Sunday, September 15, 2013
Dua tentera Thailand maut kena bom
2013/09/15
Bangkok: Sebutir bom tepi jalan yang meletup mengorbankan dua anggota tentera di kawasan bergolak selatan Thailand semalam, kata polis, terbaru dalam siri serangan maut yang membayangi usaha damai lesu.
Serangan itu yang turut mencederakan empat askar lain, mengenai sebuah trak tentera di wilayah Pattani sejurus sebelum tengah hari, kata pihak berkuasa.
“Seorang sarjan berusia 21 tahun dan lans korperal berusia 27 tahun terbunuh,” kata pegawai kanan tentera, Mejar Somjet Thongpan kepada AFP menerusi telefon.
“Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di hospital,” tambahnya.
Sejak seminggu lalu lebih 12 anggota keselamatan terkorban di wilayah itu, di mana serangan yang dilancarkan pemisah Islam menyebabkan lebih 5,700 orang maut sejak 2004.
Khamis lalu, tiga renjer separa tentera yang membina sebuah tandas awam terbunuh akibat serangan suspek pemisah yang melarikan diri dengan raifal dan sepucuk pistol.
Terdahulu, lima pegawai polis terbunuh dalam satu serbuan dan dua anggota tentera maut dalam satu serangan di sekolah.
Keganasan tetap berlaku walaupun beberapa pusingan rundingan dengan pemisah diadakan yang menuntut sesetengah bentuk autonomi untuk rantau itu, yang diduduki Thailand yang majoriti Buddha sekurun lalu.
Ketua perunding Thailand, berkata minggu lalu rundingan perlu diteruskan walaupun gelombang terbaru pertumpahan darah. - AFP
Budak hanya boleh hidup satu tahun
LONDON 14 Sept. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Britain hanya mempunyai masa setahun untuk hidup selepas dia menghidap tumor setelah kepalanya terhentak akibat terjatuh di rumahnya pada 28 Ogos lalu.
Jayden Wilson didapati mempunyai tumor otak peringkat keempat yang boleh membawa maut dalam tempoh kira-kira setahun akibat kecederaan yang dialaminya itu.
Bapanya, Wilson berkata, Jayden tidak dapat berdiri dengan betul selepas terjatuh dan membawa anaknya itu ke Hospital North Hampshire untuk menjalani ujian imbasan otak.
Jelas Wilson, pada mulanya doktor memaklumkan anaknya menghidap kanser, namun pemeriksaan selanjutnya di Hospital Kanak-kanak Southampton mengesahkan ia adalah tumor.
"Kini Jayden hanya mempunyai masa setahun untuk hidup dan dia kini berusia empat tahun.
"Kami tidak akan berputus asa untuk mencari jalan bagi menyelamatkan anak kami supaya dia dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal," katanya.
Terkejut dengan berita menyedihkan itu, ibu bapa Jayden berusaha mencari dana bagi memastikan baki kehidupan anak mereka menjadi istimewa.
Selepas kejadian tersebut, Jayden dipindahkan ke sekolah baharu dan sering menghabiskan masa bersama keluarganya di rumah mereka di Basingstoke.
Wilson berkata, mereka sekeluarga tetap berfikiran positif dan berjumpa doktor untuk menerima nasihat bagi melalui detik-detik sukar berkenaan.
"Kami diberi pilihan untuk menggunakan rawatan radioterapi ke atas Jayden, tetapi kaedah berkenaan boleh menyebabkan dia menjadi sakit dan boleh hidup selama beberapa bulan sahaja.
"Jika tidak, Jayden akan mati pada bila-bila masa dalam tempoh setahun dan kami tidak tahu keputusan yang mana lebih baik buat anak kami," katanya. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130915/lu_03/Budak-hanya-boleh-hidup-satu-tahun#ixzz2evn5Ml50
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pertempuran berterusan
Zamboanga: Pertempuran antara tentera kerajaan dengan anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro berterusan di selatan Filipina semalam.
Perkembangan itu memusnahkan serta-merta gencatan senjata yang dicapai dan menyebabkan ramai penduduk berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan.
Tentera berkata, 53 orang terbunuh dalam petempuran yang masuk hari keenam di Zamboanga, semalam.
Puluhan lagi cedera dan lebih 60,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman.
Puluhan lagi cedera dan lebih 60,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman.
TENTERA Filipina mengawal di kawasan yang dikuasai mereka ketika pertempuran dengan kumpulan MNLF berterusan.
Beratus-ratus rumah pula terbakar.
Anggota MNLF itu menyasarkan serangan mereka terhadap tentera dan menawan puluhan orang awam untuk dijadikan tebusan.
Lewat kelmarin, Naib Presiden Jejomar Binay berkata, beliau berbincang dengan pemimpin kumpulan itu, Nur Misuari dan mencapai kata sepakat untuk mengadakan gencatan senjata serta perbincangan bagi menamatkan konflik berkenaan.
Namun, pertempuran sengit meletus sejurus selepas tengah malam di sebuah kampung tepi pantai ketika tentera mengusir kumpulan pemisah itu, menembak mati empat daripada mereka.
Pertempuran juga meletus di tiga daerah di Zamboanga pada awal pagi.
Sementara itu, di daerah Santa Barbara, anggota MNLF yang menahan ratusan tebusan di Zamboanga melepaskan tembakan bom roket ke arah 50 anggota tentera di jalan raya, menyebabkan beberapa orang cedera.
Di Basilan, tembak-menembak dilapor meletus untuk hari ketiga berturut-turut.
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Voltaire Gazmin berkata, beliau dimaklumkan oleh Binay bahawa gencatan senjata itu dipersetuju tetapi tidak dilaksanakan.
“Kami akan berhenti menembak jika mereka berhenti menembak tentera dan orang awam,” katanya.
Pertempuran di wilayah berkenaan sepanjang empat dekad lalu meragut lebih 120,000 nyawa dan menyebabkan dua juta orang hilang tempat tinggal. - Agensi
Lewat kelmarin, Naib Presiden Jejomar Binay berkata, beliau berbincang dengan pemimpin kumpulan itu, Nur Misuari dan mencapai kata sepakat untuk mengadakan gencatan senjata serta perbincangan bagi menamatkan konflik berkenaan.
Namun, pertempuran sengit meletus sejurus selepas tengah malam di sebuah kampung tepi pantai ketika tentera mengusir kumpulan pemisah itu, menembak mati empat daripada mereka.
Pertempuran juga meletus di tiga daerah di Zamboanga pada awal pagi.
Sementara itu, di daerah Santa Barbara, anggota MNLF yang menahan ratusan tebusan di Zamboanga melepaskan tembakan bom roket ke arah 50 anggota tentera di jalan raya, menyebabkan beberapa orang cedera.
Di Basilan, tembak-menembak dilapor meletus untuk hari ketiga berturut-turut.
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Voltaire Gazmin berkata, beliau dimaklumkan oleh Binay bahawa gencatan senjata itu dipersetuju tetapi tidak dilaksanakan.
“Kami akan berhenti menembak jika mereka berhenti menembak tentera dan orang awam,” katanya.
Pertempuran di wilayah berkenaan sepanjang empat dekad lalu meragut lebih 120,000 nyawa dan menyebabkan dua juta orang hilang tempat tinggal. - Agensi
Pencerobohan pejuang bersenjata MNLF telah dibendung
|
ZAMBOANGA - Tentera Filipina menggempur saki-baki pejuang pemisah Islam selepas operasi selama enam hari di selatan negara berkenaan yang menyaksikan berpuluh-puluh anggota pemisah terbunuh manakala sejumlah tebusan turut menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa semalam.
Polis menganggarkan kumpulan terakhir pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kini menahan kira-kira tujuh tebusan di bandar pelabuhan ini, selatan Filipina berbanding 100 orang pada hari sebelumnya.
"Menjelang hari ini (semalam), pencerobohan oleh MNLF bukan sahaja dapat dibendung tetapi kami mula memasuki fasa pembersihan," kata Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas.
Komen beliau meningkatkan harapan bahawa krisis yang menyebabkan seluruh kampung dibakar dan memaksa berpuluh-puluh ribu orang melarikan diri itu akan berakhir tidak lama lagi.
Jurucakap Tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, operasi siang dan malam oleh sekurang-kurangnya 3,000 askar elit kerajaan telah membunuh 43 pejuang pemisah manakala 19 lagi ditahan.
"Kini kami optimis bahawa operasi kami berkesan dan kami menyebabkan pihak musuh mengalami kekalahan teruk," katanya.
"Kami berharap operasi tentera ini akan dapat ditamatkan secepat mungkin," tambah Zagala.
Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa pejuang-pejuang bersenjata itu masih berbahaya manakala kehadiran orang awam di beberapa kawasan kejiranan tempat kumpulan MNLF itu bersembunyi menyebabkan pihak tentera hanya boleh menggunakan senjata ringan.
"Seramai enam anggota polis dan tentera maut manakala empat orang awam turut terbunuh dalam krisis kali ini," ujarnya.
Perkembangan positif itu beberapa jam selepas Naib Presiden Filipina, Jejomar Binay menawarkan gencatan senjata antara kerajaan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
Binay mengiringi Presiden Benigno Aquino ke bandar raya ini semalam untuk membincangkan pelan gencatan senjata yang dibangkitkan oleh beliau dengan Misuari.
"Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada pukul 12 malam hari ini," kata seorang jurucakap Naib Presiden berkenaan.
Roxas mengesahkan tentang pertemuan antara Aquino dengan Binay tetapi Presiden berkenaan tidak mengarahkan tentera supaya menghentikan operasi ke atas MNLF.
Konflik tersebut bermula pada Isnin lalu apabila pasukan pejuang MNLF yang lengkap bersenjata memasuki beberapa daerah di sini dan menahan sejumlah tebusan.
Tindakan itu dilakukan bagi merosakkan rundingan damai antara Manila dengan kumpulan pemisah lain.
Pertempuran tersebut memaksa sejumlah 69,000 orang meninggalkan kediaman mereka.
Marsyal Jabatan Bomba Zamboanga, Dominador Zabala berkata, hampir 500 buah rumah dibakar oleh pejuang-pejuang MNLF.
"Mereka turut menembak ke arah jentera-jentera bomba yang dihantar untuk memadamkan kebakaran," katanya.
MNLF melancarkan perang gerila selama 25 tahun untuk mendapatkan kemerdekaan sebelum menandatangani perjanjian damai pada 1996 yang memberikan mereka pemerintahan sendiri terhad di selatan Filipina.
Misuari yang menuduh Manila melanggar syarat perjanjian 1996 dengan berunding dengan seteru MNLF telah menghilangkan diri beberapa hari sebelum pertempuran tercetus pada Isnin lalu.
Seteru Misuari, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kini dalam peringkat akhir rundingan damai dengan Manila dan dijangka mengambil alih pentadbiran autonomi lebih meluas di selatan negara itu menjelang 2016.
Majoriti penduduk di selatan negara itu adalah beragama Islam.
Aquino memberitahu, rundingan damai dengan MILF bertujuan untuk menamatkan penentangan sejak beberapa dekad lalu yang meragut sebanyak 150,000 nyawa di negara itu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ev8TGbWm
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)