Saturday, February 26, 2011

Presiden Yaman arah bentuk panel runding dengan pemberontak

SANAA (Yaman): Presiden Yaman kelmarin memerintahkan pembentukan sebuah jawatankuasa pemerintah bagi membuka rundingan dengan pemberontak yang mengadakan tunjuk perasaan berminggu- minggu menuntut beliau meletakkan jawatan, lapor media negara itu.
Arahan Presiden Ali Abdullah Saleh itu dilihat sebagai satu kelonggaran ketara dalam menghadapi pertelingkahan dengan pembangkang.Ia juga bagi meredakan bantahan di Yaman berikutan kejayaan gerakan serupa yang diadakan di Mesir dan Tunisia.Para pemberontak di Yaman, sebuah negara miskin yang mempunyai pemerintah pusat yang lemah dan didakwa menjadi satu cabang kuat militan Al-Qaeda, sedang menuntut Encik Saleh meletakkan jawatan setelah 32 tahun berkuasa.Encik Saleh, yang mendapat sokongan Amerika Syarikat, enggan meletak jawatan tetapi berkata beliau tidak akan bertanding bagi satu lagi penggal dalam pilihan raya negara itu pada 2013.Agensi berita utama Yaman, Saba, berkata Encik Saleh telah memerintahkan perdana menterinya agar mengetuai jawatankuasa lima anggota itu bagi 'mengadakan satu perbincangan yang terbuka dan membina dengan saudara-saudara muda, termasuk pemberontak... dan mendengar syarat-syarat dan wawasan mereka'.Namun, belum ada jawapan diperolehi daripada pembangkang.Saba juga melaporkan bahawa presiden dan pegawai-pegawai tinggi Yaman kelmarin telah berbincang mengenai ekonomi Yaman dan cara-cara menyelesaikan masalah pengangguran yang berlarutan.Kurangnya pekerjaan menjadi antara isu yang diajukan pemberontak.Bantahan antipemerintah telah mengorbankan sekurang-kurangnya 13 jiwa sejak krisis itu bermula hampir sebulan lalu.Awal kelmarin, para pegawai keselamatan berkata seorang maut dan dua lagi cedera apabila sebutir bom tangan dilontarkan ke arah penunjuk perasaan yang menuntut perpisahan dari Yaman Utara.Serangan itu berlaku di bandar selatan Lawdar pihak yang bertanggungjawab belum dapat dipastikan.Warga selatan yang menyertai perpaduan Yaman pada 1990 telah memulakan satu gerakan politik menuntut pemisahan sebab mendakwa mereka dipinggirkan. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

Cerita suka duka terbit daripada gempa


TERUSKAN PERKAHWINAN: Cik Emma Howard dan Encik Chris Greenslade (tengah), bersorak gembira selepas melangsungkan perkahwinan mereka semalam, selang beberapa hari selepas Cik Howard diselamatkan daripada runtuhan bangunan Pyne Gould Corporation berikutan gempa bumi yang menggegarkan bandar Christchurch, di New Zealand, Selasa lalu. -- Foto AP


Seorang doktor terpaksa potong kaki mangsa gunakan pisau lipat dan gergaji


CANBERRA: Seorang ahli urologi Australia semalam memberitahu bagaimana beliau menggunakan mesin gergaji besi untuk memotong kededua kaki seorang lelaki yang terperangkap dalam runtuhan gempa bumi di Christchurch di New Zealand.
Dr Stuart Phillip, 38 tahun, adalah antara orang pertama yang bergegas ke tempat kejadian di bangunan Pyne Gould selepas gempa sekuat 6.3 pada skala Richter menggoncang bandar di pulau selatan New Zealand Selasa lalu.Dr Phillip, yang kini sudah pulang ke Australia, semalam berkata beliau menemui seorang lelaki yang tersepit kededua kakinya di bawah sebatang alang bumbung bangunan dan tidak boleh dipindahkan.Beliau dan beberapa lagi doktor, termasuk seorang pakar bius, memutuskan mereka tidak ada pilihan lain kecuali memotong kaki lelaki berkenaan.'Sebahagian besar daripadanya dilakukan dengan menggunakan mata pisau lipat dan mesin gergaji besi seorang pembina bangunan,' katanya kepada stesen radio ABC di Melbourne, Australia.'Ia bukan sesuatu yang mudah bagi kami sebagai pakar bedah. Tidak ada sesuatu pun yang mempersiapkan anda baginya,' kata beliau lagi.Mujur, mereka mempunyai bahan anestetik untuk menjalankan pembedahan itu sedang gegaran susulan terus berlaku.'Saya tidak pernah berasa takut sekali sepanjang hayat saya, tetapi saya teruskan,' ujarnya.Dr Phillip berkata lelaki berkenaan kini beransur pulih dan telah dikeluarkan daripada khidmat jagaan rapi, manakala keluarganya pula amat bersyukur.Sementara itu, di Christchurch, New Zealand, perangkaan rasmi kematian bertambah kepada 113 orang dan para pegawai berkata tiada seorang pun yang diselamatkan dalam keadaan masih bernyawa sejak operasi awal yang menyelamatkan 70 orang daripada bangunan-bangunan runtuh dalam tempoh 25 jam pertama selepas kejadian gempa Selasa lalu.Menteri Luar New Zealand, Encik Murray McCully, berkata fasa operasi menyelamat membabitkan ratusan polis, askar dan sukarelawan lain hampir selesai dan beliau bersedia menyampaikan 'berita yang paling buruk' kepada keluarga mangsa dari beberapa negara.Dalam satu perkembangan agak lebih menggembirakan pula, seorang wanita yang diselamatkan daripada kawasan gempa beberapa hari lalu semalam meneruskan acara perkahwinannya dengan teman lelakinya.Cik Emma Howard, yang diselamatkan Selasa lalu daripada bangunan pejabatnya di Christchurch, berkahwin dengan Encik Chris Greenslade.Cik Howard memberitahu stesen Radio New Zealand bahawa beliau menganggap perkahwinannya sebagai bukti bahawa bencana tidak akan dapat mematahkan semangat orang ramai. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Isu Kritikan Perdana Menteri Terhadap Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi


Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel
dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri
Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh
Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari
yang lalu.
Tuduhan yang dibuat  terhadap gerakan Ikhwanul   Muslimin (Ikhwan) dan
tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu   adalah merupakan satu
fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta   sejarah perjuangan menentang
penjajahan dan bercakap mengikut selera hati   golongan Barat yang memekakkan
telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan   untuk melaksanakan Islah dan
tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan   perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap   kezaliman musuh sehingga
ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal   lagi di Mesir, tetapi
apabila pengaruh mereka tersebar luas,  pergerakan   ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung   kepada keganasan adalah
fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika   dalam dirinya masih ada
iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan   mengambil sikap dan
pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca   menentukan jenis
pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan   orang yang tidak
mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan   orang Islam itu
sendiri.
Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang   dilahirkan oleh Ikhwan. Dia
berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan   pemuda Islam yang tidak sabar
dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka   kembali ke pangkal jalan berjuang
mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah   Malaysia sendiri pernah memberikan
Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.
Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik   anugerah maal hijrah
yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi   itu.


Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H /  26 Februari 2011

131 dipindah keluar dari Libya



SEBAHAGIAN daripada 150 rakyat Libya menyertai perhimpunan mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan di hadapan kedutaan negara mereka di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dipindahkan ke Tunis, Tunisia pada pukul 12 tengah hari semalam berikutan ancaman keselamatan yang semakin memuncak di negara bergolak itu.

Turut diterbangkan keluar dengan pesawat Tunis Air itu ialah Duta Malaysia ke Libya, Mohd. Zulkephli Mohd. Noor dan isteri.

Kesemua rakyat Malaysia itu dijadualkan menaiki pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Tunisia menuju ke Rom, Itali.

Selain rakyat Malaysia, penerbangan dari Libya itu turut memindahkan 55 rakyat Thailand, Filipina, Indonesia, United Kingdom dan Tunisia yang merupakan kakitangan syarikat Ranhill Berhad.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan semalam memberitahu, proses pemindahan rakyat Malaysia dari Libya itu mendapat kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia dan Ranhill Berhad.

"Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan semasa keselamatan di Libya dan akan terus memberi bantuan yang sewajarnya kepada beberapa rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di negara itu," kata kenyataan itu.

Libya kini bergolak apabila rakyat mengadakan tunjuk perasaan mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan tetapi pemimpin veteran itu bertindak balas dengan menentang gerakan antikerajaan menggunakan kuasa tentera sehingga mengorbankan lebih 1,000 orang setakat ini.

Kosmo! Online - Negara

Pelajar boleh pulang ke Mesir




PELAJAR Malaysia yang baru pulang ke tanah air pada awal Februari lalu perlu bersedia untuk kembali ke Mesir mulai 12 Mac ini.


KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah universiti di Mesir dan terpaksa pulang ke tanah air ekoran pergolakan politik di negara itu baru-baru ini boleh kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian masing-masing mulai 12 Mac ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan pasukan khas negara dengan universiti-universiti di negara itu sejak Ahad lepas hingga semalam bagi menentukan tarikh untuk memulakan pengajian.
“Penuntut bagaimanapun diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara mengenai kepastian tahap keselamatan di Mesir sebelum kembali ke negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurut Mohamed Khaled, hasil pertemuan dengan pihak universiti di negara itu, pihaknya dimaklumkan bahawa Universiti Kaherah akan memulakan semula pengajian perubatan peringkat pengajian praklinikal dan klinikal pada 12 Mac ini.
“Begitu juga dengan Universiti Al-Azhar yang turut memulakan pengajian program pergigian pradental pada hari yang sama,” katanya.
Bagi program perubatan di semua peringkat pengajian di Universiti Al-Azhar pula akan bermula pada 15 Mac manakala penuntut program Pengajian Islam perlu mendaftar semula selewat-lewatnya pada 8 April.
Kosmo! Online - Negara