Wednesday, January 8, 2014

Pertandingan datuk, nenek hebat di Tbilisi



ZANGURASHVILI (kanan) dan Arabuli melambaikan tangan selepas mereka memenangi pertandingan datuk dan nenek hebat di Tbilisi kelmarin.- AFP


TBILISI, Georgia - Seorang lelaki berusia 70 tahun, Vladimer Zangurashvili memenangi pertandingan datuk hebat di sini kelmarin.
Kategori nenek hebat dimenangi Lira Arabuli yang berusia 74 tahun.
Seramai 21 orang peserta menyertai pertandingan itu yang dianjurkan badan kebajikan Catharsis.
Para peserta mesti berumur lebih 70 tahun jika mereka ingin menyertai pertandingan tersebut.
Antara persembahan para peserta itu ialah menari di depan penonton. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2pl23diG2 
Hakcipta terpelihara 

Cari kekasih dengan cara yang unik


ABRAHAMS membawa sepanduk yang tertulis ayat yang menyatakan hasratnya untuk mencari wanita berambut perang untuk dijadikan kekasihnya di London baru-baru ini.- TWITTER


LONDON - Sejumlah pengguna Twitter telah merakamkan gambar seorang lelaki, Gerald Abrahams membawa sepanduk bagi mencari seorang wanita yang sudi untuk dijadikan kekasihnya di sini, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.
Abrahams yang berusia 39 tahun merayau-rayau di sekitar kota raya ini dengan membawa sepanduk yang tertera ayat yang menyatakan hasratnya untuk dijadikan kekasih.
Namun, dia hanya mahu mencari wanita yang berambut perang sahaja untuk dijadikan kekasihnya.
Abrahams pernah memberitahu stesen radio Absolute bahawa dia tidak menyukai laman mencari kekasih di internet.
"Saya berpendapat, saya perlu melakukan sesuatu yang lebih kreatif (untuk mencari kekasih)," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2pl1RTXO2 
Hakcipta terpelihara