Showing posts with label Abu Bakar bashir. Show all posts
Showing posts with label Abu Bakar bashir. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Bashir ke penjara Alcatraz

Abu Bakar Bashir
Abu Bakar Bashir
Jakarta: Ulama Indonesia yang dipersalahkan atas kegiatan keganasan, Abu Bakar Bashir, 74, dipindahkan ke penjara kawalan paling ketat di pulau Nusa Kambangan, atas sebab yang belum dinyatakan pihak polis.
Pembantu Bashir, Hashim Abdullah yang melawat ulama berkenaan setiap hari di pusat tahanan Ibu Pejabat Polis Kebangsaan bagi menjaga keperluannya berkata, pemindahan dilakukan secara tiba-tiba.

Bashir yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun, pada 2011 akan ditempatkan di Pusat Tahanan Batu di Nusa Kambangan, yang diberi gelaran ‘Alcatraz Indonesia’ berikutan kawalan keselamatan paling ketat yang dikenakan.
“Beliau dipindahkan pada jam 10.45 malam hari Jumaat tetapi diberitahu hanya pada jam 9 malam. Ketika itu saya sudah pulang ke rumah. Jadi saya kembali semula untuk mengambil barangan kepunyaannya selepas beliau menghubungi saya menggunakan telefon bimbit milik anggota unit anti keganasan (Densus 88),” katanya.

Hashim berkata, Bashir yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun, pada 2011 akan ditempatkan di Pusat Tahanan Batu di Nusa Kambangan, yang diberi gelaran ‘Alcatraz Indonesia’ berikutan kawalan keselamatan paling ketat yang dikenakan.

Tahanan yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh, pengganas, pengedar dadah dan mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah, biasanya dihantar ke penjara di pulau itu yang terletak tidak jauh dari bandar Cilacap, di pesisir pantai selatan pulau Jawa.

Kesalahan keganasan
Pusat Tahanan Batu, juga pernah menempatkan tiga pengebom Bali, iaitu Amrozi, Imam Samudera dan Mukhlas yang dihukum mati pada 2008, berikutan peranan mereka dalam serangan bom di pulau Bali.

Hasim berkata, Pasukan Peguam Islam (TPM) yang selalu mewakili tertuduh yang didakwa atas kesalahan keganasan ketika perbicaraan akan akan membuat penilaian terhadap pemindahan Bashir.

“Pemindahan Bashir dilakukan sebarang notis bertulis dan hanya dimaklumkan secara lisan. Pasukan TPM akan mempersoalkan perkara ini. Saya masih tidak tahu sebab beliau dipindahkan,” katanya.

Sementara itu akhbar online detik.com melaporkan Bashir tiba di Pelabuhan Wijayapura di Cilacap jam 9 pagi waktu tempatan dengan kawalan ketat.

Pantau kesihatan

Lima buah kenderaan bersenjata Densus 88 dan satu unit Briged Mobil (Brimob) mengiringi Bashir ke pelabuhan sebelum beliau menaiki bot menuju Nusa Kembangan
Ketua Pusat Tahanan Batu, Hermawan Yunianto berkata, Bashir akan ditempatkan di sebuah bilik pernah didiami tiga tahanan warga tua.

“Ini bagi membolehkan doktor memantau kesihatannya, kerana beliau sudah tua,” katanya.

Pemindahan Bashir dilakukan hanya beberapa hari selepas Bashir mengecam kerajaan Indonesia kerana bersikap terlalu ke atas Jawatankuasa Kebangsaan Papua Barat (KNPB), kumpulan pro kemerdekaan Papua yang didakwa merancang mengebom kawasan di wilayah itu minggu lalu.

Hashim berkata, Bashir juga marah berikutan layanan tidak adil diberikan kepadanya berbanding dengan anggota KNPB. - Agensi

