Tuesday, June 8, 2010

Ratu Jordan kecam Israel




2010/06/08



Serangan ke atas kapal misi bantuan disifatkan kejam

AMMAN: Permaisuri Jordan, Rania, mengecam Israel berikutan serangan ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan Mavi Marmara ke Semenanjung Gaza dan memberi amaran dasar keras rejim Zionis ke atas penduduk Palestin hanya menambah lagi kesengsaraan penduduk awam di wilayah itu.

Beliau menulis kepada akhbar The Independent semalam dan berkata, sekatan Israel ke atas penduduk di Semenanjung Gaza menjadikan wilayah itu sebuah penjara terbuka dan menambah: Setiap hari yang berlalu di wilayah itu bererti sehari lagi nilai kemanusiaan disekat.
Serangan Israel ke atas konvoi yang cuba memecahkan sekatan dan menyebabkan sembilan aktivis terbunuh dilakukan secara membabi-buta tanpa menghiraukan undang-undang antarabangsa, hak asasi dan peraturan diplomatik.
Walaupun saya tergamam ketika menyaksikan serangan kejam Israel, saya tidak terkejut dengan apa yang mereka lakukan, katanya.

Permaisuri kepada Raja Jordan Abdullah II itu berkata tindakan Israel didokong oleh doktrin bahawa matlamat utama mereka adalah survival menyebabkan rejim Zionis beranggapan mereka boleh melakukan apa saja.

Mereka anggap diri mereka berkuasa, kebal dan ada lesen untuk berbuat sesuka hati dan tidak menjangka menerima kecaman antarabangsa, katanya.

Rania memberi amaran, keganasan yang dilakukan tidak akan meredakan keadaan, sebaliknya semakin memburukkan suasana, manakala penduduk awam adalah golongan yang paling terasa kesannya.
Jordan yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1994, mengecam tindakan Israel dan menggesa siasatan dijalankan ke atas serangan tersebut. AFP

DUN Bakar Arang nafi terima RM5j keluar PKR

2010/06/08


SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu, menafikan menerima RM5 juta sebagai imbuhan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) April lalu.

Tan, 54, yang kini wakil rakyat Bebas mendakwa, tuduhan dibuat Naib Pengerusi PKR Pusat, Lee Boon Chai ketika menghadiri majlis makan malam PKR di sini, dua hari lalu, disifatkan sebagai fitnah dan pembohongan besar untuk menjatuhkan imej dan karier politiknya.
Lee ketika berucap pada majlis itu, kononnya mendedahkan saya pernah menerima wang RM5 juta sebagai ganjaran keluar parti. Ternyata dia berbohong kerana saya tidak pernah membuat kenyataan itu dan berbual mengenai perkara sama (keluar parti) dengannya.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Saya keluar parti dengan rela hati kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan PKR.

Saya keluar PKR juga kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mendakwa pengguguran saya daripada barisan Exco Kerajaan Kedah adalah kerana saya gagal menjalankan tugas sepanjang dua tahun menjadi wakil rakyat PKR, dakwanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Tan berkata, beliau menyifatkan Lee sebagai individu yang hanya pandai melakukan pembohongan besar selain mencabar Lee membuktikan dakwaannya itu.

Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Lee dan juga Johari, katanya.

Malaysia tidak akan bankrap seperti Greece: PM



Oleh S Anand Kumar

2010/06/08

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia tidak akan bankrap seperti yang berlaku kepada Greece dan Iceland berikutan kejayaan negara mengekalkan hutang di paras terkawal.

Perdana Menteri berkata, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik serta bertanggungjawab.
"Paras defisit dijangka akan turun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang.
"Usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit Kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sidang Parlimen.

Lim dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk memastikan Malaysia tidak menjadi seperti Iceland dan Greece yang bankrap dan memerlukan bantuan daripada masyarakat serantau.

Perdana Menteri berkata, tahun lalu, jumlah hutang negara berkurangan kepada RM233.92 bilion daripada RM236.18 bilion tahun sebelumnya walaupun peratusannya meningkat sedikit.

Beliau berkata, pengurangan itu adalah disebabkan bayaran balik bersih hutang jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan serta sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK). 
"Kekukuhan nilai ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan.

"Nisbah khidmat hutang luar negara pada 31 Disember tahun lalu dianggarkan pada tahap tujuh peratus, mencerminkan kekukuhan pendapatan eksport untuk membayar tanggungan hutang.

"Nisbah rizab antarabangsa kepada hutang luar jangka pendek lebih daripada mencukupi bagi menampung 4.2 kali hutang luar jangka pendek," katanya.
 
Perdana Menteri berkata, selain itu kerajaan juga mengambil beberapa langkah khusus untuk mengurangkan hutang luar negara.

