Tuesday, July 24, 2012

Sanna Yemen .

Sanna Yemen ..2005 sebuah batu besar seberat 1000 tan jatuh menimpa rumah penduduk disekeliling.menyebabkan 100 kematian.150 rumah musnah.

Tunese

HOW HARD DO WE CARE?



Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. 

Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. 

Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. 

HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. 

Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. 

Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Allahuakbar!

Allahuakbar! Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Mana Hishammuddin nak letak muka? Terbukti ROS juga menjadi alat kepada pemimpin UMNO/BN!

anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi

RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.

Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?

Please SHARE. 
via FB : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

DESAS-DESUS NAMPAK BENAR..

BERITA BAIK.... BERITA BAIK INI HANYA UNTUK MEREKA2 YANG ADA KEBERANIAN BERUBAH DAN MENUKAR KERAJAAN BARU..... HAHAHAHAHA...

Setahun pasca wafatnya Habib Muhammad bin 'Alwi Al-Maliki Al-Hasani Mekkah

Setahun pasca wafatnya Habib Muhammad bin 'Alwi Al-Maliki Al-Hasani Mekkah, orang-orang Wahabi yang berniat mau menghinakan Habib Muhammad, kerana kebiasaan di Mekkah jika jenazah sudah hancur maka akan dipindah ke tempat lain agar kawasan lama dimasukkan jenazah yang baru; kemudian orang Wahabi melakukan penggalian makam beliau, awalnya mereka berharap agar apa yang mereka temukan pasca 1 tahun adalah jenazah yang sudah hancur, tapi apa dikata ? 

Ternyata tidak sesuai dengan perkiraan sebelumnya, JENAZAH Tokoh Bid’ah menurut wahhabi Habib Muhammad masih UTUH Tidak hancur. 

~2 tahun kemudian, mereka menggali kembali makam Habib Muhammad, apa dikata? JENAZAH Tokoh Bid’ah menurut wahhabi pun masih utuh, Tidak hancur, bahkan RAMBUT dan KUKU beliau terlihat tumbuh panjang. 

~5 tahun kemudian, dilakukan hal yang sama, dan ternyata JENAZAH Tokoh Bid’ah menurut wahhabi juga Tidak hancur MASIH UTUH, bahkan TERCIUM AROMA WANGI YANG WANGINYA MELEBIHI WANGINYA KAYU GAHRU 

Subhanallah… Kejadian ini sudah mentaubatkan orang-orang Salafi Wahhabi...

Salafi Wahabi Malaysia Bila pulak???? :) 

Sumber: Al-Habib Segaf bin Hasan Baharun Beliau pulang ke rahmatullah pada 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004, waktu subuh, hari Jumaat.

Pemergian Tuan Guru Haji Hashim Bin Abu Bakar merupakan satu kehilangan yang tiada penggantinya buat semua.

Pemergian Tuan Guru Haji Hashim Bin Abu Bakar merupakan satu kehilangan yang tiada penggantinya buat semua..Kerinduan yang masih tidak terpadam dihati ini kepada salah seorang guru Ahlusunnah waljamaah yang banyak menghabiskan masanya bagi menyampaikan ilmu kepada ummat islam..

Sayyidina Abu Darda' meriwayatkan satu hadis tentang pemergian seorang ulama' itu merupakan satu kecacatan bagi kita: 
"Meninggalnya seorang 'alim itu adalah satu musibah yang tidak dapat dipulihkan dan kekurangan yang tidak dapat ditampal.Meninggalnya seorang alim umpama bintang yang hilang sinarnya.Meninggalnya satu kelompok manusia jauh lebih ringan daripada meninggalnya seorang alim." 
(Riwayat Abu Daud,Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi) 

Perginya seorang ulama, bererti hilanglah sebahagian ilmu, Abdullah bin ‘Amr bin Ash meriwayatkan sebuah hadits: 
"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan." 