Tuesday, May 10, 2011

Abu Bakar Bashir terlepas hukuman gantung



JAKARTA 9 Mei - Pendakwa raya Indonesia hari ini menggugurkan dakwaan paling serius kegiatan keganasan ke atas guru radikal agama Abu Bakar Bashir kerana kekurangan bukti, sekali gus mengubah hukuman gantung yang dihadapinya sebelum ini kepada penjara seumur hidup.
Pendakwa raya semasa perbicaraan hari ini berhujah bahawa dakwaan membekalkan senjata api dan bahan letupan untuk kegiatan keganasan ke atas Abu Bakar yang memperuntukkan hukuman mati, 'tidak boleh dibuktikan dengan yakin'.
Turut digugurkan ialah dakwaan menghasut keganasan, sekali gus meninggalkan hanya satu pertuduhan ke atasnya iaitu membiayai kegiatan keganasan yang mana pihak pendakwa raya mencadangkan hukuman penjara seumur hidup.
Beratus-ratus penyokong guru radikal tersebut bersorak kegembiraan selepas mengetahui keputusan berkenaan.
Kira-kira 2,500 anggota polis ditempatkan di mahkamah hari ini bagi mengawal keselamatan semasa prosiding mahkamah dijalankan.
Dengan pengguguran dakwaan itu, Abu Bakar kini berhadapan hanya satu pertuduhan kerana membekalkan dana untuk kumpulan al-Qaeda Aceh yang merancang serangan ala-Mumbai di Indonesia.
Abu Bakar ketika diiringi keluar dari mahkamah berkata, dia menafikan dakwaan tersebut dengan menyamakan pendakwa raya sebagai 'rakan syaitan'.
"Rakan syaitan selalu begitu, mereka sering tidak sependapat dengan orang yang cuba mempertahankan Islam.
"Mereka sangat biadab dan seharusnya dilabel sebagai pengganas. Semoga Allah menurunkan bala ke atas mereka secepat mungkin," katanya. - AFP

Tuesday, March 22, 2011

Usaha menghapuskan Abu bakar bashir


Abu Bakar didakwa bantu militan



JAKARTA: Suspek pengganas paling dikehendaki semalam memberitahu mahkamah dia menerima dana daripada ulama Islam radikal Abu Bakar Bashir untuk mengendalikan kem latihan militan Al-Qaeda di Aceh.
Abu Tholut, 49, dipercayai seorang daripada pelampau paling berbahaya di negara itu memberitahu mahkamah di Jakarta, dia menggunakan 140 juta rupiah (RM48,744) untuk membeli senjata, peluru, membayar sewa rumah dan wang pendahuluan kenderaan.

“Saya tidak pernah bertanya tetapi menerima wang itu...40 juta rupiah (RM13,984) daripada Ubaid dan 100 juta rupiah (RM34,961) daripada Abdul Haris,” kata Abu ketika memberi keterangan saksi melalui rakaman video pada perbicaraan Abu Bakar. Ubaid dan Abdul adalah bekas anggota kumpulan radikal yang diasaskan Abu Bakar pada 2008. Ulama berusia 72 tahun itu menghadapi hukuman mati ke atas tuduhan termasuk memimpin dan memberi bantuan kewangan kepada kem latihan di Aceh yang merancang serangan seperti di Mumbai menggunakan skuad penyerang berani mati terhadap warga Barat. Pihak pendakwa berkata, Abu Bakar mengumpulkan dana lebih daripada AS$140,000 (RM420,000) bagi membina kem itu yang ditemui di Sumatera Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan dakwaan itu atau mengenali Tholut - AFP

