Thursday, October 16, 2014

Siasat dahulu tinggal solat Jumaat tiga kali


ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kelantan mengenakan denda kurang RM1,000 atau penjara kurang setahun atau kedua-dua sekali terhadap mereka yang disabitkan kesalahan meninggalkan solat Jumaat secara sengaja tiga kali berturut-turut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, sehingga kini hanya satu kes sahaja yang dikenakan hukuman terhadap kesalahan tersebut.

Bagaimanapun katanya, siasatan dibuat terlebih dahulu terhadap lelaki dewasa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie.

“Setelah lelaki berkenaan dikenal pasti sama ada mendapat laporan daripada orang awam atau imam, orang berkenaan akan dikehendaki menandatangan borang khas kedatangan ketika datang solat Jumaat di masjid.

“Dan apabila didapati borang berkenaan tidak diisi bermakna lelaki berkenaan terbukti meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja.

“Pendakwaan akan dilakukan terhadap orang terbabit sebelum dijatuhi denda kurang daripada RM1,000 atau penjara kurang setahun atau kedua-dua sekali,” katanya ketika menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) pada persidangan Dun hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Adun sama, Nassuruddin berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) juga akan membuat pemantauan terhadap golongan belia yang datang ke masjid, namun tidak menunaikan solat Jumaat.

Katanya, bahagian penguatkuasa Jaheaik akan membuat pemantauan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kita sedia menimbangkan cadangan Adun Kijang untuk melantik pemantau kalangan wanita bagi memastikan remaja yang datang ke masjid benar-benar menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya kerajaan negeri menganjurkan program Bulan Sembahyang sejak berpuluh tahun lalu bagi mendidik generasi muda terhadap kewajiban menunaikan solat.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri akan membina Masjid Sultan Muhammad V di kawasan seluas 10.6 ekar di Bandar Baru Tunjung membabitkan kos kira-kira RM20 juta.

Katanya, masjid kesenian Melayu Kelantan itu menggantikan Masjid al Hussaini sebelum mahu ditaja seorang tokoh korporat, namun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

“Masjid tersebut dengan keluasan 78,443 kaki persegi setinggi dua aras akan mengandungi bilik solat diraja, tadika, bilik musafir, tempat memandikan jenazah dijangka dapat menampung sehingga 10,000 jemaah.

“Pembinaannya akan dijalankan secara berfasa mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri. Masjid itu akan mempunyai 11 kakitangan termasuk dua imam,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Kita tahu syarikat mana jadi Ali Baba - Ku Li


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa terdapat syarikat Melayu yang didalangi orang lain, bukan sahaja tidak dikenakan tindakan akan tetapi anehnya ia diberi keistimewaan pula oleh kerajaan.

Bekas menteri kewangan itu berkata, hal ini berlaku kerana terdapat pihak yang berkepentingan didalamnya sehingga undang-undang sedia ada tidak dilaksanakan dengan konsisten.

Ujar beliau, isu Ali Baba ini berkait rapat dengan kronisme yang menyebabkan ianya menjadi lebih sukar untuk dihapuskan.

"Apa pun tafsirannya, intipati atau pengertian sebenar (‘substance’) kronisme dan Ali Baba mempunyai banyak persamaan.

"Malahan, kewujudan kedua-kedua konsep ini hampir seperti pasangan yang saling melengkapi, dan pada hemat saya, kedua-duanya tidak baik, merosak dan merugikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Barah Ali Baba di bumi Malaysia' di Forum Anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, di International Institute of Islamic Thought & Civilisation pagi ini.

Menurut beliau, dalam menangani isu Ali Baba ini, kebijakan dan iltizam yang kuat diperlukan di peringkat atasan dan agensi pelaksana.

"Walaupun agak terlewat, mungkin kita perlu untuk menggubal undang-undang yang secara spesifik akan membolehkan pelaku yang menyumbang kepada gejala Ali Baba ini di ambil tindakan.

"Tetapi, seperti dasar-dasar lain sebelumnya, undang-undang tanpa pelaksanaan yang konsisten, tegas dan tanpa prejudis tidak akan membawa kita ke mana-mana," katanya.

OSA banyak dosa

Bercakap pada sidang media selepas itu, Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

Beliau menjelaskan, tidak wajar OSA digunakan untuk menghalang mana-mana pihak mendedahkan kesalahan rasuah yang dilakukan oleh sesuatu pihak.

"Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

"Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula kerana cenderung disalah guna memandangkan ianya memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan. -HARAKAHDAILY 16/10/2015

Toyota Kerah Balik 1.75 Juta Kenderaan Di Seluruh Dunia


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 7:51 PM
Crown Majesta adalah antara model yang popular di Jepun turut dipanggil balik oleh Toyota kerana masalah kecacatan pada beberapa bahagian yang boleh membawa risiko ketika memandu.

TOKYO: Pembuat kereta terbesar dunia, Toyota pada Rabu mengeluarkan notis global memanggil balik 1.75 juta modelnya yang diedarkan di seluruh dunia berhubung komplikasi brek dan beberapa isu termasuk risiko kebakaran.
Ini termasuklah jenama mewahnya, Lexus dan Crown Majesta.
Sebahagian besar masalah pada bahagian brek ini dikenalpasti melibatkan 802,000 model yang dihasilkan dari Jun 2007 dan Jun 2012 untuk edaran di Jepun dan China.
"Ini bukan bermakna brek tidak efektif ketika digunakan tetapi prestasinya akan berkurangan selepas satu jangka masa tertentu," kata Toyota dalam emelnya kepada seluruh pelanggan yang terlibat.
Sementara itu dalam isu yang berasingan sejumlah 759,000 model lagi turut dipanggil balik termasuk model mewah Lexus dan Crown Majesta kerana masalah yang baru dikenalpasti di paip saluran minyak yang berpotensi mencetuskan kebakaran.
Model-model yang terlibat adalah keluaran antara Januari 2005 hingga September 2010.
Separuh daripada jumlah yang dikenalpasti itu dijual di Amerika Syarikat manakala 109,000 lagi di Jepun.
Untuk model yang diedarkan di Jepun ia adalah keluaran Oktober 2006 dan Oktober 2014.
"Walaupun risiko masalah ini baru dikenalpasti tetapi Toyota tidak menerima laporan sebarang kebakaran, kemalangan, kecederaan atau maut yang berpunca darinya," jelas Toyota.
Empat bulan yang lalu, Toyota memanggil semula 2.27 juta modelnya di seluruh dunia kerana kecacatan pembuatan yang akan menyebabkan beg angin gagal berfungsi sekiranya berlaku kemalangan.
Dan sejak awal tahun ini, Toyota secara keseluruhannya memanggil balik 11 juta kenderaan di seluruh dunia atas masalah-masalah teknikal dan pembuatan yang baru dikenalpasti.
Ini termasuklah memanggil balik 1.9 juta unit Toyota Prius hybrid Februari lalu.

Kes Azmin Berkaitan PKNS Masih Dalam Siasatan - SPRM


Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 3:04 PM

KUALA LUMPUR: Dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam kenyataan pada Rabu berkata, pegawai penyiasat kes masih dalam proses mengumpulkan bukti dan keterangan berhubung isu itu.

"SPRM tidak akan mendedahkan atau memberi maklum balas berhubung siasatan ini sehingga dibawa kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, meminta pihak SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan salah laku rasuah menteri besar Selangor itu ketika menyandang jawatan pengerusi PKNS.

Pihak yang telah membuat laporan kepada SPRM boleh menghubungi pejabat SPRM untuk mendapatkan maklum balas berhubung kes itu tanpa melalui pihak ketiga, kata Mohd Jamidan.

Sehubungan itu SPRM meminta orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kes berkenaan.

RM26.8 Juta Untuk Baiki Stadium Terengganu Yang Bermasalah


Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 10:12 AM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh lima tahun yang lalu dengan kos sebanyak RM26.8 juta, melibatkan 14 kontraktor.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pembaikan melibatkan tempat duduk penonton, lif, surau, kemudahan asas, sistem elektrik dan mekanikal.

"Kita perlu menambah baik stadium memandangkan ia telah lama terbiar. Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memastikan bahawa kontraktor yang dilantik adalah kompeten.

"Kerja-kerja perlu diagihkan kepada beberapa kontraktor yang mampu dan pakar dalam bidang masing-masing.

"Kontraktor yang tidak kompeten dan tidak berpengalaman tidak akan diupah kerana kami tidak mahu kejadian itu berulang," katanya pada sidang media yang turut dihadiri oleh Pengarah JKR negeri, Datuk Shafie Mohamad.

Ahmad Razif berkata JKR telah memberi jaminan bahawa stadium itu boleh digunakan pada bulan Januari sebagai persiapan menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala FA dengan kapasiti 35,000 penonton.

Beliau berkata disebabkan pembaikan tidak akan melibatkan bahagian bumbung dan lampu, perlawanan hanya dapat diadakan pada waktu siang.

"JKR telah berjanji semua kerja-kerja pembaikan di stadium akan siap pada Jun tahun depan. Meskipun demikian kami sedang mencari formula untuk memperbaiki lampu dan bumbung stadium selepas ini," katanya.

Stadium ini telah siap pada tahun 2008 untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia. Ia runtuh pada 2 Jun 2009, setahun selepas ia digunakan.

Penyiasat Malaysia berjaya masuk ke tapak nahas MH17

RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 11:19 AM


PASUKAN penyiasat Malaysia berjaya memasuki kawasan nahas MH17 di Timur Ukraine semalam. - Foto REUTERS
 

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Malaysia berjaya memasuki kawasan nahas MH17 di Timur Ukraine semalam bagi mengambil barangan peribadi milik mangsa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bagaimapaun pasukan itu tidak dibenarkan untuk mencari bangkai pesawat malang itu.

"Kita sentiasa mendesak untuk masuk dalam tempoh ruang yang kecil ini sebelum tiba musim sejuk. Semalam, sekumpulan penyiasat kita dapat masuk, tapi hanya masuk ke lokasi nahas bagi mengambil barang peribadi mangsa MH17.



"Kalau boleh kita masuk mencari bangkai MH17, itu penting untuk kumpul bukti-bukti bagi kita menyiasat dengan lebih mendalam," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata rundingan masih diteruskan dengan pihak pemisah namun jika usaha memasuki kawasan nahas gagal sebelum tibanya musim sejuk, bermakna usaha itu hanya dapat dilakukan semula menjelang April tahun depan.

Beliau menjelaskan, usaha rundingan bagi mendapatkan persetujuan gencatan senjata dengan puak pemisah di Ukraine diakui sukar dan memerlukan masa yang lebih lama memandangkan jumlahnya besar iaitu sekitar 12 dan 13 kumpulan.

"Kita faham kesulitan di Ukraine, bukan senang untuk dapat persetujuan kumpulan pemisah. Pasukan antarabangsa berusaha gigih untuk dapatkan persetujuan Ukraine dan pemisah. Kalau boleh kita pun mahu keluarkan bangkai pesawat MH17 itu sendiri (dari lokasi nahas)," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), tempat perbicaraan sekiranya pihak yang bertanggungjawab dapat dikesan dan ditangkap, ia bergantung sepenuhnya kepada tempat yang paling mudah bagi pendakwaan dijalankan.

Kedutaan Jepun nafi Shinzo Abe peluk Islam

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. - Foto AFP
RABU, 15 OKTOBER 2014 @ 11:38 PM
 
Kuala Lumpur: Kedutaan Jepun di sini menafikan bahawa Perdana Menteri, Shinzo Abe, sudah memeluk Islam dan menukar nama beliau kepada Asif Khan.

Pegawai kanan kedutaan, Takashi Yokoyama yang dihubungi malam tadi berkata, perkara itu tidak benar.

"Berita yang tersebar itu tidak benar dan tidak berlaku. Ia hanya khabar angin. Jika benar kami pasti mengetahuinya lebih awal. Perdana Menteri Shinzo Abe tidak memeluk Islam," katanya.

Khabar angin yang mengatakan Abe memeluk Islam tersebar luas di media sosial semalam dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Bangkok bakal bina pencakar langit


Bangkok: Sebuah syarikat hartanah tempatan mengumumkan rancangan mereka membina pencakar langit di Bangkok dan menjadi satu daripada 10 bangunan tertinggi di dunia apabila ia siap lima tahun lagi.
Bangunan 125 tingkat itu akan dibina setinggi 615 meter dan dilengkapi sebuah hotel mewah, pejabat dan pelantar tinjau yang menghadap ke arah pusat kota raya Bangkok.
Dalam kenyataannya semalam, syarikat Grand Canal Land Public Company Ltd berkata bangunan itu akan menjadi pusat perniagaan, beli-belah dan kediaman terbaru di Bangkok.
"Ia menelan belanja sebanyak Bht100 bilion (RM10 bilion)," katanya.
Pengumuman semalam dianggap satu petanda keyakinan pelabur terhadap ekonomi Thailand yang sebelum ini kehilangan dinamisme akibat konflik politik berpanjangan.
Jika ia siap dibina hari ini, Super Tower akan berada di tempat kedua di belakang Burj Khalifa di Dubai. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:41 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2208#sthash.TXWBiECQ.dpuf

Kuota haji tahun depan kekal

SUASANA di Masjidilharam, minggu lalu.
Jeddah: Arab Saudi akan kekalkan pengurangan kuota 20 peratus terhadap jemaah haji asing dan 50 peratus jemaah tempatan untuk musim haji tahun depan.
"Langkah mengekalkan kuota akan diteruskan sehingga fasa ketiga kerja meluaskan kawasan tawaf sekeliling Kaabah siap sepenuhnya," kata Menteri Haji, Bandar Hajjar ketika memberi taklimat kepada pegawai kanan kementerian serta agensi dan jabatan berkaitan.
Projek pembesaran yang dilakukan adalah yang terbesar dalam sejarah Masjidilharam.
Arab Saudi mula mengurangkan kuota jemaah itu pada 2013.
Tempoh untuk visa umrah juga dikurangkan kepada 14 hari sebagai usaha untuk mengurangkan kesesakan di Masjidilharam.
Dalam pada itu, Bandar berkata, pelaksanaan laluan elektronik secara menyeluruh bagi jemaah haji sudah bermula.
Menurutnya, semua jemaah dikehendaki menggunakan sistem itu untuk menunaikan haji tahun depan.
Beliau menggesa agensi perkhidmatan haji dan pelancongan serta agensi berkaitan mengambil kesempatan terhadap projek berkenaan yang bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk jemaah haji. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:38 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2194#sthash.3e0hrC1i.dpuf

Dibenar cerai isteri dirasuk jin


Dubai: Seorang lelaki dibenarkan menceraikan isterinya selepas mendakwa isterinya dirasuk jin menyebabkan dia enggan tidur bersama.

Lelaki berkenaan memfailkan kes cerai terhadap wanita berkenaan selepas dia berulang kali menolak melakukan seks dan keluarganya memaklumkan dia dirasuk jin.
Menurut rekod, lelaki itu sudah bersabar dan memujuk sekian lama tetapi isterinya tetap enggan tidur bersama.
Wanita itu meminta suaminya berbincang dengan keluarganya yang kemudian mengaku bahawa usaha mengusir jin dari dalam badan wanita itu gagal walaupun sudah berubat berulang kali.
Mahkamah syariah Dubai membenarkan lelaki itu bercerai tetapi mengarahnya membayar wang mutaah sebanyak kira-kira Dh40,000 (RM35,650).
Bagaimanapun, mahkamah rayuan semalam memutuskan lelaki itu tidak perlu membayar wang berkenaan atas alasan wanita itu dan keluarganya tidak berterus terang sebelum pasangan itu berkahwin. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:38 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2191#sthash.QgW7Eb2U.dpuf

Nekad terjun dua tingkat elak dibelasah suami


Sharjah (Emiriyyah Arab bersatu): Seorang wanita bersama ibu dan anak perempuannya cedera selepas nekad terjun dari tingkat dua apartmen mereka untuk menyelamatkan diri dari dibelasah suaminya yang kejam.
Ketiga-tiganya memberitahu polis lelaki itu mengunci mereka di dalam kediaman itu dan memukul mereka selama dua hari sebelum mereka berjaya memecahkan tingkap dan melarikan diri melalui balkoni rumah itu.
Akhbar Emarat Al Youm melaporkan, tiga mangsa itu dibawa ke Hospital Al Qassimi untuk rawatan manakala polis memburu lelaki terbabit yang sudah menghilangkan diri.
"Si isteri mengadu kepada polis bahawa suaminya memukul mereka bertiga kerana pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga," lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun, kewarganegaraan dan usia tiga mangsa itu tidak dinyatakan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:41 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2216#sthash.0WeeY6hb.dpuf

Bunga api abu mayat


Agensi
London
Seorang wanita, Annette Maunder, yang mati akibat kanser bulan lalu memilih 'majlis pengebumian' lain daripada yang lain apabila mahu abu mayatnya dijadikan bunga api dan diletupkan di udara.
Annete, 55, sempat membincangkan idea berkenaan bersama suaminya, Gary - bekas anggota tentera laut - dan dia kini berusaha memenuhi permintaan terakhir wanita itu.
Dia menghubungi syarikat bunga api, Heavenly Stars Fireworks, yang mengambil masa dua minggu untuk membuat 250 bunga api khas berkenaan.
Abunya dicampurkan dengan belerang dan dimasukkan dalam bunga api yang bakal menghasilkan letupan pelbagai bentuk termasuk bunga dan ekor naga.
Acara melepaskan abu Annette ke udara itu dijadualkan bulan depan di Devonport Park di Plymouth, Devon.
"Pasti Annette menyukainya. Memang inilah cara terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal daripada kami semua.
"Berkahwin dengannya sepanjang 13 tahun lalu adalah tempoh paling bahagia dalam hidup saya. Malangnya dia akhirnya kalah kepada kanser.
"Annette begitu unik, tiada yang lain sepertinya," kata Maunder.
Pameran bunga api itu dianggarkan selama dua minit dengan disaksikan keluarga dan sahabat terdekat Annette di taman berkenaan.
Menurut Maunder secara kebetulan, acara itu juga diadakan serentak dengan ulang tahun ke-60 sahabat karibnya, Joan, yang banyak memberi sokongan kepada Annette sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.
"Kami semua teruja dan tidak sabar menanti hari istimewa itu," katanya.
Jurucakap rumah pengebumian Cooperative Funeral Care Service Hayley Pell berkata, pihaknya menjual bunga api berkenaan bagi pihak Heavenly Stars.
"Kebanyakan budaya di seluruh dunia melihat majlis pengebumian sebagai detik yang merapatkan hubungan sesama masyarakat dengan meraikan kehidupan yang pernah dilalui orang yang mereka sayangi.
"Itulah pendekatan diambil Maunder dan kami berharap dapat memenuhi permintaannya serta Annette melalui acara ini.
"Ia cara yang begitu indah untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
"Acara itu akan dihadiri bukan saja Maunder malah juga sahabat serta keluarga terdekat mereka, selain pihak kami serta paderi yang akan membantu memastikan segalanya berjalan dengan sempurna," katanya.
Jurucakap Heavenly Stars Fireworks berkata, kaedah itu semakin popular untuk majlis pengebumian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:41 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2217#sthash.vKMzR78u.dpuf

Zuckerberg sumbang AS$25 juta untuk banteras Ebola



PEKERJA kesihatan sedang mengalihkan mayat seorang wanita yang akibat akibat Ebola di Freetown, Sierra Leone, kelmarin. - Reuters


NEW YORK – Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan akan menderma AS$25 juta (RM81.94 juta) kepada Yayasan Kawalan Penyakit bagi memerangi wabak Ebola yang semakin merebak di negara-negara Afrika Barat dan benua Eropah.
“Sehingga kini, Ebola sudah menjangkiti 8,400 pesakit manakala angka itu akan meningkat kepada sejuta orang dalam tempoh beberapa bulan jika tiada tindakan drastik diambil.
“Kita perlu mengekang wabak ini dengan cepat bagi mengelak ia merebak menjadi krisis kesihatan jangka panjang yang lebih serius seperti HIV atau polio,” kata Zuckerberg dalam laman Facebook miliknya kelmarin.
Zuckerberg, 30, merupakan antara tokoh yang menyumbangkan sebahagian harta mereka untuk membantu menyekat penularan wabak maut tersebut.
Sementara itu, ketua Tindakan Kecemasan Ebola Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Anthony Banbury memberi amaran dunia semakin ketinggalan dalam perlumbaan menentang wabak berkenaan.
Katanya, beribu-ribu jangkitan baharu Ebola mungkin dicatatkan menjelang hujung tahun ini.
“Ebola bermula tanpa kita sedari dan ia kini sudah berada jauh di hadapan.
“Ia juga berlari lebih pantas daripada kita dan senang memenangi perlumbaan ini,” katanya melalui panggilan telefon kepada Majlis Keselamatan PBB di sini.
Sehingga kini wabak Ebola sudah meragut seramai 4,447 nyawa daripada 8,914 kes jangkitan yang dilaporkan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3GGECoVDU 
Hakcipta terpelihara 

Bahaya minuman tenaga


COPENHAGEN 15 Okt. - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, penjualan minuman tenaga yang mengandungi gula dan kafein wajar dihentikan kerana produk tersebut boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kanak-kanak dan golongan belia.
Menurut laporan portal Mail Online, berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Pejabat WHO di Eropah, peraturan itu perlu dilaksanakan segera memandangkan dua pertiga daripada individu berusia 10 hingga 18 tahun sering mengambil minuman tenaga seperti Redbull dan Monster.
Ketua kajian, Dr. Joao Breda dalam penulisannya berkata, kanak-kanak dan remaja yang mengambil minuman tenaga mengandungi kafein, tinggi berisiko mengalami kesan buruk terhadap kesihatan dan perkembangan tubuh.
Jelas Breda, antara penyakit yang boleh dihidapi akibat pengambilan kafein secara berlebihan adalah peningkatan kadar denyutan jantung, sawan dan kematian selain meningkatkan risiko menghidap diabetes Jenis 2.
Tambahnya, golongan yang kerap mengambil minuman tenaga mengundang masalah kesihatan lain seperti kemurungan dan ketagihan.
"Kesan menyeluruh ke atas peningkatan jumlah pengambilan minuman tenaga masih belum dikumpulkan, tetapi pemasaran secara agresif penjualan produk berkenaan dalam kalangan golongan muda tanpa pemantauan dan larangan, boleh mengundang masalah kepada kesihatan umum pada masa hadapan.
"Saya menggesa pihak bertanggungjawab di setiap negara mengenakan larangan penjualan minuman bertenaga kepada kanak-kanak dan golongan berusia bawah 18 tahun," katanya.
Beberapa negara Eropah termasuk Denmark dan Turki mengharamkan penjualan produk minuman tenaga, manakala negara seperti Sweden menetapkan hanya pembeli berusia 15 tahun ke atas boleh menggunakan produk terbabit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_13/Bahaya-minuman-tenaga#ixzz3GGBI6CMO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penularan Ebola lebih pantas


Sukarelawan memakai sarung tangan dan topeng muka ketika mengebumikan mangsa wabak Ebola di Waterloo, kira-kira 30 kilometer tenggara Freetown, Sierra Leone pada 7 Oktober lalu. Dunia masih gagal untuk menghalang penularan wabak membawa maut Ebola, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP
NEW YORK 15 Okt. - Dunia masih gagal untuk menghalang penularan wabak membawa maut Ebola, kata seorang pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran semalam bahawa beribu-ribu jangkitan baharu mungkin berlaku sebelum akhir tahun ini.
"Penularan Ebola masih mendahului, malah wabak itu lebih pantas berbanding kita dan sedang memenangi perlumbaan,'' kata Ketua Misi PBB untuk Pasukan Kecemasan Ebola (UNMEER), Anthony Banbury.
Banbury berkata demikian kepada Majlis Keselamatan PBB di New York menerusi satu persidangan video dari ibu pejabat UNMEER di Accra di Ghana.
"Sekiranya Ebola menang, kita akan kehilangan begitu banyak nyawa,'' katanya dengan jumlah kematian terbaharu akibat wabak itu mencecah 4,447 orang daripada 8,914 kes yang direkodkan.
Pegawai PBB itu membuat kenyataan tersebut ketika Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, jumlah jangkitan Ebola boleh mencecah 10,000 orang seminggu ketika pemimpin dunia membuat persiapan membincangkan krisis itu di PBB.
Kata Banbury, masyarakat dunia perlu menghentikan wabak itu sekarang atau akan berdepan dengan situasi sama yang pernah berlaku sebelum ini yang mana tiada rancangan dibuat untuk menanganinya.
Jelasnya, dengan kadar jangkitan yang semakin meningkat setiap hari, UNMEER memerlukan kira-kira 7,000 katil untuk tujuan rawatan.
"Banyak berita buruk tentang Ebola, namun berita baiknya adalah kita tahu untuk menghentikan penularannya.
"Bagaimanapun untuk menghalang penularan wabak itu, kita mesti mengalahkan Ebola dan melakukannya dengan pantas,'' katanya.
Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah WHO, Bruce Aylward menjangkakan, wabak itu 'boleh mencapai antara 5,000 hingga 10,000 kes seminggu pada minggu pertama Disember ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_09/Penularan-Ebola-lebih-pantas#ixzz3GGAqqDXf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lebih 82 juta penduduk China miskin


BEIJING 15 Okt. - Lebih 82 juta penduduk China hanya memperoleh pendapatan kurang 6.1 yuan (RM3.24) atau 2,300 yuan (RM1,221) setahun walaupun negara ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam tempoh sejak 10 tahun lalu sehingga menjadi negara ekonomi kedua terbesar dunia.
Pegawai kanan jabatan hal ehwal pembangunan dan membasmi kemiskinan, Zheng Wenkai berkata, jumlah rakyat yang miskin akan meningkat kepada lebih 200 juta orang jika mengikut standard yang ditetapkan oleh takrifan pendapatan Bank Dunia iaitu AS$1.25 (RM4.07) sehari.
"Penduduk miskin bukan sahaja mengalami kesukaran akibat pendapatan yang rendah, tetapi turut berdepan masalah untuk mendapatkan minuman, menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik, pendidikan, perubatan dan pinjaman.
"Kebanyakan penduduk miskin juga tinggal di kawasan yang sering dilanda bencana dengan infrastruktur yang tidak mencukupi dan usaha untuk mengeluarkan mereka daripada tahap kemiskinan amat sukar," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_06/Lebih-82-juta-penduduk-China-miskin#ixzz3GGALhxPe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Konflik di Hong Kong semakin memuncak


Anggota polis menahan penunjuk perasaan prodemokrasi di pekarangan pejabat kerajaan di Hong Kong, kelmarin. - AFP
HONG KONG 15 Okt. - Ketegangan antara pihak keselamatan Hong Kong dan penunjuk perasaan semakin memuncak apabila beratus-ratus anggota polis menggunakan penyembur lada untuk menyuraikan bantahan di beberapa jalan utama, awal hari ini.
Pertempuran antara kedua-dua pihak itu juga antara yang terburuk sejak lebih seminggu lalu apabila pihak keselamatan mahu merobohkan sekatan jalan yang mengganggu aliran trafik di jalan-jalan utama.
Selain itu, berdasarkan laporan stesen rangkaian berita tempatan TVB, anggota polis turut memukul dan menendang seorang penunjuk perasaan yang digari selama beberapa minit, menyebabkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen dan orang awam.
Setiausaha Keselamatan Hong Kong, Lai Tung-kwok dalam sidang medianya berkata, pihak polis akan menyiasat anggotanya yang menggunakan kekerasan dalam kejadian terbabit dan mereka yang terlibat akan digantung tugas buat sementara waktu.
Terdahulu, polis berkata, sebanyak 45 penunjuk perasaan ditahan dan menggunakan penyembur lada terhadap mereka yang melawan ketika membersihkan jalan utama yang dihalang oleh kumpulan prodemokrasi itu.
Sejumlah anggota polis memasuki sebuah terowong berdekatan di daerah Admiralty dan membersihkan dinding yang diperbuat daripada konkrit, sekali gus membuka sebahagian jalan kepada trafik.
Terowong di Jalan Lung Wo itu merupakan laluan penting yang menghubungkan pejabat kerajaan Hong Kong dan bangunan Parlimen,dan hanya dibuka kepada kenderaan di bahagian kiri oleh penunjuk perasaan.
Walaupun laluan telah dibuka, polis berkata, keadaan trafik masih sesak teruk, selain tiada tanda-tanda menunjukkan pusat utama penunjuk perasaan berkumpul di luar ibu pejabat kerajaan dan beratus-ratus khemah didirikan di laluan utama yang mempunyai lapan lorong, akan dibersihkan.
- REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_03/Konflik-di-Hong-Kong-semakin-memuncak#ixzz3GG9WW5CD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Atasi banjir, kesesakan di Jakarta


Pembinaan sistem tembok pemecah ombak dijangka dapat mencegah banjir teruk di Jakarta. - Agensi
JAKARTA 15 Okt. - Indonesia meluluskan pembinaan sebuah sistem tembok pemecah ombak besar melibatkan kos AS$40 bilion (RM120 bilion) dan bakal mewujudkan 17 buah pulau baharu untuk menangani masalah banjir dan kesesakan trafik di ibu negara Indonesia ini.
Projek mega itu melibatkan pembinaan tembok sepanjang 35 kilometer di Teluk Jakarta, kawasan perairan di utara bandar raya ini selain akan turut mewujudkan 17 buah pulau yang akan berperanan sebagai bandar baharu.
Pulau-pulau itu juga akan menyediakan kawasan penempatan dan pekerjaan untuk sejuta penduduk, bertujuan mengurangkan kesesakan di ibu negara.
Lebih menarik, keseluruhan projek itu termasuk pembinaan tembok dan pulau, akan direka dengan burung Garuda yang menjadi simbol kebangsaan negara.
Pembinaan projek tersebut bermula pada minggu lepas dan dijangka siap dalam tempoh tiga dekad iaitu pada 2044.
Pegawai kanan Kementerian Ekonomi, Purba Robert M. Sianipar yang memainkan peranan utama dalam pelaksanaannya berkata, projek tersebut merupakan satu tindakan penting dalam penyelesaian kepada masalah banjir.
"Beratus-ratus penduduk Jakarta berisiko kehilangan nyawa akibat banjir jika tiada tindakan diambil,'' katanya.
Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada projek besar-besaran tersebut berjaya disiapkan ekoran rekod buruk Indonesia berhubung projek infrastruktur seperti pembinaan monorel di Jakarta yang diselubungi rasuah pada enam tahun lalu.
Ketua Menteri Ekonomi, Chairul Tanjung menyatakan keputusan kerajaan baharu pada masa depan juga boleh memberi kesan kepada perjalanan projek tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_01/Atasi-banjir-kesesakan-di-Jakarta#ixzz3GG8UmVMs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mahkamah arah tangkap bekas menteri


Dhaka 16 Okt. - Mahkamah Majistret Metropolitan Dhaka semalam mengeluarkan perintah bagi menahan bekas menteri Kabinet yang dipecat minggu lalu selepas penduduk Islam negara ini mengadakan bantahan ekoran kenyataannya yang mengutuk jemaah haji.
Ketua mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Abdul Latif Siddique yang didakwa mencetuskan sentimen keagamaan terhadap penduduk majoriti Muslim Bangladesh.
Inspektor polis, Aminur Rahman berkata, waran itu telah dihantar ke balai polis di kawasan kediamannya.
Abdul Latif dalam satu rancangan televisyen berkata, para jemaah yang menunaikan ibadat haji tidak produktif dan hanya menghabiskan wang di luar negara dan merugikan ekonomi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_14/Mahkamah-arah-tangkap-bekas-menteri#ixzz3GG7rsdcB
© Utusan Melayu (M) Bhd