Monday, July 8, 2013

Berkait Isu Mesir



Ulamak terkemuka, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa tentang kewajiban ke atas semua rakyat Mesir untuk turun memberikan sokongan kepada Presiden Mesir yang sah yang telah telah dipilih melalui pilihanraya umum iaitu Ir Dr Muhammad Mursi.

Beliau menekankan kewajiban untuk mengheret keluar pihak ketenteraaan dari medan politik Mesir. Beliau menambah lagi, bahawa campur-tangan tentera dalam pemecatan Presiden telah menafikan sistem demokratik dan undang-undang. Beliau juga menegaskan bahawa para alim ulamak Universiti Al-azhar Sharif bersetuju dengan pendapat itu.

Dalam masa yang sama jutaan rakyat Mesir telah turun ke medan untuk mempertahan dan memperjuangakan hak-hak mereka yang termaktub di dalam undang-undang serta bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan mengundur diri mahu pun menyerah kalah kepada pasukan bersenjata Mesir yang didalangi oleh pihak yang berkepentingan daripada dalam dan juga di luar negara.

Didoakan agar pasukan bersenjata Mesir 'berubah' pendirian dan mengembalikan kepimpinan kepada yang selayaknya secara terhormat.

Didoakan agar Ramadhan ini adalah Ramadhan yang bermakna buat rakyat dan negara Mesir, khususnya kepada para mahasiswa dan pengunjung dari Malaysia yang bermastautin di sana.

Moga-moga umat ini akan terus bekerja, berkeringat dan bergegas menuju kejayaan dan kemenangan yang hakiki di sisi Allah swt.

- Terkini Isu Mesir



Ahad | 07 Julai 2013 | 11.58 pagi

"Sepanjang seminggu rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar di Mesir, hanya 5 buah negara daripada 190 negara di dunia menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhamad Mursi dan Syariyyah."kata Dr.Muhammad Jawady

Terkini Isu Mesir



Ahad | 07 Julai 2013 | 11.09 pagi

Kanada : Rakyat Mesir di Kanada keluar beramai-ramai bagi menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Terkini Isu Mesir



Ikhwanul Muslimin mendakwa pihak polis yang menjalankan kegiatan jenayah yang disasarkan kepada penunjuk perasaan yang menyebabkan kematian di bangunan Pengawal Republik.

Gehad El-Haddad, jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin, memberitahu Al-Jazeera bahawa tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah," kata beliau.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada penunjuk perasaan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri."

Sumber: AlJazeera

ElBaradei dijangka isi jawatan PM


Penyokong Mursi membawa keranda sebagai simbol pengebumian empat rakan mereka yang terbunuh ketika bertempur dengan polis di luar ibu pejabat Pengawal Republican di Kaherah, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 7 Julai - Penerima anugerah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei (gambar) mendahului senarai calon untuk mengisi jawatan Perdana Menteri untuk memimpin Mesir keluar daripada krisis, kata jurucakap Presiden, Ahmed al-Muslimani, semalam.
Terdahulu, pergerakan Tamarod yang mendalangi pemberontakan besar-besaran yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohammed Mursi oleh tentera pada minggu lalu, berkata, ElBaradei telah dilantik menjadi Perdana Menteri selepas perbincangan dengan pemimpin kerajaan sementara Mesir.
Agensi berita rasmi, MENA dan beberapa sumber mengesahkan pelantikan ElBaradei itu, namun Ahmed kemudian menyatakan Perdana Menteri baharu Mesir masih belum diumumkan.
Ahmed mengesahkan, Presiden sementara, Adly Mansour telah mengadakan pertemuan dengan ElBaradei, hari ini, namun setakat ini tiada pelantikan rasmi dibuat.
Beliau berkata, ElBaradei juga 'merupakan pilihan logik' untuk memegang jawatan itu.
''ElBaradei merupakan calon terkuat. Beliau kini mendahului senarai calon,'' katanya.
Sumber rapat kepada rundingan pemilihan tersebut memberitahu AFP, pelbagai pihak yang bersetuju dengan pelan damai tentera untuk peralihan politik, masih cuba meyakinkan Parti Salafis al-Nour untuk menyokong ElBaradei.
Pengumuman pelantikan tersebut berlaku, ketika demonstrasi oleh pergerakan Islam mendesak jawatan Mursi dikembali semula yang menyaksikan pertempuran dalam tempoh 24 jam yang lalu mengorbankan 37 orang dan lebih 1,400 orang lagi cedera.
Ahmed berkata, rundingan turut diadakan dengan Ikhwanul Muslimin membenarkan pergerakan Islam itu menyertai pilihan raya baharu yang akan diadakan.
''Ikhwanul Muslimin mempunyai peluang untuk bertanding dalam semua pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Presiden yang akan datang atau pilihan raya selepas itu,'' katanya. - AFP/Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_01/ElBaradei-dijangka-isi-jawatan-PM#ixzz2YRvs0UiQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemilihan PM sementara Mesir terus buntu

KAHERAH 8 Julai - Kebuntuan berhubung pemilihan Perdana Menteri sementara Mesir berlanjutan untuk hari yang ketiga hari ini selepas Parti al-Nur menolak kedua-dua calon yang dinamakan oleh tentera untuk mengisi jawatan tersebut.
Pentadbiran sementara yang dibentuk oleh tentera untuk membawa negara ini ke pilihan raya awal, mencalonkan peguam Demokratik Sosial; Ziad Bahaa el-Din dan ahli politik liberal, Mohamed ElBaradei untuk mengisi jawatan itu.
Namun, kedua-dua calon itu telah ditolak oleh al-Nur, parti blog Islam yang menandatangani pelan tindakan tentera untuk peralihan kuasa. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_11/Pemilihan-PM-sementara-Mesir-terus-buntu#ixzz2YRvekKYm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penunjuk perasaan kembali ke Dataran Taksim


Polis pencegah rusuhan melepaskan meriam air ke arah penunjuk perasaan yang kembali berkumpul di Dataran Taksim di tengah Istanbul, kelmarin. - REUTERS
ISTANBUL 7 Julai - Polis Turki melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan di sebuah dataran, di sini semalam ketika penunjuk perasaan bersedia untuk memasuki Taman Gezi yang menjadi lokasi demonstrasi bantahan terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan, baru-baru ini.
Polis pencegah rusuhan mengejar penunjuk perasaan di jalan raya, tindakan terbesar polis sejak tercetus tunjuk perasaan pada pertengahan Jun lalu yang menyaksikan Dataran Taksim ditutup.
Pergerakan Perpaduan Taksim terdiri daripada pelbagai kumpulan politik, meminta satu perarakan diadakan bagi memasuki Taman Gezi yang ditutup, namun Gabenor Istanbul memberi amaran tindakan mereka itu akan dihalang oleh polis.
Penunjuk perasaan di Istanbul melaungkan 'Bersama Menentang fahaman Fasis' dan ''Di mana-mana menentang''.
Saksi berkata, polis menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan, namun masih terdapat ramai penunjuk perasaan, termasuk belia dan wanita, masih berada di jalan-jalan raya di sekitar Dataran Taksim lewat semalam.
''Kami berada, di sini hari ini untuk mengambil balik taman kami. Ia sepatutnya dibuka, hari ini (semalam). Mereka (pihak berkuasa) memanggil kami penjajah, tetapi taman ini telah dijajah oleh kerajaan sejak beberapa minggu lalu,'' kata seorang penunjuk perasaan, Asim Elci, 41 tahun.
Di Ankara, beratus-ratus penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan raya berdekatan pusat bandar tersebut.
Saluran televisyen Turki, Halk TV menunjukkan penunjuk perasan berada di hadapan polis pencegah rusuhan di Istanbul, sambil memaparkan keputusan mahkamah membatalkan rancangan untuk membina berek era-Oth maniyah di Dataran Taksim. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_03/Penunjuk-perasaan-kembali-ke-Dataran-Taksim#ixzz2YRuh17NA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Restoran Eenmaal sedia hidangan kelas atasan

 
Restoran Eenmaal yang terletak di bandar Amsterdam menawarkan hidangan makanan kelas atasan untuk pelanggan yang makan seorang diri. - AGENSI
AMSTERDAM 7 Julai - Kebanyakan orang merasakan makan di restoran merupakan satu acara sosial dan untuk makan seorang diri di sana merupakan satu pengalaman yang sangat kekok.
Ia kerana mereka yang makan seorang diri mungkin dianggap teman mereka telah membatalkan pertemuan atau tidak mendapat meja yang menyediakan kerusi untuk seorang pelanggan sahaja, keadaan yang akan menjejaskan selera makan seseorang.
Justeru, sebuah restoran di Denmark cuba memenuhi kehendak pelanggan yang selalu makan seorang dengan menyediakan meja untuk seorang sahaja.
Restoran yang dikenali sebagai Eenmaal itu dibuka di Amsterdan sejak 27 Jun lalu dan menawarkan hidangan makanan kelas atasan untuk pelanggan yang makan seorang diri.
Idea membuka restoran itu adalah untuk memecahkan stigma berhubung makan seorang diri, selain mengetengahkan pandangan bahawa makanan yang sedap sebaik-baiknya dinikmati seorang diri.
Pengarah Kreatif Eenmaal, Pjotr berkata, pihaknya mahu mencapai dua perkara dengan pengenalan restoran itu iaitu menarik kehadiran pelanggan dan pada masa sama memberi mereka satu pendapat untuk difikirkan.
"Kami mahu menunjukkan makan seorang diri merupakan satu perkara yang baik," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_07/Restoran-Eenmaal-sedia-hidangan-kelas-atasan#ixzz2YRu9ohpu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TV Mesir bohong, tunjuk rakaman lama



Harakahdaily, 08 Jul 2013

MESIR: Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi.

Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa.

Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja.

Stesen televisyen Al-Jazeera juga didakwa menyiarkan liputan sama yang bersumberkan video televisyen Mesir tersebut, namun penipuan tersebut didedahkan oleh seorang pemanggil.

Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri.

Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini.

"Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati.

Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu.

Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya.

"Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi.

"Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya.

Penipuan tersebut turut ditegur agensi berita CNN Amerika yang menyiarkan kenyataan "Diminta aksar Mesir hentikan penipuan.Dataran Tahrir lengang. Apa yang disiarkan sekarang adalah video lama. Para penyokong Mursi berjuta-juta memenuhi seluruh Mesir".

- Panas!! Rakyat Malaysia Bangkit!! Kuburkan Umno/BN PRU13 (sokong SILA LIKE)

https://www.facebook.com/RakyatMalaysiaBangkitKuburkanUmnoBN?ref=stream&hc_location=stream

Ribuan umat Islam ditembak ketika sedang menunaikan solat fardhu Subuh

[Terkini dari mesir]

Kebiadapan polis bagi meleraikan himpunan dan perkampungan rakyat di hadapan Bangunan Pengawal Republik Subuh tadi secara kekasaran.

Ribuan umat Islam ditembak ketika sedang menunaikan solat fardhu Subuh. Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. 

Sejurus kemudian, mereka ditembak bertalu-talu dengan peluru hidup.

Pentas utama himpunan di dataran Raba'ah menjadi lokasi mengumpulkan mayat. Menurut laporan Ikhwanonline, sehingga kini 40 orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai ini dan lebih 200 yang lain cedera.

ElBaradei pilihan utama PM Mesir

ElBaradei pilihan utama PM MesirElBaradei berunding dengan Mansour di Istana Presiden, kelmarin. Kaherah: Pemilihan pemenang anugerah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei sebagai perdana menteri sementara Mesir mendapat tentangan di kalangan pihak yang menyokong penggulingan Presiden Mohamed Morsi.

Sementara itu, penyokong dan pembangkang pemimpin yang disingkir itu merancang melakukan perhimpunan semalam.
Agensi berita rasmi MENA awalnya melaporkan, Presiden sementara, Adly Mansour melantik ElBaradei, penentang Morsi, sebelum menafikan keputusan sudah dicapai mengenainya.


Wartawan sudah ada di istana presiden untuk mendengar kenyataan daripada Mansour dan ElBaradei sebelum ia dibatalkan secara tiba-tiba.

Tentang pelantikan

Golongan Salafi yang menyokong penggulingan Morsi oleh tentera, Rabu lalu, menentang pelantikan ElBaradei, mempertikaikan bahawa beliau adalah pilihan menjurus perpecahan, kata sumber rapat perbincangan itu.

Tetapi, penasihat Mansour, Ahmed al-Muslimani, berkata, ElBaradei yang juga bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kekal ‘calon paling kuat.’ “Beliau berada di tempat teratas senarai nama,” kata Muslimani kepada AFP.

Pembantu Mansour itu terus bersedia bertolak ansur dengan penyokong Morsi dalam Ikhwanul Muslimin meskipun pemimpin pergerakan itu berikrar untuk terus mengadakan bantahan bagi menolak penyingkirannya.

“Kami sedia bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin,” kata Muslimani pada sidang media.

“Saya fikir Ikhwanul Muslimin mempunyai banyak peluang dalam tempoh akan datang untuk menyertai pilihan raya.”

Disambut sorakan

Laporan awal pelantikan ElBaradei disambut dengan sorakan gemuruh di Dataran Tahrir dan istana presiden Ittihadiya, dengan pembangkang Morsi membakar mercun, mengibarkan bendera Mesir dan membunyikan hon kereta.

Reaksi itu dilihat ketika Ikhwanul Muslimin melancarkan kempen baru menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Morsi, selepas keganasan meletus 24 jam lalu menyebabkan 37 maut dan lebih 1,400 cedera.

Tamarod, pergerakan akar umbi yang menganjurkan bantahan besar-besaran ke atas Morsi yang menyebabkan tentera campur tangan, menggesa demonstrasi baru diadakan untuk membalas bantahan penyokong Morsi sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya pergaduhan lagi. - AFP

Populasi semakin tua risaukan Brunei


Bandar Seri Begawan: Kemerosotan dalam pertumbuhan penduduk dan populasi yang semakin meningkat usia seperti yang terkandung dalam laporan bancian mencetuskan kebimbangan kepada pihak berkuasa Brunei.

“Yang paling membimbangkan ialah kekurangan tenaga kerja,” kata Abdul Hamin Haji Hashim, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi (JPKE).


Menurutnya, penurunan pertumbuhan populasi daripada 2.5 peratus dari 1991 hingga 2001 kepada 1.7 peratus antara 2001 hingga 2011 akan memberi kesan ketara terhadap sosio ekonomi negara itu.

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan jabatan berkenaan kelmarin adalah bukti bahawa sebahagian besar penduduk Brunei sudah berusia dan keadaan tersebut akan memberi kesan terhadap kos penjagaan kesihatan serta kebajikan.


Hasil bancian yang dijalankan dari Jun hingga Julai 2011 itu menunjukkan jumlah penduduk Brunei seramai 393,372 orang, terdiri daripada 203,144 lelaki dan 190,228 perempuan. - AFP

Pengikut Naqsyabandiah mula berpuasa semalam


Padang: Pengikut jemaah Tarekat Naqsyabandiah di sini dan beberapa daerah lain di Sumatera Barat mula menjalani ibadah puasa Ramadan semalam.

Mereka dilapor menunaikan solat Tarawih berjemaah di beberapa surau di kawasan terbabit kelmarin.


Guru tarekat berkenaan di Surau Baru Padang, Zahar berkata, keputusan untuk memulakan puasa lebih awal diambil selepas usaha menetapkan 1 Ramadan dilakukan dengan pengamatan bulan atau rukyah sebanyak tiga kali sepanjang bulan Syaaban.

Beliau juga menjelaskan, penetapan awal ibadah itu juga berdasarkan cara Hisab Munjid yang diajar Sheikh Haji Muhammad Tayib sejak 1906 lagi.


“Penetapan dilakukan dengan teliti menggunakan penghitungan kalendar Hisab Munjid. Dalam kalendar itu jumlah hari hanya ada 29 atau 30. “Kalau pada penghitungan sebanyak 360 hari, maka awal puasa tepatnya pada 7 Julai 2013. Jemaah melakukan solat Tarawih pada Sabtu 6 Julai. “Cara ini diamalkan secara turun-temurun dan dipelajari di Makkah oleh ulama terdahulu,” kata Zahar.


Di Padang, pengikut tarekat itu banyak didapati di daerah Pauh, Lubuk Kilangan, Lubuk Begalung, Kota Tengah dan Kuranji. Kumpulan Islam kedua terbesar di Indonesia, Muhammadiah akan mula berpuasa esok sementara Nahdlatuil Ulama, kumpulan Islam terbesar negara itu akan menetapkannya selepas melihat anak bulan hari ini. - Agensi

Ikhwan gesa teruskan protes


Kaherah: Ikhwanul Muslimin menyeru rakyat Mesir terus mengadakan protes selepas berpuluh-puluh orang terbunuh dan lebih 1,000 yang lain cedera akibat pergaduhan di antara penyokong gerakan Islam itu dengan penentang serta tentera.

Keganasan di antara kumpulan berbeza itu berlaku di tengah Kaherah dan banyak bandar lain, sekali gus menegaskan perlunya penyelesaian politik dicari segera. Akhbar milik kerajaan, al-Akhbar melaporkan beberapa kanak-kanak dibunuh oleh anggota Ikhwanul Muslimin sambil menyiarkan gambar seorang pemuda ditolak dari atas bangunan konkrit di Iskandariah.


Bagaimanapun akhbar itu dikenali sebagai pembenci Ikhwanul Muslimin. Iskandariah adalah satu daripada lokasi protes paling buruk dengan 14 orang dilaporkan terbunuh setakat ini.

Sementara itu, pejabat presiden menawarkan perdamaian dengan penyokong Mohamed Mursi dalam Ikhwanul Muslimin ketika pemimpin pertubuhan berkenaan berjanji terus menolak rampasan kuasa tentera berkenaan. Jurucakapnya berkata, pejabat presiden mempelawa Ikhwanul Muslimin untuk berdamai. “Saya fikir Ikhwanul Muslimin mempunyai banyak peluang pada masa depan untuk menyertai pilihan raya,” katanya.


Beberapa minit selepas kenyataan itu dikeluarkan, media kerajaan melaporkan pendakwa mengarahkan empat pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin yang ditahan minggu lalu, ditahan selama 15 hari lagi kerana didakwa menghasut protes. - AFP

ElBaradei tidak diterima


Kaherah: Pemilihan pemenang Anugerah Keamanan Nobel Mohamed ElBaradei sebagai perdana menteri sementara Mesir gagal menyatukan gabungan pembangkang Mohamed Mursi ketika penyokong kedua-dua kumpulan merangka perhimpunan masing-masing hari ini.

Agensi berita rasmi MENA semalam berkata, presiden sementara Adly Mansour melantik tokoh liberal dan pengkritik tegas Mohamed Mursi sebagai perdana menteri peralihan.


Hanya sejurus kemudian, pejabat presiden kemudian menafikan keputusan akhir mengenai pelantikan itu sudah dibuat. Wartawan sudah berkumpul di Istana Presiden untuk mendapatkan kenyataan rasmi yang dijanjikan Adly dan ElBaradei tetapi program itu dibatalkan tiba-tiba. Sementara itu kumpulan Islam Salafi yang menyokong Mohamed Mursi ekoran rampasan kuasa tentera minggu lalu turut menolak pelantikan ElBaradei. Penasihat presiden Ahmed al-Muslimani berkata, ElBaradei - bekas ketua agensi pemantau nuklear PBB - kekal sebagai calon paling utama untuk dilantik ke jawatan itu.

“Namanya berada di kedudukan teratas dalam senarai calon,” katanya. Namun, petang semalam seorang ahli politik kanan Salafi berkata, parti diwakilinya, al-Nour, menolak ElBaradei.


Keputusan itu dibuat selepas rundingan mengenai pelantikan itu dibuat. “Alasan kami mudah. Ada dua sebab untuk menolak ElBaradei.


“Pertama, kita perlukan tokoh ekonomi teknokrat dan kedua, Mesir perlu menamatkan perpecahan di kalangan rakyatnya,” katanya. Dalam keadaan semasa, katanya, tiada rundingan perpaduan dapat dijalankan apabila penentang utama Mohamed Mursi dilantik sebagai perdana menteri. - AFP

12 korban pertempuran


Manila: Sekurang-kurangnya lima tentera Filipina dan tujuh militan terbunuh dalam satu pertempuran di selatan negara itu, semalam.

Jurucakap tentera, Kapten Anthony Bulao berkata, pertempuran berlaku selepas kira-kira 100 anggota Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera.


Kumpulan berkenaan adalah serpihan daripada Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Menurut Bulao, kejadian itu memaksa beratus-ratus penduduk di Datu Piang meninggalkan kampung mereka untuk menyelamatkan diri. - AFP

Dua cedera kuil bersejarah Buddha dibom

SEORANG askar memeriksa lokasi serangan bom di Kuil Mahabodhi di Bodhgaya, sekitar 130 kilometer dari ibu negeri Bihar, Patna semalam.- AP


PATNA - Beberapa letupan bom kecil berlaku di kompleks kuil Buddha Mahabodhi di Bodh Gaya, timur India semalam, kata polis tetapi kuil itu sendiri tidak rosak.
Penganut Buddha dari seluruh dunia melawat tapak bersejarah ini di negeri Bihar.
Mereka percaya kuil ini menempatkan pokok suci Bodhi yang menjadi tempat Buddha mendapat kesedaran pada tahun 531 sebelum masihi.
"Pokok Bodhi itu selamat dan tiada kerosakan berlaku padanya," kata Ketua Polis Bihar, Abhayanand.
Seorang pegawai kanan polis, S.K. Bharadwaj pula berkata, sebanyak lapan letupan kecil berlaku awal pagi semalam dengan menyebabkan dua orang cedera.
Menurutnya, dua lagi bom ditemui dan dimatikan di dalam kompleks ini.
Serangan ke atas kuil Buddha jarang berlaku di India tetapi letupan itu dipercayai berkait dengan ketegangan di beberapa negara serantau baru-baru ini yang melibatkan pertempuran antara penganut Buddha dan orang Islam di Myanmar, Sri Lanka dan Bangladesh.
Kompleks kuil Bodh Gaya yang terletak 110 kilometer dari sini merupakan antara kuil Buddha yang paling awal di India. - AFP
Lokasi tersebut diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2002.
Kompleks ini menarik pengunjung dari seluruh dunia semasa musim pelancongan dari Oktober hingga Mac pada setiap tahun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2YQNOkiS0 
Hakcipta terpelihara 

Abu Qatada dihantar pulang ke Jordan

GAMBAR fail pada 13 November menunjukkan suspek pengganas Abu Qatada tiba di rumahnya di barat daya London, Britain.- Reuters


LONDON - Seorang ulama radikal Britain, Abu Qatada mengaku tidak bersalah semalam berhubung dakwaan berkaitan keganasan oleh pendakwa raya Jordan.
Peguamnya, Taysir Diab berkata, pengakuan tersebut dibuat beberapa jam selepas Abu Qatada, 53, diusir ke Jordan dari Britain.
"Saya akan mengemukakan rayuan hari ini supaya dia dapat dibebaskan dengan ikat jamin," kata peguam itu.
Anak guamnya diusir dari Britain ke Jordan semalam bagi menghadapi tuduhan berkaitan keganasan.
Abu Qatada atau nama sebenarnya, Omar Mahmoud Mohammed Othman dikehendaki di Jordan untuk perbicaraan semula beberapa kes keganasan.
Britain telah cuba untuk mengusir Abu Qatada yang dianggap pengganas Al-Qaeda di Eropah sejak 2001 tetapi mahkamah negara itu menyekat permohonan ekstradisinya.
Ia berikutan mahkamah Britain bimbang pihak berkuasa Jordan akan menyeksa Abu Qatada untuk mendapatkan bukti, sekali gus menyalahi hak asasi manusia.
Pengusiran Abu Qadata diumumkan oleh Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa Mei.
"Kali ini, lelaki berbahaya itu telah dikeluarkan dari negara kita untuk menghadapi tuduhan di mahkamah negaranya," kata Mei.
Perkembangan itu berlaku selepas Britain dan Jordan mengesahkan perjanjian bagi menghalang penyeksaan bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan pencabulan hak asasi manusia ke atas tahanan di negara itu.
Abu Qatada dituduh oleh Britain sebagai mempunyai hubungan dengan pengganas Al-Qaeda, Zacarias Moussaoui.
Zacarias didakwa di Amerika Syarikat (AS) berhubung tragedi serangan pada 11 September 2001.
Rakaman audio beberapa khutbah ulama itu yang ditemui di sebuah apartmen di Hamburg, Jerman telah digunakan oleh beberapa penyerang dalam serangan 11 September ke atas AS. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2YQMKxknq 
Hakcipta terpelihara 

Bila pemimpin jahat polis & tentera pun bertukar jadi jahat...

Gambar salah seorang yang syahid tersenyum di akhir kematiannya. As Syahid terkorban selepas serangan yang dilakukan oleh Pengawal Republik dan Polis Ketenteraan di sekitar Bangunan Pengawal Republik. 

Beliau syahid ketika sedang menunaikan solat Subuh. Subhaanallah!

Sumber : شبكة نبض الاخوان
#mesirkiniGambar salah seorang yang syahid tersenyum di akhir kematiannya. As Syahid terkorban selepas serangan yang dilakukan oleh Pengawal Republik dan Polis Ketenteraan di sekitar Bangunan Pengawal Republik. 

Beliau syahid ketika sedang menunaikan solat Subuh. Subhaanallah!

Sumber : شبكة نبض الاخوان
‎#mesirkini

tentara sekuler Mesir menghancurkan terowongan yang merupakan 'jalur kehidupan' bagi kaum Muslimin di Gaza.

BERITA MESIR
Setelah menggulingkan Mursi, tentara sekuler Mesir menghancurkan terowongan yang merupakan 'jalur kehidupan' bagi kaum Muslimin di Gaza.

Tindakan mereka sungguh menyenangkan Israel dan musuh-musuh Islam..BERITA MESIR
Setelah menggulingkan Mursi, tentara sekuler Mesir menghancurkan terowongan yang merupakan 'jalur kehidupan' bagi kaum Muslimin di Gaza.

Tindakan mereka sungguh menyenangkan Israel dan musuh-musuh Islam..

Pasukan polis telah melancarkan serangan dengan tembakan peluru hidup

Pasukan polis telah melancarkan serangan dengan tembakan peluru, pistol dan gas pemedih mata di segenap penjuru ke atas penunjuk perasaan aman di hadapan Bangunan Pengawal Republik ketika mereka sedang mengerjakan solat Subuh.

Di samping itu Pengawal Republik juga melepaskan tembakan peluru hidup ke atas penunjuk perasaan bagi meleraikan barisan mereka menggunakan kekerasan.

Manakala para penunjuk perasaan pula menghadapi peluru-peluru tersebut dengan laungan "La ilaha illallah Muhammad rasulullah ", "Mereka ada senjata api bersama mereka! Kita kita ada Allah bersama kita" , "Allahu akbar" di tengah-tengak kekecohan dan rebahnya para syuhada'.

Sumber : IkhwanOnline
#mesirkiniPasukan polis telah melancarkan serangan dengan tembakan peluru, pistol dan gas pemedih mata di segenap penjuru ke atas penunjuk perasaan aman di hadapan Bangunan Pengawal Republik ketika mereka sedang mengerjakan solat Subuh.

Di samping itu Pengawal Republik juga melepaskan tembakan peluru hidup ke atas penunjuk perasaan bagi meleraikan barisan mereka menggunakan kekerasan.

Manakala para penunjuk perasaan pula menghadapi peluru-peluru tersebut dengan laungan "La ilaha illallah Muhammad rasulullah ", "Mereka ada senjata api bersama mereka! Kita kita ada Allah bersama kita" , "Allahu akbar" di tengah-tengak kekecohan dan rebahnya para syuhada'.

Sumber : IkhwanOnline
‎#mesirkini
Terkini : Keadaan di hadapan bangunan Ibu Pejabat Pengawal Republik sekarang. Bilangan rakyat Mesir yang berkumpul dijangka bertambah dari masa ke semasa. 

Sumber : Laman fb FJP cawangan Kaherah. 
‎#mesirkini

Presiden Muhammad Mursi tidak meminta apa-apa dari para pemimpin Pengawal Republik kecuali Al-Quran dan sejadah untuk solat.

Dari sumber rasmi Kementerian Pertahanan dan Perisikan yang turut menolak rampasan kuasa telah menyampaikan berita kepada Ikhwan :

Presiden Muhammad Mursi tidak meminta apa-apa dari para pemimpin Pengawal Republik kecuali Al-Quran dan sejadah untuk solat.

Konco-konco Sobhi juga telah berkali-kali (6 kali) memujuk Dr Mursi untuk mengisytiharkan persaraannya dengan aman tetapi beliau menolak dengan tegas.

"Bunuhlah aku, kerana kematian ini lebih mudah bagiku daripada sumpah palsu"

*sumpah palsu adalah antara dosa-dosa besar

As-Sisi dan pimpinan tentera dalam keadaan tertekan kerana sebahagian dari tentera berpaling tadah daripada keputusan mereka.

Perisikan Tentera dan Perisikan Am mengadakan mesyuarat mereka di Istana Presiden dalam tempoh 24 jam bagi mengetahui keadaan terkini.

Sumber : Morseyooon
‎#mesirkini

Medan Rabiatul Adawiyah - Sebahagian wanita menyertai perarakan Pro Mursi di hadapan bangunan Ibu Pejabat Pengawal Republik dalam keadaan siap memakai kain kafan.

 Sejam yang lepas : Medan Rabiatul Adawiyah - Sebahagian wanita menyertai perarakan Pro Mursi di hadapan bangunan Ibu Pejabat Pengawal Republik dalam keadaan siap memakai kain kafan.

Mereka bersedia menyerahkan nyawa mereka demi sebuah perjuangan!

Sumber : نبض رابعة
‎#mesirkini

Berpuluh-puluh ribu penyokong presiden Dr Muhammad Mursi sedang memenuhi jalan Mustafa El-Nihas di Madinah

 Terkini : Berpuluh-puluh ribu penyokong presiden Dr Muhammad Mursi sedang memenuhi jalan Mustafa El-Nihas di Madinah Nasr menuju ke Medan Rabiatul Adawiah.

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
‎#mesirkini

Para pembangkang Mesir mengelirukan dan menipu, kata-kata mereka sangat bercanggah

[Para pembangkang Mesir mengelirukan dan menipu, kata-kata mereka sangat bercanggah]

Dr ‘Isam Aryan, Timbalan Ketua Parti Huriyyah wal Adalah mengesahkan bahawa golongan pembangkang hanya tahu untuk menipu rakyat, menyebarkan pembohongan dan memalsukan fakta.

Beliau menekankan bahawa tujuan utama penentang Dr Muhammad Mursi ini adalah untuk melakukan penyelewengan dan meraih keuntungan politik.

Dr ‘Isam Rayyan menyebut lagi dalam penulisannya di laman sesawang Facebook "pembangkang mengatakan bahawa Islamiyyin (orang-orang yang menyokong islam) telah menentang Demokrasi dan mereka tidak redha dengan hasilnya"

Meskipun fakta-fakta membuktikan bahawasanya mereka sendiri yang menentang demokrasi.

Sumber : IkhwanOnline

Penyokong Mursi di Tunisia

Suasana di hadapan Kedutaan Mesir di Tunisia. Para penunjuk perasaan sedang berdemonstrasi secara aman menyokong Presiden yang sah dan menolak rampasan kuasa tentera.

Penyokong Presiden Mursi dari Paris

 Penyokong Presiden Mursi dari Paris

Sumber : نبض رابعة 
‎#mesirkini

Gehad Haddad jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin

Gehad Haddad jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin berkata "Di sana hanya terdapat dua pilihan, tiada tiga : Pertamanya adalah membantah rampasan kuasa tentera dan mengembalikan Presiden Mursi untuk memimpin dialog politik dan membincangkan plan hala tuju negara, atau kita akan mati shahid dalam mencuba ke arah itu".

Sumber : نبض رابعة
‎#mesirkini

Para penyokong rampasan kuasa telah gagal membuat perhimpunan di Medan Basatin di Wadi El-jadid,

Para penyokong rampasan kuasa telah gagal membuat perhimpunan di Medan Basatin di Wadi El-jadid,

Penyokong-penyokong rampasan tentera pada awalnya menggunakan pembesar suara dan mengulang beberapa kali " Bagi sesiapa yang takut anak-anaknya menerima nasib yang sama seperti di Iskandariah dan dilempar dari atas bangunan, sila turut hadir bersama kami, kami Muslimin"

Sumber : نبض رابعة
‎#mesirkini

Dunia menjadi saksi sejarah Mesir hari ini !!

Dunia menjadi saksi sejarah Mesir hari ini !!

‎#mesirkini

71 rakyat Mesir syahid (dengan Izin Allah) sejak tentera menggulingkan Mursi

Jumlah rakyat Mesir yang syahid (dengan Izin Allah) sejak tentera menggulingkan Mursi. Ayuh terus sebarkan maklumat. Kita doakan yang terbaik buat negara Mesir.

Sumber : Rassd
‎#mesirkini

Anak-anak Pakistan memegang poster Presiden Dr Muhammad Mursi

Anak-anak Pakistan memegang poster Presiden Dr Muhammad Mursi sambil berdiri di atas poster Abdul-Fattah As-Sissi semasa perhimpunan yang dipanggil Jumaat Al-Islami di Karachi, Pakistan, Ahad, 07 Julai

Sumber : RNN 
‎#mesirkini

Ya Allah selamatkanlah Mesir

Peta ini (bertanda merah) menunjukkan tempat-tempat yang dipenuhi oleh penyokong Presiden Dr Muhammad Mursi yang menolak rampasan kuasa tentera di Madinah Nasr, Ahad 2013/7/7

Sumber : RNN
‎#mesirkini

Mereka tidak akan pulang walaupun terpaksa mengorbankan jiwa-jiwa mereka

Dr Solah Sultan menegaskan bahawa himpunan jutaan rakyat Mesir adalah untuk menuntut Presiden Mursi kembali berkuasa, mereka tidak akan pulang walaupun terpaksa mengorbankan jiwa-jiwa mereka.

Sumber : IkhwanOnline
‎#mesirkini

Tajuk surat khabar di London

“Bertahanlah wahai ayahku, sesungguhnya kami nazarkan dikau kepada tanah air ini, cukup lah Allah bagi kami"

[“Bertahanlah wahai ayahku, sesungguhnya kami nazarkan dikau kepada tanah air ini, cukup lah Allah bagi kami"]

Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”, menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata: 

"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami”

Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"

"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.

Beliau menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran, dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".

Beliau juga memberi ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya jua.."

" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan". (nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum musyrikin)

Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr. Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah, dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir, tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita".

Sumber : IkhwanOnline
‎#mesirkini

Masa depan Mesir kabur?


Masa depan Mesir kabur?

2013
Masa depan Mesir kabur?
2011
KIRA-kira dua setengah tahun lalu, Dataran Tahrir menjadi lokasi utama penduduk Mesir meraikan ‘kemenangan’ selepas bekas pemimpin diktator, Hosni Mubarak digulingkan.

Perjuangan rakyat menerusi protes besar-besaran selama 18 hari menuntut hak mereka akhirnya menyaksikan bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 30 tahun digulingkan pada 11 Februari 2011.

Pengunduran beliau dilihat memberi harapan baru kepada rakyat Mesir untuk menjalani kehidupan lebih baik di bawah pemerintahan pemimpin baru.

Bagaimanapun, tempoh setahun yang diberikan kepada Presiden Mohammed Mursi dan kegagalannya dalam memenuhi tuntutan rakyat menyebabkan beliau turut menerima nasib sama seperti Mubarak.

Mursi digulingkan hanya dalam tempoh empat hari selepas protes besar-besaran anjuran kempen Tamarod diadakan pada ulang tahun pertama pelantikan beliau sebagai presiden.

Kebanyakan rakyat merasakan pakej ikrar Mursi dijanjikan beliau ketika kempen pilihan raya presiden pada tahun lalu gagal ditepati dalam tempoh singkat  walaupun pemimpin tersebut cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua pihak.

Tentera menggunakan peluang tersebut untuk campur tangan dan memperoleh sokongan walaupun sebelum ini mereka pernah mencetuskan huru-hara selepas mengambil alih pemerintahan secara sementara kira-kira dua tahun lalu.


Rancangan tentera

Apabila pemerintah tertinggi tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan Perlembagaan digantung dan hala tuju beliau kononnya untuk kembali kepada pemerintahan demokrasi, Abdel Fattah dilihat seakan berhati-hati supaya tidak membuat kesilapan sama seperti sebelum ini.

Tidak seperti bekas Menteri Pertahanan era pemerintahan Mubarak, Hussein Tantawi yang melantik dirinya sebagai pengganti bekas pemimpin itu.

Jeneral Abdel Fattah melantik Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan, Adli Mansour sebagai pemimpin sementara.

Selain itu, Abdel Fattah turut memaklumkan kerajaan teknokrat akan membantu Adli hingga Pilihan Raya Presiden dan Parlimen diadakan.

Dalam ucapannya disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan, Jeneral tersebut juga menyatakan secara simbolik bahawa beliau akan memastikan pemimpin politik dan agama sentiasa berdiri di sisinya.

Difahamkan, Ketua Universiti al-Azhar dan Paus Kristian Koptik turut menyokong beliau selepas insiden keganasan etnik yang semakin meningkat di negara itu.

Ketua blok pembangkang liberal utama, Mohammed ElBaradei juga menyatakan tuntutan rakyat telah dipenuhi dan revolusi 2011 dilancarkan semula.

Bagaimanapun, penyokong Mursi yang tidak henti-henti menyokong beliau seakan tidak dapat menerima nasib yang menimpa pemimpin mereka.

Mereka melihat ia sebagai satu rampasan kuasa yang jelas dan dianggap sebagai tindakan melemahkan demokrasi.

Beberapa penganalisis mula menyatakan kebimbangan mereka terhadap campur tangan tentera di rantau tersebut.

Walaupun penglibatan tentera dalam politik di Turki tidak secara menyeluruh, mereka pernah merampas kuasa sebanyak empat kali.

Di Algeria, lebih 150,000 terbunuh dalam perang saudara selepas tentera membatalkan keputusan pilihan raya yang dimenangi parti Islam pada 1992.

Sejak beberapa hari lalu juga menunjukkan satu peringatan jelas bahawa tentera Mesir adalah satu institusi kuat di negara tersebut yang mengukuhkan peranan mereka sebagai ‘penjaga nilai sekular’.

Pada masa ini, banyak pihak bergantung dengan tentera yang diharap dapat memulihkan keadaan tanpa melibatkan pertumpahan darah dan disusuli dengan mengotakan janji mereka termasuk mengemudi Mesir untuk mengharungi cabaran akan datang.

Tugas utama kerajaan yang tidak dapat dilaksanakan di bawah pemerintahan Mursi adalah menangani krisis ekonomi termasuk pelaburan dan sektor pelancongan yang terus dilanda masalah akibat kesilapan pengurusan.

Inflasi juga telah meningkat dan masalah lain seperti bekalan kuasa elektrik dan bekalan bahan api masih tidak mencukupi hingga kini.

Kegagalan untuk menangani masalah seumpama itu hanya akan menyebabkan rakyat menjadi lebih kecewa dan kitaran protes akan terus melanda Mesir.

Adakah perkembangan terbaru ini merupakan satu peluang kepada Mesir untuk mencetuskan kembali revolusi atau membawa kepada keganasan lebih buruk di negara itu?

Senario di Mesir boleh merebak ke Tunisia?


Senario di Mesir boleh merebak ke Tunisia?
Senario di Mesir boleh merebak ke Tunisia?
RACHED Ghannouchi yang mengetuai parti pemerintah Tunisia, Ennahda yang mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwanul Muslimin menolak kemungkinan akan berlaku senario sama di negara itu selepas Mursi digulingkan.

"Ada pihak merasakan mereka boleh mengulang semula insiden sama di Tunisia, namun usaha mereka hanya sia-sia.

Situasi di Tunisia adalah berbeza daripada konflik yang sedang melanda Mesir," jelasnya.

Menurutnya, mereka telah menggunakan strategi berdasarkan persetujuan antara gerakan Islam dan moden yang menyelamatkan negara tersebut daripada konflik.

Difahamkan, penduduk Tunisia turut melancarkan kempen Tamarod yang sebelum ini menjadi penggerak kepada protes besar-besaran menentang Mursi pada 30 Jun lalu.

Selain itu, Rached juga menegaskan tentera di Tunisia berada di luar kuasa bidang politik dan keadaan itu menyebabkan ia adalah satu perkara mustahil untuk menyaksikan insiden rampasan kuasa.

"Mursi terpaksa akur dengan kata dua yang diberikan tentera kerana mereka mempunyai pengaruh yang besar, memandangkan negara itu telah diperintah angkatan tentera selama 60 tahun," katanya.

Kestabilan politik di Afrika Utara yang pernah terjejas akibat revolusi kebangkitan rakyat lebih dua tahun lalu didakwa masih rapuh.   

Kuasa politik kini terperangkap dalam satu perdebatan kerana mereka terus berusaha untuk membuat pasca revolusi Perlembagaan.

Walaupun Parlimen dikuasai parti Ennahda, kerajaan masih gagal untuk menerima pakai Perlembagaan baru. 

Perlembagaan baru itu dianggap sebagai kunci utama untuk mengembalikan kestabilan di Tunisia dan dapat membantu mengatasi krisis politik, pergolakan sosial dan serangan ganas oleh kumpulan radikal yang mencetuskan kekacauan sejak tercetusnya revolusi tersebut.

Pada masa ini, penganjur Tamarod di Tunisia mendakwa telah memperoleh 180,000 tandatangan menerusi petisyen antikerajaan dilancarkan pada minggu lalu yang menuntut Perhimpunan Kebangsaan dibubarkan.

Bagaimanapun, ia tidak dapat disahkan, namun laman Facebook kumpulan itu menunjukkan mereka mempunyai tidak kurang daripada 4,500 ahli dan petisyen dalam talian juga memperoleh tidak kurang daripada 10,000 tandatangan.

Perhimpunan Kebangsaan telah dibentuk pada Oktober 2011, beberapa bulan selepas kebangkitan rakyat menggulingkan bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali.


Petanda buruk bagi gerakan Islam?

Insiden penggulingan Mursi telah memberi satu tamparan hebat kepada pemerintah Hamas, sekali gus mencetuskan persoalan berhubung masa depan gerakan Islam di rantau itu.

Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan beliau sedang memantau perkembangan tersebut di Gaza dan berharap hubungan itu akan bertahan walaupun Mesir kini dilanda krisis. 

"Kami tidak gentar dengan situasi ini walaupun kadangkala negara Islam terpaksa berhadapan kesukaran akibat campur tangan asing," jelasnya.

Khamis lalu, Mesir turut bertindak menutup pintu sempadan dengan memberi alasan bimbang terhadap keselamatan selepas suspek militan melancarkan serangan di empat kawasan di utara Semenanjung Sinai.

Susulan daripada insiden itu, kira-kira 200 penduduk Palestin terpaksa pulang ke Gaza.

Kebanyakan pegawai Hamas melihat keadaan politik di Mesir itu mungkin akan menyebabkan kedudukan serantau menjadi lemah dalam jangka masa pendek. 

Gaza dan Mesir mempunyai hubungan yang rapat kerana kedua-dua negara tersebut turut berkongsi sempadan termasuk hubungan kebudayaan penting.

Selain itu, Kaherah turut menjadi pembekal utama pelbagai barangan termasuk bahan api, walaupun kebanyakannya terpaksa diseludup melalui terowong rahsia.

Pengulas pro-Hamas, Mustafa Sawaf berpendapat hubungan Mesir dan Gaza akan menjadi suam-suam kuku untuk sementara waktu, namun ia dijangka kembali seperti biasa selepas keadaan reda.

"Bagi mengekalkan kepentingan awam,  hubungan erat antara Gaza dan Mesir amat diperlukan," katanya.

Sebelum ini, sejurus selepas beliau dilantik sebagai presiden, Mursi bertindak segera menjalinkan semula hubungan dengan Hamas selepas hubungan bersama pemerintah terdahulu, Hosni dilaporkan tegang selama beberapa tahun.

Apakah kempen Tamarod?

1. Tamarod bermaksud pemberontak dalam bahasa Arab.

2. Diasaskan oleh lima aktivis Gerakan Perubahan untuk Mesir pada akhir April lalu yang menolak perubahan politik semasa pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak pada 2004-2005.

3. Gerakan pembangkang di peringkat akar umbi ini mendakwa berjaya memperoleh 22 juta tandatangan (hampir separuh daripada 50 juta penduduk yang layak mengundi) menerusi petisyen menuntut Mursi berundur.

4. Walaupun gerakan ini pernah menyertai protes menuntut Hosni berundur pada 2011, mereka tidak memainkan peranan penting ketika itu.

5. Mempunyai penyelaras rangkaian di 27 wilayah di negara itu dengan dianggotai kumpulan sukarelawan.

6. Antara rungutan yang terkandung dalam petisyen mereka;

-Tahap keselamatan tidak dipulihkan sejak revolusi 2011.

-Golongan miskin tidak diterima masyarakat.

-Kerajaan terpaksa meminta bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk pinjaman berjumlah AS$4.8 (RM15.3 bilion) bilion bagi menyokong kewangan awam.

-Tiada keadilan terhadap mangsa yang terkorban akibat tindakan keselamatan pasukan keselamatan semasa protes antikerajaan ketika revolusi kebangkitan rakyat.

-Ekonomi merosot dengan pertambahan golongan miskin dan peningkatan inflasi.