Monday, June 20, 2011

Bersih Tolak Cadangan Anwar, Perhimpunan Diteruskan

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan menolak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan meminta perhimpunan pada 9 Julai ini dibatalkan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

Sehubungan itu bekas Presiden Majlis Peguam itu menegaskan perhimpunan berkenaan akan diteruskan seperti yang dirancang.

"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu (Ketua Pembangkang), tetapi ia ditangan kami," katanya sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dekat sini malam Ahad, laporMalaysiakini.

Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.

Penyokong Perkasa juga bertindak membakar dan memijak gambar Ambiga sejurus selepas perhimpunan tersebut.

Malah dalam ucapan beberapa pemimpin petang tadi, ada di antara mereka membuat kecaman peribadi terhadap Ambiga.

Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai ini adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya.

"Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya.

"Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya.

Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan.

Ambiga juga turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih pertama pada November 2007.

Beliau sekali lagi mengajak semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Katanya dengan demikian, ia juga memberi kebaikan terhadap kredibiliti kepada BN.

Beliau turut membacakan lapan tuntutan mereka dalam perhimpunan itu iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut.

"Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan Bersih," katanya.

mStar Online : Bersih Tolak Cadangan Anwar, Perhimpunan Diteruskan

Khalwat : Roslin Kecewa, Raja Azmi Berhasrat Saman Jawi

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Roslin Hashim kesal dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) apabila masih belum mengeluarkan keputusan kes khalwatnya dengan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

Sedangkan dia dan Raja Azmi dimaklumkan oleh agensi itu keputusan berkenaan akan dikeluarkan pada Isnin (hari ini) selepas beberapa kali tertangguh.. Bagaimanapun, Roslin hampa apabila kes itu sekali lagi ditangguhkan pada 20 Julai depan.

“Apabila ditanya kepada pegawai Jawi, dia kata mereka masih belum menemui apa-apa keputusan kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Saya ingat hari ini (Isnin), pihak Jawi sudah mempunyai keputusan kerana tidak tahu apa lagi yang mereka hendak siasat,” kata Roslin kepada pemberita di luar pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jawi, Isnin.

Roslin hadir ditemani seorang lelaki sementara Raja Azmi dan peguamnya, Roslizam Rahim tidak hadir kerana kedua-duanya tidak sihat.

Lebih menambahkan perasaan tidak puas hatinya apabila dia terpaksa membatalkan perlawanan Kejohanan Badminton Terbuka di Indonesia sama dengan tarikh dia dikehendaki hadir ke Jawi Isnin.

“Saya pun ada komitmen lain kerana sepatutnya saya perlu pergi ke Indonesia tetapi terpaksa dibatalkan.

“Saya rasa hairan sebab siapa lagi yang mereka hendak panggil selepas ini sedangkan kes ini tiada tangkapan, seolah-olah nak tunjukkan kami bersalah. Saya rasa macam ada yang tak kena,” ujarnya lagi.

Sementara itu Raja Azmi berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman Jawi sekiranya keputusan kes berkenaan masih lagi ditangguhkan.

Keadaan yang berlaku itu katanya, menyebabkan diri dia trauma dan terpaksa menanggung malu selain menyusahkan banyak pihak.

“Hal ini berkaitan dengan maruah termasuk juga maruah rumah tangga saya. Jika sampai sekarang masih belum ada keputusan sehingga beberapa kali ditangguhkan, hidup saya menjadi tidak tenteram.

“Keputusan ini seharusnya dipercepatkan. Kalau ia selesai dengan cepat, saya boleh memaafkan pihak-pihak yang berkenaan termasuklah orang yang menuduh saya berkhalwat. Saya merasakan diri saya benar-benar teraniaya,” katanya ketika dihubungimStar Online, Isnin.

Raja Azmi ketika dihubungi sedang dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini, kerana menghidap migraine.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

Pada 20 Ogos tahun yang sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini kerana kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.

mStar Online : Khalwat : Roslin Kecewa, Raja Azmi Berhasrat Saman Jawi

Kelab Isteri Taat di Singapura


SINGAPURA 19 Jun - Sebuah kumpulan Islam kontroversi berkata, rancangan mereka untuk memperkenalkan Kelab Isteri Taat di Singapura akan menggalakkan sifat kepimpinan suami dalam keluarga, lapor The Sunday Times, hari ini.

Menurut wakil kumpulan tersebut, Darlan Zaini, 70, turut menyatakan kumpulan itu mungkin akan menukar nama kumpulan tersebut kepada nama yang lebih mudah difahami.

"Kita boleh menggunakan nama kumpulan yang lebih mudah seperti Keluarga Bahagia atau nama lain," katanya.

Dia mengkritik Majlis Agama Islam Singapura yang membuat kenyataan pada Jumaat lalu menggambarkan seolah-olah pandangan kelab itu berhubung kehidupan seks yang memuaskan merupakan kunci utama kepada penyelesaian masalah perkahwinan serta masalah sosial, sebagai pandangan sempit.

Menurut Darlan, hubungan intim bukanlah fokus utama falsafah kumpulan itu tetapi beliau menekankan tentang pentingnya isteri memberi perhatian kepada keperluan suami. - dpa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Kelab Isteri Taat di Singapura


SINGAPURA 19 Jun - Sebuah kumpulan Islam kontroversi berkata, rancangan mereka untuk memperkenalkan Kelab Isteri Taat di Singapura akan menggalakkan sifat kepimpinan suami dalam keluarga, lapor The Sunday Times, hari ini.

Menurut wakil kumpulan tersebut, Darlan Zaini, 70, turut menyatakan kumpulan itu mungkin akan menukar nama kumpulan tersebut kepada nama yang lebih mudah difahami.

"Kita boleh menggunakan nama kumpulan yang lebih mudah seperti Keluarga Bahagia atau nama lain," katanya.

Dia mengkritik Majlis Agama Islam Singapura yang membuat kenyataan pada Jumaat lalu menggambarkan seolah-olah pandangan kelab itu berhubung kehidupan seks yang memuaskan merupakan kunci utama kepada penyelesaian masalah perkahwinan serta masalah sosial, sebagai pandangan sempit.

Menurut Darlan, hubungan intim bukanlah fokus utama falsafah kumpulan itu tetapi beliau menekankan tentang pentingnya isteri memberi perhatian kepada keperluan suami. - dpa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Aksi ‘stunt’ tak berhasil

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga India sanggup melakukan aksi ‘stunt’ dengan menggelungsur dari tiang tingkat dua restoran dia bekerja bagi melepaskan diri selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen di Pekan Segamat dekat sini, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, aksi itu hanya sia-sia berikutan anggota dan pegawai yang menyerbu premis berkenaan terlebih dulu mengepung kawasan sebelum menahannya sebaik lelaki itu tiba di tingkat bawah bangunan dua tingkat.


Dalam Ops Selera kira-kira jam 9 malam itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Hasan Silong, lapan lelaki warga India ditahan termasuk penyewa restoran yang juga warga India kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Hasan berkata, pihaknya menjalankan siasatan serta risikan selama kira-kira 2 minggu selepas menerima aduan orang awam yang mendakwa penyewa restoran berkenaan menggaji pekerja asing tanpa permit.


Menurut Hasan, pihaknya melakukan penyamaran sebagai pelanggan dengan memesan minuman sebelum menangkap sekumpulan warga India yang sibuk melayan pelanggan. “Selepas melakukan risikan dan berpuas hati dengan maklumat dikumpul, seramai 11 anggota digerakkan ke tempat lokasi bagi menjalankan Ops Selera itu.


“Ketika serbuan dilakukan, seorang daripada suspek cuba melarikan diri dengan menggelungsur menggunakan tiang dari tingkat atas restoran terbabit, namun cubaannya tidak berhasil apabila berjaya ditahan anggota kami. “Hasil pemeriksaan, kami dapati semua pekerja lelaki berkenaan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara in, manakala majikannya pula menetap di negara ini melebihi masa ditetapkan,” katanya.

myMetro | Aksi ‘stunt’ tak berhasil

Tiada maahad rekrut militan

YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tiada sekolah agama atau maahad swasta di negara ini merekrut pelajar secara langsung untuk menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Laporan yang diterimanya sehingga kini tidak menjurus kepada pembabitan sekolah secara langsung dengan aktiviti itu, tetapi ia membabitkan individu tertentu yang mungkin bergerak dari dalam untuk menyebarkan pengaruh JI. Menurutnya, walaupun tidak membabitkan institusi atau sekolah agama secara langsung, dipercayai terdapat kelompok tertentu di dalamnya yang berpengaruh sama ada sebagai tenaga pengajar atau kakitangan sekolah cuba menyebarkan fahaman JI di kalangan pelajar. Jamil Khir berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan polis bagi memantau pergerakan setiap sekolah berkenaan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengaruh JI tidak menembusi negara ini. “Kita sentiasa bertukar maklumat dengan pihak polis dalam hal ini dan sentiasa memantau semua sekolah agama daripada dipengaruhi fahaman JI yang berdiri atas nama jihad dan Islam, namun tindakan dan hala tujunya tersasar. “Ia tidak membabitkan mana-mana institusi atau sekolah secara langsung, tetapi dibawa masuk oleh kelompok tertentu yang mahu menyebarkan pengaruh dan fahaman JI di kalangan pelajar. “Dalam hal ini, kita akan sentiasa mengawasi perkembangan isu ini dalam usaha menghalang fahaman itu meresap ke dalam minda pelajar kita,” katanya selepas menyerahkan cek RM205,000 bantuan pembangunan Sekolah Menengah Agama Saadah al-Diniah Sungai Limau Dalam, semalam. Semalam, akhbar tempatan melaporkan sebuah maahad swasta di negara ini dijadikan pusat merekrut pelajar berasaskan ideologi pemimpin militan JI, Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai fahaman Salafiah Jihadiah.


