Showing posts with label gaji. Show all posts
Showing posts with label gaji. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Surat cuti tanpa gaji ditarik balik, bayar gaji minimum

PUTRAJAYA 3 Ogos – Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam hari ini memberi jaminan kepada lebih 400 pekerja Dawama Sdn Bhd (Dawama) bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.
Beliau berkata, ini kerana tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.
Katanya, Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.
Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca-Kabinet di sini hari ini.
""Di dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula dan memulihkan pernigaan,” katanya. – Bernama
utusan

Monday, May 23, 2011

Gaji menteri Singapura disemak


SINGAPURA 22 Mei – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.

Beliau memberitahu Channel NewsAsia hari ini formula gaji sebelum ini menjadikan menteri-menteri sebagai jutawan menyebabkan ramai pengundi marah sehingga mempengaruhi majoriti undi Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum negara ini, baru-baru ini.
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dilapor telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula skim gaji menteri-menteri Kabinet yang menerima pendapatan antara S$1.57 juta (RM3.8 juta) hingga S$3.04 juta (RM7.4 juta) pada 2009.
Gerard Ee yang dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa itu berkata, langkah itu akan mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinet jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.
“Formula yang digunakan sekarang untuk mengira gaji menteri-menteri Kabinet akan dimansuhkan,” katanya selepas Kabinet baru republik ini mengangkat sumpah, semalam.
Hsien Loong dan 15 menteri Kabinet barunya mengangkat sumpah di hadapan Presiden S.R.Nathan di Istana Presiden, semalam.
Kabinet baru dengan hanya 15 menteri berbanding 21 sebelum ini menyaksikan beberapa muka baru selepas sembilan menteri termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong bersara.
Gaji tinggi yang diterima anggota Kabinet merupakan satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum lalu, selain kenaikan kos tinggi perumahan awam, penjagaan kesihatan dan barangan asas. – Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Wednesday, January 12, 2011

5 bulan tak bergaji

TAIF: Beberapa kakitangan di tiga buah hospital di selatan Taif semalam mendesak pihak berkuasa bertindak serta-merta terhadap majikan mereka selepas mereka tidak dibayar gaji selama lima bulan.
Sebahagian daripada 40 warga Saudi yang bekerja di hospital itu berkata, pihaknya bosan dengan janji daripada pegawai syarikat dan Pentadbiran Kesihatan Taif yang mereka dakwa memihak kepada syarikat itu.

Mereka berkata, kelewatan itu sudah sering berlaku. Mereka sebelum ini tidak menerima bayaran selama enam bulan, kemudian empat bulan.

Tahun lalu, Emir Makkah terpaksa campur tangan bagi menyelesaikan masalah itu.

Seorang kakitangan yang mahu dikenali sebagai AH saja berkata, kelewatan itu menyebabkan kehidupan keluarganya menderita. - Agensi