(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Wafatnya ulama, bererti hilanglah satu bintang yang menjadi petunjuk kepada umat, terlebih lagilah ulama dari kalangan ahlulbait. Mereka seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri. 
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan 
[Hadis riwayat Imam Ahmad] 

Dinyatakan dalam kitab Ittihaf As-Sadah Al-Muttaqin 'Ala Syarh Ihya' Ulumuddin karangan Al-Allamah Sayyid Murtadha Az-Zubaidi bahawa kewafatan ulama' itu ditangisi penduduk bumi seperti binatang,tumbuhan dan lain-lain.Hal ini kerana Ulama'lah yang mengajarkan manusia hukum-hukum berburu,menyuruh manusia berlaku Ihsan dengan setiap makhluk Allah..

Mudah2an Allah tempatkannya bersama2 orang2 yang diredhai..

Salah seorang ulamak Ahlusunnah wal jamaah yang ditolak oleh wahabi salafi..



Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili lahir di Makkah pada tahun 1365 H. Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah, Makkah, dimana ayah beliau Sayyid Alawi bin Abbas al Maliki sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki, dekat Bab As-salam..

Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia. Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:

Aqidah:

1. Mafahim Yajib an Tusahhah
2. Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3. At-Tahzir min at-Takfir
4. Huwa Allah
5. Qul Hazihi Sabeeli
6. Sharh ‘Aqidat al-‘Awam

Tafsir:

1. Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2. Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4. Hawl Khasa’is al-Quran

Hadith:

1. Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3. Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4. Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah:

1. Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2. Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3. ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4. Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5. Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6. Zikriyat wa Munasabat
7. Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul:

1. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2. Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3. Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah

Fiqh:

1. Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2. Labbayk Allahumma Labbayk
3. Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4. Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5. Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6. Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf

Tasawwuf:

1. Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2. Abwab al-Faraj
3. Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4. Al-Husun al-Mani‘ah
5. Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain:

1. Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2. Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3. Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
4. Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5. Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6. Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7. Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8. Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
9. Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10. Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11. Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12. Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13. Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14. Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15. Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16. Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

Senarai di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak.Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Mafahim Yujibu an-Tusahhah (Konsep-konsep yang perlu diluruskan) adalah salah satu kitab karya Sayyid Muhammad, red.) bersinar layaknya suatu kemilau mutiara. Inilah seorang manusia yang menantang rekan-rekan senegaranya, kaum Salafi-Wahhabi, dan membuktikan kesalahan doktrin-doktrin mereka dengan menggunakan sumber-sumber dalil mereka.

Untuk keberanian intelektualnya ini, Sayyid Muhammad dikucilkan dan dituduh sebagai “seorang yang sesat”. Beliau pun dicekal dari kedudukannya sebagai pengajar di Haram (yaitu di Masjidil Haram, Makkah, red.). Kitab-kitab karya beliau dilarang, bahkan kedudukan beliau sebagai professor di Umm ul-Qura pun dicabut. Beliau ditangkap dan passport-nya ditahan. Namun, dalam menghadapi semua hal tersebut, Sayyid Muhammad sama sekali tidak menunjukkan kepahitan dan keluh kesah. Beliau tak pernah menggunakan akal dan intelektualitasnya dalam amarah, melainkan menyalurkannya untuk memperkuat orang lain dengan ilmu (pengetahuan) dan tasawwuf.
 

Sesungguhnya para malaikat menghampakan kedua sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha terhadap apa yang ia lakukan..




Sesungguhnya para malaikat menghampakan kedua sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha terhadap apa yang ia lakukan..

[Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi] 

Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.

Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.

Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya kepada Imam Shafie, “Apakah kamu berasal dari Makkah”. Jawab Imam Shafie, “Benar”. Imam Malik kemudian bertanya, “Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?”. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya dengan menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya”.

Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja”.

Kata Imam Shafie, “Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu”.

Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie dijemput untuk menetap di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta’. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain.

Nasihat Imam Syafie



Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

1. Imam al-Syafie pernah bersyair:

شكوت إلى وكيع سوء حفظي فأرشدني إلى ترك المعاصي وأخبرني بأن العلم نور ونور اللّه لا يهدى لعاصي“

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’[I’anatuth Tholibin, 2: 190]..

2.Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.
 

Najd Sebagai Tempat Timbulnya Fitnah

Najd Sebagai Tempat Timbulnya Fitnah
Kenapa ulama’ begitu bersungguh-sungguh menentang golongan Wahhabiyyah?
Jawapannya:
Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini. Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu.

