Tindakan beliau disifatkan suatu tindakan tegas terhadap kezaliman Zionis terhadap umat Palestin yang dibunuh bagaikan binatang saban hari tanpa belas kasihan dan peri kemanusiaan. Inilah semangat persaudaraan Islam dan sesama manusia yang ditunjukkan oleh seorang atlit yang mempunyai prinsip. Allahuakbar!! Prinsip mcm ini yang kita mahu ada pada atlit2 kita atau seluruh atlit muslim di dunia ni!
Showing posts with label ganjil. Show all posts
Showing posts with label ganjil. Show all posts
Wednesday, August 1, 2012
Perenang Tunisia Taqi Murabit menarik diri dari menyertai acara saringan renang Sukan Olimpik London kerana acara saringan tersebut turut disertai perenang Israel
Tindakan beliau disifatkan suatu tindakan tegas terhadap kezaliman Zionis terhadap umat Palestin yang dibunuh bagaikan binatang saban hari tanpa belas kasihan dan peri kemanusiaan. Inilah semangat persaudaraan Islam dan sesama manusia yang ditunjukkan oleh seorang atlit yang mempunyai prinsip. Allahuakbar!! Prinsip mcm ini yang kita mahu ada pada atlit2 kita atau seluruh atlit muslim di dunia ni!
Monday, July 5, 2010
Janda hidap penyakit ganjil
BARWELL – Seorang wanita di Britain, Donna Glover (gambar) menghidap penyakit ganjil iaitu ketagih untuk berasmara, lapor sebuah akhbar semalam.
Akibat penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Kleine-Levine (KLS), Donna yang merupakan janda beranak satu berusia 40 tahun itu terdesak untuk melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki termasuk orang asing.
“Apabila saya diserang penyakit itu, saya mahu berasmara tanpa mengira masa dan tempat,” kata Donna.
Wanita itu yang berasal dari sini, England, menghidap KLS sejak berusia belasan tahun tetapi penyakit tersebut yang menyerang seorang daripada setiap enam juta manusia berjaya dikesan oleh seorang doktor hanya pada tahun lalu.
“Saya juga pernah berasmara di mana-mana sahaja termasuk rumah, hotel dan di dalam kereta,” jelasnya.
Kini, dia yang telah mengetahui cara mengenai simptom-simptom KLS akan membuang bateri telefon, mengelak daripada melayari Internet dan berkurung di rumah apabila merasai penyakit itu akan menyerangnya.
Simptom paling dominan penyakit itu adalah pesakit akan tidur dalam tempoh yang panjang iaitu sehingga 18 jam sehari selain mengalami perubahan tingkah laku termasuk peningkatan nafsu seks mendadak.
Penyakit tersebut yang dipercayai berpunca daripada ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak turut menyebabkan pesakitnya mempunyai nafsu makan yang kuat. – Agensi
kredit : kosmo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)