Saturday, May 19, 2012

DIA FIKIR KUASA MALAYSIA BESAR SANGAT


DIA FIKIR KUASA MALAYSIA BESAR SANGAT MACAM GUNUNG KK
SABAH,,
SIAPA MANUSIA INI BERKATA BEGITU SANGGUP KATA
*KALAU HUDUD PAS DIJALANKAN UMAT ISLAM MISKIN*< BAPA 1MALAYSIA
BAGAIMANA MODEM HUDUD UMNO PULAK?
 


http://www.facebook.com/mohdborhan.ismail

ceramah umum di dun Bandar Bahru,KBB pd 23.5.12 .. jom ..pakat2 mai ..!!

Haji & Hajjah

Berfikirlah ...

Kerajaan BN Perak, semakin goncang


Kerajaan BN Perak, semakin goncang diserang `taufan' Samhuri. Nak tengok video, klik link di bawah;

http://ustazsham.com/umno-bn-perak-dilanda-taufan-samhuri/
 —

Hidup daif, penduduk Matau tuntut janji

Hidup daif, penduduk Matau tuntut janji - Pahang - Sinar Harian:

Hidup daif, penduduk Matau tuntut janji
Hidup daif, penduduk Matau tuntut janji
BANDAR TUN RAZAK - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan tidak lama lagi, namun lebih 100 keluarga di Matau, di sini masih hidup dalam keadaan daif tanpa sebarang perubahan sepertimana dijanjikan kerajaan pada PRU lalu.

Semua keluarga terbabit kini menunggu keputusan mahkamah untuk mendapatkan hak milik tanah diusahakan ibu bapa mereka di awal penubuhan bandar ini.

Enggan gambarnya dirakam kerana bimbang dipersalahkan, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Liza berkata, mereka kini hidup dalam dilema sementara menunggu keputusan mahkamah.

“Orang luar pasti pelik apabila melihat keadaan kawasan ini yang serba daif. Bukan tidak mahu ia dibangunkan, tetapi sehingga kini kami masih belum mendapat hak milik tanah ini sepenuhnya,” katanya.

Dia berkata, keadaan itu juga menyebabkan mereka tidak dapat membina kediaman lebih selesa kerana bimbang tanah tersebut diambil kerajaan semula.

Menurutnya, janji hanya tinggal janji dan usaha dilakukan kerajaan ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’.

“Kami juga tidak menerima bekalan air paip sempurna dan masih menggunakan air telaga. Kami akui kerajaan memberikan keutamaan untuk kami memiliki rumah dan kedai. Namun pinjaman itu tidak diluluskan berikutan kerja dan gaji kami tidak menentu.

“Selain itu kedai diberikan kepada kami bukan sahaja kecil, malah lokasinya tidak sesuai berbanding kedai di Matau yang menjadi laluan utama ke Bandar Jengka,” katanya.


Masalah Matau isu besar

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu adalah isu besar perlu dititikberatkan.

“Lebih 40 tahun menetap di situ, tetapi mengapa hak mereka untuk memiliki tanah tersebut tidak dapat ditunaikan?

“Kerajaan kata hendak membangunkan kawasan itu malahan penduduk juga bersetuju untuk berpindah, tetapi dengan syarat tanah itu dikembalikan semula kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, Matau kini sering dibandingkan dengan pekan Sungai Jerik yang didiami majoriti masyarakat Cina, namun kawasan itu masih dapat dibangunkan sebaiknya.

“Sepatutnya Matau juga dibangunkan dengan kemudahan penempatan dan infrastruktur sempurna,” katanya.


Tiada janji dapatkan hak milik tanah

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, segala apa dijanjikan dalam PRU lalu bukan untuk mendapatkan hak milik tanah, sebaliknya membantu penduduk Matau membangunkan kawasan itu memandangkan ia sebahagian dari Jengka.

“Kami membuat pelbagai perancangan untuk mereka. Seramai 36 penduduk mendapat kelulusan memiliki rumah di Taman Jengka Impian dan ada antara mereka mengambil kedai disediakan.

“Namun akibat tindakan mahkamah diambil mereka, pembangunan dirancang terpaksa dihentikan sehingga perbicaraan itu selesai nanti,” katanya.

Menurutnya, pelbagai perancangan dibuat untuk membangunkan kawasan itu, namun ia terpaksa dihentikan buat seketika berikutan kegagalan menyampaikan notis kepada sesetengah pihak di samping tindakan mahkamah dibuat penduduk.

'via Blog this'

Pelawok2 bodoh

Pelawok2 bodoh yang cari makan ini membuat lawok bodoh mereka dan mempersenda pasal himpunan bersih 3.0 dalam youtube (bangkang dari longkang) agak kurang ajar mereka berkarya macam ini dan selepas ini 300,000 peserta Bersih akan support Zizan raja lawak..setuju??

DAP tindas umat islam pulau pinang

Beza memang Berbeza..

Akibat mulut UMNO binasa

 ..inilah rentetan peristiwa yg berlaku selapas majlis MENGHARAMJADAHKAN RAKYAT baru baru ini..

see more -- > http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/05/lagi-berita-panas-yang-tak-akan_19.html?spref=fb

CERITA SEDIH DARI NEGERI MELAKA... NEGERI KONONYA MAJU, TAPI MELAYU ADA YANG TAK PUNYA RUMAH !



Mungkin perkara ini tak kan terjadi jikalau manusia yang bernama Datuk Hassan Ali Pejuang Islam, Melayu dan Raja (IMR) ada di Negeri Melaka khusus nya di daerah Masjid Tanah... di mana tinggalnya sebuah keluarga di dalam Kampung Ayer Limau... yang mana keluarga tersebut terpaksa menjadikan pondok konkrit tidak berdinding yang sebelum ini digunakan untuk projek ternakan ikan, sebagai kediaman mereka.

Ketua keluarga tersebut Rosli Baba, 50, yang turut menderita sakit tulang belakang... terpaksa tinggal dalam pondok yang tidak selesa bersama isteri dan dua anak tirinya... cukup untuk berteduh daripada panas matahari serta hujan... akibat kemiskinan juga dia dan isterinya Mariana Kharudin 32, terpaksa menyerahkan tiga anak tirinya yang bersekolah kepada keluarga mertua manakala dua lagi, Eiman Fiqrie 4 dan Nur Alisa Fathah 2, tinggal bersamanya.

Menurut beliau "disebabkan keadaan saya sebegini saya tidak dapat mencari pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga... lebih-lebih lagi isteri tidak bekerja... sebelum ini kami menyewa di sebuah rumah dalam kampung ini dengan bayaran RM150 sebulan... namun jumlah itu terlalu besar untuk saya jelaskan setiap bulan sehingga memaksa kami sekeluarga keluar dari rumah itu... dia terpaksa membersihkan pondok terna­kan ikan milik kakaknya untuk dijadikan rumah walaupun tanpa dinding dan berhampi­ran semak samun".

"Mujur kakak saya mengizinkan saya dan keluarga untuk menggunakan tempat ini... buat masa ini saya hanya melakukan kerja kampung dan menoreh getah untuk menyara hidup... bagaimanapun ia sekadar sampingan bergantung kepada keupayaan saya... sebelum ini Saya pernah memohon rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menerusi salah seorang saudaranya... namun sehingga kini belum ada sebarang maklum balas".

Inilah yang dikatakan dimana Negeri Umno kuat disitu orang melayu merempat dan tak terbela... Negeri yang konon nya mengihktiharkan sebagai Negeri Maju yang diperintah oleh Umno sejak 54 tahun Negara Merdeka tapi masih ada orang melayu yang hidup tak seperti yang diharapkan... perkara ini tak jadi masalah kalau ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR)... kerana memang digambarkan oleh Umno/Bn yang PR tak menjaga masalah orang melayu.

Atau mungking Negeri Melaka memerlukan orang-orang seperti Datuk Hasan Ali Pejuang IMR... yang mana beliau sudah menjelajah seluruh Negara bagi menangani masalah orang melayu dan Agama Islam... bukan apa nanti di takuti ada badan-badan kristian cuba menghampiri mereka yang memerlukan bantuan... jadi kalau ada Datuk Hasan Ali mungkin badan-badan kristian tak berani untuk memberi bantuan... sebab ada Pejuang Akidah menjaganya... kah kah kah !.

Pada badan-badan Islam seperti Baitulmal, Pusat Zakat, Jakim, Maim dan sebagainya yang selalu menyebok akan kerja-kerja orang lain... kenapa tak buat kerja yang lu orang sepatutnya buat... alasan apa yang lu orang nak beri sehingga ada lagi orang Islam yang hidup nya merempat... kalau dari segi kewangan rasanya tiada langsung masalah kecuali lah lu orang buat macam harta mak bapak lu orang... yang cukup tahun sebok menghabiskan peruntukkan dengan masyuarat sana sini macam duit mak bapak lu orang.

Nanti apabila ada badan-badan kristian yang bersimpati dan hendak memberi bantuan... masa itu baru lah lu sebok macam Datuk Hassan Ali dengan melalak sana sini... konon nya gerakaan Kristianisasi lah... gerakan Murtad lah... tapi lu orang tak sedar setiap yang jadi kristian dan murtad... adalah tanggungjawap lu orang diatas sebab tindak tanduk lu orang yang tak menjaga orang Islam supaya jangan murtad... kristian dah menjadi kerja mereka memurtadkan orang Islam... tak kan mereka nak mengislam orang kristian... kenapa lah banggang sangat... kah kah kah !. sumber klik sini


hemmmmm..... kepada pimpinan pakatan rakyat (pr) perkara sebegini seharus dipastikan tidak terjadi andainya dapat memerintah negara... dan untuk negeri-negeri yang telah diperintah pr semesti orang-orang yang memerlukan bantuan seperti ini dicari dan bukan nya mereka mencari untuk menagih bantuan... perkara sebegini seharusnya di ingatkan kepada lu orang... takut perangai umngok meresap dalam badan lu orang ok... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.(Mat Indera Sipejuang)

Najib hina petronas




Wah, najib an tantuya rupanya ke luar negara untuk jual aset negara kaw kaw!! mengapa syarikat tempatan spt petronas di ketepikan? apakah ada "someting" di belakang tabir?

see more --- > http://www.malaysiakini.com/news/198298

Tambah pelaburan RM15 bilion
Oleh Mior Kamarul Shahid dari New York
mkamarul@nstp.com.my
2012/05/19

SYARIKAT minyak Amerika Syarikat, ConocoPhilips.
SYARIKAT minyak Amerika Syarikat, ConocoPhilips.
ConocoPhilips mahu tingkat operasi pengeluaran minyak di Malaysia

CONOCOPHILIPS, syarikat ketiga terbesar di Amerika Syarikat bercadang menambah pelaburan AS$5 bilion (RM15 bilion) untuk projek pengeluaran minyak di Malaysia.

Pada masa ini, syarikat itu sudah pun melabur AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) membangunkan tiga kawasan berpotensi mengeluarkan minyak di luar pesisir Sabah.
Darden, syarikat pengendali restoran Red Lobster dan Capitol Grill pula akan memulakan pelaburan besar-besaran membiak udang galah di perairan Semporna dan Lahad Datu, Sabah untuk dieksport ke Amerika Syarikat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata syarikat itu yang akan mula mengeluarkan hasil minyak tahun depan, menjangkakan dapat menghasilkan 300,000 tong minyak sehari menjelang 2016.

Najib menyifatkan pelaburan syarikat itu membantu meningkatkan daya pengeluaran minyak negara kepada tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri menjelaskan perkara itu selepas mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemimpin-pemimpin syarikat Fortune 500 di Kelab Harvard New York di sini, semalam.

Lawatan kerja dua harinya bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York berakhir hari ini. Antara yang hadir dalam perbincangan meja bulat itu ialah Presiden Darden Acqua Farm, Bill Herzig; Naib Presiden Eksekutif Global Eastman Chemical, Mark Costa; Ketua Pegawai Eksekutif Global Consumer Insurans AIG-Chartis, Jeffrey Hayman; Naib Presiden Eksekutif Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Korporat ConocoPhilips, Don Wallette selain pimpinan McKinsey, Boeing, Kumpulan Crest, Kumpulan Ace, Raytheon dan Kumpulan Citi. 
Perbincangan itu disusuli kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Ocean Thermal Energy Corporation, Jeremy P Feakins, diikuti Naib Presiden Eksekutif Motorola Solutions, Gene Delaney dan Senator Kit Bond.

Najib juga berkata, syarikat Eastman Chemical, pengeluar produk polimer juga bercadang menambah pelaburan sebanyak AS$350 juta (RM1,050 bilion) di Malaysia. Keputusan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Ocean Thermal Energy Corporation pula memohon untuk membuat kajian mengeluarkan tenaga di kawasan laut Sabah yang berpotensi menjana elektrik secara besar-besaran.

Darden, syarikat pengendali restoran Red Lobster dan Capitol Grill pula akan memulakan pelaburan besar-besaran membiak udang galah di perairan Semporna dan Lahad Datu, Sabah untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

Syarikat itu mengenal pasti Sabah sebagai kawasan yang amat sesuai untuk pembiakan dan ternakan undang galah secara besar-besaran berdasarkan kepada kaedah penternakan kontrak.

Najib berkata, masyarakat tempatan boleh turut mengambil bahagian, manakala syarikat akan membeli segala yang dihasilkan oleh nelayan. Darden sudah pun menjalankan kajian percubaan di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, Motorola yang sudah melabur selama 40 tahun di Malaysia akan meneruskan operasi mereka kerana kerjasama dan insentif yang diberikan oleh kerajaan selama ini.

Mereka juga akan menambah 250 peluang pekerjaan baru, selain membina sebuah bangunan tujuh tingkat.

Awas! sindiket penipuan sedang bergerak aktif diKedah

34 polis dikehendaki kerana merusuh dan mencederakan orang awam


SAMM telah mengeluarkan gambar 34 orang polis dikehendaki
Tolong Share... Cetak dan tampal keseluruh negara

Penipuan & kejahatan UMNO

Kuliah Ustaz Azhar Idrus