Thursday, September 3, 2015

35,000 borang keahlian habis dalam tiga hari



KUALA LUMPUR - Sambutan luar biasa diterima Parti Pekerja Malaysia apabila 35,000 borang keahlian yang dicetak habis dalam masa tiga hari selepas parti itu dilancarkan semula.

Setiausahanya, Anuar Tahir berkata, ketika ini mereka sedang melakukan cetakan borang baru untuk diedar ke beberapa negeri lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Sambutan luar biasa, kami juga terkejut kerana baru sahaja pelancaran rasmi dibuat sudah ramai yang berminat.

"Kita dalam proses mencetak borang keahlian baru dan dijangka dalam tempoh sebulan ini kita boleh capai 50,000 keahlian," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya adakah 35,000 borang itu sudah diisi dan diserahkan semula kepada pihak parti.

Beliau berkata, sebahagian besarnya sudah dikembalikan kepada parti bagaimana masih belum mendapat angka rasmi.

Menurut Anuar, pada 16 September depan Parti Pekerja Malaysia akan bertukar nama kepada Parti Amanah Negara.

"Kita sudah mengemaskini proses perundangan bagi penukaran nama parti. Setakat ini itulah nama yang diputuskan (Parti Amanah Negara)," katanya.

Tambah beliau lagi, keahlian yang diterima kebanyakan adalah bekas ahli Pas dan daripada Dewan Himpunan Penyokong  Pas.

"Majoriti yang masuk parti kita ada Melayu,  kedua India dan sebilangan kecil sahaja Cina. Walaupun membawa wadah Islam namun kita terbuka pada semua kaum," katanya
.

Beliau bukan lagi Perdana Menteri,' bidas Najib



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.
  
"Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan," kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di sini.
  
Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.
  
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini," kata Najib.
  
Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB. - Bernam
a

Najib Tak Pernah Bayangkan Dikritik Tun M


Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 11:26 AM
Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan bahawa beliau tidak pernah membayangkan bekas perdana menteri itu menjadi begitu kritikal terhadap pentadbirannya.
"Tak pernah saya membayangkan pemimpin terdahulu menentang saya dengan cara begini.
"Tetapi beliau bukan lagi perdana menteri, jadi (beliau) tak sepatutnya meraih perhatian," katanya pada perasmian World Capital Markets Symposium pada Khamis.
Walaupun Najib tidak menyebut Dr Mahathir dalam ucapannya, ia adalah jelas menunjukkan beliau merujuk kepada bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir begitu kritikal terhadap Najib sejak beberapa bulan lalu terutama isu 1MDB.

5 kapal perang China dikesan ke Laut Bering - Pentagon

KHAMIS, 3 SEPTEMBER 2015 @ 8:54 AM

 WASHINGTON: Pentagon mengesahkan kehadiran lima kapal tentera laut China di Laut Bering, antara Russia dan Alaska, wilayah yang sedang dilawati Presiden Barack Obama. Dipercayai ini adalah kali pertama kapal perang China dikesan di kawasan itu, sekali gus menjadi petunjuk pengukuhan kehadiran sejagat China, jauh daripada wilayahnya. "Kami hormati hak setiap negara untuk mengendalikan kapal tentera di perairan antarabangsa sejajar undang-undang antarabangsa. Kami tahu mengenai lima kapal tentera laut China di Laut Bering," kata jurucakap Pentagon, Komander Bill Urban, mengesahkan laporan Wall Street Journal. "Inilah kali pertama kami kesan kapal tentera laut China di Laut Bering," katanya. Kapal perang berkenaan berada di perairan antarabangsa berhampiran Aleutians, kawasan kepulauan antara tanah besar Alaska. Kumpulan kapal berkenaan merangkumi tiga kapal perang, sebuah kapal perintah amfibia dan kapal bekalan. China menjadi pemerhati tetap Majlis Artik pada 2013 dan semakin menunjukkan minat terhadap rizab tenaga di wilayah itu. Ahli lain majlis itu ialah Kanada, Denmark, Finland, Iceland, Norway, Russia, Sweden dan Amerika Syarikat. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79124

China akan kurangkan hingga 300,000 tentera - Xi Jinping

KHAMIS, 3 SEPTEMBER 2015 @ 11:59 AM

PERARAKAN tentera di Dataran Tiananmen di Beijing hari ini, sempena ulang tahun ke-70 kemenangan ke atas Jepun dan akhir Perang Dunia II. - Foto AFP