"Dasar semasa kerajaan ialah mengutamakan pinjaman dalam negeri yang tidak menyebabkan inflasi. Ini adalah kerana mudah tunai yang tinggi di pasaran domestik serta kos pinjaman yang lebih murah.

"Selaras dengan matlamat konsolidasi kedudukan fiskal secara berperingkat, Bajet 2010 memberi penekanan kepada langkah untuk menambah baik keberkesanan dan kecekapan pendapatan serta perbelanjaan kerajaan.

"Kerajaan sedang mengkaji penstrukturan sistem subdisi bahan api yang juga sebahagian besar dalam perbelanjaan  tahunan kerajaan," katanya.
  
Perdana Menteri berkata, bagi memperkukuhkan aliran pendapatan, kerajaan sedang berusaha memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Menerusi GST, asas pendapatan kerajaan akan diperluas dan sekali gus lebih terlindung daripada ayunan kitaran harga minyak," katanya.

Abbas ajak Hamas damai

IBRAHIM  al-Wahidi,   mangsa tembakan tentera Israel di pantai Gaza dibawa ke masjid untuk disembahyangkan, semalam.
Langkah terbaru Palestin bersatu tentang rejim Zionis

ISTANBUL: Presiden Palestin, Mahmud Abbas, berkata beliau akan menghantar delegasi ke Gaza tidak lama lagi untuk menawarkan perdamaian dengan Hamas yang menguasai wilayah itu untuk bersatu menangani serangan Israel ke atas kapal konvoi bantuan antarabangsa minggu lalu.

Jawapan terbaik (terhadap serangan ini) ialah bagi pergerakan Palestin bersatu menentang Israel, Abbas memberitahu siaran berita televisyen Turki, NTV, di Istanbul ketika menghadiri mesyuarat keselamatan Asia di sini, semalam.
Kami sudah mengumpulkan delegasi untuk ke Gaza dan memujuk Hamas bersatu semula.
Hanya satu syarat bagi penyatuan iaitu Hamas menerima pelan dirangka Mesir tahun lalu yang menyaran kedua-dua pergerakan Palestin yang bertelagah itu berdamai dan mengadakan pilihan raya, kata pemimpin pergerakan Fatah itu yang menguasai wilayah Tebing Barat.

Pergerakan Fatah dan Hamas bertelagah sekian lama sehingga Hamas mengusir Fatah dari Gaza pada 2007 menyebabkan Israel menyekat laluan ke Gaza, termasuk bantuan kemanusiaan.

Sementara itu di SHARM EL-SHEIKH, Mesir membuka pintu sempadan ke Gaza untuk tempoh yang tidak ditetapkan bagi membolehkan batuan kemanusiaan memasuki wilayah Palestin itu.

Mesir dan Israel mengenakan sekatan itu sejak Hamas menguasai Gaza tiga tahun lalu tetapi Kaherah kini berkata, sekatan itu tidak dapat mencapai matlamatnya, termasuk mendapatkan pembebasan seorang askar yang ditahan Hamas sejak 2006.
Dalam perkembangan terbaru, pasukan keselamatan Israel menembak mati empat rakyat Palestin di luar pesisir pantai Gaza semalam yang didakwa berlatih untuk menyerang kepentingan Tel Aviv.

Lelaki berkenaan yang tidak bersenjata didakwa memakai baju selam. Dua lagi lelaki Palestin yang bersama kumpulan itu masih diburu.

Saksi Palestin berkata, mereka melihat helikopter dan kapal Israel menembak ke arah sebuah bot pada awal pagi dan dua jam kemudian lima mayat terapung di laut.

Tentera Israel yang mengesahkan insiden itu mendakwa kumpulan lelaki berkenaan dalam perjalanan untuk melancarkan serangan ganas. AFP

Nik Aziz sifatkan media tempatan batu api





2010/06/08

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan media massa tempatan sebagai batu api, yang bertindak membangkitkan isu panas sehingga menyebabkan wujudnya pertikaian antara kaum dan agama di negara ini. 

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata walaupun sudah dilaksanakan pelbagai program berkonsepkan keagamaan dalam media massa di negara ini, tetapi ia dilihat seolah-olah melepaskan batok di tangga saja kerana masih tidak mencukupi untuk mengatasi masalah berkaitan kaum serta agama.
Katanya, media masa kini menjadi antara fakta yang menyusahkan pejuang Islam, dengan sanggup melabelkan Islam sebagai mundur, hidup zaman unta, memecahbelahkan orang tertentu selain dikatakan tidak membawa sebarang kemajuan. Sejak akhir ini, kita sering dihidangkan dengan banyak isu panas membabitkan pertikaian antara kaum dan agama yang ditimbulkan pihak tertentu termasuk melabelkan PAS sebagai parti perkauman, rasis, radikal dan sebagainya.