Fitnah Dari Najd

عن ابن عمر قال ذكر النبي صلى الله عليه وسلم اللهم بارك لنا في شأمنا اللهم بارك لنا في يمننا قالوا يا رسول اللَّه وفي نجدنا قال اللهم بارك لنا في شأمنا اللهم بارك لنا في يمننا قالوا يا رسول الله وفي نجدنا فأظنه قال في الثالثة هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطانِ
رواه البخاري، والترمذي، وأحمد وابن حبان في صحيحه.

Maksudnya:
Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW menyebut: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.
Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!
Rasulullah pun bersabda: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.
Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!
Dan aku menyangka (seingat aku) pada kali ketiga Rasulullah SAW bersabda: Di sanalah berlakunya gegaran-gegaran, fitnah-fitnah dan di sanalah terbitnya tanduk Syaitan.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam al-Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan lain-lain.
Di manakah bumi Najd yang bakal menjadi pusat timbulnya fitnah?
Kita Rujuk Kitab “Atlas al-Hadith al-Nabawi” oleh Dr. Syauqi Abu Khalil
 

Kenapa ulama’ begitu menentang golongan Wahhabiyyah?

Kenapa ulama’ begitu menentang golongan Wahhabiyyah?
Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini

dari sanalah akan terbit tanduk Syaitan

Daripada Ibnu Umar r.'anhuma bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda sedang baginda mengadap ke bahagian timur (Madinah): Ketahuilah sesungguhnya fitnah ada di sana, dari sanalah akan terbit tanduk Syaitan.”

Diriwayatkan oleh Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan lain-lain. Dan dalam riwayat di sisi Imam Ahmad (Mereka keluar dari arah timur)

Apa kata golongan Wahhabi?

Apa kata golongan Wahhabi?
Dari timur itu bermaksud Iraq dan Iran di mana timbulnya ajaran Syiah dan pelbagai ajaran lagi.

Apa kata ulama’ lain?
Timur madinah itu Najd, di situlah tempat timbul Musaylamah al-Kazzab di Yamamah. Yamamah itu sebahagian daripada Najd. Dan banyak lagi riwayat yang menyatakan bahawa fitnah-fitnah akan timbul daripada Najd. [Sekarang ini Riyadh]

Ajaran Wahhabi juga berasal daripada Najd tanpa khilaf lagi.

Apa kata Google Maps ? [Klik pada gambar untuk membesarkannya]

Mohon tuan2 berfikirlah

Mohon tuan2 berfikirlah terhadap dakwaan mereka (wahabi salafi) terhadap mazhab 'Asya'irah dan maturidiyyah...Moga kita dirahmati oleh Allah..

kenyataan yang keluar dari tokoh Wahabi yang menjadi sanjungan golongan Wahabi Malaysia yang memperlekehkan pengajian Sifat 20.Di antara tokoh-tokoh Wahabi di Malaysia yang sering memperlekehkan pengajian Sifat 20 ialah Dr Asri (mantan Mufti Perlis), Fathul Bahri, Sofwan Badri (Pengerusi an-Nida), Rasul Dahri (pendakwah bebas Wahabi) dan beberapa lagi tokoh yang sealiran dengan mereka.Mereka menganggap bahawa pengajian Sifat 20 yang dibawa oleh Asyairah dan Maturidiyyah sebagai ajaran dari Yunani dan Greek. Tokoh-tokoh Wahabi ini sering diberi tempat untuk menyampaikan fahaman mereka oleh mereka yang cetek dalam pengajian ilmu Tauhid dan ini boleh menyebabkan kegelinciran aqidah umat Islam apatah lagi bila mereka mengambil pendekatan dengan menjisimkan zat Allah seperti Allah duduknya di Arasy, ada tangan tak serupa dengan makhluk, ada wajah tapi tak serupa makhluk dan sebagainya. Sedangkan MAHA SUCI ALLAH dari menyerupai makhluknya dan ALLAH ITU WUJUD DAN TAK BERTEMPAT.
Oleh itu, sebagai umat Islam yang sayangkan aqidah agar tidak dicemari oleh fahaman Wahabi seperti ini, maka WAJIB bagi kita membongkar penyelewengan mereka dan bukanlah untuk memburuk-burukkan nama sesiapa. Ingatlah, apabila rosak aqidah, maka rosaklah segala amalan kita.