Selain menerapkan fahaman dan ideologi JI, pelajar dikatakan dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Ia dikesan beroperasi selepas maahad itu dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepemimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

myMetro | Tiada maahad rekrut militan

Indonesia kritik Arab Saudi pancung amah

JAKARTA: Indonesia semalam menyelar tindakan Arab Saudi memancung seorang pembantu rumah negara itu yang didapati bersalah membunuh isteri majikannya.

Pembantu rumah berkenaan, Ruyati binti Sapubi, didakwa membunuh warga Saudi, Khairiya binti Hamid Mijlid dengan menetaknya berulang kali dengan pisau pemotong daging dan menikamnya di leher.


Warga Indonesia itu menjalani hukumannya di barat Makkah, Sabtu lalu.

“Tanpa berprasangka terhadap sistem perundangan Arab Saudi, kerajaan Indonesia mengkritik pelaksanaan hukuman itu yang dilakukan tanpa meneliti amalan antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene, kepada AFP.


“Kami menyedari kes itu dan Ruyati mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.


“Tetapi kami tidak dimaklumkan mengenai waktu pelaksanaan hukuman berkenaan,” katanya.

Tene berkata, kerajaan Indonesia akan memanggil duta Saudi di Jakarta untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya.



Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta warga Indonesia di Arab Saudi bekerja sebagai pembantu rumah.

Seramai 28 orang menjalani hukuman pancung di Arab Saudi tahun ini. - AFP

myMetro | Indonesia kritik Arab Saudi pancung amah

Pemimpin PDI-P gesa kerajaan pecat duta di Riyadh

JAKARTA: Setiausaha Agung Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Tjahjo Kumolo menggesa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memecat duta besar negara itu di Arab Saudi berhubung pelaksanaan hukuman pancung ke atas wanita rakyat negara itu, Ruyati binti Sapubi di Makkah.

Kementerian Luar Negara Indonesia di Arab Saudi sebelum ini mendakwa tidak mendapat maklumat mengenai pelaksanaan hukuman terhadap pembantu rumah itu.


“Jika ada rakyat Indonesia yang menjalani hukuman mati dan kerajaan tidak mengetahuinya, ini sangat dikesalkan. “Ini menimbulkan persolahan sama ada wujud kerajaan atau tidak?” katanya. - Agensi

myMetro | Pemimpin PDI-P gesa kerajaan pecat duta di Riyadh

Kate kurang berat badan berlebihan




Kate Middleton
Kate Middleton

Beliau amat berhati-hati dengan pemakanan

LONDON: Kate Middleton mula menjadi buruan media sejak keluar bersama Putera William tetapi selepas perkahwinan mereka pada 29 April lalu, tumpuan paparazzi mula berubah apabila bukan lagi cerita dongeng Cinderella yang dikejar tetapi mengenai kehilangan berat badan beliau yang berterusan.
Kate sentiasa kelihatan langsing dan menjelang perkahwinan beliau dulu, beliau banyak kehilangan berat badan. Ia disifatkan sebagai sesuatu yang tidak biasa bagi pengantin perempuan sebelum perkahwinan. Tetapi pada kemunculan pertama beliau di khalayak selepas berbulan madu, wanita pilihan Putera William itu kelihatan kehilangan berat badan berlebihan.
“Wills mahu Kate untuk menambahkan berat badan tetapi beliau enggan,” dedah satu sumber dalaman istana. “William menyangkakan mereka akan makan, minum dan bergembira ketika bulan madu tetapi Kate dikatakan amat berhati-hati dengan apa yang dimakannya. Malah kadar kiraan kalori beliau dilaporkan pada garisan sempadan OCD (Obssesive Compulsive Disorder).”

Duchess of Cambridge itu mungkin berhadapan dengan tekanan yang sukar digambarkan bagi mereka yang berada di luar status selebriti. Tetapi beliau sememangnya benar-benar kelihatan cengkung. Sumber istana itu menambah, “Ukuran pinggang beliau kini kurang 24 inci. Sebelum beliau bertemu Presiden Obama, gaun Reiss yang dipakainya adalah bersaiz 8.

Pereka Anya Hindmarch mengulas mengenai perkara itu. “Saya harap beliau tidak menjadi terlalu taksub sebagai ikon fesyen kerana ia akan menyebabkan beliau penat. Saya mengenalinya dan beliau adalah seorang gadis sihat biasa. Beliau melakukan banyak senaman dan sebab itu beliau mengalami penurunan berat badan sebelum perkahwinannya.”

Malah satu terma baru dinamakan sempena perkahwinan, ‘brideorexia’, selepas Kate dilaporkan mengalami pengurangan berat badan dari saiz 8 kepada saiz 2 hanya dalam masa enam bulan.
Ramai mempersoalkan jika ia benar-benar membabitkan masalah kecelaruan makan dan jika ia bakal menjadi seperti Puteri Diana yang mengakui turut mengalami kedua-duanya iaitu masalah bulimia dan kecelaruan makan. – Agensi
Berita Harian Online | Kate kurang berat badan berlebihan

‘Doa kejayaan konvoi flotila’

Misi diharap pecah sekatan Israel

YAN: Umat Islam diminta mendoakan kejayaan misi konvoi flotila kemanusiaan ke Gaza yang akan berlepas ke sana pada 27 Jun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap misi kali ini membuahkan kejayaan.
“Sudah puluhan tahun umat Islam merasa kepedihan kerana Masjidil Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat penganutnya ditawan Israel.

“Kasih sayang umat Islam terhadap bumi Baitulmaqdis amat besar dan menjadi harapan kita untuk melihat bantuan kepada penduduk Palestin tercapai,” katanya selepas menyerahkan cek bantuan kepada Sekolah Menengah Agama Saadah Al- Diniah Al-Islamiah di Kampung Sungai Limau Dalam, di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, pendekatan berbaik-baik dua parti politik Palestin iaitu Hamas dan Fatah berupa petanda positif yang diharapkan dapat merintih kepada pemulihan negara berkenaan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bagi memastikan keselamatan konvoi berkenaan.
Beliau turut melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla 11 ke Gaza. – BERNAMA
Berita Harian Online | ‘Doa kejayaan konvoi flotila’

Polis pantau sekolah agama

YAN: Polis dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri sedang menjalankan siasatan dan memantau semua sekolah agama di seluruh negara berikutan kebimbangan penularan pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang boleh menggugat keamanan negara.

Walaupun tidak membabitkan sekolah agama secara langsung, dipercayai ada kelompok tertentu berpengaruh sama ada sebagai tenaga pengajar atau kakitangan sekolah yang cuba menyebarkan fahaman JI di kalangan pelajar.
Bercakap selepas menyerahkan cek bantuan kepada Sekolah Menengah Agama Saadah Al-Diniah Sungai Limau Dalam, di sini, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya bekerjasama dengan polis mengenai perkara itu dan memantau pergerakan setiap sekolah berkenaan untuk memastikan pengaruh JI tidak menembusi negara ini.
Katanya, laporan diterimanya tidak menjurus pembabitan sekolah secara langsung dengan aktiviti itu, tetapi membabitkan individu tertentu yang mungkin bergerak daripada dalam untuk menyebarkan pengaruh JI.

“Kita sentiasa bertukar maklumat dengan polis dalam hal ini dan sentiasa memantau semua sekolah agama daripada dipengaruhi fahaman JI,” katanya.
Berita Harian Online | Polis pantau sekolah agama

Zami Ismail meninggal dunia


ORANG ramai mengangkat jenazah Zami di IJN, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Tapah Road, Perak semalam.



ZAMI ketika melawat rakannya, Ahmad Busu yang sakit di Taman Sri Andalas, Klang pada 25 September 2009.


KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Zami Ismail, 67, yang juga popular dengan panggilan Pak Uda melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak di sini pada pukul 10.30 pagi semalam akibat serangan jantung.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 38, berkata, ayahnya telah mendapat rawatan di IJN sejak seminggu lalu setelah mengalami masalah jantung. Pada bulan lepas, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang di sini.

“Pada asalnya arwah ayah dihantar ke IJN sekadar untuk menjalani pemeriksaan sahaja tetapi dia terus ditahan dan pemeriksaan hanya dapat dilakukan pada hari keempat.

“Apabila doktor membuat pemeriksaan, keadaan jantung ayah didapati terlalu lemah dan kemudian dia terus dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU),” katanya ketika ditemui di IJN semalam.

Kosmo! Online - Negara