Malah, pertembungan ini (pertikaian antara kaum dan agama) semakin dahsyat apabila media massa dilihat seperti menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang sudah sedia marak. Ini dilakukan semata-mata untuk kepentingan politik pihak tertentu. 

Memang diakui wujud program berkonsepkan kaum dan agama dalam media massa, tetapi ia masih tidak cukup kerana terlalu banyak penyakit (masalah), sedangkan ubat diberikan itu sudah ditapis pihak tertentu, katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Hubungan Muslim-Non Muslim Dalam Konteks Malaysia, di sini, semalam. 

Dalam ucapannya, Nik Aziz berharap semua pihak di negara ini mengetepikan isu yang boleh mengguris perasaan bangsa lain. 
Katanya, kerajaan yang berkuasa bertanggungjawab memberi keadilan serta layanan baik bukan saja kepada umat Islam, malah seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka. 

Kita berharap dapat menjernihkan pandangan terhadap Islam, segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui pandangan perlu diatasi supaya kita semua dapat melihat warna Islam sebenar, katanya.

Peruncit boikot barang kawalan



Oleh S Anand Kumar

2010/06/08

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia mahu menghentikan perniagaan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini. 

Keputusan itu dinyatakan oleh persekutuan berkenaan ketika sesi dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Wisma MCA, semalam.
Dr Chua pada sidang akhbar kemudian berkata persekutuan itu menjelaskan keputusan mereka bukannya sebagai membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan tidak setimpal.
Pada masa ini, keuntungan penjualan tepung gandum, gula dan minyak masak diperoleh oleh peruncit amatlah sedikit ditambah lagi dengan barang kawalan ini perlu memohon lesen dan mengakibatkan pendapatan peruncit terjejas. 

Keuntungan bagi setiap satu kilogram gula yang diterima peruncit adalah tiga sen, 20 sen bagi setiap lima kilogram minyak masak, manakala tiga sen bagi setiap kilogram tepung gandum, katanya. 

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan dan penasihat persekutuan Yeo Chee Soong. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Dr Chua berkata beliau difahamkan setiap kedai mempunyai sembilan hingga 11 lesen yang perlu dimohon antaranya lesen premis, beras, gas, timbang, papan tanda, peralatan kebakaran dan kawalan barangan sempena hari sambutan. 
Kami terkejut dengan beban peruncit kerana mereka perlu memohon dan membayar lesen RM1,107 setiap tahun, katanya. 

Bagaimanapun Dr Chua merayu kepada persatuan ini agar memberi pertimbangan semula keputusan mereka kerana beliau yakin kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan lesen itu. 

(Timbalan Presiden) Liow akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat Jemaah Menteri pada akan datang, katanya. 

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau terkejut dengan tindakan peruncit mahu memboikot penjualan barang kawalan itu. 

Katanya, beliau difahamkan tindakan memboikot itu bertujuan membantah keputusan kerajaan melaksanakan lesen runcit barangan kawalan. 

Saya hairan dengan sikap peruncit yang masih tidak faham mengenai kelonggaran diberikan kerajaan kepada mereka berhubung isu penjualan barangan kawalan. Kita sudah memberi pelbagai kelonggaran, apa lagi mereka mahukan,? katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

PM Turki ” Perbuatan Keji israeil tidak akan dilupakan dan tidak dapat dimaafkan “

http://i.okezone.com/images-data/content/2010/06/03/18/339333/Uo8Lv1UR5T.jpg
http://i.okezone.com/content/2010/06/03/18/339333/ZSkWzxyvTd.jpg
Presiden Turki Abdullah Gul geram dengan israeil berkaitan peristiwa penyerangan terhadap kapal bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Gaza, Mavi Marmara. PM Turki menyatakan hubungan kedua negara sudah tidak dapat diperbaiki lagi.
“Mulai sekarang, hubungan Turki-israeil tidak akan kembali  seperti duhulu. Peristiwa ini telah memutuskan  hubungan yang tidak dapat diperbaiki dan ianya amat memberi kesan ,” ujar Abdullah dalam ceramahnya seperti dipancarkan  stasion televisi Aljazeera, Khamis (3/6/2010).
Serangan itu, setrusnya  Abdullah berkata , ianya merupakan isu yang tidak akan dapat dilupakan. Turki tidak akan pernah memaafkan serangan ini,” tegasnya.
Sebanyak sembilan belas sukarelawan syahid dalam serangan itu terhadap kapal Mavi Marmara pada Isnin (31/5) lepas.
Puluhan ribu warga Turki menyertai solat jenazah sebelum pemakaman Sukarelawan Turki pada Khamis kelmarin. Para Sukarelawan yang meninggal itu disolatkan di Masjid Fatih, Istanbul.
Beberapa imam memimpin solat. Sebagai penghormatan, para jenazah ditutup dengan Bendera Turki dan Palestin.
RM1 JUTA TIDAK CUKUP BUAT SAIFUL:BERAPA JUTA LAGI DIA DAPAT DARISITU?