"Apabila telah melaknat (mengutuk)akhir ummat ini akan awal ummatnya, maka pada sesiapa yg ada padanya ilmu maka hendaklah dikeluarkannya.Maka sesungguhnya penyembunyi ilmu itu pada ketika itu adalah seperti penyembunyi apa yg telah diturunkan ke atas Saiyidina Muhammad SAW" - Imam Al-Bukhari dlm. Kitab Tarikh 2/1/180..
 

Kita sering terdengar

Kita sering terdengar tentang kalam mereka yang tidak bertaqlid dengan mana2 mazhab (Imam Malik,Syafi'e,Hanafi,Ahmad) atas alasan pendapat2 imam2 mujtahid ini bertentangan dengan Hadis yang soheh.Hujjah mereka salah satunya dengan kalam imam Syafi'e..al-Imam Syafie menyebutkan :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه و سلم و دعوا قولي

Maksud...nya: Jika kamu semua (para ulama) mendapati di dalam kitab yang aku tulis menyalahi Sunnah baginda sallallahu alaihi wasallam maka keluarkan pendapat kamu semua dengan Sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam dan tinggalkan pendapatku.”

Wahai qaum muslimin..Apakah dengan kita mempelajari Hadis maka kita sudah tidak perlu menjadi seorang muqallid (org yg mengikut mana2 mazhab)??

Oleh itu renungkanlah siapa diri kita ini..Apakah kita ini lebih mahir ilmu hadis dari imam2 mujtahid??Sudah tentu tidak..oleh itu mari kita fahamkan apakah maksud sebenar kalam imam Assyafi'e yg diatas..

Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam muqaddimah Majmu’ Syarah Muhazzab "Kata-kata Imam Syafie tersebut bukanlah bermaksud sesiapa sahaja yang menjumpai hadis sahih maka terus mengatakan bahawa ianya merupakan mazhab Imam Syafie itu sendiri.Malah beramal dengan zahir kalam itu semata-mata. Bahkan sebenarnya kalam al-Imam Syafie tersebut ditujukan kepada para ulama yang telah sampai kepada peringkat ijtihad di dalam mazhab (rujuk Muqaddimah Majmu’ ). Syarat untuk para yang beramal dengan kalam Imam ini ialah mesti tidak meletakkan sangkaan bahawa al-Imam Syafie radhiyallahuanhu tidak berjumpa dengan hadis ini atau tidak mengetahui bahawa hadis ini tidak Sahih. Syarat ini tidak akan dapat disempurnakan melainkan setelah mengkaji dan mentelaah keseluruhan kitab-kitab karangan al-Imam Syafie , kitab-kitab para ulama Syafieyah yang lain dan yang seumpama dengannya. Inilah merupakan syarat yang agak sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit yang dapat menyempurnakan syarat ini.

Maksud kalam al-Imam Nawawi sangat jelas. Agak menghairankan kita, golongan yang mendakwa kalam al-Imam Syafie kadang-kadang bertentangan dengan hadis ini merupakan dakwaan yang ternyata menyimpang. Bahkan kitab-kitab al-Imam Syafie mereka tidak memahaminya dengan baik (maksudnya memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi kerana al-Imam Syafie radhiyallahu anhu merupakan seorang ahli Bahasa Arab yang hebat), apatah lagi membacanya. Ini sepatutnya yang disedari oleh mereka. Tetapi ego dan bodoh sombong yang menyebabkan mereka tidak mahu memahami pendapat ulama sebegini.

Kata Imam Nawawi lagi menukilkan kata-kata Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahumallah:

“Kalam al-Imam Syafie tersebut bukanlah boleh diamalkan dengan zahir luarannya semata-mata,Bukanlah semua ulama yang Faqih (hebat dalam ilmu fiqhnya) beramal secara terus daripada hadis yang dirasakan hujah baginya.”

Oleh itu..Marilah kita renung sedalam2nya siapakah diri kita ini..Apakah kita sudah memahami Hadis soheh..???Apakah kita sudah mengkaji semua hadis2 Rasulullah dan rijal2 hadis??Apakah kita sudah mendalami ilmu ulumul hadis??Apakah kita ini sudah mahir ilmu bahasa 'arab (Nahu,Soraf,Balaghah,Mantiq dan sebagainya).??Apakah kita sudah menguasai ilmu Nasikh dan mansukh??dan banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari bg memahamkan makan hadis..

Apabila kita sudah mempelajari Hadis maka kita sudah boleh berijtihad sendiri??Jika kita pakar dalam ilmu hadis sekalipun maka kita tetap kena ruju' ulamak Fiqah..

Maka sedarlah kita siapakah diri kita ini...
 

para penuntut ilmu yang ingin mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.

para penuntut ilmu yang ingin mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis Baginda s.a.w. yang diriwatkan oleh para ulama' hadis dalam kitab-kitabnya, perlu juga merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh ulama'-ulama' fiqh. Ini kerana, didalamnya terdapat adunan adunan daripada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dalam bentuk praktikal yang dikenali sebagai ilmu fiqh.

Seperti yang dapat dilihat dari kaca mata sejarah, sebahagian ulama'-ulama' hadis yang agung di zaman salaf yang soleh juga, amat menghormati dan memuliakan ulama'-ulama' Fiqh yang mahir dalam bidang Hadis juga, yang Allah pelihara mereka daripada bercanggah dengan Hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam). Bahkan, mereka turut mempelajari makna-makna hadis yang mereka riwayatkan daripada ulama-ulama fiqh yang muktabar.

Abdullah bin Mubarak (seorang ulama' Hadis dari Khurasan) r.h.l. pernah berkata:
"Jika Allah s.w.t. tidak membantu saya dengan perantaraan Abu Hanifah dan Sufian (dua ulama' Fiqh), nescaya aku sama sahaja seperti orang awam (yang tidak memahami Hadis-hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam)Kitab "Tibyiidh As-Shohafiyyah" m/s 16

ufian bin 'Uyainah r.h.l. pernah berkata:
"Orang yang pertama membantu saya dalam memahami hadis dan menjadikan saya seorang ahli Hadis ialah Imam Abu Hanifah (seorang ulama' fiqh)Kitab "Jawahir Al-Mudhiyah" jilid 1 m/s 31

Abdulla bin Wahab r.h.l. (seorang ahli hadis juga sahabat Imam Malik r.h.l.) juga pernah berkata:
"saya telah berjumpa dengan tiga ratus enam puluh ulama', (bagi saya) tanpa Imam Malik dan Imam Laith r.h.l (ulama'-ulama' Fiqh), nescaya saya akan sesat dalam ilmu..Ibn Hibban, muqoddimah Kitab "Al-Majruhin

Kerana itulah al-Imam al-A’mash radhiyallahu anhu menyebutkan kepada al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu:

يا معشر الفقهاء, أنتم الأطباء ونحن الصيادلة و أنت أيها الرجل أخذت بكلا الطرفين

Maksudnya: Wahai para fuqaha, kamu adalah doktor yang mengetahui tentang ubat sesuatu penyakit, manakala kami para muhaddith (ulama hadis) merupakan pemilik ubat tersebut.Manakala kamu wahai lelaki( Imam Abu Hanifah ) , kedua-duanya kamu miliki (sebagai seorang doktor dan sebagai seorang pemilik farmasi)
 — 

Pondok yala, di pattani adalah pondok pengajian islam yang tertua di southern thailand

Pondok yala, di pattani adalah pondok pengajian islam yang tertua di southern thailand, yang diasaskan oleh Allahyarham tuan guru abdul rahman. Pondok-pondok lama yang masih kekal sehingga sekarang dan masih digunakan lagi semenjak 100 tahun...

pondok yang wujud paling terawal di pattani yang masih mengamalkan bacaan kitab-kitab lama lebih di kenali sebagai kitab-kitab kuning..

Apakah Kitab Kuning seakan-akan suatu “Momok” yang menakutkan, ketika ada seorang ustadz yang menerangkan bahwa ilmu-ilmu yang dimilikinya berasal dari kitab kuning ? Kitab Kuning, disebut kitab kuning karena kertas buku yang berwarna kuning yang pada asal muasalnya dibawa dari Timur Tengah pada awal abad kedua puluh dan ditulis dengan huruf arab atau di Indonesia ditulis ulang dengan huruf Arab versi Melayu atau sesuai dengan daerah setempat. Misalnya : versi Jawa; ditulis dengan huruf Arab tetapi dengan bahasa Jawa. Versi Sunda, versi Melayu dll. Karena warna kertasnya berwarna kuning, akhirnya untuk memudahkan penyebutan kitab tersebut, maka dikatakan “Kitab Kuning”, yaitu hakikat sebenarnya suatu kitab atau buku yang kertasnya berwarna kuning. Buku atau kitab ini umumnya diajarkan di Pondok-pondok.

Kitab-kitab yang dibaca di pondok adalah kitab2 ulamak ahlusunnah waljamaah..Diantara kitab Fikh yang dibaca oleh Baba (TG) seperti:

Fathul Mu’in, Ianah Thalibin, Taqrib, Fath Al Qarib al Mujib, Kifayatul Akhyar, Bajuri, Iqna’, Minhaj At Thalibin, Minhaj at Thullab, Fathul Wahab, Mahalli, Minhajul Qawwim, Safinah, Kasyifat Al Saja, Sullam al Taufiq, Tahrir, Riyadh al Badiyah, Sullam Munajat, Uqud al Lujain, Sittin/Syarah Sittin, Muhazzab, Bughyat al Mutarasyidin, Mabadi Fiqhiyah, Fiqh Wadih, Sabilal Muhtadin,kaysful tsam,Furu'ul masail,mughni muhtaj,Al Anwar,Raudhatul-Tolibin,Hasyiata al- Qaluibi wa al-Amirah,an-Najmu al-Wahhaj dan banyak lagi kitab2 Fikh Imam Assyafi'e..

Bidang Ushul Fiqh :

Waraqat/Syarah al Waraqat, Lathaif al Isyarat, Jam’ul Jawami’, Luma’, Al Asybah wa al Nadhir, Bayan, Bidayah al Mujtahid, dll..

Bidang Aqidah :

Ummul Barahin, Sanusi, Dasuqi, Syarqawi, Kifayatul Awam, Tijanud Daruri, Aqidatul Awam, Nuruzh Zhulam, Jauharut Tauhid, Tuhfatul Murid, Fathul Majid, Jawahirul Kalamiyah, Husnul Hamidiyah, Aqidatul Islamiyah,bakurah,al-'Aqidah wal 'ilmu l-Kalam,Syarah al-Mawaqif,Syarah Jawahirut-Tauhid,
dll..

Bidang Tata Bahasa Arab, Tajwid dan Logika :

1. Ilmu Sharf : Kailani/Syarah Kailani, Maqshud/Syarah Maqshud, Amtsilatut Tashrifiyyah, Bina’, 'ainul zorfiyah dll..

2. Ilmu Nahwu : Jurumiyah/Syarah Jurumiyah, Imrithi/Syarah Imrithi, Mutammimah, Asmawi, Alfiyah, Ibnu Aqil, Dahlan Alfiyah, Qatrun Nada, Awamil, Qawaidul ‘Irab, Nahwu Wadhih, Qawaidul Lughat,jami'ul durusun nahwiyyah,jami'ul durusul 'arabiyyah,An-Nahwu al-Wafi,An-Nukat,Audhahul-Masalik,al-Maqasid an-Nahwiah,Mughni al-Labib,Ham'ul Hawami',Syarah al-Mufassol,Syarah al-Usymuni,Syarah Syuzur az-Zahab,Taudhih al-Maqasid.

3. Balagah : Jauharul Maknum, Hidayatus Shiban.

4. Mantiq : Sullamul Munauraq, Idhahul Mubham.

Bidang Tafsir Al Qur’an :

Tafsir Jalalain, Tafsirul Munir, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Baidhawi, Jamiul Bayan (Tafsir Thabari), Tafsir Maraghi, Tafsirul Manar,Hasyiah al-Qunawi,Hasyiah as-Sowi,Tafsir nasafi..

Ilmu Tafsir : Itqan, Itmamud Dirayah,Tafsir as-Sameen al-Halbi,

Bidang Hadits :

Bulugul Maram, Subulus salam, Riyadhus Shalihin, Shahih Bukhari, Tajridush Sharih, Jawahir Bukhari, Shahih Muslim/Syarah shahih Muslim, Arbain Nawawi, Majalisus Saniyah, Durratun Nasihin, Tanqihul Qaul, Mukhtarul Ahadits, Ushfuriyah, Baiquniyah, Minhatul Mugits.

Bidang Akhlaq dan Tasawwuf :

Ta’limul Muta’alim, Wasaya, Akhlaq lil Banat, Akhlaq lil Banin, Irsyadul Ibad, Ihya Ulumuddin, Sairus Salikin, Bidayatul Hidayah, Maraqil Ubudiyah, Hidayatus Salikin, Minhajul Abidin, Sirajut Thalibin, Al Hikam, Hidayatul Adzkiya, Kifayatul Atqiya, Risalatul Muawanah, Nashaihud Diniyah, al Azkar.

Sirah Nabawiyah :

Khulashah Nurul Yaqin, Barzanji, Dardir.

Kebanyakkan Guru2 yang membuka pondok di Thailand mahupun dimalaysia mereka telah khatam dengan secara bertalaqqi lebih dari seratus buah kitab..Mudah2an pengajian bersistemkan pondok ini dapat diteruskan..

Ahlussunnah Wal Jama'ah..

Bersama2lah kita berdoa agar perjuangan dalam menyampaikan ilmu di pondok dapat diteruskan..demi mencari keredhaan Allah semata...

Walaupun PAS Ditudah Sesat.. Tapi Anda Mampu Menilainya..

Ko Orang Nampak Tak...Apa Yang Aku Nampak !!

Di Syria... Ibubapa sedang menyusun peluru utk anak2 bawa berjihad walaupun Dibulan ramadhan.

Di Syria...
Ibubapa sedang menyusun peluru utk anak2 bawa berjihad walaupun Dibulan ramadhan.

Di malaysia 
Ibu bapa sedang sibuk memberi duit utk anak membeli mercun dan Bunga api !!

Ayuh sahabat2..Marilah kita doakan teman2 di syria..

CATU AIR SYABAS : UMNO SURRENDER DENGAN PR


2:58 PM Abu Nu'man 
Nampaknya permainan kotor UMNO/ BN untuk mencatu air di sekitar lembah klang tidak berjaya apabila Muhyiddin hari ini berkata tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet yang diketuainya hari ini.
Keputusan tersebut adalah berdasarkan pembentangan yang dibuat hari ini, katanya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan di Lembah Kelang yang terjejas dan Syarikat Bekalan Air Selangor telah diarahkan untuk memastikan bekalan air di kawasan tersebut.

PANAS! Siapa Ahli Parlimen BN Buat Kunjungan Hormat Kepada Menteri Besar Kelantan?





Desas-desus bertiup kencang dari Kota Bharu.

Seorang ahli parlimen dari Negeri Di Bawah Bayu yang nampaknya 'jadi tak jadi' beralih kem, akhirnya membuat keputusan hari ini!

Beliau yang dimaksudkan adalah ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang pada awalnya akan menyertai PKR tetapi dihalang oleh "Najib Altantuya dan kuncu-kuncunya" di Sabah.

Lajim membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di pejabatnya dan meluangkan masa kira-kira setengah jam berbincang tentang perkembangan politik semasa.

Apa yang dibincangkan nampaknya masih menjadi rahsia tetapi sudah ada spekulasi mengatakan bahawa Lajim akan membuat satu pengumuman penting tidak lama lagi.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, kementerian yang diterajui Naib Presiden Umno-APCO, Shafie Apdal, enggan membuat sebarang komen setakat ini selepas selesai bertemu dengan Tuan Guru.

