba log on ke satelit Inmarsat pada 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.
Haluan pesawat terbabit kemudiannya berubah ke arah utara pulau Sumatera walaupun destinasi asalnya ke Beijing dan menuju ke selatan Lautan Hindi.
Selepas hampir enam jam, pesawat itu kemudiannya membuat satu lagi permintaan log-on yang ketujuh dan handshake terakhir, yang dipercayai dihantar untuk menunjukkan pesawat berkenaan kehabisan minyak dan kuasa elektrik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140702/lu_04/Bekalan-kuasa-MH370-diganggu#ixzz36FwNOkPa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)