       
     



Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.

Azlan Mohd Lazim
(gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.
Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.
Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.
Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.
Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.
Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.
Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.
Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.
Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:
  • Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
  • Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
  • Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
  • Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.
(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).
Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian                                                       http://chegubard.blogspot.com/2010/05/bapa-saiful-kaki-judi-pernah-cuba.html#comment-form









            Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini

          




          Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini

          



Artikel ini ditulis oleh pemilik dari BRIGED MP SEGAMBUT. Artikel ini boleh dipublikasikan ulang di blog manapun selama mencantumkan nama penulis dan link sumber artikel dan hanya digunakan untuk keperluan non-komersil. Serta tidak merubah separuh atau seluruh bagian dari isi.


28.4% wanita Saudi menganggur: Timbalan Menteri Buruh




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RIYADH: Timbalan Menteri Buruh, Abdul Wahid Al-Humaid mendesak sektor industri menyediakan peluang pekerjaan kepada wanita tempatan, terutama di bidang pentadbiran.
Abdul Wahid menyuarakan permintaan itu pada konvensyen Kisah Kejayaan Sektor Industri Saudi di Pusat Dagangan dan Industri Riyadh, semalam.
Beliau berkata, pengangguran di kalangan wanita kini mencecah 28.4 peratus dan ramai penganggur memiliki kelayakan di peringkat universiti.

Meskipun mendesak ahli perniagaan memberi peluang kepada wanita, beliau turut meminta supaya suasana kerja disediakan selari dengan budaya tempatan.

“Banyak jawatan di sektor industri sesuai untuk wanita, terutama di bidang pentadbiran dan teknikal. “Hakikatnya, ramai keluarga bergantung wang saraan daripada anak perempuan mereka dan sektor industri sepatutnya memberi perhatian terhadap perkara ini,” katanya.

Kadar pengangguran Saudi dilapor meningkat 10.5 peratus.

“Kita perlu menggantikan tempat tenaga kerja asing bagi mengurangkan kadar pengangguran itu,” katanya. - Agensi

Mangsa tembak dibiar menderita




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SYDNEY: Seorang lelaki Australia yang cedera ditembak tentera Israel ketika mereka merampas kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza berkata, dia dibiarkan tanpa rawatan di situ walaupun kakinya ditembusi dua peluru.
Ahmed Luqman, 20, berkata dia berada dalam kapal Mavi Marmara apabila sebutir peluru mencederakan kakinya, manakala satu lagu menghancurkan lutut kiri.
Kecederaan itu, katanya, menyebabkan dia banyak kehilangan darah.

“Saya dibiar terbaring dan berdarah.

“Ramai tentera datang dan merampas pasport saya dan mencampakkannya semula ke lantai dan berkata: Ah, kamu orang Australia,” katanya. - AFP

Sekatan rejim Yahudi jadikan Gaza seperti penjara terbuka: Rania




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LONDON: Permaisuri Jordan, Ratu Rania, mengkritik Israel atas serangan ganas rejim itu ke atas konvoi bantuan kemanusiaan untuk Gaza pada Isnin minggu lalu.
Menurutnya, dasar kejam negara Yahudi itu ke atas Palestin hanya akan memencilkan golongan sederhana dari wilayah berkenaan.
Menulis dalam akhbar The Independent semalam, Rania berkata, sekatan ke atas Gaza itu menjadikan wilayah berkenaan sebagai ‘penjara terbuka’ dan dari sehari ke sehari, ia menghina kemanusiaan.

“Serangan itu tidak dapat diterima sama ada dari segi undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia dan norma diplomatik.

“Walaupun begitu, saya tidak terkejut dengan serangan dilakukan itu kerana Israel menggunakan doktrin defensif untuk mencapai matlamat utama mereka, iaitu kekal wujud di rantau itu.

“Maknanya, mereka akan menghalang apa saja yang dianggap mengancam.

“Saya bimbang pada jangka masa panjang, golongan sederhana menjadi korban utama,” katanya. - AFP

Iran cuba cabar Israel




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TEHERAN: Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran semalam berkata, mereka akan menghantar tiga kapal bantuan ke Gaza dalam cubaan terbaru dunia Islam memecahkan sekatan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin.
Pengarah Hal Ehwal Antarabangsanya, Abdolrauf Adibzadeh, berkata pertubuhan itu turut menyediakan sebuah pesawat membawa 30 tan peralatan perubatan ke Mesir sebelum ia diserahkan pula ke pihak berkenaan di Gaza.
Kata Abdolrauf, kapal itu akan mula berlepas minggu ini sebelum diikuti satu lagi kemudian.