Pada 18 Julai lalu, Lajim berucap di hadapan 500 penyokong setianya tidak kisah kehilangan gaji dan elaunsebanyak RM20000 sebulan asalkan kebajikan rakyat terpelihara.

Apakah pengumuman yang dimaksudkan adalah keluar Umno-APCO dan menyertai PAS pula?

Apakah implikasi tersebut kepada PAS setelah ramai selebriti dan artis kini menyertai parti tertua dalam Pakatan Rakyat itu?

Sama-sama kita nantikan!

JALAN PULANG
 

Janji ditepati mana haq kami!!

Ini dia pemimpin DAP bapa dengan anak lelakinya diresapi idelogi komunis !

Dizaman era sang bapa.
Ini dia pemimpin DAP bapa dengan anak lelakinya diresapi idelogi komunis !
Minta maaflah... didalam bulan puasa ni, mata terlalu layu,, tak dapat nak kenal siapakah mereka ini,, aku hanya sekdar mengikut tanggapan dari pihak berkuasa yang mengeluarkan kenyataan tersebut .


Dizaman terkini sang anaknya pula... .

KENYATAAN YB SALAHUDDIN BUAT KETUA PENERANGAN UMNO MENJERIT, KAH KAH KAH !


Umpama digambarkan seperti orang yang menggelabah walaupun hanya melalui sms jelas membayangkan kerisauan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan... lalu beliau pula mendakwa yang Umno/Bn akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen... kah kah kah... namun atas dasar apa dakwaan beliau tidak pula dinyatakan... kah kah kah... mungkin atas kenangan lalu yang mengusik jiwa ataupun kenangan dimasa zaman pra-sejarah sewaktu Umno/Bn meletakan Tunggul Kayu pun masih boleh menang... kah kah kah !.

Ini semua berikutan kenyataan Yb Salahuddin Ayob yang juga Naib Presiden Pas semalam... dimana beliau mendakwa 10 hingga 12 kerusi Parlimen di Negeri Johor boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR)... dan juga Umno/Bn akan banyak tewas kerusi di Negeri Sabah dan Serawak... untuk itu bagi menaikan semula semangat ahli-ahli Umno/Bn yang dah hilang semangat kepada Umno/Bn... maka kenyataan tersebut terpaksa dibuat walaupun tanpa asas yang kukuh... kukuh nya ialah dari segi program yang dianjurkan oleh Umno/Bn yang terpaksa mengeluarkan belanja kewangan yang besar jikalau mahu sesuatu program mendapat sambut ahli Umno/Bn... kah kah kah !. baca sini

Kalau YB Salahuddin semalam mengatakan "Saya ditarbiahkan ulama kita (PAS) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi... di Johor berlaku kebangkitan rakyat... sokongan orang Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini... di Johor saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen... berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada PAS dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno/Bn... Kita bagi dia Umno/Bn 'stroke' di Johor pada PRU13... jika kita PR boleh runtuhkan setengah kerusi Umno/Bn pun sudah boleh ke Putrajaya Insya- Allah".

Tapi tanpa menyatakan atas alasan apa terus sahaja Datuk Ahmad berkata"BN tidak akan berdiam diri dalam mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi gabungan parti komponen itu selain akan menawan semula kerusi yang kalah pada pilihan raya umum 2008... kami akan menang majoriti dua pertiga... apa pandangan Salahuddin Ayub?... Dia fikir kami berdiam dirikah?... kami tidak mahu takbur tapi dengan izin Allah banyak usaha telah dibuat untuk bantu rakyat... Pembangkang hanya berceramah... PR akan menggunakan pelbagai cara untuk meraih sokongan pengundi... ya, itu style mereka untuk buat keliru sahaja... kita berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan omongan kosong yang dibawa gabungan tiga parti komponen itu". [sumber klik sini]


hemmmmm..... cuba lah lu orang bayangkan beb... baru Yb Salahuddin kata macam tu aje terus beliau menggelabah... kah kah kah... belum betul-betul kalah lagi... kah kah kah... kalau lah ditakdirkan betul-betul Umno/Bn kalah apa lah agaknya benda pelik yang akan dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn tu... kah kah kah... umporno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang