Tuesday, November 12, 2013
SPRM terima 10,000 -12,000 maklumat rasuah setahun
KUCHING - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10,000 hingga 12,000 maklumat berkaitan kesalahan rasuah setiap tahun, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Beliau berkata, jumlah maklumat yang banyak itu membuktikan kesedaran tinggi masyarakat terhadap bahaya rasuah serta membuktikan masyarakat yakin dengan perkhidmatan SPRM.
Beliau berkata, SPRM tetap menerima semua aduan dan menjalankan siasatan walaupun ada antaranya agak janggal seperti kes perebutan hak milik tanah pusaka, anak lari dari rumah, serta pekerja tidak datang bertugas namun ketua jabatan tidak membuat aduan.
"Bagaimanapun, daripada jumlah besar itu SPRM akan melakukan tapisan, tinggal 5,000 hingga 6,000 dan seterusnya sehingga hanya tinggal 1,000 kes yang benar-benar mempunyai asas akan dibawa ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Ketua Jabatan Kerajaan dan Ketua Agensi GLC Negeri Sarawak 2013, di sini hari ini.
Program diadakan bertujuan menjelaskan peranan dan fungsi SPRM kepada semua agensi terlibat seterusnya memperbaiki persepsi masyarakat, dan memupuk semangat serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan agensi itu.
Mohd Shukri berkata, antara cabaran dihadapi agensi itu dalam usaha memerangi rasuah ialah persepsi salah masyarakat yang sentiasa menuduh SPRM tidak mengambil tindakan, atau lambat membuat sabitan rasuah dan perbicaraan terhadap individu yang didakwa terlibat rasuah.
"Bukan mudah untuk membawa satu-satu kes ke mahkamah. SPRM juga tidak mempunyai kuasa melakukan pendakwaan, SPRM hanya membuat siasatan sebelum menyerahkan kepada pendakwa raya," katanya sambil berharap persepsi salah masyarakat itu dapat diperbetulkan.
Beliau berkata, jika berjaya membuat sabitan rasuah dan perbicaraan pula, masalah teknikal seperti keterangan responden ketika memberi maklumat atau melapor kejadian rasuah kepada SPRM berlainan ketika menjadi saksi di mahkamah. - Bernama

Gigih cari kakak hilang
Zaleha (tengah) menunjukkan kad pengenalan dirinya sambil diiringi suami dan anak. Gambar kecil: Gambaran wajah kakak kembarnya.
KERIAN - Berbekalkan semangat kental, seorang warga emas di Kampung Parit Simpang Lima, di sini, tidak putus asa mencari kakak kembarnya yang terpisah sejak kecil.
Zaleha Yusof, 70, berkata, menurut cerita kakak angkatnya, dia difahamkan berasal dari keturunan kerabat diraja Perak dan mempunyai seorang kakak kembar seiras.
Menurutnya, kakak angkat itu memberitahu dia dan kakaknya terpisah sejak lahir setelah dibawa pulang keluarga angkat yang juga pengasuhnya dari Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar ke Selinsing, dekat sini.
“Pada mulanya, saya tidak mengambil serius dakwaan kakak angkat saya, bagaimanapun hati saya terdetik untuk mempercayainya setelah mimpi didatangi kakak kembar yang meminta saya mencarinya selepas melahirkan anak kedua," katanya.
Sejak menerima firasat mimpi itu, Zaleha dan suami berusaha menjejaki kakaknya namun gagal.
Jelasnya, semangat menjejaki kakak bernama Che Nurhatifah Tengku Khamis semakin membara apabila anak ketiganya, Hasmah Bakar, 42, turut mendakwa ‘bertemu’ ibu saudaranya melalui mimpi selepas melaksanakan solat istikharah, September lalu.
"Dalam mimpi itu, anak ketiga mendakwa raut wajah ibu saudaranya tidak ubah seperti saya sambil memakai sepersalinan seolah-olah pakaian diraja," katanya.
Zaleha berkata, berdasarkan cerita kakak angkatnya, nama sebenar Zaleha adalah Che Nurhafisah Tengku Khamis, manakala nama kakak kembarnya adalah Che Nurhatifah.
“Saya difahamkan kami terpisah kerana saya diserahkan kepada pasangan pengasuh yang juga keluarga angkat saya, manakala kakak saya berada dijaga ibu bapa kandung kami.
“Bagaimanapun, apabila dibawa pulang ke kampung keluarga angkat, nama saya ditukarkan kepada Zaleha. Ibu angkat saya tidak pernah menceritakan asal usul saya sehingga dia meninggal dunia,” katanya.
Zaleha menambah, walaupun tiada bukti sahih, nalurinya sentiasa yakin dia mempunyai kakak kembar.
“Saya tidakberputus asa untuk mencari kakak memandangkan itulah satu-satunya hajat saya.
“Justeru, saya meminta jasa baik orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi saya di talian 05-721 4898,” katanya.

Wanita lahir bayi ‘ajaib’
Tacloban: Emily Sagalis, 21, menangis gembira selepas melahirkan anak perempuannya di sebuah bandar di Filipina yang musnah dibadai taufan sebelum menamakan bayi itu sempena ibunya yang hilang dalam bencana berkenaan.
Bayi itu lahir Isnin lalu di pekarangan lapangan terbang yang diubah suai menjadi pusat perubatan dengan dikelilingi lumpur, kaca dan pelbagai sampah lain.
“Dia sangat cantik. Saya namakannya Bea Joy untuk memperingati ibu saya Beatriz.
“Bayi ini menakjubkan. Saya sangka dia mati dalam perut saya ketika dipukul ombak besar,” katanya ditemani suaminya Jobert. - AFP

EMILY berehat selepas melahirkan Bea Joy.
80 tonton rancangan TV Korea Selatan dihukum mati
2013/11/12 -
Seoul: Korea Utara secara terbuka menghukum mati 80 penduduknya awal bulan ini, kebanyakannya kerana menonton rancangan televisyen Korea Selatan yang diseludup, lapor akhbar Korea Selatan semalam.
Akhbar JoongAng Ilbo merujuk sumber tunggal yang tidak dikenali, tetapi sekurang-kurangnya satu kumpulan Korea Utara yang berpaling tadah berkata ia mendengar khabar angin yang boleh dipercayai.
Sumber, yang dikatakan biasa dengan unit hal ehwal dalaman Korea Utara dan baru-baru ini kembali daripada negara itu, berkata hukuman dijalankan di tujuh bandar raya pada 3 November lalu.
“Di Wonsan, yang terletak di timur, pihak berkuasa mengumpulkan 10,000 orang di sebuah stadium untuk menyaksikan hukuman tembak sampai mati ke atas lapan orang,” kata sumber memetik saksi sebagai berkata.
Zon ekonomi khas
Kebanyakannya dituduh menonton drama televisyen Korea Selatan yang diseludup, dan sebahagiannya terbabit dengan pelacuran.
Beberapa bandar raya, termasuk Wonsan dan Pyongsong di barat, dianggap sebagai zon ekonomi khas yang bertujuan menarik pelaburan asing untuk menaikkan ekonomi republik itu.
Laman web berita beribu pejabat di Seoul, Daily NK, dikendalikan penduduk Korea Utara yang berpaling tadah dan mempunyai rangkaian sumber luas, berkata ia tidak mempunyai maklumat mengenai hukuman itu.
Namun satu lagi laman web yang juga dikendalikan penduduk yang berpaling tadah, North Korea Intellectual Solidarity, berkata sumber melaporkan beberapa bulan lalu mengenai rancangan melaksanakan hukuman secara terbuka.
“Rejim memang takut dengan kemungkinan perubahan pemikiran penduduk dan cuba menakutkan mereka,” menurut laman web rasmi.
Menonton filem atau televisyen luar - terutama dari Korea Selatan - adalah kesalahan serius di Korea Utara.
Bagaimanapun, usaha untuk mengawal pengedaran dihalang teknologi, dengan peningkatan bilangan diseludup menerusi cakera digital dan pemain mp3.
Selain drama bersiri Korea Selatan, rancangan Amerika Syarikat seperti Desperate Housewives juga dipercayai mempunyai peminat tersendiri.
AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)