“Dua kapal pertama itu akan menuju Gaza dengan kerja sama kerajaan Turki.

“Satu daripadanya membawa 70 pekerja bantuan seperti jururawat dan doktor, manakala kapal kedua berisi makanan dan ubat-ubatan,” katanya.

Menurut agensi berita Irna, kapal ketiga akan dilengkapi dewan pembedahan dan akan berlayar ke wilayah Palestin itu pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Abdolrauf berkata, Pertubuhan Bulan Sabit Merah juga menyeru sukarelawan Iran bertindak sebagai pekerja bantuan dan menyertai dua kapal berkenaan.

“Sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan Gaza dan membantu penduduk Palestin yang tertindas boleh merujuk kepada laman web kami untuk mendaftar,” katanya.

Pesawat yang dirancang diterbangkan ke Mesir juga, kata Abdolrauf, akan berlepas tidak lama lagi dengan diselaraskan Bulan Sabit Merah negara itu.

Pada Disember 2008, pertubuhan berkenaan menghantar sebuah kapal sarat berisi bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza tetapi dihalang memasuki wilayah itu oleh tentera laut Israel.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast, berkata penghantaran kapal seumpama itu adalah simbol ‘penentangan terhadap sekatan’ dikenakan Zionis.

“Jika kempen simbolik ini berterusan, akhirnya rejim Zionis akan menyerah dan ia pastilah menjadi satu daripada kekalahan terbesarnya,” katanya. - AFP

PAS: Kerajaan masih amalkan polisi 'pro-Israel'

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengecam Israel di Dewan Rakyat semalam kerana negara secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.

Menurut Harakah Daily, Mahfuz berkata perdagangan komersil dengan Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri dahulu.

“Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan Zionis ini,” kata beliau.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, kerajaan dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan rejim berkenaan secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya pentadbiran Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara Israel pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia.

“Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil Israel yang berada di perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.

“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara Zionis itu.

“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” katanya.

Bantu KDN tangani judi



KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil me- nyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram. 

“Daripada membuat bising di luar, Kerajaan Negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,” katanya. 

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian. 

Mengulas lanjut, His- hammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, semalam, berkata lesen pertaruhan itu sudah lama dikeluarkan.: 

Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi (11 Jun ini).: 

“Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang membabitkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long,” katanya.: 

Bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika Piala Dunia, Hishammuddin berkata, beliau meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun membantu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. 

Awal tahun ini kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung. 

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan. - Bernama

Israel tolak siasatan antarabangsa



BAITULMAQDIS - Kerajaan :Israel menolak mentah-mentah cadangan Pertubuhan Bangsa:-Bangsa Bersatu (PBB) supaya satu siasatan antarabangsa dijalankan berhubung serangan maut ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza, kelmarin. 

Kerajaan rejim Zionis itu dengan angkuh menegaskan, negara tersebut mempunyai hak untuk menjalankan siasatan sendiri. 

Duta Israel di Amerika Syarikat (AS), Micheal Oren berkata, Israel enggan siasatan antarabangsa diadakan, sebaliknya mahu berbincang dengan sekutu kuatnya, AS, mengenai siasatan dalaman yang akan dijalankan Israel. 

“Israel adalah negara demokratik dan mempunyai keupayaan untuk menjalankan siasatan sendiri, jadi tidak perlu disiasat oleh mana-mana panel antarabangsa,” katanya. 

Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon menggesa panel antarabangsa dibentuk, diketuai bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer dan dianggotai wakil dari Turki, Israel dan AS bagi menyiasat insiden berdarah, 31 Mei lalu. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebelum itu berbincang dengan Ban ki-Moon dalam satu panggilan telefon mengenai cadangan panel antarabangsa tersebut. 

Bagaimanapun, Netanyahu memaklumkan menteri kabinetnya bahawa Israel akan menimbang menggunakan pendekatan lain untuk menjalankan siasatan. 

Sembilan warga Turki, termasuk seorang warga AS-Turki, terbunuh dalam serangan tentera Israel ke atas Mavi Marmara, kapal induk konvoi Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam usaha menamatkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza.

Pakatan mahu tahu tahap kesihatan Sultan Kelantan



SHAH ALAM - Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan) mohon perkenan Pemangku Raja Kelantan maklumkan keadaan sebenar tahap kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra.

Presidennya, Datuk Noordin Ab Razak berkata tindakan itu bagi memudahkan rakyat mengetahui keadaan kesihatan Sultan yang dikasihi agar rakyat tidak tertanya-tanya. 

Beliau juga memohon agar laporan panel perubatan yang telah memeriksa tahap kesihatan Sultan Kelantan diumumkan kepada seluruh rakyat jelata. 