BEIJING: China yang mempunyai angkatan tentera terbesar dunia, akan mengurangkan hingga 300,000 anggota, kata Presiden Xi Jinping pada majlis perarakan tentera hari ini. Beijing tidak akan mencari pengaruh di dunia, kata Xi. Pihak berkuasa merekrut hingga 2.3 juta orang untuk menguatkan pasukan Tentera Pembebasan selama beberapa dekad dalam usaha menjadikannya lebih cekap. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79164

Bank sperma Britain gesa lelaki bukti 'kelelakian'

KHAMIS, 3 SEPTEMBER 2015 @ 10:33 AM

KEKURANGAN bekalan di bank sperma Britain.

LONDON: Peneraju bank sperma Britain menggesa kaum lelaki membuktikan kelelakian masing-masing dan membantu mengurangkan masalah kekurangan bekalan, selepas hanya sembilan peserta mendaftar sebagai penderma sejak setahun ditubuhkan. Ketua Eksekutif, Laura Witjens, berkata kepada akhbar Guardian, jika beliau mengeluarkan iklan menyeru lelaki membuktikan kelelakian mereka, mungkin tidak mustahil pihaknya mendapat beratus penderma. "Itulah yang dilakukan Denmark. Mereka dengan bangganya berkata ini adalah penjajahan Viking, eksport dari Denmark adalah bir, Lego dan sperma. Ia satu kebanggaan," katanya. Bank sperma terbesar Denmark, milik syarikat persendirian, Cryos berkata, ia mempunyai lebih 450 penderma dan mengeksport sperma kepada lebih 80 negara. Guardian berkata, kempen iklan bertemakan 'Superman' mempunyai mesej serius kerana penderma perlu memiliki sperma cukup kuat untuk terus hidup ketika proses pembekuan dan nyah beku. Akhbar itu juga memetik Witjens sebagai berkata, kesukaran proses itu adalah sebab mengapa klinik terbabit tidak mempunyai ramai penderma setelah hampir setahun beroperasi. Beliau juga memaklumkan kepada BBC, bank itu mempunyai seorang penderma daripada setiap 100 pertanyaan. Penderma yang diluluskan perlu datang ke klinik dua kali seminggu selama empat bulan dan perlu mengelak melakukan hubungan seks atau onani selama dua hari setiap kali lawatan. Penderma menerima 35 pound (RM225.64) untuk setiap sesi daripada Bank Sperma Negara, satu projek bersama antara Tabung Amanah Nasional Gamete dan Hospital Wanita Birmingham. Sperma manusia dijual kepada beberapa syarikat persendirian di Britain sehingga mencapai harga STG950 (RM6124.60) untuk setiap sampel selain boleh dibeli di internet. Peraturan Britain terhadap kerahsiaan yang diperkenalkan pada tahun 2005, menyebabkan semua kanak-kanak hasil sperma penderma mempunyai hak apabila berusia 18 tahun untuk mengenai maklumat penderma.- Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79141

Harapan Baru tidak boleh guna nama rasmi Amanah



KUALA LUMPUR - Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, oleh itu Harapan Baru tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Sekarang ini mereka tiada rumah (parti). Ingin pakai rumah orang lain. Parti pekerja bukan parti politik. Kalau mereka ingin teruskan (jenamakan semula Parti Pekerja dan) pakai nama Amanah, mereka kena ubah (pinda) perlembagaan Parti Pekerja.

"Mereka juga kena ubah sistem pentadbiran Parti Pekerja dan tunjukkan terlebih dahulu kerja-kerja pentadbiran untuk membuktikan mereka mewakili sebuah parti politik dan bukannya parti pekerja," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu pada Isnin lepas yang mengumumkan akan menukarkan nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai nama rasmi wadah politik gerakan itu.

Bekas Timbalan Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia, dan butiran mengenai penjenamaan semula itu akan diserah kepada ROS secepat mungkin bagi mendapatkan
kelulusan.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor menegaskan, Amanah juga perlu melalui proses lantikan dalaman seperti keanggotaan, pengisian jawatan, dan sekurang-kurangnya perlu mengadakan mesyuarat parti.

Beliau berkata, setelah selesai proses tersebut, barulah Amanah boleh mendaftar diri ke ROS untuk kelulusan dan sebarang tindakan lanjut.

Sehingga kini, Nur Jazlan berkata, ROS belum menerima permohonan pendaftaran parti Amanah tersebut.

Sebelum ini, HB telah mengemukakan untuk mewujudkan parti politik baharu dengan menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), bagaimanapun ROS menolak permohonan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, sebelum ini dilaporkan berkata, bahawa permohonan itu ditolak kerana Islam adalah hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama Islam pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan. - Bernam
a

AS lancar dron rahsia


AS melancarkan dron rahsia untuk menyasarkan anggota kanan IS di Syria.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Unit Operasi Khas Amerika Syarikat (AS) didakwa melancarkan kempen dron rahsia menyasarkan anggota kanan kumpulan militan IS di Syria.

Akhbar Washington Post melaporkan operasi sulit itu adalah sebahagian daripada program yang dilaksanakan secara berasingan dengan kempen ketenteraan sebelum ini.

Menurut laporan Press TV, Program rahsia tersebut dilancarkan setahun selepas Presiden Barack Obama meluluskan kempen serangan udara untuk memerangi IS di Iraq dan Syria.

Sementara itu, jurucakap kerajaan turut memaklumkan Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) juga telah ditugaskan untuk menembusi rangkaian komunikasi IS yang dijadikan medium untuk menyebarkan propaganda.

AS lancar dron rahsia


AS melancarkan dron rahsia untuk menyasarkan anggota kanan IS di Syria.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Unit Operasi Khas Amerika Syarikat (AS) didakwa melancarkan kempen dron rahsia menyasarkan anggota kanan kumpulan militan IS di Syria.

Akhbar Washington Post melaporkan operasi sulit itu adalah sebahagian daripada program yang dilaksanakan secara berasingan dengan kempen ketenteraan sebelum ini.

Menurut laporan Press TV, Program rahsia tersebut dilancarkan setahun selepas Presiden Barack Obama meluluskan kempen serangan udara untuk memerangi IS di Iraq dan Syria.

Sementara itu, jurucakap kerajaan turut memaklumkan Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) juga telah ditugaskan untuk menembusi rangkaian komunikasi IS yang dijadikan medium untuk menyebarkan propaganda.

Pijak gambar: Pas Selangor lapor polis


SHAH ALAM - Pas Selangor menuntut permohonan maaf daripada peserta dan penganjur Bersih 4.0 yang bertindak biadap memijak gambar muka Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim membantah kebiadapan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Presiden Pas di atas jalan raya.

"Perbuatan ini (pijak gambar) tidak boleh dibiarkan kerana bimbang akan menjadi adat dan budaya masyarakat kita kerana bakal mencetuskan provokasi negatif, perpecahan kaum dan juga agama.

"Kami menggesa pihak polis melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti pelaku yang tidak bertanggung jawab itu dan mengenal pasti serta mengenakan tindakan sepatutnya," katanya ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, hari ini.

Tegas Najhan, Pas Selangor menuntut permohonan maaf oleh pihak yang melakukan provokasi ini secara terbuka mahupun tertutup kepada Presiden Pas yang langsung tidak layak diperlakukan sedemikian tanpa sebarang kesalahan berat dan kezaliman mahupun penyelewengan yang dilakukannya.

"Pas dan Presidennya sendiri sudah beberapa kali menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Umno namun segelintir manusia berhati gelap masih mengapi-apikan isu ini hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat lalu diletakkan kesalahan kepada Presiden Pas.

"Inilah kesan jahatnya perbuatan fitnah yang diadu dombakan oleh segelintir kecil manusia," katanya.

Kos pembersihan: Bersih akan cabar di mahkamah


Bersih 4.0

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertanggungjawab untuk membersih dan mengutip sampah di ibu negara dan tidak wajar kos pembersihan itu ditanggung oleh penganjur Bersih 4.0.

Demikian kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sambil menegaskan pihaknya akan mencabar perkara tersebut di mahkamah terlebih dahulu.

"Kita kena tunggu sehingga bil atau notis daripada peguam DBKL dan kita akan lawan mereka di mahkamah..bukan sebab kita tak nak bayar, tapi kita akan cabarnya.

"Menjadi tanggungjawab DBKL untuk membersihkan jalan dan bagaimana dia nak tuduh kita kerana ada peserta membuang sampah," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam yang akan menghantar bil tuntutan pembersihan berjumlah RM65,000 kepada penganjur Bersih 4.0 dalam masa terdekat.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Maria Chin jangan belanja habis']

Abdul Rahman juga berkata, kos tersebut berdasarkan kerja-kerja membersih dan mengutip sampah sarap yang ditinggalkan peserta Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad lalu.

Bagaimanapun katanya lagi, jumlah tersebut tidak termasuk kos kerosakan harta benda awam yang terpaksa ditanggung DBKL dan pihak berkuasa tempatan lain di negeri lain akibat penganjuran perhimpunan tersebut.

Sebelum ini, Bersih dilaporkan mendapat sumbangan derma dan kutipan daripada jualan kemeja-T bernilai RM1.5 juta
.

‘Saya tidak mahu makan gaji buta’


Abdul Hamid Bador - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengesahkan menerima surat tuntutan penjelasan daripada Ketua Polis Negara berikutan mengadakan sidang media 23 Ogos lalu.

Abdul Hamid berkata, surat berkenaan diterimanya petang tadi.

"Saya sudah terima surat meminta penjelasan daripada IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar) petang tadi.

"Pihak IGP menghendaki saya menjawab secara bertulis kepada bahagian tatatertib Bukit Aman dalam masa dua minggu," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Abdul Hamid mencetuskan kontroversi dengan mengadakan sidang media bagi menjawab perpindahannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan 'menegur' Putrajaya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tegur Putrajaya: Bos SB sedia hadapi risiko ]

"Surat perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam belum dapat tapi surat minta penjelasan cepat pula sampai kat saya," katanya sinis.

Tambahnya, beliau akan menjawab sebenar-benarnya dan sejujurnya kenapa bertindak sedemikian.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid yang sepatutnya melaporkan diri di JPM selewat-lewatnya 17 September ini telah berbuat demikian semalam.

"Saya telah lapor diri semalam kerana cuti yang diambil selepas arahan pertukaran 17 Ogos lalu telah berakhir.

"Selepas lapor diri, saya ambil cuti semula kerana perjawatan saya belum ada, buat apa nak makan gaji buta," katanya.

RM2.6 bilion: Hanya Najib boleh jawab


José Ugaz.
PUTRAJAYA - Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menjawab soalan berkaitan wang sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Pengerusi Transparency International, Jose Ugaz berkata, segala usaha kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah tidak akan berjaya sekiranya masih ada jawapan yang belum dijawab dalam isu wang RM2.6 bilion.

“Siapa yang bayar wang itu dan mengapa? Ke mana wang itu pergi?

“Seseorang boleh menjawab soalan-soalan itu. Jika ia tidak berlaku, maka hanya siasatan yang bebas dan tiada campur tangan politik boleh mendedahkan kebenaran,” katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di sini, hari ini.

Ucapan Jose turut mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 delegasi daripada 135 negara yang menyertai persidangan tersebut.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar dan Pengerusi Majlis IACC, Akere Muna.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia juga tidak mempunyai kredibiliti untuk memberi kenyataan berkaitan isu anti rasuah selagi Najib tidak memberi jawapan.

Dalam pada itu, Jose berkata, terdapat pelbagai tindakan oleh kerajaan yang dilihat tidak mencerminkan usaha untuk membanteras rasuah.

“Dalam beberapa minggu ini, kita lihat Peguam Negara ditukar secara tiba-tiba, pasukan petugas khas 1MDB dibubarkan, penyiasat SPRM ditahan dan dipindahkan, serta penggantungan surat khabar yang melaporkan isu ini.

“Ini bukannya tindakan oleh kerajaan yang mahu memerangi rasuah,” katanya.

Lepas dipecat, Anina luah perasaan melalui puisi


Salinan paparan perkongsian yang dimuatnaik oleh Anina Saadudin.
SHAH ALAM - Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin bersumpah akan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Melalui sebuah puisi yang dikongsi di Facebook, Anina menyatakan hasrat beliau untuk terus berjuang.

"Bukanku minta lahir ke dunia, bukanku minta menjadi Melayu, bukanku minta menjadi rakyat bumi Malaysia. Kasihku pasak untuk bumi tercinta, demi ALLAH yang mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia…"

"Selagi hidupku ditentukan ALLAH untuk bernyawa, selagi itu aku berjuang untuk tanahair tercinta. Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatNYA, bergadai nyawa tetap aku pertahankan maruah agama, bangsa dan negaraku," katanya hari ini.

Anina sebelum ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno menjelaskan secara terperinci derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Beliau bagaimanapun dipecat daripada parti melalui sebuah kenyataan, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Umno saman Najib dipecat daripada parti?]

Polis cari 11 lagi individu

Junaidi Ladjana

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Polis masih mengesan 11 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram pada 29 dan 30 Ogos lalu, di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Azhar Hamin berkata, mereka yang dikesan itu sama ada penceramah atau peserta ketika perhimpunan haram berkenaan.

"Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti lima individu iaitu penganjur perhimpunan haram dan empat daripada mereka sudah diambil rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Polis juga sudah merakam percakapan dua Ahli Parlimen DAP yang hadir ketika perhimpunan haram terbabit," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Azhar berkata, selain itu, empat peserta perhimpunan haram itu turut dirakam percakapan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 5:49 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74762#sthash.44I5sW2y.dpuf

Lima individu terbabit rusuhan diburu


ALOR SETAR: Pihak polis sedang memburu lima individu berumur antara 22 hingga 28 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian rusuhan antara dua kumpulan kongsi gelap di Taman Bandar Baru dan Taman Kelisa Emas, Bedong dekat Sungai Petani pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, setakat ini 14 lelaki dari dua kumpulan kongsi gelap telah ditahan.

Beliau berkata, rusuhan itu bermula Isnin lalu kira-kira 10.30 malam dan berlanjutan hingga keesokan hari ini dengan melibatkan lebih 20 individu di tiga lokasi berbeza di sekitar Bedong.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang melibatkan kedua-dua kumpulan di kuil Hindu ketika upacara keagamaan sedang berlangsung.

"Ia berjaya dileraikan oleh polis. Namun pada 10.30 malam Isnin lalu, 15 lelaki kongsi gelap pertama yang bersenjatakan parang telah menyerang kumpulan kongsi gelap kedua di Taman Bandar Baru sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah pada tangan dan bahu kiri akibat ditetak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Nashir berkata, mangsa yang berusia sekitar 20-an kini mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Beliau berkata, sekumpulan lelaki kongsi gelap kedua kemudiannya melakukan serangan balas dengan membakar 11 buah motosikal milik kumpulan pertama di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian pertama.

Katanya, pada 12 tengah malam Selasa, 12 lelaki dari kumpulan kongsi gelap pertama menyerang pula rumah seorang anggota kongsi gelap kedua dan memecahkan gril rumah, mengelar leher anjing, merosakkan motosikal dan cuba menyerang anggota keluarganya.

"Kita merampas tiga bilah parang, sebilah pedang samurai, sebilah pisau rambo dan dua batang kayu snuker," katanya.

Mohd Nashir berkata lapan daripada individu yang ditahan itu direman sehingga 6 Sept ini manakala enam yang lain direman hingga 7 September.

Katanya, terdapat suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bagi kes pecah rumah dan ordinan darurat.

Beliau berkata, kes turut disiasat kerana merusuh, mendatangkan kecederaan, mendatangkan bencana dengan api dan samun bersenjata. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 5:02 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74761#sthash.AcM3uAet.dpuf

Harga minyak terus merudum di pasaran Asia


SINGAPURA – Harga minyak terus merudum di Asia semalam berikutan pedagang mengambil kira maklumat pengeluaran lemah di Amerika Syarikat (AS) dan China, sementara jangkaan stok simpanan AS semakin rendah turut diambil kira dalam dagangan.
Penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran bulan Oktober jatuh AS$1.03 (RM4.34) kepada AS$44.38 (RM186.93) sementara minyak mentah Brent untuk Oktober turut jatuh $1.02 (RM4.30) kepada AS$48.54 (RM204.45) ketika dagangan sebelah petang.
WTI menurun AS$3.79 (RM15.96) dan Brent jatuh AS$4.59 (RM19.33) kelmarin selepas China dan AS sebagai dua pengguna minyak mentah utama dunia melaporkan data aktiviti pengilangan yang lemah.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Beijing untuk sektor pembuatan menurun ke tahap terendah dalam tiga tahun kepada 49.7 mata bagi bulan Ogos daripada 50.0 mata pada Julai lalu. Bacaan di bawah 50 mata menunjukkan pengecutan industri.
Institut Pengurusan PMI AS juga jatuh kepada 51.1 mata, tahap paling rendah untuk tahun ini berbanding 52.7 mata pada Julai lalu.
“Dengan PMI pembuatan tidak menunjukkan hasil diharapkan, pasaran-pasaran dunia mencatatkan penurunan sekali lagi. Pasaran kini bertumpu kepada kenaikan dan penurunan, menyebabkan turun naik mendadak harga minyak,” kata penganalisis pelaburan di syarikat Phillip Futures di Singapura, Daniel Ang.
Ang memaklumkan pedagang menjangkakan harga minyak terus jatuh selepas pendedahan laporan stok simpanan AS semalam untuk seminggu sehingga 28 Ogos ini.
Penganalisis bahan api menjangkakan peningkatan 900,000 tong bekalan minyak di AS, lapor rangkaian televisyen Bloomberg News. Lonjakan stok simpanan kebiasaannya menandakan permintaan yang rendah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3kd4MWGnv 
Hakcipta terpelihara 

Sharhan, Umi Masjuri serah diri


Sharhan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam bagi membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya pada Ogos lalu.


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membatalkan waran tangkap terhadap pengamal perubatan Islam terkenal, Ustaz Sharhan Shafie dan pasangannya selepas mereka berdua secara sukarela menyerah diri berhubung tuduhan berkhalwat bersama dua beradik wanita dua tahun lalu.
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain membuat keputusan tersebut dengan melepaskan tanpa membebaskan Sharhan, 39, dan pasangannya, Umi Masjuri Hassan, 40.
Masing-masing dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin daripada ahli keluarga terdekat.
“Mahkamah membatalkan waran tangkap terhadap kedua-dua tertuduh selepas pasangan itu hadir pada hari ini (semalam).
“Oleh itu, Sharhan dan Umi Masjuri dilepaskan tanpa dibebaskan,” kata Mohd. Amran semasa membacakan keputusan itu di mahkamah semalam.
Dilepaskan tanpa dibebaskan bermaksud tertuduh dilepaskan bagi pertuduhan pada hari sebutan namun dia masih tidak bebas daripada kesalahan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3kcfVrPER 
Hakcipta terpelihara 

Putin cuba raih perhatian


Papar gambar bersenam susulan kemerosotan populariti

Gambar yang diedarkan Kremlin menunjukkan kemampuan Vladimir Putin
Gambar yang diedarkan Kremlin menunjukkan kemampuan Vladimir Putin mengangkat berat di gimnasium kediamannya berdekatan Sochi, Rusia, baru-baru ini. Agensi
MOSCOW 1 Sept. - Kerajaan Rusia menyiarkan gambar-gambar terbaharu Pre­siden, Vladimir Putin bersenam di gimnasium bersama Perdana Menteri, Dmiry Medvedev, imej-imej yang kelihatan menunjukkan sifat maskulin pemimpin nombor satu Rusia itu, ketika popularitinya kini menurun.
Sambil memakai kemeja-T berwarna putih, seluar trek, dan kasut, Putin menunjukkan kemampuannya mengangkat berat untuk menarik perhatian rakyat seperti sebelum ini di mana beliau menunggang kuda, menerbangkan jet supersonik, dan memburu harimau.
Populariti Putin menurun eko­r­an ekonomi Rusia yang lembab dan kejatuhan mata wang Ruble sejak tahun lepas susulan kejatuhan harga minyak dan sekatan Barat terhadap Moscow ekoran peranan negara ini dalam krisis di Ukraine.
Selepas mereka berdua bersenam di kediaman Putin berdekatan Sochi, kedua-dua ahli politik Rusia itu menjamu selera dengan makan daging bakar dan minum teh, lapor akhbar Daily Mail.
Namun mengikut standard Barat, rating Putin kekal tinggi.
Satu tinjauan pendapat oleh Public Opinion Foundation yang diterbitkan empat hari lalu oleh akhbar perniagaan, Vedomosti me­nunjukkan 72 peratus rakyat Rusia tetap memilih Putin pada bulan ini, namun menurun daripada 76 peratus berbanding Mei lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/putin-cuba-raih-perhatian-1.130721#sthash.iBj0DQrJ.dpuf