Friday, November 16, 2012

Tegur pemimpin agungkan Syiah



   
Kota Bharu: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) digesa menegur segelintir pimpinan tertinggi parti itu yang dilihat cenderung dan terarah kepada fahaman Syiah.

Perwakilan Pemuda PAS Melaka, Abdul Wahab Mohd Jawi, berkata kecenderungan itu dapat dilihat melalui artikel serta ucapan segelintir pemimpin yang mengagungkan pemimpin Syiah dan Iran.
Selain pemimpin utama PAS, beliau juga menegur media rasmi parti itu, Harakah, supaya lebih peka dan sensitif serta tidak mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan fahaman Syiah.

“DPPP perlu menegur kepemimpinan tertinggi supaya jaga tindak-tanduk dan tutur kata supaya jangan terjerumus dengan fahaman Syiah. Saya tidak tuduh pimpinan mengamalkan ajaran Syiah.

“Tapi segelintir pimpinan suka memberi artikel atau ucapan yang mengagungkan pimpinan Syiah dan Iran. Ini akan menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan ahli serta masyarakat.

“Begitu juga dengan lidah rasmi PAS iaitu Harakah, jangan ada sokongan pada Iran, Syiah dan Hizbullah ini penting bagi menjauhkan PAS daripada fitnah,” katanya membahaskan ucapan dasar Ketua DPPP, Nasrudin Hassan, semalam.

Perwakilan Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh, pula mengkritik ucapan dasar Nasrudin dan menyifatkannya sebagai ucapan kosong tanpa sebarang gagasan idea baru seperti diharapkan golongan muda.
“Tidak ada perkara baru dalam ucapan Ketua Pemuda, yang ada hanyalah sorotan sejarah dan bacaan semula analisis ekonomi. Tiada satu perkara baru menyentuh anak muda dahagakan perubahan.

“Begitu juga pemuda yang sentiasa bertindak sebagai ejen pendesak kerajaan, namun dalam ucapan Ketua Pemuda tiada teguran ataupun nasihat dilemparkan terhadap kerajaan pakatan,” katanya membahas ucapan dasar Ketua Pemuda.

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Zulkarnain Md Zaki menegur kepemimpinan parti itu yang dilihat tidak peka serta sensitif dalam mendepani isu semasa.

Katanya, dalam menjalinkan ‘tahalluf siasi’ bersama rakan pakatan pembangkang lain, PKR dan DAP, PAS sepatutnya mendominasi kerjasama itu terutama dalam memimpin kepada pembangunan Islam.

Tonton rancangan memasak boleh gemuk



 
London: Sekumpulan saintis merumuskan bahawa seseorang akan menjadi lebih gemuk sekiranya mereka menonton rancangan memasak berbanding menonton rancangan lain seperti program alam semula jadi.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa penonton lebih gemar mengambil makanan ringan jika menonton rancangan memasak seperti Masterchef atau Great British Bake-Off berbanding sekiranya mereka menonton sebuah rancangan alam semula jadi, lapor akhbar Daily Mail.
Dalam kajian berkenaan, psikologi Amerika Syarikat merekrut 80 orang dewasa untuk mengenal pasti apa kesan menonton televisyen terhadap selera makan seseorang.

Separuh daripada peserta diminta menonton rancangan memasak manakala yang lain menonton sebuah program mengenai alam semula jadi.
Agensi

Komputer teman wanita Petraeus ada maklumat sulit



 
Washington: Sebuah komputer milik Paula Broadwell, wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan pengarah Ejen Risikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), David Petraeus sehingga menyebabkan peletakan jawatan beliau, mengandungi maklumat yang sepatutnya dirahsiakan, kata pegawai keselamatan kebangsaan dan penguatkuasaan undang-undang.

Kandungan dan bilangan bahan terbabit serta persoalan mengenai bagaimana Broadwell mendapatnya adalah amat penting untuk siasatan seterusnya, kata pegawai terbabit. Mereka enggan mendedahkan nama kerana tidak berhak untuk bercakap kepada umum.
Maklumat lanjut mengenai bahan yang diperoleh Broadwell, seorang pegawai simpanan dalam risikan tentera, muncul pada Rabu ketika Pentagon menangguhkan kelulusan keselamatan terhadap beliau.

Ada kebimbangan di kalangan pegawai tentera dan penguatkuasaan undang-undang mengenai kemungkinan berlaku dari hubungan antara Petraeus dan Broadwell yang turut menulis biografi jeneral bersara itu.

Lewat kelmarin, jawatankuasa risikan dewan mengumumkan bahawa Petraeus akan memberi keterangan tertutup pada Jumaat mengenai serangan terhadap Konsulat Amerika Syarikat di Benghazi, Libya.

Pemimpin jawatankuasa risikan Senat dan dewan diberi taklimat mengenai Petraeus oleh FBI dan CIA.

Ketika satu sidang media di Rumah Putih pada Rabu, Presiden Barack Obama berkata tiada petunjuk setakat ini untuk sebarang maklumat yang didedahkan berikutan hubungan terbabit.
Obama berkata setakat ini beliau akan menjauhkan diri daripada sebarang penghakiman sama ada beliau perlu dimaklumkan lebih awal sebelum Rabu mengenai siasatan membabitkan ketua CIA yang meletak jawatan Jumaat lalu sebelum hubungan intim terbabit diketahui umum.

Reuters

Ketegangan Israel, Gaza kian memuncak

Penduduk Palestin memadamkan kebakaran selepas serangan udara Israel mengenai sebuah kereta di Gaza, semalam. - Foto REUTERS/AFPPenduduk Palestin memadamkan kebakaran selepas serangan udara Israel mengenai sebuah kereta di Gaza, semalam. - Foto REUTERS/AFP Gaza: Pejuang Hamas membedil berpuluh-puluh roket ke selatan Israel, menyebabkan tiga orang terbunuh ketika rejim Zionis itu melancarkan serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza, mengancam serangan lebih besar untuk menghalang tindakan Palestin.

Polis Israel berkata, tiga maut apabila roket Palestin terkena bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, kira-kira 25 kilometer ke utara Gaza. Mereka adalah mangsa Israel pertama dalam konflik terbaru yang melanda wilayah berkenaan.
Israel kelmarin membunuh tokoh tentera Hamas dan menyerang wilayah berkenaan dari darat, udara dan laut, meragut 15 nyawa, termasuk lima pejuang, tiga kanak-kanak dan seorang wanita hamil.


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar lewat kelmarin untuk membincangkan serangan Israel itu. Ia menggesa keganasan dihentikan tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Menjangkakan serangan akan berlanjutan, Israel memberi amaran kepada Hamas bahawa semua anggotanya diperhatikan dan menggugurkan risalah di Gaza meminta penduduk supaya menjauhkan diri daripada pejuang dan kemudahan Hamas.

Risalah menegaskan Hamas menyeret wilayah itu ke arah keganasan dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bersedia mempertahankan penduduknya sehingga keamanan dikembalikan ke wilayah itu, kata tentera dalam kenyataan.

Israel berdepan kecaman hebat negara Arab berpengaruh seperti Mesir dan Qatar. Hamas menegaskan pembunuhan salah seorang komander kanannya, Ahmed Al-Jaabari, akan membuka pintu neraka kepada Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kelmarin berkata, operasi ke atas Gaza akan ditingkatkan.

Serangan dilancarkan seminggu selepas keganasan merentasi sempadan dan menafikan harapan Mesir yang menjadi orang tengah gencatan senjata
Kerajaan Mesir baru berasaskan Islam yang berjanji menghormati perjanjian damai 1979 dengan Israel, mengutuk serangan baru Israel sebagai ancaman kepada keselamatan rantau itu. Ia memanggil balik dutanya dari Israel dan mendesak diadakan sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB.

Reuters 

CIA buka siasatan skandal Petraeus

David Petraeus
David Petraeus, orang kanan yang mengetuai agensi risikan terbesar Amerika Syarikat, meletakkan jawatan sebagai Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA)
WASHINGTON - Agensi Perisikan Pusat (CIA) melancarkan siasatan dalaman peletakan jawatan pengarahnya, David Petraeus yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang penulis biografinya, Paula Broadwell.
Jurucakap agensi berkenaan Preston Golson berkata, jika ada pengajaran yang boleh diambil daripada kes ini, mereka akan gunakan untuk memperbaiki keadaan.
“Penyiasatan perlu dilaksanakan dan tidak mengandaikan sebarang hasil tertentu,” katanya dipetik AP.
Menurutnya, selain siasatan berkenaan kes skandalnya, Petraeus, 60, juga akan memberi keterangan tertutup di Capitol Hill mengenai serangan terhadap Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, Libya. 
Sementara itu, pegawai keselamatan kebangsaan dan penguatkuasaan undang-undang mendedahkan peletakan jawatan Petraeus juga bersangkutan dengan penemuan maklumat sulit di komputer riba milik Paula Broadwell, 40 yang sepatutnya dirahsiakan. 
Petraeus adalah jeneral paling dihormati di AS sebelum dilantik sebagai Pengarah CIA tahun lalu tetapi meletak jawatan minggu lalu apabila pendedahan skandal beliau terbongkar.

Ketua Pemuda Pas isytihar harta, simpanan bank RM9,000


Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.

Demonstrasi di Jordan, satu maut


Penduduk Jordan membakar sampah semasa mengadakan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak di Jabal al-Hussein di Amman, kelmarin. - AFP
AMMAN 15 Nov. - Seorang penunjuk perasaan maut, manakala berpuluh orang lagi cedera di Jordan, awal pagi ini dalam demonstrasi bantahan berikutan kenaikan harga minyak yang masuk hari ketiga semalam selepas kerajaan menghentikan subsidi minyak, bertukar ganas.
Menurut Jabatan Keselamatan Awam Jordan, seorang penunjuk perasaan terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah balai polis di Irbid, semalam.
Jabatan itu berkata, sebanyak 12 anggota polis turut cedera dalam rusuhan itu.
Lebih 30 orang ditangkap dan sejumlah orang lagi cedera dalam demostrasi, semalam yang menyaksikan bangunan kerajaan, keselamatan dan kenderaan dibakar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121116/lu_10/Demonstrasi-di-Jordan-satu-maut#ixzz2CQhtguDg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korban di Syria majoriti adalah penduduk awam


PENDUDUK Syria dan tentera pembebasan Syria berkumpul di tengah-tengah bangunan yang ranap akibat serangan peluru berpandu tentera kerajaan Syria di Marat al-Numan dekat wilayah Idlib, kelmarin. - REUTERS
BEIRUT 15 Nov. - Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia mendedahkan bahawa lebih 39,000 orang yang terkorban dalam konflik di Syria sejak pemberontakan bagi menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad tercetus 20 bulan lalu, kebanyakannya terdiri daripada penduduk awam.
Pasukan pemantau itu berkata, daripada jumlah korban itu seramai 27,410 orang adalah penduduk awam, 9,800 askar dan 1,359 askar yang berpaling tadah.
Ketua badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman berkata, 543 orang lagi yang maut tidak boleh dikenal pasti untuk dimasukkan dalam jumlah korban yang kini mencecah 39,112 orang.
Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu berkata, jumlah kematian tersebut masih tidak menggambar keadaan sebenar kerana data itu tidak melibatkan mereka yang hilang, kebanyakannya dianggap mati, selain kematian anggota militia yang prokerajaan.
Rami berkata, sukar untuk mendapatkan jumlah korban sebenar melibatkan askar dan pemberontak kerana kedua-dua pihak ingin merahsiakan angka anggota mereka yang terkorban.
Pemantau hak asasi manusia itu bergantung kepada jaringan aktivis dan ahli perubatan di hospital awam dan hospital tentera untuk mendapatkan jumlah korban. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121116/lu_05/Korban-di-Syria-majoriti-adalah-penduduk-awam#ixzz2CQhIOGUi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Myanmar bebas 114 banduan


banduan dibebaskan
Orang ramai mengerumuni pintu pagar Penjara Insein, Yangon bagi menyambut ahli keluarga mereka yang dibebaskan.
YANGON - Myanmar membebaskan seramai 114 banduan, sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, mengadakan lawatan bersejarahnya pada hari ini.

Bagaimanapun, menurut kumpulan pembangkang, pembebasan lebih 100 banduan, semalam, tidak melibatkan mana-mana tahanan politik.

Sebahagian banduan yang dibebaskan, termasuk bekas tentera yang lari dari tugasan atau melakukan kesalahan ketenteraan.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan, lebih 400 banduan bakal dibebaskan dengan niat membantu memulihkan hubungan dan  kebajikan rakyat.
Dalam satu kenyataan lain, pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menyuarakan kekesalannya berikutan pembebasan itu tidak melibatkan ahli politik.
Sehingga kini, kira-kira 800 banduan politik dibebaskan sepanjang proses pembentukan semula kerajaan sejak tahun lalu dan lebih 100 pengamal politik masih ditahan. - Reuters

Mahasiswa Malaysia harap perogol, pendera tenaga kerja Indonesia dihukum berat

JAKARTA - Pelajar Malaysia di negara ini mengecam kejadian rogol dan penderaan terhadap tenaga kerja Indonesia oleh individu tidak bertanggungjawab di Malaysia dan berharap mereka dikenakan hukuman berat. 

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) yang kesal dengan kejadian itu turut berharap rakyat Indonesia, khususnya mahasiswa dan generasi mudanya, tidak melihat kes berkenaan sebagai gambaran sikap seluruh rakyat Malaysia.

"Kes pemerkosaan dan penderaan sememangnya perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan perlu dikecam oleh semua pihak sama ada ia melibatkan warganegara Malaysia mahupun warganegara asing," kata Yang Dipertua PKPMI Ahmad Nabieh Abqory Rahmat di sini, Jumaat.

Ahmad Nabieh turut menggesa pihak berkuasa di Malaysia agar menyelesaikan segera siasatan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Persatuan itu mengulas dua kes rogol dengan satu daripadanya turut membabitkan penderaan, yang dilapor berlaku ke atas dua wanita Indonesia yang bekerja di Malaysia.
  
Satu kes dilapor membabitkan tiga anggota polis, manakala satu lagi melibatkan orang awam yang juga majikan kepada wanita Indonesia terbabit.

"Perbuatan yang didakwa dilakukan oleh anggota polis itu terutamanya, adalah amat dikesalkan kerana polis merupakan institusi penguat kuasa undang-undang dan pelayan masyarakat, yang seharusnya bersikap melindungi masyarakat," katanya.

Mahasiswa Malaysia di Indonesia, katanya berharap hubungan baik antara rakyat Malaysia dan Indonesia tidak terjejas akibat perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

"Kami berharap di masa akan datang, hubungan yang lebih erat akan terjalin antara masyarakat di Indonesia dan Malaysia, terutama di kalangan generasi muda dan mahasiswa," katanya.

Obama bincang konflik Gaza-Israel


Barack Obama
Obama (kanan) mengadakan perbincangn dengan Netanyahu, kelmarin.
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengenai serangan roket dilancarkan dari Gaza ke Israel sehingga membangkitkan ketegangan di Semenanjung Gaza.
Jurucakap Rumah Putih berkata, kedua-dua pemimpin itu bersetuju meredakan konflik yang kian memuncak itu secepat mungkin.

“AS mengulangi sokongan terhadap Israel dalam menjaga kepentingan penduduk awam di negara itu dan menyokong serangan balas dilancarkan,” katanya.

Menurutnya, Mesir pula diberi peranan dalam memelihara keselamatan serantau sekiranya berlaku peperangan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Israel berkata, serangan darat secara berterusan akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, namun belum memutuskan bila ia akan berlaku.

“Serangan udara menjadi permulaan sebagai tindak balas terhadap Hamas yang menggunakan senjata lebih hebat seperti peluru pejuang,” katanya.

Rabu lalu, Israel melancarkan 50 serangan balas di Semenanjung Gaza hingga meragut nyawa komander tentera Hamas dalam serangan paling sengit di wilayah itu sejak empat tahun lalu.

Pada serangan itu juga, sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin maut, termasuk dua kanak-kanak. - AP

Gaza lancar serang balas


Serangan roket yang disasarkan ke arah kenderaan Al-Jaabari. Gambar kecil: Al-Jaabari.
Serangan roket yang disasarkan ke arah kenderaan Al-Jaabari. Gambar kecil: Al-Jaabari.
SEMENANJUNG GAZA - Pejuang Hamas, semalam, melancarkan serangan balas di bandar Kiryat Malahi, susulan daripada insiden yang mengorbankan komander kanan tenteranya, Ahmed Al-Jaabari, kelmarin.

"Serangan itu meragut tiga nyawa manakala empat individu lain parah selepas rumah mereka terkena bedilan roket yang dilancarkan di bandar selatan Israel," kata jurucakap Hamas, Luba Samri.

Menurut pegawai kesihatan, serangan balas itu dilancarkan semasa bumi Gaza masih dihujani bedilan roket.

Insiden itu menyebabkan 11 penduduk terbunuh, selain lebih 100 orang awam parah.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel mendakwa lebih 200 roket dan bom mortar dilancar Hamas  pada hari sama.

Tambahnya, rejim berjaya menembak jatuh 27 roket yang lain.

Dua hari lalu, Al-Jaabari bersama anak lelakinya terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terkena serangan roket Israel.

Palestin menyifatkan serangan itu sebagai jenayah kejam dan menggesa satu perbicaraan diadakan bagi menghukum dalang bertanggungjawab.

"Penduduk Palestin berhak membalas serangan yang telah memusnahkan kawasan mereka selain mengorbankan nyawa yang tidak berdosa," kata jurucakap Hamas Tahr Anunu. - Al-Jazeera

Harussani: 'Saya sentiasa bertaubat'

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
SHAH ALAM -  "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dalam arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."

Katanya, orang Islam pada masa ini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam.

"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.

"Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Pagi semalam, Harun meminta Harussani turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.
Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kota Bharu semalam.

Harussani juga berkata, semua parti politik yang menggunakan Islam tidak akan disokongnya kerana perjuangan mereka tidak sejajar dengan konsep Islam.

Harussani menambah, teguran sering dibuat kepada semua orang Islam sejak beliau menjadi kadi lagi untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

"Dulu apabila saya menjadi kadi, saya sering menegur orang Islam yang melakukan kesilapan dan kembali ke jalan yang benar.

"Sejak lebih kurang 50 tahun lebih negara merdeka, setiap parti yang dikatakan membawakan ajaran Islam hanya tahu berkempen untuk parti.

"Melalui kempen mereka sering membuat fitnah, memaki hamun dan di rumah ibadat juga telah wujud perpecahan, adakah dengan cara ini kita nak tonjolkan Islam kepada masyarakat?" katanya.

Turki beri amaran jika Syria ceroboh sempadan

video amatur
Gambar diperoleh dari video amatur ini menunjukkan kawasan bandar Ras al-Ayn yang dibedil dalam serangan udara, kelmarin. Foto: AP
CEYLANPINAR - Turki, semalam, memberi amaran bahawa angkatan tentera mereka akan melancarkan serangan balas jika mana-mana pesawat Syria dikesan mencerobohi ruang udara negara itu.

Menteri Pertahanan Turki, Ismet Yilmaz berkata, mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan tindakan ketenteraan ke atas Syria jika negara tersebut melanggar sempadan.

Amaran keras itu disuarakan selepas kerajaan khuatir konflik tercetus antara tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak merebak ke barat Ceylanpinar yang bersempadan dengan bandar Ras al-Ayn di Syria.

"Serangan udara dilancarkan sejak beberapa hari lalu di bandar Ras al-Ayn menyebabkan kira-kira 1,000 penduduk kampung berhampiran terpaksa dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga," jelasnya lagi.

Sehingga kini lebih 36,000 dilaporkan terkorban sejak kebangkitan menentang rejim Assad pada Mac tahun lalu manakala ratusan ribu penduduk negara itu terpaksa melarikan diri ke beberapa negara jiran untuk mendapatkan perlindungan.  - AP

Wanita dihukum pegang papan tanda



HARDIN memegang papan tanda yang menyatakan kesalahannya di Cleveland kelmarin.


CLEVELAND, Amerika Syarikat - Seorang wanita terpaksa memegang papan tanda di sebuah kaki lima di sini.
Wanita berkenaan, Shena Hardin diperintahkan oleh Hakim Pinkey Carr supaya berdiri di kaki lima berkenaan selama sejam pada Selasa lalu dan kelmarin.
Dia memegang papan tanda itu yang tertera ayat: "Hanya orang bodoh memandu di laluan pejalan kaki kerana mahu memotong sebuah bas sekolah".
Hardin dikenakan hukuman itu selepas dia memandu kereta di laluan pejalan kaki dengan tujuan untuk memotong bas tersebut. - Agensi

Turki iktiraf Majlis Kebangsaan Syria



SEBAHAGIAN daripada artis yang tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2012.


ISTANBUL - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semalam menyatakan, negaranya mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria sebagai wakil sah penduduk negara itu.
Sebelum ini, ketua majlis itu, Ahmed Moaz al-Khatib meminta ia diiktiraf bagi memudahkan penyaluran dana dan pembelian senjata untuk menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Davutoglu membuat pengiktirafan itu semasa mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Djibouti, lapor agensi berita Anatolia.
Britain dan Amerika Syarikat sebelum ini turut memberi sokongan kepada majlis tersebut tetapi enggan mengiktirafnya sebagai pemerintah dalam buangan.
Perancis turut mengiktiraf majlis berkenaan.
Sementara itu di London, Perdana Menteri David Cameron dijangka mempengerusikan satu mesyuarat bersama beberapa anggota kanan Kabinet bagi membincangkan operasi ketenteraan, kemanusiaan dan diplomatik Britain di Syria, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Pertemuan tersebut dijangka dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg dan Menteri Kewangan, George Osborne bersama Setiausaha Luar, William Hague serta Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond.
Menurut BBC, mereka akan turut membincangkan tentang pelaksanaan zon larangan terbang di Syria di samping membekalkan senjata antipesawat kepada para penentang yang memerangi rejim Bashar.
Perdana Menteri Britain berkenaan melawat kem pelarian Zaatari yang menempatkan sekitar 36,000 pelarian Syria di Jordan pada minggu lalu.
Lebih 39,000 orang terbunuh sejak kebangkitan menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu. - Agensi

Letupan menjelang Awal Muharram ragut 19 nyawa


Kakitangan keselamatan dan penduduk setempat memeriksa lokasi letupan bom kereta di Kirkuk, kira-kira 250 kilometer di utara Baghdad, Iraq, semalam. - REUTERS
BAGHDAD 14 Nov. - Beberapa siri letupan terancang menggegarkan seluruh Iraq hari ini, menyebabkan 19 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera, menjelang Awal Muharam esok.
Letupan yang berlaku awal pagi itu melibatkan lima bom kereta dan satu kejadian bom tepi jalan yang berlaku di Baghdad serta tiga bandar lain, sekali gus dilihat akan meningkatkan ketegangan di negara ini.
Letupan paling dahsyat berlaku di Kirkuk, wilayah bergolak yang kaya dengan minyak di utara Iraq yang sering menjadi sasaran militan, yang menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan 39 lagi cedera.
Di ibu negeri Kirkuk, lima orang maut dan 34 lagi cedera apabila dua serangan bom kereta dan satu bom tepi jalan menggegarkan bandar itu, manakala satu lagi letupan yang menyasarkan tentera peronda di bandar Hawijah mengakibatkan empat maut dan lima cedera.
Di selatan Baghdad berhampiran bandar Hilla pula, satu bom kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di sebuah pasar sibuk, meletup dan menyebabkan lima orang maut dan 35 lagi cedera, menurut polis dan pegawai perubatan.
Satu lagi serangan bom kereta di Dataran Firdaus, Baghdad turut dilancarkan, mengakibatkan seorang terbunuh dan enam cedera.
Keganasan itu berlaku sehari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut Awal Muharam iaitu tahun baru mengikut kalendar Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121115/lu_03/Letupan-menjelang-Awal-Muharram-ragut-19-nyawa#ixzz2CMvuizkN
© Utusan Melayu (M) Bhd