metro

Friday, February 25, 2011

Abu Bakar Bashir nafi bantu tubuh kumpulan militan di Aceh




JAKARTA: Pendakwah bebas Abu Bakar Bashir semalam menafikan dia membantu menubuhkan kumpulan pengganas baru di wilayah Aceh, yang didakwa sedang merancang siri pembunuhan pemimpin negara dan serangan ke atas hotel serta kedutaan Barat.
Abu Bakar malah mendakwa dia merupakan mangsa konspirasi Amerika Syarikat dan semua tuduhan ke atasnya direka.Pihak pendakwaraya berkata kumpulan pengganas baru yang dikesan di Aceh setahun lalu antara lain merancang membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.'Penangkapan saya ialah atas arahan dari negara asing kerana Amerika dan Australia tidak mahu melihat saya bebas. Polis mahu memastikan yang saya dipenjarakan.'Mereka mahu membunuh saya jika boleh,' kata Abu Bakar di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan.Namun, Abu Bakar memberitahu mahkamah bahawa penganut Islam mempunyai tanggungjawab menyerang golongan kafir.'Saya yakin berdasarkan undang-undang syariah, latihan fizikal dan latihan senjata di kawasan pergunungan di Aceh merupakan satu ibadah oleh penganut Islam, seperti yang diperintahkan Tuhan bagi menghalang musuh Islam agar mereka tidak berani menyerang masyarakat Islam.'Latihan ini sama penting dengan solat, puasa... tetapi tugas suci ini dihina oleh musuh Tuhan, Detasmen 88 (unit antipengganasan Indonesia), yang menuduh golongan itu pengganas,' kata Abu Bakar yang membaca dokumen pembelaannya setebal 90 muka surat.Abu Bakar boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan atas tuduhan mengetuai dan menaja kumpulan pengganas serta membekalkannya dengan senjata.Semalam, dia juga menyifatkan pemerintah Indonesia sebagai 'racun' kerana gagal mengharamkan kumpulan Ahmadiyah yang disifatkannya sebagai 'sesat'.'Jika pemerintah gagal membubarkan mereka, kita perlu membubarkan pemerintah,' katanya.Abu Bakar juga menyifatkan pemimpin Indonesia serta pasukan keselamatan negara itu sebagai 'kafir'.'Mereka sepatutnya melaksanakan undang-undang syariah,' katanya.Abu Bakar sebelum ini didakwa pengasas kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).Dia pernah menjalani hukuman penjara hampir 26 bulan atas tuduhan terlibat dalam pengeboman Bali pada 2002 tetapi tuduhan itu digugurkan dan dia dibebaskan pada 2006.Pihak pendakwa raya juga sebelum ini gagal mengaitkan Abu Bakar dengan pengeboman gereja pada 2000 dan Hotel Marriott di Jakarta pada 2003. -- AFP, AP, Reuters.

Tuesday, February 15, 2011

Abu Bakar Bashir dikenakan tuduhan pengganasan, hadapi hukuman mati


MULA DIBICARA: Abu Bakar tersenyum setiba di mahkamah semalam. Dia menyifatkan tuduhan ke atasnya sebagai rekaan. -- Foto REUTERS



JAKARTA: Pendakwah bebas, Abu Bakar Bashir, didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan merancang menggunakan senjata bagi serangan pengganas.Abu Bakar, 72 tahun, yang memimpin kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), telah dua kali terlepas daripada tuduhan terlibat dalam kegiatan pengganasan.'Defendan Abu Bakar Bashir telah membuat rancangan atau menggerakkan anggota lain, secara haram.... menggunakan senjata api, peluru atau bahan letupan untuk melancarkan serangan pengganasan,' kata pendakwa raya, Encik Andi Muhammad Taufik, di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, semalam.Secara keseluruhan, Abu Bakar menghadapi tujuh tuduhan, termasuk mengetuai dan membiayai aktiviti latihan paramilitari.Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati.Abu Bakar turut didakwa mengumpulkan dana berjumlah AS$140,000 ($179,242) bagi kumpulan baru, yang diberi nama 'Al-Qaeda di Aceh'.Kegiatan kumpulan itu terbongkar Februari tahun lalu. Ia dikatakan merancang membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semasa upacara Hari Kebangsaan Ogos lalu.Dana itu turut digunakan bagi membeli raifal dan menjayakan aktiviti pengganas di Aceh.'Senjata-senjata itu kemudian digunakan oleh peserta kem berkenaan untuk menyerang polis,' kata seorang lagi pendakwa raya, Encik Totok Bambang.Pada September lalu, lebih sedozen lelaki bersenjata yang menaiki motosikal menyerang sebuah balai polis di barat Indonesia, menyebabkan tiga pegawai terkorban.Lelaki bersenjata itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas di Aceh.Selepas tuduhannya dibacakan, Abu Bakar berkata: 'Secara prinsip, saya faham yang saya dituduh menjadi pemimpin sebuah kumpulan militan di Aceh. Tuduhan serupa itu adalah rekaan dan cakap-cakap kosong.'Kesnya sepatutnya bermula minggu lalu tetapi ditunda sehingga semalam atas sebab-se bab teknikal.Sementara itu, sebuah skrin besar diletak di kawasan letak kereta mahkamah semalam bagi membolehkan sekitar 200 penyokong Abu Bakar, kebanyakannya daripada kumpulan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) yang diasaskannya, mengikuti kes tersebut.Mereka datang dari kawasan Jawa Barat dan Jawa Tengah sejak awal pagi. -- AFP, AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara