Tuesday, September 21, 2010
Selamat tercampak ke laut
GEORGETOWN - Seorang lelaki tercampak ke laut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditumpanginya hilang kawalan dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang tengah malam semalam.
Bagaimanapun dua lagi yang berada dalam kenderaan itu termasuk pemandu, Teh Por Yi, 17, dan isterinya, Khor Lee Mui, 17, maut.
Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din berkata, mangsa Lee Chuan Hao, 17, tercampak ke laut selepas kenderaan yang dipandu rakannya, Por Yi, merempuh pengadang jalan di sebelah kiri laluan arah Perai menghala ke sini kira-kira jam 11.30 malam.
“Kejadian berlaku di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang apabila kenderaan MPV itu dipercayai mengubah laluan dari kiri jalan ke kanan dan ketika itu ia hilang kawalan.
“Kenderaan itu terbabas ke kiri jalan, melanggar pengadang sebelum berpusing di tengah jalan dan merempuh penghadang jalan di sebelah kanan,” katanya.
Ketika kejadian itu berlaku, kata Abdul Rahim, sebuah lori sayur dari arah yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar MPV berkenaan menyebabkan seorang penumpang iaitu Chuan Hao tercampak ke laut.
Menurutnya, selain pemandu, kenderaan itu turut membawa empat penumpang lain. Por Yi dan isterinya meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.
“Seorang lagi penumpang, Teh Bee Bee, 20 tahun yang duduk di sebelah kiri kerusi tengah penumpang, patah kaki kanan dan dirawat di HPP manakala Chiap Khee Wei, 17, yang duduk di sebelah kanan kerusi tengah penumpang kritikal dan di rawat di Unit Kecemasan (ICU) HPP.
“Chuan Hao yang tercampak ke laut diselamatkan oleh Pasukan Gerakan Marin pada jam 1.30 pagi dan mangsa masih dirawat di HPP manakala bedah siasat pada mangsa yang terbunuh dilakukan jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya.
Menurutnya, kejadian yang berlaku jam 11.30 malam itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Pemandu lori sayur itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bahana kuari batu
SKUDAI – “Rumah kami retak, lepas ini mungkin seluruh kawasan ini akan dilanda banjir,” itulah antara luahan yang diutarakan penduduk di dua kampung iaitu Kampung Melayu Ulu Choh dan Kampung Bahagia Ulu Choh berikutan kehadiran lima kuari di sekitar kampung tersebut dan empangan.
Lebih 200 penduduk daripada 85 rumah yang tinggal di kampung berkenaan, di sini, mendakwa mereka semakin dihimpit kebimbangan ekoran masalah yang ditimbulkan akibat operasi kuari batu berhampiran empangan dan rumah mereka.
Wakil penduduk, Mohd Khair Kamidi, 63, berkata, kuari yang memulakan operasinya sejak lebih dua tahun lalu itu menimbulkan pelbagai kesulitan terutama membabitkan keselamatan orang kampung yang rata-rata sudah tidak tahan dengan apa yang sedang mereka lalui kini.
Menurutnya, lebih teruk lagi, letupan daripada kuari berkenaan mengakibatkan gegaran kuat sehingga menyebabkan rumah penduduk rosak dan retak.
Malah kuari berkenaan turut berada berhampiran sebuah empangan yang dimiliki syarikat air Singapura, kesan daripada itu mungkin akan dapat menyebabkan empangan berkenaan pecah
Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek diminta percepat bayaran
2010/09/21
Sosilawati mahu guna hasil jualan tanah sebagai sumbangan duit raya kakitangannyaKUALA LUMPUR: Datuk Sosilawati Lawiya pernah meminta suspek utama kes pembunuhannya, yang juga rakan kongsi dalam pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang mempercepatkan bayaran hasil jualan tanah itu untuk persediaan Aidilfitri, termasuk pemberian sagu hati kepada kakitangan syarikatnya.
Mangsa dikatakan sudah lama menunggu bayaran tetapi dikatakan dilengahkan dengan alasan penjualan tanah itu masih pada peringkat mahkamah hingga menyukarkan proses tukar nama dilakukan. Difahamkan, kira-kira seminggu sebelum kehilangannya pada 30 Ogos lalu, Sosilawati sibuk dengan urusan tanah itu dan kerap menghubungi suspek bertanyakan perkembangan bayaran selepas ia dijual kepada seorang ahli perniagaan dari Selangor. Sumber rapat dengan Sosilawati berkata, dalam setiap perbualan dengan suspek, mangsa meminta bayarannya dipercepatkan, lebih-lebih lagi selepas mengetahui pembeli sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus daripada harga jualan tanah berkenaan yang dikatakan mencecah RM29 juta.
Beliau memang ada melabur dalam emas... itu pelaburan jangka panjangnya. Ia tiada kaitan langsung dengan kes ini. Cerita Wati bawa jongkong emas, wang tunai RM4 juta ketika hilang di Banting, itu semua cerita karut. Beliau memang ke sana (Banting) untuk bersemuka dan berbincang dengan peguam itu berhubung urus niaga tanah di Batu Feringgi.
Wati turut memberitahu anaknya beliau ke Banting kerana ada urusan tanah. Namun, tujuan sebenar ke sana untuk mengambil bahagiannya iaitu sebahagian daripada hasil jualan tanah itu, katanya kepada Berita Harian.
Pada Mac 2008, Sosilawati bersama suspek dan dua lagi rakan kongsi mereka bergelar Datuk berkongsi modal RM2.5 juta bagi membeli sebidang tanah berharga RM25 juta di Batu Feringgi. Tahun lalu, tanah itu dijual pada harga RM29 juta dan keuntungan RM4 juta sepatutnya dikongsi keempat-empat mereka.
Ia didedahkan sendiri oleh seorang rakan kongsi terbabit sambil memaklumkan tanah itu sudah dijual kepada ahli perniagaan dari Selangor dengan wang pendahuluan 10 peratus sudah dibayar, namun proses tukar nama tidak dapat dilakukan kerana menunggu proses mahkamah.
Wati memang selalu turun naik Banting sebelum ini tetapi saya tidak pasti apa tujuannya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan urus niaga tanah, lebih-lebih lagi suspek mempunyai pejabat di sana, katanya.
Sumber juga tidak menolak kemungkinan Sosilawati sudah diberikan cek pada pertemuannya dengan suspek sebelum kehilangannya, namun tidak dapat dipastikan jumlahnya
UMNO tak nafi sumbangan NGO Melayu
2010/09/21
KUALA LUMPUR: UMNO sentiasa bekerjasama rapat dengan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan mengakui peranan penting kumpulan berkenaan dalam isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Sambil mengakui sumbangan NGO Melayu berkenaan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata UMNO menolak kerjasama dengan NGO Melayu yang merosakkan matlamat murni perjuangan parti dan dasar kerajaan. UMNO memang berjuang untuk kepentingan Melayu malah, perjuangan itu juga meliputi seluruh rakyat Malaysia berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Kita mengakui peranan NGO Melayu yang membantu dan berjuang bersama UMNO, tetapi jika NGO Melayu berkenaan merosakkan UMNO sudah tentu kita menolak sebarang kerjasama dengan mereka, katanya ketika mengulas desakan beberapa pihak yang mahu UMNO bekerjasama dengan PERKASA berhubung perjuangan mempertahankan hak istimewa orang Melayu.
Tengku Adnan yang dihubungi semalam mengulas kenyataan Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PENAWAR) yang mendesak parti itu bekerjasama dengan PERKASA dan NGO Melayu berjuang mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera.
Presiden PENAWAR, Tan Sri Adam Kadir, berkata majoriti ahli Dewan Tertinggi PENAWAR berpendapat UMNO harus bekerjasama dengan PERKASA dan NGO Melayu lain mempertahankan hak Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan
Pegawai imigresen rasuah ditukar secara berperingkat
Oleh Norfatimah Ahmad
2010/09/21
Rombakan besar-besaran jamin kualiti jabatan tak terjejasKUALA LUMPUR: Kakitangan imigresen di semua pintu keluar masuk yang diklasifikasikan sebagai kawasan panas di seluruh negara, termasuk pegawai kanannya akan ditukar secara berperingkat-peringkat dalam usaha untuk membersihkan jabatan itu daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Pertukaran 20 kakitangan di Pelabuhan Klang membabitkan Pelabuhan Barat, Utara dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam itu berkuat kuasa 27 September ini adalah tindakan fasa pertama rombakan besar-besaran jabatan berkenaan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengesahkan tindakan menukar 20 kakitangannya, berkata langkah itu membuktikan pentingnya aspek kerjasama berkumpulan dan perkongsian tanggungjawab antara kakitangan di semua peringkat. Saya ada barang yang nak dijual dan barang itu adalah Jabatan Imigresen. Oleh itu, barang berkenaan perlu dilihat sebagai bagus dan untuk menjamin kualiti barang itu tidak terjejas, mana-mana yang tidak bagus mesti segera dikeluarkan.
Dalam hal ini tidak timbul cerita sama ada yang ditukarkan itu terbabit atau tidak (rasuah dan salah guna kuasa) kerana kakitangan semua peringkat perlu sentiasa bekerjasama dan tegur menegur untuk kebaikan, kata ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Berita Harian melaporkan Jabatan Imigresen menukarkan 20 anggota dan pegawainya di Pelabuhan Klang ke beberapa cawangan negeri kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa hingga boleh menggugat keselamatan negara.
Tindakan itu diambil kurang sebulan selepas pendedahan berhubung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kakitangan imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam oleh Berita Harian.
Akhbar ini dalam laporan eksklusifnya pada 27 Ogos lalu mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin.
Abdul Rahman yang tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang mempertikaikan keputusan pertukaran itu, berkata soal bersalah atau tidak juga tidak timbul dalam hal ini.
Siasatan kes bunuh Sosilawati siap dua minggu lagi: Hishammuddin
2010/09/21
KUALA LUMPUR: Siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.Beliau berkata, polis hari ini menyerahkan kertas siasatan awal ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti. "Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Datuk Seri Mohd Bakri Zinin) sudah memberi jaminan proses siasatan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu. "Ini termasuk laporan lengkap DNA bagi membolehkan proses pendakwaan dimulakan secepat mungkin," katanya di sini, sebentar tadi.
Beliau sebelum itu merasmikan Pusat Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan laman sosial Facebook PDRM di Bukit Aman, di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail; Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) PDRM, Datuk Muhamad Fuzi Harun dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun.
Hishamuddin berkata, proses mengenalpasti DNA sedang giat dilakukan sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia dan ia dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.
"Ujian DNA ini mengambil masa, namun saya dimaklumkan prosesnya berjalan lancar dan boleh membantu menyelesaikan kes ini.
"Kita berharap kes ini dibawa segera ke mahkamah kerana ia sudah menarik perhatian banyak pihak, terutama orang ramai yang mengikuti perkembangannya sejak mula," katanya.
Selain Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, turut dibunuh ialah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.
Kesemua mangsa dilaporkan dipukul hingga mati, kemudian diikat dan ditikam berkali-kali sebelum dibakar di sebuah ladang persendirian di Tanjung Sepat, Morib seterusnya dibuang ke beberapa sungai berhampiran bersama barangan peribadi masing-masing bagi menghapuskan bukti, termasuk senjata digunakan dalam pembunuhan itu.
Lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun sudah ditahan, termasuk dua beradik peguam.
Hishamuddin secara keseluruhannya berpuas hati dengan pencapaian PDRM dan agensi berkaitan yang mengendalikan proses siasatan kes berkenaan, terutama dari peringkat awal kehilangan Sosilawati bersama tiga rakannya yang membawa kepada pembongkaran kes pembunuhannya.
Beliau turut mengingatkan media supaya mengambil kira isu sensitiviti tertentu dalam setiap laporan berhubung perjalanan kes berkenaan supaya tidak disalahtafsir hingga boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat.
Indonesia larang calon amah ke Malaysia, Kuwait, Jordan
21/09/2010 4:10pm
JAKARTA 21 Sept. - Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar hari ini melarang calon pembantu rumah negara itu untuk pergi bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lepas.
Kejadian itu katanya menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap.
“Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.
Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.
Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata, kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu. - Bernama
Adik Nik Aziz akui terima replika cek atas sifat peribadi
21/09/2010 7:01pm
KOTA BHARU 21 Sept. - Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn. Bhd., bagi membantu Pas Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.
Nik Din Nik Mat berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.
"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn. Bhd. yang menimbulkan misteri dan kejutan banyak pihak kerana bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.
Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.
Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.
Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara. - Bernama
Empat generasi keluarga Aman, Nipis berhimpun
ALOR GAJAH: Seramai kira-kira 300 tetamu memeriahkan Majlis Perjumpaan Dwitahunan Sempena Aidilfitri Himpunan Keluarga Aman dan Nipis Kali Keenam 2010 di Kampung Melaka Pindah, di sini, baru-baru ini.
Penganjur bersama majlis, Majid Ibrahim, berkata majlis itu turut menemukan empat generasi daripada keluarga berkenaan.
“Majlis ini dimulakan sejak 12 tahun lalu secara kecil-kecilan hasil idea daripada saudara-mara yang mahukan satu pertemuan diadakan pada hari raya Aidilfitri bagi merapatkan hubungan antara satu dengan lain.
“Berikutan itu, kami amat bangga apabila majlis ini mendapat sambutan hangat dan peluang ini digunakan untuk saling mengenali terutama saudara-mara yang jauh dan sudah lama tidak kembali ke kampung,” katanya ketika ditemui, di sini.
Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan makanan tradisi sempena Aidilfitri seperti ketupat, lemang, rendang, dodol, dan kuih-muih serta hidangan lain.
Majid berkata, semangat kerjasama daripada saudara mara generasi berkenaan juga amat dipuji apabila masing-masing bersedia menjadi tuan rumah pada majlis sama yang akan diadakan dua tahun lagi.
“Ini adalah salah satu petanda bahawa majlis seperti ini dapat memupuk persefahaman dan sikap saling bantu membantu,” katanya.
Penganjur bersama majlis, Majid Ibrahim, berkata majlis itu turut menemukan empat generasi daripada keluarga berkenaan.
“Majlis ini dimulakan sejak 12 tahun lalu secara kecil-kecilan hasil idea daripada saudara-mara yang mahukan satu pertemuan diadakan pada hari raya Aidilfitri bagi merapatkan hubungan antara satu dengan lain.
“Berikutan itu, kami amat bangga apabila majlis ini mendapat sambutan hangat dan peluang ini digunakan untuk saling mengenali terutama saudara-mara yang jauh dan sudah lama tidak kembali ke kampung,” katanya ketika ditemui, di sini.
Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan makanan tradisi sempena Aidilfitri seperti ketupat, lemang, rendang, dodol, dan kuih-muih serta hidangan lain.
Majid berkata, semangat kerjasama daripada saudara mara generasi berkenaan juga amat dipuji apabila masing-masing bersedia menjadi tuan rumah pada majlis sama yang akan diadakan dua tahun lagi.
“Ini adalah salah satu petanda bahawa majlis seperti ini dapat memupuk persefahaman dan sikap saling bantu membantu,” katanya.
Indonesia larang rakyatnya ke Malaysia untuk jadi amah
2010/09/21
JAKARTA: Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar, hari ini melarang rakyatnya untuk pergi bekerja di Malaysia sebagai pemnatu rumah sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka. Kenyataan Muhaimin itu sebagai reaksi kepada kes terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia, Winfaedah, di Malaysia pada 13 September lalu. Katanya, kes itu menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap. "Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas," katanya dipetik portal berita Kompas.Com.
Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.
Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu.
Mereka juga juga diminta sentiasa menyelaras dengan kedutaan besar Indonesia atau pejabat perwakilan Indonesia lainnya di negara mereka bekerja.
Beliau turut meminta agensi pekerjaan Indonesia memainkan peranan memperbaiki pengurusan komunikasi antara tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negera dengan majikan mereka bagi membantu memberi pelindungan yang diharapkan itu.
Kes penganiayaan Winfaedah menarik perhatian Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berkomunikasi secara terus dengan wanita itu.
Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 September lalu.
Kerajaan Indonesia menghargai tindakan cepat Polis Malaysia menangkap majikan Winfaedah berkaitan dengan kes itu. - BERNAMA
Ujian DNA belum siap
KUALA LUMPUR - Harapan untuk mengetahui identiti pemilik serpihan tulang yang ditemui di tiga buah sungai di Ladang Gadong, Banting dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki masih kabur apabila polis masih belum menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Keputusan tersebut yang sepatutnya diketahui semalam tidak dapat dihebahkan kepada umum berikutan polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang masih mengemaskini ujian tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, setakat semalam, pihaknya masih belum menerima apa-apa keputusan berkenaan serpihan tulang yang dipadankan dengan ahli keluarga keempat-empat mangsa.
"Ujian DNA itu masih belum selesai. Polis tidak boleh memaksa mereka (Jabatan Patologi) untuk menyiapkan laporan DNA tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini, Mohd. Bakri memberitahu, keputusan itu akan diketahui dalam tempoh empat hari iaitu semalam selepas kesemua sampel yang diambil dipadankan dengan ahli keluarga mangsa.
Bagaimanapun menurut beliau, keputusan itu mungkin dilanjutkan sekiranya pihak berkenaan memerlukan pemeriksaan rapi.
Wan chik nafi salah guna harta M. Rajoli
Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my
afifihafiz.nor@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Isteri kedua Allahyarham M. Rajoli, Wan Chik Che Daud@Othman, 70, menafikan dakwaan beliau telah menyalahgunakan harta arwah suaminya dan berada di Amerika Syarikat sewaktu jenazah pelakon terkenal itu dikebumikan tiga hari lalu.
Wan Chik atau lebih mesra dipanggil Kak Wan berkata, beliau selama ini hanya mendiamkan diri kerana mahu menjaga imej suaminya.
Namun selepas tidak tahan dengan pelbagai tohmahan termasuk dakwaan menyalahgunakan wang dan kereta Mercedes Benz arwah suaminya, Wan Chik yang berkahwin dengan M. Rajoli pada tahun 1986 terpaksa membela diri.
Sebagai isteri kedua, beliau selama ini menjaga protokol dan menganggap isteri pertama suaminya, Hashimah Mohd. Din, 56, dan anak-anak mereka lebih berhak terhadap arwah.
"Dakwaan yang mengatakan Kak Wan salah guna duit arwah tidak betul.
"Sebenarnya kos perubatan abang bernilai RM300,000 tidak perlu dibayar kerana Kak Wan pesara kerajaan dan arwah menggunakan kemudahan itu dengan percuma," tambah Wan Chik ketika dihubungi di sini semalam.
Tukaran tanah libatkan laluan KTM disetujui
SALAM MUHIBAH: Encik Lee Hsien Loong (kanan) dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk membangunkan enam bidang tanah di Marina South dan Ophir-Rochor bagi manfaat kedua-dua negara. – Foto AFP SINGAPURA Tapak di Marina South, Ophir-Rochor sebagai ganti tanah di Tg Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah Oleh Chairul Fahmy Hussaini PERSETUJUAN mengenai soal tukar tanah melibatkan laluan Keretapi Tanah Melayu (KTM) diselesaikan semalam dengan Singapura menawarkan enam bidang tanah di Marina South dan Ophir-Rochor. Ini sebagai ganti kepada penyerahan tiga bidang tanah KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands dan tiga bidang tanah lagi di Bukit Timah.Malaysia menerima tawaran tersebut.Bagi memastikan faedah hasil langkah tukar tanah itu dapat dinikmati sepenuhnya, ia akan dibangunkan secara bersama menerusi syarikat usaha sama Singapura-Malaysia, M-S Pte Ltd, sebaik-baik sahaja syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar dan berpindah ke Pusat Pemeriksaan Imigresen Woodlands mulai 1 Julai tahun depan.Butir-butir tersebut diumumkan kepada pihak media selepas pertemuan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Istana semalam.Kedudukan keenam-enam bidang tanah itu amat strategik.Empat bidang tanah di Marina South terletak di tengah-tengah kelompok pusat kewangan dan perniagaan di Marina Bay dan tidak jauh daripada resort bersepadu (IR) Marina Bay Sands.Dua bidang tanah yang ditawarkan di Ophir-Rochor pula terletak bersebelahan Kawasan Bersejarah Kampong Glam - dalam lingkungan satu koridor baru yang sedang dibangunkan sebagai lanjutan kepada Kawasan Pusat Bandar (CBD) negara ini.Dalam sidang media semalam, kedua-dua pemimpin menekankan matlamat untuk 'melaksanakan dengan jayanya apa yang telah dipersetujui dan mempereratkan lagi hubungan dua hala'.Encik Lee berkata: 'Saya fikir apa yang dicapai ini telah dapat menyelesaikan perkara yang berbangkit sejak 20 tahun lalu.'Ia adalah satu perkara yang amat memuaskan bagi saya dan Perdana Menteri Mohd Najib di mana kami berjaya mencapai ke tahap ini, yang membolehkan kami melangkah ke depan dan bekerjasama dalam bidang yang lebih luas.'Menyetujui hal itu, Datuk Seri Mohd Najib berkata beliau percaya persetujuan yang dicapai itu amat berfaedah kepada kedua-dua pihak.'Ia adalah satu peningkatan daripada versi asal POA (butiran perjanjian) yang sekali gus menggambarkan iltizam pemerintah Singapura dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sendiri dalam memastikan perjanjian ini bukan sekadar satu perjanjian yang betul dari segi undang-undang, malah dari segi politik, yang mana ia diterima oleh keduadua rakyat Malaysia dan Singapura...'Secara asasnya, kami inginkan perjanjian yang dapat bertahan dalam menghadapi ujian masa.'Jadi kami percaya perjanjian ini akan diterima dengan baik, bukan hanya sekarang, malah pada masa hadapan.'Jika kita mempunyai perjanjian yang hanya berteraskan undang-undang, tanpa mengambil kira keperluan menyeluruh, perjanjian sedemikian nanti boleh dikritik pada masa depan.'Tetapi apa yang dicapai hari ini, saya yakin, dapat bertahan dalam menghadapi ujian masa,' kata beliau.Ini merupakan pertemuan ketiga kedua-dua pemimpin itu sejak Mei lalu bagi menghuraikan isu-isu menyentuh POA yang berbangkit sejak 20 tahun lalu.Datuk Seri Mohd Najib datang ke republik ini dalam bulan itu, sebelum Encik Lee menemuinya di Putrajaya pada bulan berikutnya bagi membincangkan soal penukaran tanah dan persetujuan hanya dicapai di sini semalam.Bagaimanapun, Singapura dan Malaysia gagal mencapai persetujuan berhubung isu caj pembayaran bagi pembangunan tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands.Oleh kerana itu, kedua-dua pemimpin bersetuju merujuk hal tersebut ke Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa di The Hague, Belanda.Ditanya tentang hal tersebut, Encik Lee berkata pihaknya merasakan bahawa caj pembayaran itu perlu dibuat tetapi Malaysia menyatakan sebaliknya.'Ia bukan satu isu yang boleh dihuraikan secara asal boleh, jadi kami memutuskan bahawa cara terbaik adalah dengan merujukkannya ke pusat timbang tara dan mencapai penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak,' terangnya sambil menambah bahawa keputusan yang dicapai menerusi timbang tara tidak akan menjejas pelaksanaan POA dan inisiatif-inisiatif lain seperti yang terkandung dalam Kenyataan Bersama bertarikh 24 Mei lalu.Selain isu tanah, kedua-dua pemimpin turut bersetuju bahawa Pasukan Pelaksanaan Bersama harus menamatkan perbincangan mereka pada 31 Disember ini menyentuh butir-butir pelaksanaan POA. Kata sepakat Singapura dan Malaysia |
Subscribe to:
Posts (Atom)