“Kami juga mohon agar Pemangku Raja Kelantan mencari jalan untuk menangani sebaik mungkin mereka yang telah dan cuba untuk menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan dengan tahap kesihatan baginda,”katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Noordin berkata, anak-anak Kelantan di perantauan yang bernaung di bawah Pakatan merakamkan tahniah atas keprihatinan Pemangku Raja Kelantan terhadap apa yang berlaku kebelakangan ini dan telah berjaya menanganinya dengan penuh berhati-hati dan cermat 

“Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak telah mencalar imej Kesultanan Kelantan dan telah menggoyang keutuhannya. 

“Kami yakin dengan kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang ditunjukkan oleh Pemangku Raja Kelantan selama ini dengan dibantu oleh pemimpin negara, keharmonian, kekuatan dan keutuhan Institusi Kesultanan Kelantan akan kembali pulih malah akan lebih hebat lagi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam. 

Menurut Noordin, kami juga ingin Pemangku Raja Kelantan agar mencari jalan untuk menjamin keutuhan Institusi Kesultanan Kelantan sebagaimana sedia kala.

Kementerian Penerangan pohon peruntukan RM3 bilion perluas jalur lebar



KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memohon peruntukan lebih RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memperluaskan perkhidmatan jalur lebar negara.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Wira Kamaruddin Siaraf berkata, ia juga akan membolehkan Malaysia bertanding di peringkat global dalam pembekalan jalur lebar.

Beliau berkata, peruntukan itu juga adalah bagi memastikan RTM dapat meyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih berkesan menggunakan kaedah baru.

"Dalam RMK-10 ini, kami telah mengemukakan pelbagai bentuk projek dan program bagi memastikan rating RTM meningkat dalam usaha memastikan keberkesanan agensi media rasmi kerajaan dalam memainkan peranannya.

"Kami harap kerajaan dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kuiz mega National Geographic di sini semalam.

Kamaruddin berkata, kementerian memberikan tekanan kepada tiga sektor dalam permohonan untuk peruntukan RMK10 iaitu komunikasi, penerangan dan kebudayaan. 

Bagaimanapun keutamaan tetap diberi kepada sektor komunikasi kerana ia akan diguna untuk memacu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terutama dalam memastikan pencapaian sektor industri keratif.

Malaysia berani, pragmatik: TPM



PUTRAJAYA - Kedudukan Malaysia sebagai 10 negara terbaik dunia dalam Laporan Daya Saing Dunia adalah bukti bahawa inisiatif untuk berfikir di luar kotak dan mengambil langkah berani yang pragmatik serta berkesan mampu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

:Muhyiddin berkata, inisiatif yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hasil kerjasama semua penjawat awam dalam melaksanakan pelbagai dasar untuk mengukuhkan kedudukan negara, khususnya daripada aspek ekonomi.

“Langkah sebegini lama kita ambil dan meningkat dari satu tapak ke satu tapak, tapi bukti yang kita lihat hari ini ialah sekiranya kita berani mengambil inisiatif yang berada di luar daripada kotak iaitu mengambil langkah drastik kepada dasar yang pragmatik dan berkesan, maka unsur seperti ini boleh membuahkan hasil cepat yang kita saksikan pada kedudukan Malaysia (dalam Laporan Daya Saing Dunia),” katanya. 

Menurutnya, Perdana Menteri melahirkan harapan untuk melihat kedudukan Malaysia di tangga yang lebih baik iaitu lima terbaik dunia pada masa akan datang, justeru sebarang dasar atau perubahan yang dibawa perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan yang penuh dengan persediaan. 

“Apa yang amat penting ialah antara hubungan kerajaan dan swasta kerana menerusi Rancangan Malaysia ke-10 yang akan dibentangkan di Parlimen nanti, pihak swasta harus mengambil lebih inisiatif sebagai enjin pertumbuhan dan menjana kekayaan dalam negara,” katanya. 

Menurutnya, senario itu bermakna tugas penjawat awam menerima lebih keutamaan bagi memberikan dorongan, galakan, mempermudah proses dan mengambil langkah yang cepat serta efisien agar segala urusan yang perlu dilaksanakan pihak swasta dapat direalisasikan pada kadar segera. 

“Lebih cepat dan lebih pantas dapat kita putuskan, lebih mudah mereka buat keputusan dan lebih segera mereka dapat melaksanakan program dan usaha yang ditetapkan,” katanya. 

Muhyiddin berkata, kedua-dua negara berkenaan sudah mula menikmati aliran wang masuk, justeru Malaysia berhadapan dengan cabaran bukan saja untuk memperbaiki kedudukan 10 terbaik dunia bahkan cabaran untuk melakukannya dalam ekosistem ekonomi yang sangat kompetitif. 

