Saturday, August 10, 2013

Yogyakarta, Indonesia Penduduk di sana beramai-ramai menunju ke pantai Parang Kusumo untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Kabul, Afghanistan Sebahagian penduduk di sana menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Shahidah Shamsira yang terletak di Kabul.

Gaza, Palestine Penduduk di sana sedang menunaikan solat di salah sebuah masjid yang terletak di Gaza city.

Benghazi, Libya Saudara kita di sana sedang menunaikan solat Aidilfitri.

Jakarta, Indonesia Saudara kita dari seberang menunaikan solat Aidilfitri di sebuah masjid yang terletak di Sunda Kelapa.

Uttar Pradesh, India Saudara kita dari Moradabad. Mereka dari India tetapi wajah mereka tak nampak pun macam 'macha'.

Andhra Pradesh, India



Para peniaga Muslim berniaga berhampiran bangunan bersejarah Charminar pada hari Ramadhan yang terakhir sebelum menyambut Aidilfitri pada keesokkan harinya. Hyderabad adalah ibu negeri Andhra Pradesh dan Muslim di sana seramai 1.6 juta orang iaitu 42% berbanding keseluruhan jumlah penduduk.

Jammmu & Kashmir, India Muslim di sana membeli belah sebelum menyambut Aidilfitri keesokkan harinya. Lokasi adalah di Srinagar.

Ini di mana lagi jikalau bukan di Bangladesh. Mereka akan pulang ke kampung masing-masing dengan penuh bergaya.

New Delhi, India Muslim di sana sedang menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Jame'. Masjid Jame' ini dibina oleh Shah Jahan yang terkenal dengan Taj Mahal nya. Kawasan masjid ini boleh menampung sehingga 25 ribu para jemaah dan masjid ini merupakan masjid yang terbesar dan terkenal di India.

New Delhi, India Muslim di sana sedang menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Jame'. Masjid Jame' ini dibina oleh Shah Jahan yang terkenal dengan Taj Mahal nya. Kawasan masjid ini boleh menampung sehingga 25 ribu para jemaah dan masjid ini merupakan masjid yang terbesar dan terkenal di India. (ini adalah dari pandangan sisi Masjid)

West Bengal, India Ibu negeri West Bengal adalah Kolkata. Kelihatan muslim di sana sedang menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Nakhoda.

Jaipur, Rajashtan Masjid tidak mampu menampung ribuan jemaah yang datang untuk menunaikan solat Aidilfitri di sana.

Bhopal, Madhya Pradesh Muslim di sana menunaikan solat Aidilfitri di Taj-ul-Masajid.

"sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diHARAMkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan JENAYAH".

Kenyataan dari beberapa tokoh agama dan ulama Arab Saudi menyebut bahawa pengambil alihan kuasa dari Presiden Mesir Muhammad Mursi adalah "sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diHARAMkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan JENAYAH".

Mereka menyatakan bahawa rampasan ini berlaku akibat pertembungan dan didalangi oleh pihak negara Arab serantau dan antarabangsa terutama Amerika yang menyokong kemusanahan dan kejatuhan Islam dan tindakan ini telah pun dirancang secara rapi sejak awal Presiden Mursi dilantik.

Kenyataan yang disokong oleh ramai ulama ini menegaskan mereka akan tetap tegas bersama rakyat yang dianiyai oleh rampasan pihak kudeta tentera, mereka juga meminta agar tentera Mesir tidak bertindak bodoh dan kejam dengan membunuh rakyat Mesir sepertimana yang berlaku di Syria hanya kerana mempertahankan kerusi presiden yang bukan sahaja dirampas tetapi diambil secara tidak sah dari seorang presiden yang dipilih secara sah melalui pilihanraya iaitu Dr Mursi.

-AlJazeera.
http://www.aljazeera.net/news/pages/505de470-a8a6-44ed-a6a5-8dccda273eaa

solat aidil fitri diindia

Yesterday Eid prayer at Grand jamai Masjid, India...

Di Alexandria, Pengganas Serang Masjid Bakar Al-Quran..



Rabu dini hari kemarin, puluhan preman atau penjahat yang dibacking beberapa polis di bawah pimpinan Nashir Abdu (intelijen Alexandria) menyerang masjid Qaid Ibrahim. Tidak hanya menyerang, mereka juga membakar mushaf Al-Qur’an dan melukai beberapa penentang kudeta. Peristiwa itu terjadi setelah para penentang kudeta selesai shalat tahajjud.

Korban yang jatuh di antaranya, satu orang meninggal dunia, puluhan anak yang terluka akibat tembakan senjata dan tikaman senjata tajam. Kejadian ini tentu mendapat kecaman banyak pihak. Misalnya Dr. Hasan Barnas mantan wakil gubernur Alexandria yang mengatakan bahwa kekuatan kudeta tidak hanya menyerang para penentangnya, tapi juga menyerang institusi keagamaan seperti masjid dan mushaf Al-Qur’an. Kejahatannya tidak lagi bersifat politis, tapi juga penistaan terhadap agama.
Beliau menambahkan bahawa polis yang mengatur semua itu setelah belajar dari orang-orang Yahudi. (IH/msa/sbb/dkw)

12 anggota Al-Qaeda maut akibat serangan dron

GAMBAR fail menunjukkan sebuah dron yang dikenali sebagai Predator B buatan Amerika Syarikat (AS). Dron banyak digunakan oleh tentera AS untuk melancarkan serangan ke atas anggota kumpulan pengganas.


SANAA - Tiga serangan pesawat dron di Yemen telah membunuh 12 anggota pengganas Al-Qaeda dalam tempoh satu hari pada Khamis lalu.
Serangan pertama dijalankan pada waktu subuh menyasarkan dua buah kereta yang membawa anggota Al-Qaeda di Shabwan, wilayah Maarib. Enam terbunuh dalam serangan tersebut.
Dua anggota Al-Qaeda terbunuh dalam serangan kedua di wilayah selatan, Ghayl Bawazeer. Baki empat lagi maut apabila dron menyerang lokasi sama pada lewat malam.
Amerika Syarikat dan beberapa buah negara barat kini berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas maklumat perisikan menyatakan bahawa pihak Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) merancang untuk melakukan serangan besar-besaran.
Ancaman tersebut membuatkan AS menutup 19 buah pejabat konsulat serta kedutaannya di negara Asia Barat dan Afrika sepanjang minggu ini.
Pada Rabu lalu, pihak berkuasa Yemen mendakwa telah berjaya mematahkan cubaan AQAP untuk menyerang satu pusat kemudahan minyak milik sebuah syarikat Kanada di Mina al-Dhaba.
Sejak 28 Julai lalu, sebanyak lapan serangan dron dilancarkan di Sanaa yang membunuh seramai 36 orang pengganas.
Washington menyifatkan AQAP yang berpangkalan di Yemen sebagai cawangan pengganas paling berbahaya dalam rangkaian ekstremis global. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2bVqcoXF7 
Hakcipta terpelihara