Wednesday, September 11, 2013

Sekolah jadi sasaran bom di Yala




BANGKOK - THAILAND. Dua askar terbunuh manakala seorang kanak-kanak cedera dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah sekolah di selatan Thailand, kelmarin.

Letupan itu berlaku di pekarangan sebuah sekolah di wilayah Yala dan dipercayai didalangi kumpulan pemisah.
Susulan daripada kejadian itu, beberapa anggota pasukan keselamatan telah dihantar untuk melindungi guru yang turut dianggap sebagai wakil kerajaan.

Sementara itu menurut AFP, Kabinet akan membincangkan cadangan untuk membayar subsidi dua kali ganda kepada penoreh getah bagi mengimbangi harga getah yang jatuh ketika ini.

Menteri Pertanian, Yukol Limlaemthong berkata, penoreh getah akan dibayar 2,520 baht (RM257) untuk setiap 0.16 hektar tanah atau maksimum sehingga empat hektar tanah.

Lagi tebusan ditawan MNLF

Lagi tebusan ditawan MNLFZAMBOANGA - FILIPINA. Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), semalam dilaporkan menawan puluhan lagi tebusan dan turut berbalas tembakan dengan tentera dalam insiden serangan yang masuk hari kedua di bandar Zamboanga di selatan Filipina.

Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabelle Climaco Salazar berkata, kumpulan pemberontak itu kini telah menawan seramai 170 penduduk di enam kampung yang kini menjadi tempat persembunyian mereka.

"Kesemua tebusan itu turut dijadikan sebagai perisai manusia selepas tentera bertindak mengepung bandar Zamboanga sejak kelmarin," menurutnya lagi. 

Menurut laporan AFP, dalam satu kenyataan lain, Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas memaklumkan tentera berjaya mengawal keadaan  dan konflik itu dijamin tidak akan merebak ke kawasan atau wilayah lain.

Beliau turut menganggarkan serangan pada kali ini disertai 180  pemberontak bersenjata MNLF.

Perancis dituduh sasar Muslim


2013/09/11
 
PARIS: Perancis kelmarin menyiarkan piagam baru menguatkuasakan peraturan melarang unsur agama wujud di sekolah, isu yang sering menyebabkan ketegangan dengan penduduk Islam dan penganut ajaran lain.

‘Piagam Amalan Sekular di Sekolah’ akan ditampal di setiap sekolah yang dibiayai kerajaan yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Vincent Peillon.
Kenyataan 15 perkara dalam piagam tidak mengandungi unsur baru dari segi istilah undang-undang.

Dasar antiagama

Peillon berkata, ia cubaan mempromosi pemahaman lebih baik dan penguatkuasaan lebih konsisten, prinsip yang wujud sekian lama berasaskan dasar antiagama sejak revolusi Perancis dan penguatkuasaan undang-undang 1905 mengenai pemisahan gereja dan kerajaan.

Inisiatif Peillon disambut dingin oleh pemimpin Islam Perancis yang mewakili lima juta penganut. sesetengah menganggap promosi agresif sekular itu serangan terhadap budaya mereka.
AFP

Gaji ? Betulkah ni ?

YANG MANA SATU...

Best antara terbest!!! Fakta membanggakan..inilah antara punca nilai wang RM kita jatuh dan makin jatuh..yup yup horray!!!

Best antara terbest!!! Fakta membanggakan..inilah antara punca nilai wang RM kita jatuh dan makin jatuh..yup yup horray!!!

Kita dah ingatkan Kerajaan..jangan ambil pekerja asing keterlaluan..melampaui keperluan..nah..apa dah jadi? 

Yang kaya raya agen buat permit sah sah orang KDN..macai umno kan?

Wang Malaysia mengalir ke Bangladesh USD1 bilion (RM3500 juta) setiap tahunSyarikat kiriman wang Bangladesh,

CBL Money Transfer Sdn Bhd mendedahkan transaksi wang dari Malaysia ke Bangladesh mencecah kira-kira USD1 bilion setiap tahun.

Pengerusinya, Aziz Al Kaiser, berkata CBL diwujudkan bagi membolehkan sejuta warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia dapat mengirim wang mereka kembali ke kampong halaman menerusi saluran yang betul."Kami menyediakan sistem kiriman wang yang mematuhi undang-undang kerana CBL menjalani proses temuduga dengan Bank Negara selama lapan bulan bagi memastikan kewujudan kami di Malaysia mengikut peraturan Malaysia.

"CBL kini menanam modal sebanyak RM2.6 juta dan akan meningkat kepada RM4.1 dalam masa dua minggu.

"Bank Negara menganugerahkan kami lesen cawangan tanpa had dan kini dua cawangan dibuka iaitu di Kuala Lumpur dan Melaka," katanya ketika merasmikan cawangan barunya hari ini.

CBL mensasarkan 25 cawangan akan dibuka di Malaysia dalam masa 2 tahun memandangkan 1.4 juta lagi pekerja Bangladesh akan datang ke negara ini.

Syarikat kiriman wang itu turut dilengkapi dengan sistem anti penggubahan wang haram yang dilengkapi perisian dan peranti yang dapat mengesan aktiviti haram itu."Kehadiran kami diharapkan dapat membantu pekerja yang berkhidmat di Bangladesh dengan perkhidmatan yang pantas, tepat dan memberikan kadar yang baik kepada pelanggan.

City Bank Limited Bangladesh (CBL) merupakan bank perdagangan tertua di negara itu dan diasaskankan pada Mac 1983.