Muhyiddin berkata, antara aspek utama yang menjadi tumpuan dalam Laporan Daya Saing Dunia itu ialah keupayaan Malaysia menjana sumber modal insan yang berkualiti dan modal insan yang mampu menjana pendapatan yang lebih baik berdasarkan kepada usaha yang lebih kreatif dan inovatif serta kreatif. 

“Di sini terletaknya tanggungjawab kita sebagai antara agensi dan jabatan yang utama untuk membantu lain-lain kementerian dan agensi terbabit untuk melatih lebih banyak lagi pihak yang boleh membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka, baik dalam bidang teknologi, pengurusan dan sebagainya,” katanya.

Muslimat tuntut kuota jawatan Naib Presiden Pas




KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) sekali lagi akan mengemukakan usul bagi mendapatkan satu kerusi naib presiden untuk kaum wanita dalam Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat ke-50 di Dewan Duyung Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan, Khamis ini. 

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, berdasarkan senario politik masa kini yang memperlihatkan semakin ramai wanita menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan timbalan pesuruhjaya negeri serta ketua kawasan, beliau yakin usul kali ini akan diterima jawatankuasa, walaupun pernah ditolak sebelum ini.

Menurutnya, Pas telah melakukan pindaan peruntukan perwakilan Muslimat untuk Muktamar Dewan Muslimat yang telah diluluskan perlembagaan pindaan 2009, iaitu seramai empat orang perwakilan Muslimat bagi setiap kawasan di seluruh negara. 

”Terdapat hanya 15 orang perwakilan bagi setiap negeri pada tahun-tahun sebelumnya, tetapi pada kali ini 155 Dewan Muslimat kawasan yang berdaftar di seluruh Malaysia menjadikan jumlah Muslimat yang akan hadir adalah 620 orang. 

”Pertambahan bilangan Muslimat yang hadir menjadikan Pas sebagai parti lebih dinamik, terutama dalam penglibatan kaum wanita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Agong Pas di sini, semalam. 

Hadir sama, Timbalan Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Salbiah Abdul Wahab dan Setiausaha, Kartini Ahmad. 

Katanya, Dewan Muslimat akan membincangkan usul tersebut di peringkat kawasan:, tetapi sebarang keputusan di peringkat Dewan Muslimat Pusat belum dibuat sama ada usul tersebut akan diterima untuk perbahasan atau sebaliknya. 

”Kami serahkan kepada barisan kepimpinan pusat untuk menentukan, apa yang penting peranan dan sumbangan wanita dalam Pas diiktiraf,” katanya. 

Untuk rekod, tahun 2005, Kelantan pernah menamakan Dr Siti Mariah Mahmod yang juga Ahli Parlimen Kota Raja untuk bertanding jawatan Naib Presiden Pas. 

Parti itu pernah mempunyai seorang Naib Yang Dipertua wanita, iaitu Khadijah Sidek, bekas Pesuruhjaya Pas Johor, kira-kira 40 tahun lalu. 

Nuridah berkata, seiring dengan pertambahan penglibatan kaum wanita dalam parti itu, DMPP akan sentiasa meneruskan usaha serius mendapatkan satu kerusi naib presiden untuk wanita.

Israel buat lawak, malukan diri sendiri


- FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN 

Di seluruh dunia, orang ramai masih mengadakan protes, pemimpin dunia terus berbincang langkah perlu berhubung isu serangan konvoi kemanusiaan ke Gaza dan aktivis yang baru dibebaskan menceritakan peristiwa pahit lagi mencemaskan itu. 

Dalam keadaan menyedihkan itu, Israel masih mengeluarkan pelbagai kenyataan 'menghalalkan' serangan berdarah itu kerana kononnya, mereka diserang dengan ‘keganasan terancang’. 

Ini bermakna aktivis di atas kapal didakwa sudah merancang taktik berperang dengan Israel, iaitu menggunakan kerusi, batang kayu dan apa sahaja barang boleh dicapai. Kalau benar itu ‘keganasan terancang’, ia pastinya rancangan paling tidak masuk akal. 

Rejim Zionis mendakwa tentera yang ‘turun dari langit’ dipukul aktivis ketika turun ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa 10,000 tan barangan ke Gaza. 

Mereka tidak malu menggunakan alasan terpaksa menembak aktivis kononnya mempertahankan diri, sedangkan mereka sedar tindakan menyerang kapal konvoi itu menjadikan mereka lanun dan penjenayah. 

Menurut laporan forensik Turki, Furkan Dogan, rakyat Amerika Syarikat berdarah Turki yang berada di atas Mavi Marmara, ditembak lima kali, termasuk di belakang kepala dan muka. Adakah itu tindakan mempertahankan diri askar Israel? 

Rejim itu juga mendakwa terdapat aktivis di atas kapal itu yang merampas senjata api askar dan menembak ke arah tentera, meletakkan nyawa tentera Israel dalam bahaya sehingga terpaksa membunuh aktivis. Walhal angkatan tentera rejim itu sering disenaraikan sebagai terbaik dunia. Mana boleh diterima akal orang awam yang diserang menewaskan seorang komando tentera terlatih sehingga senjata api bertukar tangan. Jika benar, askar Israel tidak sehebat dicanang. Sungguh melucukan. 

Seperti kebiasaannya, Tel Aviv menggunakan media bawah kawalannya sebagai alat propaganda. Rakaman Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menunjukkan tentera dipukul aktivis disiarkan media Barat untuk meraih simpati dunia. Selain gambar kabur, rakaman itu boleh dipersoal kerana setiap video disiarkan dikawal IDF. 

Pendedahan itu hanya menunjukkan kelemahan askar rejim itu. Pertama, ia menunjukkan tiada perancangan rapi apabila Israel menurunkan tentera kecil untuk berhadapan ratusan orang awam yang dilabel Tel Aviv sebagai pengganas. 

Kedua, tidak pernah dunia melihat anggota tentera sanggup terjun dari kapal untuk mengelak daripada diapa-apakan, bermakna askar Israel memilih untuk lari dari medan pertempuran dan tidak sanggup mati untuk negaranya sendiri. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan rasmi mengenai insiden itu menegaskan, Israel tidak akan membenarkan askarnya dibunuh ‘penyokong Iran dan Hamas ini’. 

Beruntung sungguh tentera Israel. Mereka dilayan seperti putera raja sehingga tidak boleh diapa-apakan. Jika Netanyahu tidak mahu askarnya dicederakan, mungkin mereka patut disolek dan dihantar menyertai pertandingan ratu cantik. Tetapi jika terjatuh semasa ‘catwalk’ di atas pentas, risiko mendapat kecederaan tetap ada. 

Semua aktivis yang ditahan sudah dihantar pulang selepas tiada dakwaan dibuat terhadap mereka, termasuk yang dituduh memukul tentera Israel. Namun, Netanyahu tetap dengan kenyataannya, bahawa terdapat kumpulan pengganas dalam konvoi itu. 

Israel cuba menegakkan benang basah, namun ia tidak mungkin berjaya kerana dunia sudah muak dengan keganasan rejim Zionis yang baru 62 tahun wujud di muka bumi, tetapi mengakibatkan kehancuran bangsa Palestin dan Lebanon yang akan mengambil masa ratusan tahun untuk diperbaiki.

legalah orang yang terlibat PKFZ tak kena siasat lagi

Siasatan PKFZ sudah memadai: Cho Ha 

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan yang baru dilantik, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, siasatan yang dilakukan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebelum ini sudah memadai, justeru ianya tidak perlu terus disiasat. 

Bagaimanapun katanya, beliau akan meluangkan masa untuk mengkaji kes tersebut bagi memahami isu sebenar. 

“Saya fikir cukuplah dengan siasatan, cukuplah dengan semua kajian. Semua telah dilakukan ke atas isu ini, jadi saya fikir tidak perlu lagi untuk terus melihat ke dalam skandal tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengulas isu itu, di sini, semalam. 

Mahkamah Sesyen Shah Alam pada bulan lepas menetapkan 13 hari antara 30 September dan 3 Disember ini untuk mendengar kes tiga individu yang didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah jutaan ringgit dalam projek PKFZ. 

Ketiga-tiga tertuduh berkenaan ialah bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Law Jenn Dong, 51, Ketua Pegawai Operasi KDSB Steven Abok, 51 dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 48 dari BTA Architect yang merupakan perunding PKFZ. 

Turut dihadapkan ke mahkamah ialah bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C Phang yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandal tersebut. 

Cho Ha sebelum itu menerima nota serah tugas daripada bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat. - Bernama

Berenang bogel promosi terumbu karang




SEKUMPULAN orang memulakan acara berenang bogel di Pantai Teluk Nelly, Australia semalam.

SYDNEY – Sekumpulan perenang sanggup berbogel bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai Terumbu Karang Besar di Australia.
Penganjur aktiviti itu, Ben Schultz berkata, berenang bogel selama 20 minit di Pantai Teluk Nelly, Pulau Magnetic di pesisir pantai timur laut Australia itu melibatkan 23 penyelam dan 10 perenang berusia di antara 19 hingga 60 tahun.
Kebimbangan mengenai pencemaran alam ke atas Terumbu Karang Besar yang merupakan habitat kepada sejumlah besar spesies marin memuncak pada awal tahun ini apabila sebuah kapal kargo arang batu China melanggar terumbu karang itu. – AFP
kredit : kosmo.com.my